Saturday, November 18, 2023

SISTEM BERAJA TERAKHIR DI MESIR

Raja Terakhir di Mesir adalah Raja Farouk 1. Pemerintahannya ditumbangkan oleh pemberontakan tentera (Coup d'tet) yang dipimpin oleh Muhamed Naguib dan Gamal Abdul Naseer pada 23 Julai 1952. Setahun kemudian , sisem beraja dimansuhkan dan Muhamed Naguib kemudiaannya menjadi  menjadi Presiden Pertama Pemerintahan Republik di Mesir.

Rujuk: Wiki

Kisah sistem beraja yang terakhir di Mesir ini bermula dengan pemerintahan Muhammad Ali Pasha. Dialah yang mengasaskan sistem beraja Dinasti Muhammad Ali yang berlangsung sehingga Raja Farouk I dan anaknya Fuad II.

Muhammad Ali Pasya.


Muhammad Ali Pasya memimpin Mesir antara tahun 1805 hingga 1848. Beliau bukanlah orang Mesir. Asalnya adalah dari Albania yang berdarah Turki. Mulanya , kedatangannya ke Mesir adalah di bawah misi Daulah Othmaniyah.

Perang Napoleon Ke atas Mesir.
Napoleon Bonarparte mula melancarkan kampen menguasai Mesir pada 19 Mei 1798,


Apabila Napolean Bonaparte meninggalkan Mesir setelah kalah perang melawan Pakatan British-Othmaniyyah, berlaku lakuna dalam pemerintahan di Mesir. Para Mamluk yang mempunyai sejarah pemerintahan di Mesir melihat itu peluang untuk mereka kembali ke persada kuasa. Semasa Mesir dikuasai Napoleon, mereka lari berlindung di Istambul. Kini, setelah Perancis kalah, mereka menaruh harapan untuk kembali menguasai Mesir. Perkembangan ini membawa kepada berlakunya Perang Mamluk-Othmaniyyah yang berakhir dengan kekalahan Mamluk.


Bacaan tambahan: Wiki

Raja Farouk naik tahta menggantikan ayahnya Raja Fuad I pada tahun 1936. Dia memerintah selama 16 tahun. Berikutan kudeta tentera pada 23 Julai 1852, dia digulingkan dan kemudian anaknya yang masih bayi (beusia 6 bulan) dijadikan penggantinya dengan nama Fuad II. Kira-kira setahun kemudian, iaitu 18 Jun 1953, sistem beraja dimahsuhkan dan digantikan dengan sitem republik.


Zaman Raja Farouk, kemarahan rakyat memuncak disebabkan penjajahan British ke atas Mesir, kerosakan pemerintahan dan kelemahannya. Ditambah pula dengan kekalahan dalam Perang Arab-Israel 1948. Ini membawa kepada Pemberontakan 1953 yang dipimpin oleh Muhammad Naguib dan Gamal Abdul Naseer.  Dinasti beraja yang diasaskan oleh Muhammad Ali dimansuhkan dan Mesir digantikan dengan pemerintahan Republik dengan Presiden sebagai ketuanya.



No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....