Wednesday, October 5, 2022

Hindun bin Utbah dituduh berzina oleh suaminya.

Hindun bin Utbah bin Rabi'ah bin Abd Syams bin Abd Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhor bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Madhor bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan.

Pada mulanya dia adalah isteri kepada Al-Fakih bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqazoh bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhor bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Madhor bin Nizar bin Ma'ad bin Adnan

Al-Fakih bin Al-Mughirah ada sebuah rumah tamu yang boleh dihuni oleh sesiapa sahaja tanpa perlu minta izin. Satu hari Al-Fakih dan Hindun mendatangi rumah tamu itu . Al-Fakih ada satu urusan dan meninggalkan Hindun di rumah tamu itu. Hindun menunggu di situ dan dia tertidur. Ketika itu datang seorang tamu dan dia memasukinya. Bila didapati ada Hindun sedang tidur  di dalamnya, dia pun keluar. Dia bertembung dengan Al-Fakih dan timbullah syak dalam hati Al-Fakih bahawa Hindun telah curnag kepadanya. Maka Hindun pun diceraikan dengan tuduhan berbuat serong.

Hindun  mengadu hal tuduhan suaminya kepada ayahnya Utbah bin Rabi'ah dan ayahnya pun membawanya bertemu dengan seorang kahin di Yaman. Kahin tersebut menyatakan bersihnya Hindun daripada tuduhan itu dan meramalkan bahawa kelak Hindun akan melahirkan anak yang bernama Mu'awiyah yang  akan menjadi raja. Mendengar itu, Al-Fakih bin Al-Mughirah pun ingin semula kembali kepada Hindun semula. Tetapi Hindun telah memutuskan bahawa jika anaknya yang akan datang kelak menjadi raja, dia bukanlah anak kepada Al-Fakih. 

Maka Hindun pun kemudiannya berkahwin dengan Abu Sufyan dan dengannya dia melahirkan anak bernama Mu'awiyah.

Muawiyah adalah raja pertama dalam Islam. Dialah pengasas kepada Danasti Bani Umayyah.

No comments:

Post a Comment

Imam Makhul

Nama penuhnya adalah Makhul bin Abdullah . Dikenali juga Makhul bin Abi Muslim Al-Huzali. Disebutkan juga namanya ialah Syahrab bin Syazil b...