Friday, April 21, 2023

Pemerintahan Bani Ahmar di Granada.

Selepas kekalahan pasukan tentera kerajaan Muwahhidun dalam perang Al-'Iqab, maka bermulalah berjatuhan satu demi satu kota-kota Umat Islam di tanah Andalus. Termasuk jatuhnya Cardoba yang dulunya pernah menjadi ibu kota Khilafah Bani Umayyah di bumi Andalus. Maka, pada akhirnya hanya tinggal dua kota yang menunggu mas auntuk turut dikuasai oleh tentera Kristian iaitu Granada yang menjadi 15% daripada keseluruhan tanah Andalus dan Kota Seville yang meluputi 10% daripada bumi Andalus. 

Dua kota inilah menjadi benteng terakhir umat Islam dalam berdepan dengan musim-musim luruh yang mengerikan itu.Pokok agama bernama Andalusia yang dulunya merimbun hijau sudah mula kekeringan. Daun-daunya berjatuhan dan ranting serta dahannya sudah patah di sana sini. 

Tinggal lagi dua dahan bernama Granada dan Seville. Itu pun sedang berdepan dengan serangan ulat-ulat kayu dan belalang daun yang tidak pernah berputus asa.

Pada tahun 643H, kota bernama Jian jatuh ke tangan Fernando III, raja dari Castella. Dia mengajak Bani Al-Ahmar yang mengambil kendali kuasa di Granada untuk mengadakan perjanjian damai dengannya dengan beberapa syarat serah dan ambil bagi kedua-dua belah pihak.

Siapakah Bani Ahmar? Mari kita berkenalan dengannya seketika.

Bani Ahmar itu , namanya ialah Muhammad bin Yusuf bin Nasir bin Al-Ahmar. Keturunan bersambung sehingga ke Sa'ad bin Ubadah Al-Khazraji, seorang sahabat nabi SAW. Pun begitu, sesiapa yang melihat wataknya, alangkah jauhnya perbezaan, bagai langit dan bumi antara Ibn Al-Ahmar itu dengan Sahabat mulia bernama Sa'ad bin Ubadah. Demikian, kerana iman dan kesolehan bukanlah satu barang yang dijadikan pusaka.

Ibn Al-Ahmar itu gelaran  buat Muhamamd bin Yusuf tersebut kerana kemerahan kulitnya. Maka ia menjadi gelaran buat anak cucunya yang memerintah Granada untut satu tempoh masa sebelum kejatuhannya ke tangan pasukan Kristian.

Ibn Al-Ahmar adalah pemerintah yang kerdil jiwanya dalam mendepan kaum kafir khasnya Fernadi III dari Castella. Dia sanggup buat perjanjian dengan raja Fernando III yang memperlihatkan kehinaan dan perlecehan buat orang Islam. Berikut adalah syarat-syarat perjanjian damai yang ditawarkan raja Fernando IIO buat Ibn Al-Ahmar:

1) Granada hendaklah membayar jizyah kepada raja Castellah  sebanyak 150  dinar emas setiap tahun

2) Castella akan menempatkan wakilnya di Granda.

3) Pemerintahan Bani Ahmar di Granada adalah atas nama Raja Castella.

4) Beberapa kota sebelah Barat Granada seperti Jian, Arjona, Algeciras dan Trafalgar kepada Fernando III.

5)Hendaklah menyalurkan bantuan kepada Castella jika berlaku perang antara Castella dengan mana-mana negara. Ternyata Ibn Al-Ahamr menjadi budak Fernando dengan syarat ini apabila dia turut membantu Fernando menyerang Sevilli yang juga merupakan kota umat Islam yang masih tinggal bertahan.

Kepada siapa penduduk Sevilli boleh minta bantuan. Di Maghribi, Kerajaan Muwahhidin sedang sibuk dengan pemberontakan oleh Bani Marin. Saudara segama di Granada pula bersekongkol dengan musuh. Akhirnya , pada 27 Ramadhan tahun 646,  selepas bertahan 18 bulan, jatuhlah Kota Sevilli ke tangan Fernando III. Menjadi pelarianlah ummat Islam Seville yang jumlahnya 400 ribu dan lenyaplah buat selamanya Sevilli dari peta ummat Islam. Masjid agung di sana yang pernah dibina oleh Abu Yusuf Yaakob Al-Muwahhidi hasil ghanimah kemenangannya dalam perang Al-Arak pun bertukar menjadi gereja dan ia terpampang di depan mata kita hingga hari ini.

Apakah balasan buat pengkhianat ummat seperti Ibn Al-Ahmar itu?

Hasil pengkhianatan itu, hanya tinggal Granda sahajalah yang tegak berdiri sebagai wilayah umat Islam di tanah Andalusia. Di bawah Granda 2 kota lain yang berada di bawahnya iaitu Malaga dan Almeria. Dua kota ini , walaupun di bawah Granada, masih ada autonomi dalam beberapa hal.

Fernando III mengambil pendekatan membuat tahalluf dengan Ibn Ahmar di Granada kerana beberapa sebab:\

1) Penduduk muslim di Granada sangat padat. Ini kerana penduduk muslim di kota-kota lain yang telah jatuh ke tangan Kristian mengambil jalan berhijrah dan tinggal di Granada. Kerana kepadatan warga muslim itu, Fernando berfikir dua kali sebelum menyerangnya.

2) Granada dilindungi oleh banyak kota termasuklah Almeria dan Malaga.

3) Kedudukan Granada yang berada di bahagian timur laut Andalusia menjadikan dia berdekatan dengan kerajaan Islam  di Utara Afrika. Fernando III perlu melihat ancaman bantuan negera tetangga muslim jika Granada diserang.

Perjanjian damai antara Bani  Ahmar di Granada dengan kerajaan Castella berlangsung antara tahun 643 H hingga tahun 671 H. Namun , menjelang 671, perjanjian damai itu tiada makna lagi. Pemerintah Castella ketika itu, Alfonso IX telah melanggar perjanjian dan mula mengumpulkan pasukan tentera yang besar untuk masuk ke Granada. Ibn Al-Ahmar tiada pilihan melainkan mencari bantuan luar. Kala itu, Bani Marin telah tegak berkuasa di Maghribi setelah menamatkan kerajaan Muwahhidin pada tahun 668H. Sultan Bani Marin bernama Abu Yusuf Yaakob Al-Mansur Al-Marini adalah penguasa yang cintakan perang jihad dan berkaliber.

Baginda Sultan segera menyemberang laut menjejaki kaki ke bumi Andalusia untuk membantu Granada. Pada tahun 671 Ibn Al-Ahmar meninggal dalam usia sekitar 80 tahun dan dia digantikan anaknya Muhammad bin Ibn Al-Ahmar Al-Faqih. Alfonso IX melihat Granada yang kematian pemimpin itu sudah melemah dna mula menyerang perbatasan. Muhammad Al-Faqih pun mohon bantuan dari Sultan Abu Yusuf Yaakob Al-Mansur. Segera, Sultan Bani Marin itu memimpin 5 ribu pasukan ke tanah Andalus dan dari Granda seramai 5 ribu tentera lagi bergabung menjadikan jumlahnya 10 ribu. Lawan mereka 90 ribu tentera Salib Kristian yang dipimpin oleh panglima tentera Castella iaitu  Nuno Gonzalez De Lara

Maka tercetuslah perang yang dikenali Perang Ad-Dununiyyah pada tahun 674H, sempena nama panglima perang dari Castella itu. Pasukan tentera kaum muslimin, sekalipun sedikit, telah berjaya mengalahkan tentera Castella dan ia adalah kemenangan yang mengembalikan memori indah yang pernah digapai dalam Perang Al-Arak pada tahun 591H dahulu, iaitu semasa pasukan Muslimin di bawah pimpinan Abu Yusuf Yaakob Al-Mansur Al-Muwahhidi.

Pada tahun 677H, Sevilli telah melanggar perjanjian , maka Sultan Bani Marin pun mengambil tindakan menyerangnya. Sevilli dikalahkan dan menyusul selepas itu , dikalahkan juga Cardoba dan Jian. Lalu semuanya sanggup bayar jizayah kepada Sultan Bani Marin. Dalam menggerakkan misinya ini, Sultan Bani marin hanya memimpin 5000 pasukan sahaja. Ini sangat menghairankan, tetapi demikian sunnah perang jihad dalam Islam. Jumlah bukan soal jika imam terpasak kukuh dalam dada.

Tahun 701H, Muhammad Al-Ahmar Al-Faqih meninggal dan digantikan dengan Muhammmad III yang digelar Al-A'masy. Dia seorang pemimpin Granada  yang sangat lemah

Tahun 709 H, Jabal Tariq jatuh ke tangan tentera Salib. Ia merupakan laluan madad(bantuan) dari Utara Afrika. Bila laluan sudah diputuskan, tak akan pernah ada lagi bantuan dari Afrika Utara buat umat Islam di Andalusia. Tunggu sajalah nafas-mnafas terakhirnya akan terhenti dan maut menjelang!

Antara tahun 701 hingga 897H,( hampir 200 tahun) keturunan Bani Ahmar yang memerintah Granada dan selama itu, mereka menghinakan diri dengan membayar jizyah. Kelanjutan tempoh hayat selama hampir 200 tahun itu bukanlah kerana kuatnya permerintahan di Granada, akan tetapi di kalangan Kristian sendiri berlaku pergaduhan antara dua kerajaan utama diutara iaitu Castella dan Aragon. Dua kerajaan ini berebut kekeuasaan di tanah Andalusia dan tiada masa untuk menyatukan panah mereka kepada umat Islam di Granada.

Pada tahun 871H (26 tahun sebelum Granada jatuh total), yang memerintah Granda kala itu adalah Muhammad bin Saad bin Ismail bin Al-Ahmar yang digelar Al-Ghalib Billah. Dia ada seorang saudara lelaki yang juga namanya Muhammad dan kunyahnya Abi Abdillah Muhammad dan digelar Az-Zaghlu (yang bererti BERANI). Dua suadara itu bergaduh merebut kekuasaan. Muhammad Az-Zaghlu telah minta bantuan dari Castella. Perang pun meletus antara dua saudara itu dan berakhir dengan terbahaginya Granada kepada dua bahagian. Bahagian utara diperintah oleh Al-Ghalib Billah dan bahagian selatan iaitu Malaga diperintah oleh Muhammad Az-Zaghlu.

Sementara itu, pada tahun 874H, kerajaan Castella dan Aragun telah bersatu apabila  Ferdinand II, raja Aragon ( Bukan Ferdinand II dari Castella) berkahwin dengan Isabella yang merupakan puteri yang menjadi pewaris kerajaan Castella. Perkahwinan ini menyatukan dua kerajaan yang bersengketa iaitu kerajaan Aragon dan Kerajaan Castella. Lima tahun selepas perkahwinan itu, dua kerajaan itu menjadi satu dan dinamakan Isbania (Sepanyol), iaitu pada tahun 879H. Ferdinand II dan Isabela bersumpah tidak akan buat majlis perkahwinan melainkan di Istana Merah (Qasrul Hamraa) di kota Granada. Demikian mereka menyimpan azam untuk menguasai Granada. 

Di kalan Granada terbahagi dua. Utara bertuankan Al-Ghalib billah dan bahagain selatan bertuankan Muhammad Az-Zaghlu. Dua beradik yang hanya memikirkan tembolok kuasa masing-masing. Sementara rakyat Granada tenggelam dalam hedonisme. Mereka hanyut dalam nyanyian, minum arak dan berfoya-foya. Untuk apa lagi disimpan satu ummat  yang sudah demikian rosaknya. Ummat yang telah meninggalkan jalan junjungan Rasul.

Kisah Kejatuhan Granada.

Muhammad Al-Ghalib billah berkahwin dengan seoramng wanita bernama Aisyah Al-Hurrah. Aisyah Al-Hurrah itu ada seorang hamba perempuan beragama Kristian bernama As-Thurayya. Maka Al-Ghalib Billah pun jatuh cinta asyiq makhsyuq dengan hamba perempuan itu dan dengannya lahirlah seorang anak bernama Yahya. Yahya itu sangat dikasihinya sehingga dijadikan putera mahkota sedangkan pewaris sebenar sudah dinamakan dan dia adalah anaknya dari isterinya Aisyah Al-Hurrah yang bernama Muhammad Abu Abdillah dan digelar As-Saghir untuk dibezakan dengan pakciknya yang bernama Muhammad Abu Abdillah Az-Zaghlu.

Al-Ghalib Billah bertindak lebih jauh dengan mengangkat Yahya sebagai bakal penggantinya dan Muhammad As-Saghir serta ibunya Aisyah Al-Hurrah di kenakan tahana dalam istana dan tidak dibenarkan keluar. Rakyat Granada tidak boleh menerima anak hamba Nasrani sebagai pemimpin mereka. lalu mereka membebaskan Muhmmad As-Saghir. Lalu, Muhamamd As-Saghir memimpin pasukan memberontak melawan ayahnya. Ayahnya Al-Ghalib billah tewas dan lari ke negeri adiknya Malaga. Sementara raja Ferdinand II, raja Sepanyol marah dengan tindakan Muhammad As-Saghir itu dan dia pun menyerang Granada. Muhamamd As-Saghir dapat ditawan dan Granada kembali bersatu dengan Malaga di bawah Muhamamd Az-Zaghlu. dan Al-Ghalib billah. Selepas setahun Al-Ghalib mati.

Az-Zaghlu cuba menebus Muhamad As-Saghir dari Ferdinand II tetapi dia anggan menyerahkan pemuda yang ketika itu usianya baru 25 tahun. Dia ada perancangan lain. Dia mahu menyerang Malaga dan dia menggunakan Muhamamd As-Saghir untuk membuat kekacaaun di Granada. Bila Malaga terancam, Muhamamd Az-Zaghlu terpaksa balik mempertahankan Malaga dan dengan itu Granada terlepas ke tangan Muhamamd As-Saghir. Malaga pula gagal dipertahanklan oleh Muhamamd Az-Zaghlu dari serangan raja Fernando III. Jatuhlah Malaga dan Muhamamd Az-Zaghlu lari berkubu di  Wadi Asy (Guadix). Sangka MUhamamd As-Saghir Fernando akan meyerahkan Malaga kepadanya untuk dia menyatuikan bersama Granada. Namun, itu tidak ditunaikan oleh Ferdinand II. Alasannya ialah takut Muhammad Zaghlu kembali menyerangnya dan mengambil alihnya. Maka Muhammad As-Saghir berkuasa di utara di bawah percaturan Fernando . Kemudian Fernandi III menyerang dan mengambil Almeria dan seterusnya menyerang Muhamamd Az-Zaghli di Guadix. Muahammad Az-Zaghlu lari menyelamatkan dir ke Tunisia dan meninggalkan tanah tanah yang pernah diperintahnya untuk rakyatnya mengayam nasib sendiri.


Muhammmad As-Saghir buat keputusan menyerahkan kuinci Granada sedangkan  kettua pasukan jihad Granada yang bernama Musa bin Abi Ghassan tidak mempercayai bahawa Fernando III dan Isabila akan berpegang dengan janji mereka. Dia telah merempuh barisan musuh bersama 15 orang berkuda dan dia mati bersama rakan-rakannya demi menjaga kehormatan diri, Rahmatullah alaihuim.

Peristiwa penyerahan yang menghinakan itu berlaku pada tahun 2 Rabiul Awal  898H bersamaan 2 Januari  1496M

Sementara Muhamamd As-As-Saghir , setelah hilang kekuasaan, membawa diri sampai menjejaki ke tanah Maghrib. Namun , disana dia ditangkap atas tuduhan mengkhianati negara umat Islam dan dipenjarakan. Para sejarawan mengatakan bahawa keturunan Muhamamd As-Saghir menjadi geladangan pengemis di jalan-jalan negeri Maghribi. Demikianlah kesudahan buat mereka yang mengkhinati amanah ummat!



Rujuk: Jatuhnya Sevilli kerana pengkhinatan Ibn Al-Ahmar


No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....