Napoleon Bonaparte dilahirkan pada 15 Ogos 1769 di Corsica dari keluarga kecil yang behubung keturunannya kepada bangsawan Itali. Penglibatannya dalam ketenteraan Perancis membawa bintangnya bersinar sehinggalah apabila dia memimpin Coup d'etat (Rampasan Kuasa) pada November tahun 1799, beliau dilamtik menjadi First Console bagi Republik Perancis.
Beliau merupakan seorang komander tentera Perancis yang mula bersinar bintangnya pada tempoh masa Revolusi Perancis (1789-1799) mula mengambil tempat dalam persada politik Perancis. Beliau meminpin pasukan perang Perancis menumpas musuh-musuhnya dalam siri-siri peperangan yang dinamakan Perang Revolusi (1792-1802)
Antara tahun 1799 hingga 1804, beliau menjadi pemimpin De facto Republik Perancis. Kemudian, antara tahun 1804 hingga 1814 (dan juga tahun 1815-selama 100 hari sahaja) dia dikenali sebagai Emperor Perancis .
Napolen yang membawa Perancis ke kancah peperangan dengan negara-negara Eropah bagi mencapai misinya. Namun, dalam satu peperangan yang dinamakan Perang Leipzig, iaitu perang antara Perancis dengan pakatan negara-negara yang terdiri daripada Rusia, Austria, Perussia dan Sweden (Tsar Alexander I dai Rusia memimpin pakatan) , pasukan perang perancis yang dinamakan Grande Army ditewaskan. Akibatnya kota Paris dapat ditawan oleh Pakatan Negara-negara itu. Kekalahan itu memaksa Napoleon menandatangani satu perjanjian yang dikenali dengan nama Perjanjian Fontainbleau yang mensyaratkannya turun tahta iaitu pada 11 April 1814. Dia dibuang negeri ke Pulau Elba iaitu sebuah Pulau yang terletak di perairan Mediteranean dalam wilayah Itali.
![]() |
Lokasi Pulau Elba. |
Walaupun dibuang negeri, di Pulau Elba itu Napoleon masih memiliki kuasa dan gelaran kekaisarannya. Dia menjadikan pulau Elba sebagai pulaunya dan dia mentadbirnya. Dia memperbaiki infrastrukturnya bahkan mencipta bendera rasmi pemerintahannya di pulau itu. Namun, Napoleon yang pernah menajdi penakluk hebat di Eropah, masakan betah berkuasa di pula sekecil itu?
Sementara Perancis pula kemudiannya menyaksikan kembalinya Keluarga Bourbon, keluarga diraja Perancis kembali mengambil alih kekuasaan dengan Raja Louis XVIII dilantik menjadi raja Perancis.
Baca: House Of Bourbon
Pada Februari 1815, selepas 7 bulan dalam buangan, Napoleon dapat melarikan diri dari buangannya dan kembali mengambil alih kekuasaan di Perancis. Menurut sumber sejarah, antara faktor Napoleon melarikan diri keluar dari Pulau Elba adalah kemungkiran raja Louis XVIII terhadap syarat perjanjian Fontainebleau yang menetapkan bahawa Napoleon akan dibayar 2 juta France per tahun.
Sebagai reaksi, Pakatan 7 Negara dibentuk untuk berdepan dengan Napoleon.Ini membawa kepada Perang Waterloo yang akhirnya menumpaskan Napoleon selepas 100 hari dia berkuasa kali kedua. Pada kali ini, dia dibuang negeri ke sebuah pulau terpencil di St Helena. Ia adalah sebuah jajahan British yang terletak di laut Atlantik Selatan.
![]() |
St. Helena terletak nun jauh di Laut Atlantik ( tanda bulat merah). Kali ini, Napoleon nak lari ke mana lagi...hahaha. |
Napoleon Bonaparte meninggal dunia dalam usia 51 tahun pada 5 Mei 1821 di Longwood House, St Helina dan jasadnya di bawa balik ke Paris dan dikebumikan secara rasmi di Paris pada 1861, dalam sebuah keranda batu yang terletak di bawah kubah yang ada di Les Invalllides, sebuah kompleks yang dibina untuk mengenang veteran-veteran perang Perancis.
Punca kematian Napoleon menjadi perdebatan kalangan sarjana Eropah. Ada dakwaan mengatakan dia meninggal kerana diracun oleh pihak British dengan Arsenic semasa dia dalam tahanan.
No comments:
Post a Comment