Ibn Al-Muqaffa' dilahirkan pada tahun 106H. Nama sebenarnya adalah Ruzbah bin Dazwaih iaitu namanya sebelum Islam. Dia berasal daripada agama Majusi dan berbangsa Parsi. Selepas masuk Islam, namanya ialah Abdullah bin Al-Muqaffa'.
Dikatakan asal nama Al-Muqaffa' itu adalah gelaran yang masyhur untuk bapanya yang lumpuh tangannya pada zaman Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi jadi gaben0r Iraq. Demikian itu kerana Dazwaih ditugaskan untuk memungut cukai tetapi dia mengambil cukai itu yang dipungutnya, maka dihukum pukul oleh Hajjaj bin Yusuf As-Tasaqafi hingga menjadikan tangannya jadi lumpuh.
Ada juga menisbahkan Ibn Al-Muqaffa' itu kepada perkerjaan Rizbah sendiri sebelum Islamnya iaitu mengusakan pengangkutan rentas sungai guna sampan kecil yang disebut sebagai Al-Qaffa'..
Semasa kecil , Ibn Al-Muqaffa' membesar sebagai Majusi bermazhab Manawi. Ketika itu, dia banyak melakukan kerja-kerja pentyerjemahan ke dalam bahasa Arab bahan-bahan agamanya. Kemudian dia masuk Islam di tangan Isa bin Ali iaitu bapa saudara kepada Abu Al-Abbas As-Saffah . Kehidupan Islamnya tidak lama kerana dia telah dibunuh oleh Sufyan bin Mu'awiyah bin Yazid bin Mahlab bin Safrah, Gabenor Basrah semasa kerajaan Abbasiyyah di bawah kepimpinan Khalifah Al-Mansur. Dia meyakinkan Khalifah keabsahannya untuk membunuh Ibn Al-Muqaffa' itu atas kesalahan Zindiq. Tuduhan tersebut diragui oleh ahli sejarah dan diandaikan bahawa pembunuhannya bukan sebab Zindiq tetapi masalah melindungi sesuatu. Sesetengah Ahli Sejarah menyebutkan bahawa Islamnya Ibn AL-Muqaffa' itu hanyalah helah untuk mendekati para elit kerajaan Abbasiyyah.
Sufyan bin Mu'awiyah bin Yazid bin Mahlab bin Safrah adalah mulanya pemimpin pasukan tentera yang dipertanggungjawabkan oleh Khlaifah Al-Mansur untuk menakluk Basrah dan menghapus pengaruh Bani Umayyah di sana. Dalam rangka kerja dan misi itulah Sufyan bin Mu'awiyah berdepan dengan pendokong Bani Umayyah yang masih bersisa dan bertebaran. Mereka menghimpunkan kekuatan di Basrah dan jumlah mereka dikatakan mencecah 4000 orang. Berlaku pertembungan perang yang berlangsung selama 7 hari dan diakhiri dengan kemenangan Sufyan bin Mu'awiyah. Catatan-catatan menyebutkan bahawa 12 ribu korban jiwa jatuh dan 7 ribu rumah musnah serta separuh dari pasar-pasar dalam kota Basrah rata ke bumi. Barulah Basrah jatuh ke tangan Abbasiyyah dan mereka yang sebelumnya berwala' kepada Bani Umayyah pun diberi kemaafan. Demikianlah kisah susah payah Sufyan bin Mua'wiyah memasukkan Basrah ke dalam kekuasaan Abbasiyyah. Ia melakar bumi dengan darah dan kekejaman.
Allahul Mus'ta'an, Demikianlah kisah para penguasa. Sebab itu, kata nabi Muhammad SAW kepada Abu Zar sahabatnya sebagaimana dicatatkan dalam hadis:
وَإِنَّهَا أَمَانَةُ ، وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ ، إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا ، وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَا
Ada krisis yang menjadi latarbelakang kepada pemunuhan Ibn Al-Muqaffa' oleh Sufyan bin Mu'awiyah.
Baca: wiki
Ibn Al-Muqaffa' banyak mengarang kitab-kitab dalam bentuk sastera Arab. Ada antaranya yang sampai kepada tangan orang hari ini. Ada yang hilang dan hanya nama kitabnya disebutkan dalam kitab-kitab biografi para ulama.
1) Kalilah Wa Dhimnah
2) Al-Adabus Soghir
3) Al-Adabul Kabir
4) Ad-Durrah Al-Yatimah (Dikatakan menyanggah Al-Quran)
5)Risalah Sohabah-Mengandungi surat kepada Khalifah Al-Mansur.
أمي مغتلمة كما قلت إن لم أقتلك قتلة لم يقتل بها أحد
“Ibuku memang seperti yang engkau katakan — jika aku tidak membunuhmu dengan satu cara yang belum pernah seseorang dibunuh dengannya.
Penafian Kezindikan Ibn Muqaffa':
Seorang penulis asal Mesir bernama Dr. Syauqi Daif (1910-2005) menolak dakwaan bahawa Ibn Al-Muqaffa' adalah Zindik. Ini kerana dalam kitabnya Al-Adabus Soghir, dia menulis:
أما بعد، فإن لكل مخلوق حاجة، ولكل حاجة غاية، ولكل غاية سبيلًا. والله وقَّت للأمور أقدارها، وهيأ إلى الغايات سبلها، وسبب الحاجات ببلاغها.
فغاية الناس وحاجاتهم صلاح المعاش والمعاد، والسبيل إلى دركها, العقل الصحيح, وأمارة صحة العقل اختيار الأمور البصر، وتنفيذ البصر بالعزم.
لا يعجبنك إكرام من يكرمك لمنزلة أو لسلطان، فإن السلطان أوشك أمور الدنيا زوالًا.
ولا يعجبنك إكرام من يكرمك للمال، فإنه هو الذي يتلو السلطان في سرعة الزوال.
ولا يعجبنك إكرامهم إياك للنسب، فإن الأسباب أقل مناقب الخير غناءً عن أهلها في الدين والدنيا.
ولكن إذا أكرمت على دين أو مروءة فذلك فليعجبك؛ فإن المروءة لا تزايلك في الدنيا، وإن الدين لا يزايلك في الآخرة.
“Janganlah engkau tertarik dengan penghormatan orang yang menghormatimu kerana kedudukan atau kekuasaan, kerana kekuasaan termasuk perkara dunia yang paling cepat lenyap.
Jangan pula engkau tertarik dengan penghormatan kerana harta, kerana harta mengikuti kekuasaan dalam cepatnya ia lenyap.
Jangan pula engkau tertarik dengan penghormatan kerana keturunan, kerana sebab-sebab nasab adalah antara perkara yang paling sedikit manfaatnya bagi seseorang dalam urusan agama dan dunia.
Tetapi apabila engkau dihormati kerana agama atau kerana maruah, maka hendaklah engkau berasa gembira dengannya; kerana maruah tidak meninggalkanmu di dunia, dan agama tidak meninggalkanmu di akhirat.

No comments:
Post a Comment