Thursday, December 5, 2024

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki samada ulama silam atau ulama kontemporari. Sehingga, dalam fikiranku, orang perempuan tak ada ulama.Ilmu perempuan tidak boleh diandalkan.

Namun, itu kerana kenaifanku dalam memutalaah karya ilmiah di pentas ilmu. 

Kali ini, aku invgin tampilkan satu nama yang telah menyumbang jasa kepada dunia ilmu. Dia sorang pendakwah wanita sekaligus ilmuan agama yang tersenarai namanya di kalangan ulama.

Siapa dia? 

Namanya Duriiyaah alʻyṭh

Beliau dilahirkan di Damsyiq pada tahun 1937 dalam keluarga Al-'Aitoh yang terkenal di Kota Damsyiq. keluarga ini terkenal dengan majlis ilmu dan zikir.

Beliau lulusan undang-undang dari Universiti Damsyiq di Syria. Beliau belajar dengan Munirah Al-Qubaisi yang mengasaskan Persatuan Wanita Islam Syria yang dinamakan Al-Qubaisyyat.

Jamaah ini ditubuhkan di Syria dalam menghadapi tantangan wanita muslimah di Syraia yang ketika itu jarang memakai hijab.

Duriyyah mengarang kitab yang dinamakan: 

" Fiqhul Ibadah 'Ala Mazhab As-Syafie"


Kitab ini jadi rujukan feqah di Syria dan tidak ketarlaluan jika dikataka setiap rumah di Kita Damsyiq memiliki kitab ini.

Pada 2 Nov 2015, wafat Durriyyah pada usia 78 tahun.

Beliau tidak pernah berkahwin

Tuesday, December 3, 2024

SO'SO'AH BIN NAJIAH

 Beliau adalah So'soah bin Najiah bin 'Iqal bin Sufyan Al-Tamimi Ad-Darimi. Beliau merupakan datuk kepada Farazdaqm sang penyair yang masyhur.

So'soah dibilang sahabat Nabi SAW. Dia adalah dari kalangan pemimpin Bani Tamim dan juga pemuka Bani Mujasyi'. 

Semasa zaman Jahiliyyah beliau terkenal dengan rekod membebaskan bayi perempuan daripada menjadi mangsa ditanam hidup-hidup. Ketika dia masuk Islam, dia menceritakan kepada Rasulullah kisahnya menyemalatkan anak perempuan yang hendak dutanam oleh bapanya. Jumlah yang terselamat oleh operasi berterusan So'soah mencari dan menyelamatkan mereka  menjadikan jumlahnya mencapai 360 anak perempuan. 

Ibn Al-Athir menyebutkan dalam Asadul Ghabah (Jil 3/21) :

Berkata So'soah bin Najiyah:


يارسول الله! إني عملت أعمالاً في الجاهلية فهل لي فيها من أجر؟ قال: «وما عملت؟» قلت: ضلت ناقتان لي عشراوان، فخرجت أبغيهما على جمل لي، فرُفع لي بيتان في فضاء من الأرض، فقصدت قصدهما، فوجدت في أحدهما شيخًا كبيرًا، فبينما هو يخاطبني وأخاطبه إذ نادته امرأته: قد ولدت، قال: وما ولدتِ؟ قالت: جارية، قال: فادفنيها، فقلت: أنا أشتري منك روحها لا تقتلها، فاشتريتها بناقتي وولديهما والبعير الذي تحتي؛ وظهر الإسلام وقد أحييت ثلاثمائة وستين موؤدة، أشتري كل واحدة منهن بناقتين عشراوين وجمل، فهل لي من أجر؟

فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: «هذا باب من البر، لك أجره إذْ مَنَّ الله عليك بالإسلام




Sunday, November 17, 2024

Abu Muzaffar bin Hubairah Al-Wazir (Wafat 560H)

Nama lengkapnya adalah Yahya bin Muhammad bin Hubairah Az-Zuhli Asy-Syaibani. Belia digelar Aunuddin. dan merupakan salah seorang wazir terkenal dalam sejarah pemerintahan Bani Abbasiyah. Beliau dilantik jadi wazir pada tahun 544H, semasa kekjalifahan Al-Muqtafi Li Amrilalh. Beliau disebut sebagai Al-Wazir Al-'Alim Al-'Adil. Prestasi sangat baik dan disukai khalifah dan rakyat. Setelah Al-Muqtafi, naik Al-Mustanjid jadi khalifah. Dia dilanjutkan jawatannya sebagai wazir sehinggalah dia wafat pada tahun 560H di Baghdad.

Dilairkan di Iraq paa tahun 499 di Iraq.

Meninggal tahun 560H di Basrah . Mayatnya dimandikan oleh Ibn Jauzi. Kematiannya ditangisi ramai orang dan pada hari matinya perniagaan ditutup dan orang ramai berkabung.

Menurut cerita yang direkodkan oleh Ibn Al-jauzi, beliau meninggal kerana diracun oleh doktor yang merawatnya. Nama doktor itu adalah Ibn Rasyadah.

Kitab-kitabnya banyak yang hilang kerana selepas matinya , warisnya menjualnya dna dibeli oleh musuh-musuhnya. Mereka memusnahkan kitab karya Ibn Hubairah itu.

Kitab karyanya:

الإفْصَاح عن مَعَانِي الصِّحَاح

العبادات على مَذْهَب أحمَدَ بنِ حَنبَلٍ

الإِشْرَاف على مَذَاهِب الأَشْرَاف

تلخيص إصلاح المنطق


Beliau pernah berkata:

واللهِ ما نَتْرُكُ أميرَ المؤمِنينَ عَلِيَّ بنَ أبي طالبٍ مع الرَّافِضَةِ، نَحْن أَحَقُّ به مِنْهُم؛ لأنَّه منَّا ونَحْن منه، ولا نَتْرُكُ الشَّافِعِيَّ مع الأَشْعَرِيَّة؛ فإنَّا أحَقُّ به منهم


Baca: Alukah

Wednesday, November 13, 2024

SYEIKH ABDULLAH AS-SYARQAWI



 Beliau adalah salah seornag yang pernah menjawat jawatan Syeikhul Azhar.

Nama penuhnya adalah Abdullah bin Hijazi bin Ibrahim As-Syarqawi.

Beliau lahir pada tahun 1150H di Tuwailah, satu penempatan dalam Kota Bilbis, dalam daerah Syarqiyyah. 

Beliau adalaj seornag ulama besar Mazhab Syafie pada zamannya.

Beliau hafaz Quran sejak kecil dan mempunyai kecenderungan kepada tasawwuf.

Pada tahun 1208 beliau menduduki kerusi Syeikhul Azhar.

Pada masanya , Universiti Al-Azhar bersama gerakan kebangsaan menentang penjajahn Perancis ke atas Mesir.

Beliau wafat pada tahun 1227 dan dikebumikan  di Kaheerah.

Beliau adalah seorang ulama yang aktif dalam gerakan kesedaran rakyat Mesir bangkit melawan penjajahan.

Sunday, October 27, 2024

IBN SIRIN

 Namanya adalah Abu Bakar Muhammad bin Sirin. Beliau lahir tahun 33 H, pada zaman pemerintahan Uthman bin Affan. Ayahnya Sirin adalah hamba kepada Anas bin Malik yang diperolehinya sebagai bahagiannya setelah memenagi peperangan Ainu At-Tamr yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid semasa kekhilafahan Abu Bakar  As-Siddiq. Maka Sirin itu jadi hamba mukatab yang diberi tempoh menebus dirinya. Anas mendapati Sirin banyak  hartanya hasil daripada perniagaan, lalu Anas merasa enggan Sirin merdeka terlalu cepat lalu dia bertahkim kepada khalifah Umar untuk dipendekkan tempoh yang diberikan kepada Sirin. Namun Sirin dapat menebus dirinya sebelum  tempoh yang diawalkan. Maka, Sirin pun merdeka.

Ibunya bernama Sofiah yang merupakan hamba kepada Abu Bakar As-Siddiq yang juga dibebaskan.

Lahirnya Ibn Sirin di Kota Basrah dan membesar serta meneguk ilmu daripada para sahabat yang menghuni di sana.

Ibn Sirin terkenal meriwayatkan hadis termasuk hadis-hadis yang ada dalam Saheh Bukhari dan Muslim serta 4  kitab hadis yang lain.

Jumlah hadis yang diriwayatkan jika dihitung adalah 874 buah.

Ibn Saad dalam Tibaqat menyebutkan bahawa Ibn Sirin  mandi setiap hari dan dia masyhur dengan penyakit was-was. Apabila dia berwuduk, dia basuh kakinya hingga ke betis.

Ibn Sirin wafat di Kota Basrah pada tahun 110H


Contoh-contoh Tafsir Mimpi Oleh Ibn Sirin:

  • Siapa bermimpi melihat Tuhannya, dia akan masuk syurga.
  • Seorang lelaki berkata dia bermimpi menenggala tanah yang tidak menumbuhkan tanaman, Ibn Sirin menafsirkannya sebagao lelaki yang melakukan 'Azal terhadap isterinya.
  • Seorang lelaki mengatakan dia bermimpi terbang antara langit dan bumi. Ibn sirin menaffsirkan lelaki itu seornag yang banyak air mani.


Baccan : Deobandi

Wednesday, October 23, 2024

Perang Harrah

  • Perang ini adalah melibatkan tentera bani Umayyah dari Syam dengan penduduk Madinah. Al-Munawarah.
  • Tahun 60H Muawiyah wafat dan digantikan dengan anaknya Yazid.
  • Hussain bin Ali adalah antara tokoh yabng menolak penetapan sistem pemerintahan atas dasar pewarisan sedemikian
  • Dalam masa yang sama , datang pelawaan penduduk Kufah dan Basrah untuk mendokong Hussain dan membai'ahnya selaku khalifah
  • Hussain menyahut jemputan itu dan mengirimkan sepupunya Muslim bin Aqil ke Iraq neninjau keadaan.
  • Tahun 61H, terjadilah tragedi Karbala di mana Hussain matu terbunuh dengan kejam di tangan tentera Bani Umayyah.
  • Tahun-tahun berikutnya berlaku kekacauan politik
  • Ibn Zubair bangkit melawan Yazid pada tahun 63H dan menajdikan Makkah sebagai pusat gerakannya.
  • Di Madinah juga penduduknya bangkit menentang Yazid
  • Di Irak pada tahun 65H,  muncul gerakan pihak yang mensesali terbunuhnya Hussain  dan menamakan diri mereka At-Tawwabin.

Baca :Al-jazeera

  • Penduduk Madinah mencabut kesetiaan mereka kepada Yazid dan menghalau keluar gabenornya (Uthman bin Muhammad bin Abu Sufyan)
  • Abdullah bin Hanzalah Al-Ansari ditunjukkan sebagai pemimpin penduduk Madinah.
  • Ada penduduk Madinah yang tidak bersetuju, antaranya Abdullah bin Umar.
  • Tindakan penduduk Madinah mengundang amarah Yazid dan beliau mengirimkan pasukan untuk menangani penduduk Madinah.
  • Tentera Bani Umayyah dipimpin oleh Muslim bin Uqbah.
  • Beliau pernah bertemu Rasulullah SAW dan dalam perang Siffin dia berperang di pihak tentera Muawiyah
  • Waktu Perang Hirrah, umurnya sudah menjangkau lebih 90 tahun
  • Sahabat Nabi dari kalangan Ansar dan Muhajirin yang masih ada di Madinah telah dibunuh
  • Kuda-kuda tentera Bani Umayyah masuk masjid nabawi, kencing dan berak di dalam masjid , antara Raudhah dan kubur Nabi SAW.
  • Masjid Nabawi tidak ada orang solat di dalamnya selama 3 hari kecuali Said bin Al-Musayyab yang disaksikan sebagai gila oleh Amru bin Uthman bin Affan dan Marwan bin Al-Hakam.
  • Harta dirampas 
  • Madinah diselongkar selama 3 hari.
  • Wanita muslimah dirogol-sebahagian ulama mengengkari kejadian pemerkosaan itu. Namun Ibn Taimiyyah dalam Majmuk Fatawa mengenainya dan tidak mengengkarinya. Demikian Ibn kathir dan Ibn Hajar menyebutkannya.
  • Muslim bin Uqbah disebutkan sebagai Musrif bin Uqbah kerana sifatnya yang menimpahkan darah.
  • Dia mati dalam perjalanan menuju Makkah dalam rangka memerangi Abdullah bin Zubair,elepas 3 hari Perang Harrah
  • Jika dilihat period antara peristiwa Hussain terbunuh di Karbala pada tahun 61H dengan Perang Harrah paa tahun 63H, dapat dikatakan bahawa pemberontakan penduduk Maidnah bukan atas sebab tragedi pembunuhan Husain. Jika tragedi pembunuhan Hussain faktornya, sudah tentu ia akan berlaku segera.
  • Maka ada faktor lain tindakan penduduk Madinah itu.
  • Ada pandangan mengatakan ia berkaitan dengan pemilikan tanah subur sekirat Madinah yang dikuasai oleh keluarga bani Umayyah.
  • Perolehan harta Bani Umayyah itu adalah dengan jalan membeli tanah-tanah orang  lain dengan tawaran harga yang mahal
  • Antara puak Talibin, ada yang jual tanah mereka kepada Bani Umayyah seeperti kes Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib yang menjual tanah yang dihadiahkan oleh sepupunya Hussain bin Ali kepada Muawiyah dengan harga yang tinggi (dikatakan 2 juta Dirham)

Bacaan: Islamqa

Baca: Al-Jazeera

Beberapa catatan:

Dalam Syarah Saheh Muslim (Jil 16 Ms 99), Imam An-Nawawi menyatakan sikap Ahli Sunnah mengenai peperangan antara Ibn Zubair dengan Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi.. Katanya:

ومذهب أهل الحق أن ابن الزبير كان مظلوما. وأن الحجاج ورفقته كانوا خوارج عليه.


Maka, Ibn Zubair dainggap sebagai khalifah yang sah dan mereka yang menentangnya dihukumkan sebagai Khawarij. Hinggalah Marwan bin Al-Hakam yang menaiki tahta pemerintahan Bani Umayyah, dia tidak diakui sebagai khalifah hinggalah Ibn Zubair mati terbunuh pada masa pemerintahan Abdul Malik bin Marwan, barulah ketika itu sahnya kekhalifahan Abdul Malik.

As-Sayuthi menukilkan dalam Tarikhul Khulafa(Ms 212) perkataan Imam Az-Zahabi:

 إن مروان لا يعد في أمراء المؤمنين. بل هو باغ خارج على ابن الزبير. ولا عهده لابنه بصحيح. وإنما صحت خلافة عبد الملك من حين قتل ابن الزبير.

Imam As-Sututhi menyifatkan inilah pandangan  yang saheh.

Isi ini diperdebatkan kalangan sarjana Islam. Ada yang mengatakan zaman ytersebut zaman fitnah dan hukum siapa khawarij antara yang bertelagah tidak boleh ditetapkan.


Disebutkan dalam Al-Jami' As- Saghir oleh Imam Bukhari hadis riwayat Ibn Sirin :

قتل كثير بن أفلح وأبوه وكانا موليين لأبي أيوب الأنصاري يوم الحرة فلقيته في المنام فقلت: أشهداء أنتم؟ قال: لا،







Monday, October 14, 2024

Ato' bin Abi Rabah

 Ketinggian himmah adalah "value" yang sangat mahal nilainya pada seseorang. Inilah harta yang tidak ternilai ada pada para ulama. Biar rupa tak hensom, badan tak sasa dan cacat fizikal sekalipun, kalau diri punya ketinggian himmah, tidak mengapa. 

Inilah yang kita pelajari daripada para ulama yang muncul sepanjang sejarah.

Salah satu ulama yang punya ketinggian himmah tersebut adalah Ato' bin Abi Rabah.

Namanya adalah Abu Muhammad Ato' bin Abi Rabah Aslam bin Safwan, lahir tahun 27 H di Junda, satu tempat di Yaman , iaitu di masa pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan dan wafat tahun 114H.

Beliau adalah seorang Tabi'in yang mulia dan menuntut ilmu daripada lebih 200 sahabat Nabi.

Mulanya dianya seorang hamba berkulit hitam , lalu dimerdekakan. Dia buta sebelah mata dan pula tempang. Dia tidak ada rumah buat tidur melainkan di Masjidil Haram. 

Dia adalah bekas hamba Keluarga Abi Maisarah bin Abu Khusaim Al-Fihri dan digelar Abu Muhammad.

Sungguhpun dia kurang dari sudut fizikal, namun dari sudut akal dan rohani, dia tiada tandingan di zamannya. Beliau adalah mufti Kota Makkah pada masa hayatnya.

Sungguhpun dia banyak mendampingi Ibn Abbas, riwayat-riwayat tafsirnya tidak melebih murid-murid Ibn Abbas yang lain seperti Mujahid dan Said bin Jubair. Ini kerana dia tidak gemar meriwayatkan tafsir dengan pandangannya.

Ibn Abbas, apabila orang Mekah memintanya sesuatu fatwa dia berkata: Kamu meminta fatwaku sedangkan di kalangan kalian ada Ato'???

Dia pernah berkata tatkala diminta pandangannya:


إنى لأستحي من الله أن يُدان في الأرض برأيي.


Baca: Islamweb


Pada satu Musim Haji, Khalifah Sulaiman bin Abdul malik dari dinasti Bani Umayyah datang ke Makkah bagi melaksanakan haji. Bersamanya dua ornag anaknya. Beliau ada masalah feqah haji yang mahu ditanyakan. Lalu ditunjukkan orang bahawa Ato' adalah orang yang patut ditanya. Mereka pun mencari Ato' dan ketika itu Ato' sednag solat di  depan Kaabah. Sulaiman bin Abdul Malik serta dua anknya berdiri di belakang Ato' hingga dia selesai solat. Apabila selesai solat, Ato' ditanya masalah feqah yang membuku dalam fikiran khalifah Sulaiman, Ato, tidak pun berpaling dna dia menjawab soalan-soalan yang diutarakan. Sehinggalah habis ditanya, Ato' tidak berpaling menghadap khalifah. Ia adalah lambang sikapnya tidak berhajat kepada penguasa dan harta.

Khalifah Sulaiman, setelah itu berpesan kepada anaknya: Wahai anakku, tuntutlah olehmu ilmu. Ayah tidak boleh lupa betapa hinanyanya kita di depan hamba yang hitam (kerana ilmu dalam dadanya)

baca : Shamela

Pujian-pujian buat Ato':

  • Ibnu Juraij telah berkata: Ketika Ato' telah berusia dan dia menjadi lemah, dia masih bangun solat dan membaca 200 ayat daripada surah Al-Baqarah dalam  keadaan qiam dan tidka bergerak sedikit pun.
  • Ibn Abi Laila menyebutkan bahawa Ato' telah berhaji sebanyak 70 kali.
  • Abdul malik bin Juraij menyebutkan: Masjildil Haram adalah tempat tidur Ato' selama 20 tahun hin gga dia meninggal
  • Abdul razaq bin Hammam berkata: Penduduk Makkah mengambil cara solat daripada Ib Juraij. Ibn Jurai mengambilnya daripada Ato' bin Abi Rabah. Ato' pula mengambilnya daripada Abdullah bin Az-Zubair. Abdulla bin Az-Zubair mengambilnya daripada Abu Bakar As-Siddiq dan Abi Bakar mengambilnya daripada Rasulullah SAW dan Rasulullah mengambilnya daripada Jibrail A.S dan Jibrail daripada Allah SWT.
Rujuk: Islamstory

الثناء على عطاء بن أبي رباح
قال محمد بن علي بن حسينٍ: ما بقي أحدٌ أعلم بمناسك الحج من عطاء بن أبي رَباحٍ.
قال أبو زرعة الرازي: عطاء بن أبي رَباحٍ مكيٌّ ثقةٌ.
قال الشافعي: ليس في التابعين أحد أكثر اتباعًا للحديث من عطاء.
قال سعيد بن أبي عَرُوبة: إذا اجتمع أربعة لم أبالِ بمن خالفهم: الحسن، وسعيد بن المسيَّب، وإبراهيم، وعطاء، هؤلاء أئمة الأنصار.
قال إبراهيم بن عمر بن كيسان: أذكرهم في زمان بني أمية يأمرون في الحاج صائحًا يصيح: لا يفتي الناس إلا عطاء بن أبي رَباحٍ.
قال ربيعة بن عبد الرحمن: فاق عطاءُ بن أبي رَباحٍ أهلَ مكة في الفتوى.
قال النووي: اتفق العلماء على توثيق عطاء بن أبي رَباحٍ وجلالته وإمامته
قال محمد بن عبد الله بن عمرو بن عثمان بن عفان: ما رأيت مفتيًا خيرًا من عطاء بن أبي رَباحٍ، إنما كان في مجلسه ذكر الله لا يفتُرُ وهم يخوضون، فإن تكلم أو سئل عن شيءٍ أحسن الجواب.
روى أبو نعيم عن أسلم المنقري، قال: "كنت جالسًا مع أبي جعفرٍ الباقر فمر عليه عطاءٌ، فقال: ما بقِيَ على ظهر الأرض أحدٌ أعلم بمناسك الحج من عطاء بن أبي رَباحٍ، سمعت سليمان بن أحمد يقول: سمعت أحمد بن محمدٍ الشافعي، يقول: كانت الحلقة في الفتيا بمكة في المسجد الحرام لابن عباسٍ، وبعد ابن عباسٍ لعطاء بن أبي رَباحٍ".
قال أحمد بن حنبل: عطاء بن أبي رَباحٍ مكيٌّ تابعيٌّ ثقةٌ، وكان يفتي أهل مكة في زمانه.
قال عمرو بن دينار ومجاهد وغيرهما من أهل مكة: لم يزل شأننا متشابهًا متناظرين حتى خرج عطاء بن أبي رَباحٍ إلى المدينة، فلما رجع إلينا استبان فضله علينا.
قال أبو حنيفة: ما رأيتُ فيمن لقيتُ أفضلَ من عطاء بن أبي رَباحٍ.
قال قتادة بن دعامة: عطاء بن أبي رَباحٍ أعلم أهل زمانه بالمناسك.
قال يحيى بن معين: عطاء بن أبي رَباحٍ ثقةٌ.
قال إسماعيل بن أمية: كان عطاءٌ يُطيل الصمت، فإذا تكلم يخيَّل إلينا أنه يؤيد.





Thursday, September 26, 2024

Dia dari kalangan Mukhbitin

Ar-Rabi' bin Khusaim adalah seorang tabiin yang saleh . Dia mengambil ilmu daripada Abdullah bin Mas'ud

 Ibn Mas'ud berkata kepada Ar-Rabi' bin Khusaim:

يا أبا يزيد ، لو رآك رسول الله -صلى الله عليه وسلم- لأحبك ، وما رأيتك إلا ذكرت المخبتين 


Wahai Abu Yazid, seandainya Rasulullah melihatmu, tentu dia akan menyukaimu. Setiap kali aku melihatmu aku akan teringat golongan yang disebutkan sebagai Al-Mukhbitin".


Perkataan Ibn Mas'ud itu merujuk kepada firman Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Al-Hajj, ayat 34 :

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۗ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا ۗ وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah),

Kata Imam Al-Qurtubu dalam tafsirnya, "al-mukhbitin" ialah :

Orang beriman yang mempunyai sifat tawadhuk dan khusyuk

Ia di ambil daripada kata akar (  خبت   ) yang bermaksud :

ما انخفض من الأرض

Imam At-Tobari menyebutkan definisi Al-Mukhbitin dengan katanya:


الخاضعين لله بالطاعة، المذعنين له بالعبودية، المنيبين إليه بالتوبة.

"Orang yang tunduk kepada Allah SWt dengan ketaatan, merendehakan diri dalam peribadatan dan sentiasa kembali kepadaNya dengan taubat".

Dalam ayat berikutnya iaitu ayat 35 Allah menjelaskan sifat Al-Mukhbitin itu dengan firmannya:


الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَالصَّابِرِينَ عَلَىٰ مَا أَصَابَهُمْ وَالْمُقِيمِي الصَّلَاةِ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ (35)
 (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa yang telah Kami rezekikan kepada mereka.



Sifat mulia yang diberikan kepada Ar-Rabi' bin Khusaim ini amat bersesuaian dengan watak dan kepribadiannya.

Imam As-Tsauri meriwayatkan perkataan seseornag lelaki yang menceritakan kisah ayahnya yang berkata: Aku telah duduk bersama Ar-Rabi' bin Khusaim selema bertahun-tahun dna dia tidak pernah bertanya kepadaku tentang hal orang lain kecuali ada satu ketika  dia bertanya kepadaku: "Apakah ibumu masih hidup?"

Ertinya Ar-rabi' bin Khusaim adalah seornag yang sangat menjauhkan diri dari mengumpati orang. Allah Allah....alangkah jauh bezanya dengan kita. Amat sukar sekali kita hendak menjaga lidah kita daripada menyebut tentang perihal ornag.

Orang yang kita panggil ornag soleh hari ini, lihatlah apakah lidahnya selamat daripada mengumpati orang? Selamatkah lidahnya daripada mencela, menggelar dan menyebutkan keburukan orang? Alangkah jauhnya kesolehan di mata kita dengan kesolehan para salafus soleh!


Lihat pula bagaimana kelakuan orang yang yang dikatakan wali Allah pada zaman ini. bandingkan dengan jawapan oleh Ar-Rabi' bin Khusaim sebagaimana riwayat As-Tsauri menyebutkan bahawa tatkala ditanya orang kepada Ar-Rabi':

"Bagaimana keadaan dirimu hari ini?" 

Maka jawapnya:

ضعفاء مذنبين ، نأكل أرزاقنا ، وننتظر آجالنا 

"Saya hari ini orang lemah yang berdosa, makan razeki Allah yang dikurniakan sambil menunggul sampainya ajal!"

Telusuri pula kisah-kisah ornag yang didakwa sebagai wali Allah pada zaman-zaman selepas zaman Salaf. Biasa amat mereka berkata dengan kata-kata mengangkat dirinya  seperti:
Aku telah mikraj ke langit!
Aku nampak (kasyaf) apa yang kalian tidak nampak!
Kami para wali telah berenang di laut yang mana para nabi-nabi tersekat di pantainya!

Kalam pernuh kebanggan tentang kedudukan dan maqam diucapkan. Bandingkan pula dengan kalam salaf yang soleh seumpama Ar-rabi' bin Khusaim. Penuh tawadhuk dan rendah diri. Merasa diri berdosa....tidak meyakini syurga sebagai miliknya.

Ada seorang Habib Yaman menceritakan kisah leluhurnya yang pergi melawat syurga dan bila pulang ada kesan pasir syurga di tapak kakinya. Apa ini? Semasa hidup lagi telah meresakan leluhur itu bakalan ahli syurga. Abu Bakar dan Umar menangis takut tidak masuk syurga. Siapa orang itu untuk merasa selamat daripada neraka Allah kalau para sahabat sendiri sentiasa takut ancaman neraka?











Wednesday, September 11, 2024

Syeikh Sulaiman al-Bujairimi

Syeikh Sulaiman al-Bujairimi: Pengarang Hashiyyah al-Bujairimi

- Nama beliau ialah Sulaiman bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi. Beliau dilahirkan di Bujairim pada tahun 1131 Hijrah/1719 Masihi.


- Bujairim merupakan sebuah perkampungan yang terletak di wilayah al-Gharbiyyah, Mesir.


- Nasab beliau bersambung dengan Syeikh Jum’ah al-Zaidi yang bersambung nasabnya sehingga Muhammad bin al-Hanafiyyah, anak Saidina ‘Ali.


- Beliau datang ke Kaherah ketika beliau masih kecil, sebelum mencapai usia baligh lagi.


- Beliau dijaga oleh salah seorang saudaranya yang bernama Syeikh Musa al-Bujairimi.


- Beliau menghafal al-Quran di bawah bimbingan Syeikh Musa tersebut sehinggalah beliau mencapai usia yang layak untuk menuntut ilmu.


- Beliau lalu belajar dengan Syeikh al-‘Asymawi kitab-kitab seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Termizi, Sunan Abu Daud, al-Syifa karangan al-Qadhi ‘Iyadh, al-Mawahib al-Laduniyyah karangan al-Qasthalani, Syarah Manhaj al-Thullab karangan Zakariyyah al-Ansari, Syarah Minhaj al-Thalibin karangan al-Ramli dan Ibnu Hajar al-Haitami.


- Antara guru-guru beliau yang lain ialah Syeikh al-Hifni, Syeikh al-Dairabi, Syeikh Ali al-Sa’idi, al-Sayyid al-Bulaidi, Syeikh ‘Athiyyah al-Ajhuri dan lain-lain.


- Antara ulama yang mengijazahkannya ialah Syeikh al-Malawi, Syeikh al-Jauhari dan Syeikh al-Madabighi.


- Syeikh Abdul Razak al-Baithar memuji beliau sebagai seorang alim, faqih, muhaddith, penutup ulama muhaqqiqin, baki ulama salaf, kaabah para ulama, rujukan para fuqaha dan lain-lain pujian.


- Antara karangannya ialah Hashiyyah al-Bujairmi ‘Ala Syarah al-Khatib iaitu hashiyyah ke atas kitab al-Iqna’ karangan al-Khatib al-Syarbini yang mensyarahkan kitab matan Abi Syuja’. Kitabnya yang lain ialah Hashiyyah al-Bujairmi ‘Ala Syarah Manhaj al-Thullab karangan Zakariyya al-Ansari, empat jilid. Kitab beliau boleh dimuat turun di pautan berikut:

Wednesday, August 21, 2024

IBN BATTAH AL-UKBARI

Saya membuat catatan mengenai tokoh ulama ini setelah menbaca sebuah kitab yang dinamakan Syarah Kitab Al-Ibanah Fi Usuli Ad-diyanah yang ditulis oleh Hasan Abu Asybal Az-Zuhairi. Dia membuat syarah atas kitab yang asalnya dinamakan Al-Ibanah 'An Syari'ati Al-Firqah An-najiyah yang dikarnag oleh Ibn Battah Al-Ukbari.

Ibn Battah Al-Ukbari , nama sebenarnya ialah Ubaidillah bin Muhammad bin Muhammad bin Hamdan bin Umar bin Isa bin Ibrahim bin Saad bin Utbah bin Farqad As-Sulami.

Beliau lahir tahun 304H dan meninggal tahun 387H

Beliau merupakan seorang daripada  ulama utama yang faqih dalam Mazhab Hambali.

Wednesday, August 14, 2024

ABU BAKAR AL-BAQILANI

 Beliau adalah Al-Qadhi Abu Bakar Al-Baqilani

Hidup antara tahun338-403H

Nama penihnya ialah Muhammad bin At-Tayyib bin Muhammad bin Jaafar bin Al-Qasim

Digelar Syeikh As-Sunnah dan Lisanul Ummah

Beliau adalah tokoh besar dalam Mazhab Asya'ari.

Tokoh Besar Ulama Maliki di zamannya.

seorang ahli usul dan ahli kalam

Banyak menghasilkan karya menjawab atas Muktazilah, Syiah, Khawarij, Jahmiyyah dan Karamiyyah.

Dibilang sebagai Mujaddid kurun ke-4

Murid-muridnya tersebar ke seluruh pelusuk negara Islam pada masa -masa selepasnya.

Wafat dan dikebumikan di Baghdad.

Thursday, August 1, 2024

KISAH THUFAIL BIN AMRU AD-DAUSI MASUK ISLAM

Thufail bin Amru Ad-Dausi adalah pemimpin kabilah Ad-Daus yang menghuni kawasan di sebelah Yaman. Dia telah datang ke Makkah pada tahun ke-10 daripada Kenabian dan masuk Islam di tangan Nabi SAW. Ketika di sudah masuk Islam dan ingin balik berdakwah kepada kaumnya, nabi SAW mendoakan agar dia diberikan cahaya di dahinya sebagai bukti untuk meyakinkan kaumnya. Cahaya itu kemdian dipindahkan ke tongkatnya kerana dia bimbang dianggap kaumnya dia terkena sumpahan. Kerana itu, Thufail bin AMru digelar " ZINNUR".

*Ad-Daus daripada kabilah Al-Azdi

Kisah masuk Islamnya Thufail diriwayatkan dalam banyaj turas seperti dalam kitab Al-Khasais Al-Kubra (Sayuthiu), Dalailun Nubuwwah (Baihaqi), Sirah Ibn Hisyam. dan Al-BIdayah Wan Nihayah (Ibn Kathir) serta lain-lain.

Ceritanya, Thufail itu seorang mulia dalam kaumnya dan pula merupakan seorang penyair yang henat. Dia berkunjung ke Kota Makkah dan para pemimpin kafir mendatanginya dan memberinya amaran agar tidak mendengar kalam-kalam ucapan nabi SAW. Hatta, untuk itu, dia menutup telinganya dan sumbatan. Namun, akhirnya dia mahu dengar kerana yakin dengan kebolehannya membezakan mana baik dan buruk. Dari situ dia mengenal Al-Quran dan masuk Islam.

Kisahnya dapat cahaya hasil doa nabi SAW diceritakan sendiri oleh Thufail dalam riwayat hadis. Cahaya yang mulanya muncul di dahainya sewaktu dia sampai dekat dengan kampungnya, dimintanya dalam dia agar dipindahkan ke tempat lain kerana takut dituduh kaumnya bahawa dia terkena sumpahan kerana tukar agama, maka cahaya itu berpindah ke hujung tongkatnya. Ia kelihatan seperti kandil yang tergantung di tongkatnya.

Thufail mendakwahi ayahnya dan masuk Islam. Isterinya masuk Islam. Dia menyampainya dakwahnya kepada kaumnya yang menyembah berhala yang bernama Zi-As-Syaryi.  Bebrapa lama dia berdakwah, kaumnya kurnag menyambut seruannya. Dia kembali bertemu Rasulullah SAW dan minta agar Rasulullah mendoakan bencana atas kaumnya. Tetapi, baginda doakan agar kaumnya diberi haidayah. Doa Nabi SAW:

اللهم اهد دوسا، 

Nabi SAW menyuruh Thufail bin Amru pulang ke kampungnya dan meneruskan dakwah dan hendaklah berlemah lembut kepada kaumnya itu.


Pada tahun ke-7 H, Thufail bersama rombongannya daripada kabilah Daus, termasuk di dalamnya Abu Hurairah yang masih kecil, berhijrah ke Kota Madinah. Ada sekitar 70 atau 80 keluarga dari kabilah Daus yang ikut bersamanya ketika itu. Ketika itu Rasulullah SAW sedang dalam misi memerangi Yahudi di Khaibar. Lalu, rombongan Thufail itu bertolak ke Khaibar dan apbila Khaibar dapat ditawan, Rasulullah SAW memberikan bahagian ghanimah kepada kabilah Ad-Daus juga.

Mimpi Thufail:

Masa perang melawan Musailamah Al-Khazzab( Zaman Khalifah Abu Bakar) , Thufail menceritakan mimpinya kepada rakan-rakannya; Dia bermimpi melihat kepalanya dicukur dan keluar dari mulutnya burung. Kemudian dia bertemu seorang perempuan , lalu perempuan itu memasukkannya ke dalam farajnya. Anaknya mencari-carinya tetapi dia dihalang  dan tak ketemu.

Thufail minta mereka takwil mimpinya. Mereka kata itu mimpi baik tetapi tidak dapat menebak maksudnya.

Lalu Thufail sendiri menyatakan takwilannya : Kepala dicukur maksudnya dia akan mati tebunuh dan kepala dipotong. Burung keluar dari mulut bermaksud roh tinggalkan badan. Perempuan masukkannya ke dalam faraj , ertinya ditanam dalam bumi. 

Kata Thufail, dia harap matinya Syahid. Tentang anaknya, dia mengatakan bahawa anaknya akan menyusulnya tetapi bukan dalam peperangan itu. Ternyata kemudiannya Thufail matyi terbunuh dalam perang melawan Musailamah itu. Perang yang yang dianamakn Perang Yamamah.Sementara anaknya pula terluka tetapi kemudian sembuh dan meneruskan misi jihad sehingga dia gugur syahid dalam perang Yarmuk di zaman Mirul Mukminin Umar Al-Khattab radiallahu anhum ajma'in.



Bacaan Tambahan: Said.org
 
Tatimmah:

Bila kita mengkagumi Abu Huirairah yang banyak meriwayatkan hadis, ingatlah bahawa Abu Huirairah itu Islam di tangan Thufail bin Amru. Kendati Thufail bukan kalangan sahabat yang alim, tidak meriwayatkan hadis, tetapi, kelebihan dan kemuliaan Abu Hurairah berada di bawah bebayang Thufail. Pahala dan kelebihan Abu Hurairah itu mengalir juga kepada Thufail. Thufail adalah orang yang membuka lorong hidayah buat Abu Hurairah!

Ingatlah sabda Nabi SAW dalam Saheh Muslim:

 من دعا إلى هدى كان له من الأجر مثل أجور من تبعه لا ينقص ذلك من أجورهم شيئا

Dan pula Sabda baginda seperti dalam Saheh Bukhari:


لَأَنْ يهدي الله بك رجلا واحدا خير لك من حُمُرِ النَّعَمِ

Thufail adalah kalangan yang tertakluk kepada makna hadis di atas!













Tuesday, July 16, 2024

Syahidnya Saidina Hussain di Karbala

 Hari ini 10 Muharam tahun 1446H. Kembali dalam kenangan penuh duka, 1385 tahun yang lalu, pada bulan yang sama dan hari yang sama, seorang pemuda ahli syurga yang merupakan cucu kepada Rasulullah SAW, Saidina Hussain bin Ali telah dibunuh kejam di bumi Karbala. Peristiwa itu kekal menjadi peristiwa paling tragis dalam ingatan kaum Muslimin. Ia menjadi peristiwa yang tidka terlupakan sepanjang zaman.

Saidina Hussain bin Ali enggan menyatakan bai'ah kepada Yazid bin Muawiyah setelah Muawiyah wafat. Menurutnya , persoalan kekhialafahan hendaklah dikebalikan semula kepada pilihan Ummat Islam.

Penduduk Kufah yang mendengar khabar kengganan Hussain itu mengemabil kesempatan. Mereka mengirimkan surat kepad aSaidina Hussain di Madinah , mengajaknya datang ke Kufah untuk dibai'ah. Sekitar 500 surat sampai kepada Hussain menawarkan pembai'atan. Maka, oleh Hussain , dikirimkan Muslim bin Aqil, sepupunya untuk meninjau keadaan. 

Di Kufah, ramai yang datang kepada Muslim bin Aqil untuk menyatakan bai'ah mereka kepada Saidina Hussain. Apabila Hal tersebut diketahui oleh Yazid bin Muawiyah, dia memecatkan Gabenor Kufah ketika itu yang dianggapnya lemah dan mengirimkan Ubaidillah bin Ziyad menggantikannya. Pada mulanya Para pendokong Husain di Kufah menyatakan penetangan kepada Ubaidillah bin Ziyad dan mengepung istana pemerintahannya di Kufah. Namun, Ubaidilhha bin Ziyad mengancam keras perlakuan mereka dan mengatakan tentera Syam akan datang dan mereka yang degil akan dihukum. Maka, para pendokong Muslim bin Aqil mula surut. Di katakan sebelum menjelang maghrib hari itu, tinggallah Muslim bin Aqil sendirian tanpa pembela. Dia kemudiannya ditangkap dna dihukum bunuh.

kejadian yang menimpa Muslim bin Aqil tidak  diketahui oleh Saidina Hussain di Kota Madinah. Sementara dia telah memulakan keberangkatannya. Hari tarwiyah dia memulakan perjalanannya sednagkan hari Arafah Muslim bin Aqil dibunuh. Walaupun ramai sahabat Nabi menasihatinya agar tidak pergi ke kufah, Hussain tidak mengubah tekadnya.

Sehinggalah dalam perjalanan itu, sampai khabar kepada Hussain. Dia pun mengubah arah perjalanannya menuju ke Syam untuk bertemu Yazid bin Muawiyah. Namun, pasukan tentera Ubaidillah bin Ziyad yang dipimpin oleh Umar bin Saad bin Abi Waqqas telah tiba dan megepungnya. 

Berlaku perbincangan dan Hussain meminta tiga pilihan iaitu:

a) Dia dibenarkan kembali semula ke Madinah

b) Dia dibenarkan pergi ke mana-mana Kota dan bergabung dengan pasukan jihad di sana

c) Dia dibenarkan ke Syam bertemu Yazid.


Namun, atas arahan Ubaidillah bin Ziyad, semua pilihan itu ditolak. Hussain diminta mengadap Ubaidillah bin Ziyad dan menyatakan bai'ahnya kepada Yazid.

Permintaan itu satu penghinaan. Maka berlakulah ketegangan dan tragedi pun tidak terelakkan.

Saidina Hussain dan sanak saudaranya terbunuh di Karbala. Zuriat Hussain yang selamat hanya seorang iaitu Ali Zainal Abidin yangsaat itu masih kecil

Maka, berikut adalah nama-nama ornag yang berkongsi darah Hussain di Karbala.

1)  Syamar Zil Jausyin

2) Zurah bin Syuraik

3) Sinan bin Anas

4) Umar bin Saad bin Abi Waqqas

Tentulah Ubaidillah bin Ziyad adalah kepala dari semuanya. Soal keterlibatana yazid bin Muawiyah, ia menjadi perbincangan dan perbezaan pendapat.

Selepas tragedi Karbala, penduduk di Kufah amat menyesal. Mereka mahu menebus dosa mereka. Satu kumpulan diwujudkan dan diberi nama "AT-TAWWABUN" yang dipimpin oleh Sulaiman bin As-Sard, seornag yang yang dibilangkan sebagai sahabat nabi SAW. Kumpulan ini menjadikan tangisan dan menghukum diri sebagai cara menyatakan penyesalan mereka.

Namun, Ubaidillah bin Ziyad selaku gabenor basrah dapat memadamkan kebangkitan golongan At-tawwabun ini.

Namun, pada saat itu, kedaan negara Islam sudah terpecah. Di Kota makkah, Abdullah bin Zubair telah dibai'ah menjadi khalifah. Di Syam naik Marwan Al-hakam pula selaku khalifah Bani Umayyah.Beliau tidak mampu menghadapi pengaruh Abdullah bin Zubair sehinggalah dia meninggal dan digantikan anaknya Abdul malik bin Marwan.

dalam kondisi  sedemikian, muncul seorang tokoh bernama Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi. Dia punya sejarah politik yang bertukar-tukar. Dia pernah mendokong Yazid kemudan menyokong Abdullah bin Zubair. Stelah itu bawa-bawa nama Muhammad Al-Hanafiah. Akhirnya mengengkari Abdullah bin Zubair. 

Pada masanya dia berjaya menggerakan pasukan melawan pasukan Bani Umaiyyah. 


Akan tetapi, dua tahun kemudian, iaitu tahun 67H, dia menemui lawan lain yang membencinya dan menyimpan dendam kepadanya atas jenayahnya ke atas Saidina Hussain bin Ali. Lawan tersebut adalah pasukan tentera Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi yang dipimpin oleh bawahannya yang bernama Ibrahim bin Al-Asytar. Peperangan terjadi di satu tempat berhampiran Sungai Al-Khazir di Mosul. Peperangan ini dimenangi oleh pasukan Ibrahim bin Al-Asytar dan Ubaidillah bin Ziyad dapat dibunuh olehnya. Kepalanya dipotong dan dikirimkan kepada Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi di Kufah. Bersama kepalanya, dikirimkan juga kepala Hussain bin Numair , Syurahbil bin Zil Kala' dan sebilangan pemimpin lain yang bersekongkol dengan mereka.

* Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi itu, di mata kaum Syiah, sangat disanjung kerana telah menuntut bela atas kematian Hussain. Namun di kalangan Ahlu Sunnah, dia dilihat sebagai pendusta. Dialah yang dimaksudkan dalam hadis:

إن في ثقيف كذابًا ومُبِيرًا 

Sesungguhnya di kalangan Tsaqif (Kabilah asal Taif) ada seorang jadi pendusta (Mukhtar bin Abi Ubaid) dan ada seorang jadi penzalim ( Hajjaj bin Yusuf)

(Hadis riwayat Ahmad, Al-hakim dan terdapat dana Tobaqat Ibn Saad-Abani menyebutnya dalam Silsilah As-Sohehah) 


Al-Mukhtar bin Abi Ubaid tersebut, telah mengangkat dirinya setaraf para nabi apabila mengaku mendapat wahyu dan malaikat Jibrail dan Mikail sering mengunjunginya. Dia juga adalah pengasas kepada Mazhab Syiah Kaisaniyyah yang menganggap Muhamamd Al-Hanafiyyah bin Ali sebagai imam dan mazhab Kaisaniyyah ini dinisbahkan kepada seorang bernama Kaisan yang merupakan hamba kepada Ali. Dia mendakwa mendapat ilmu rahsia batin dan ta'wil daripada Saidina Ali dan anaknya Muhammad Al-Hanafiyyah.

Sejarah menyaksikan bahawa mereka yang telah terlibat dalam pembunuhan Hussain bin Ali r.a tidak selamat. Mereka mendapat balasan mereka. Mereka diburu dan dibunuh. Selain Ubaidillah bin Ziyad, telah dibunuh balas juga , Umar bin Saa'd bin Abi Waqqas, Syamar bin Zil Jausyin, Harmalah bin Kahil Al-Asadi, Abdurrahman bin Sa'id bin Qais Al-Kindi, Sinan bin Abi Anas, Khuli bin Yazid Al-Asbahi dan Hussain bin Numair.

Ubaidillah bin Ziyad adalah orang yang mengetuai gerombolan pembunuhan Hussain di Karbala. Orang yang mengangkat pedang dan membunuh Saidina Hussain adalah Syamar bin Zil Jausyin.


Monday, July 15, 2024

PERISTIWA-PERISTIWA YANG BERLAKU PADA HARI ASYURA

Asyura ialah hari yang ke-10 dalam bulan Muharram. Ia dinamakan Asyura merujuk kepada nombor sepuluh.  Hari 10 Muharram mempunyai kenangan penting dalam sejarah :

  1. Hari di mana Adam dan Hawa dibuang ke dunia.
  2. Hari di mana Allah menerima taubat Adam 
  3. Hari di mana Allah menyelamatkan kapal Nabi Nuh di atas bukit Al-Judi.
  4. Hari di mana nabi Musa selamat kala laut terbelah dan tenggelamnya Firaun.
  5. Hari di mana Nabi Yunus bebas daripada perit ikan Nun.
  6. Hari di mana kaum Nabi Yunus bertaubat dan Alalh menerima taubat mereka.
  7. Hari di mana Sulaman diberikan kerajaan.
  8. Hari di mana nabi yunus sembuh dari penyakitnya
  9. Hari di mana berlakunya Perang Zatur Riqa' pada tahun ke-4 H di zaman Rasululillah SAW.
  10. Hari di mana Saidina Hussain bin Ali terbunuh di Karbala iaitu 10 Muharram tahun 61H

Baca: Sahnoun

Wednesday, July 10, 2024

Hussain bin Ali berkahwin dengan Puteri Parsi

Peteri Parsi yang dimaksudkan itu adalah anak kepada Kisra terakhir Parsi yang bernama Yazdajerd. Nama puterinya itu adalah Syah Zinan atau disebt juga Syaharbanu.

Berikut adalah beberapa fakta tentang Hussain yang perlu diketahui.

1) Saidina Ali berkahwin dengan Fatimah pad atahun ke-2H, selepas Perang Badar.

2) Hussain dilahirkan tahun ke-5 H

3) Kota Madain dibukan oleh tentera Islam pada tahun ke-16H

4) Usia Hussain ketika pembukaan Madain adalah 11 tahun.

5) Raja Parsi, Yazdajerd bin Syahriar berusia 21 tahun ketika Madain ditawan oleh tentera Islam.

6) Diandaikan jika Yazdajerd berkahwin pada usia 15 tahun, maka ketika Kota Madain ditawan, dia ada anak yang berusia 5 tahun.


Baca: Facebook

Monday, July 8, 2024

Kisah Asma' binti Umais

Namanya Asma' bt Umais bin Ma'ad bin Al-Haris bin Tayyim bin Kaab bin Malik bin Quhafah bin 'Amir bin Rabi'ah bin 'Amir bin Muawiyah bin Zaid bin Malik bin Basyar bin Wahbullah bin Syahran bin 'Afrasy bin Khalaf bin Aqbal. 

Muhammad bin Abu Bakar As-Sididiq adalah anak hasil perkahwinan Abu Bakar As-Siddiq dengan Asma' binti Umais Al-Khath'amiyyah.

Sebelum bernikah dengan Abu Bakar As-Siddiq, Asma' telah bernikah dengan Ja'afar bin Abu Talib.

Asma' bin Umais adalah muslimah awal dan dia memeluk Islam sebelum Nabi SAW  mengambil rumah Al-Arqam sebagai markas dakwahnya. Dia bersama suaminya Jaafar bin Abu Talib telah menempuh jalan hijrah ke Habsyah bersama-sama. Bersama dengan Jaafar bin Abu Talib di Habsyah, dia dikuriniakan 3 ornag anak iaitu Abdullah, Aun dan Muhammad (Al-Akbar)

* Asma' bt Umais juga merupakan saudara perempuan kepada Zainab bt Khuzaimah Ummul Mukminin yang digelar sebagai Ummul Masakin. Ini bermakna dia sekaligus adalah ipar kepada Rasulullah SAW. Dia juga saudara kepada Maimunah bt Al-harith yang merupakan isteri terakhir yang nabi kahwini. Dia juga adalah saidara perempuan kepada Lubabah ummul Fadhl, isteri kepda Abbas bin Abdul Mutallib.

Dia bersama Jaafar pulang dari Habsyah dan hijrah ke Kota Madinah pada tahun 7H. Pada tahun 7H, berlaku perang Mu'tah dan Ja'afar elah gugur syahid.Maka Asmai' menjadi janda.

Asma' kemudiannya dinikahi pula oleh Abu Bakar As-Siddiq yang ketika itu telah kematian isterinya yang  bernama Ummu Ruman. Maka, hasil perkahwinan mereka, dapat pula seornag anak lelaki diberi nama Muhammad juga. Muhammad bin Abu Bakar. Dia lahir pada masa Asma' binti Unais dalam perjalanan ke Makkah untuk melaksanakan haji paa tahun  Hujjatul Widak iaitu tahun ke 10H

Abu Bakar menjadi khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW. Abu Bakar As-Siddiq kemudiannya wafat pada tahun 13H. Maka, selepas wafat Abu Bakar As-Siddiq,  Asma' dinikahi pula oleh Ali bin Abu Talib. Ketika itu umur Muhammad bin Abu Bakar baru 3 tahun. Maka dia pun tinggal dalam keluarga Ali bin Abu Talib dan membesar sebagai anak tirinya.

Besama Ali bin Abu Talib, Asma' binti Umais mendapat pula anak-anak yang diberi nama Yahya, Aun dan dalam satu riwayat ada lagi anak yang diberi nama Muhammad. Maka, Asma' menjadi isteri Ali sehinggalah wafatnya Ali bin Abu Talib 19 Ramadhan 40H.

Asma' binti Umais dikatakan wafat tahun 40H dan ada pendapat mengatakan dia wafat tahun 60H.

Anaknya Muhammad bin Abu Bakar telah dilantik jadi gabenor di Mesir oleh Saidina Ali pada masa kekhalifahannya. Namun, Ketika itu adalah konflik antara Mu'awiyah dan Ali. Mu'awiyah telah mengirimkan pasukan tentera dipimpin oleh Mu'awiyah bin Khudaij Al-Kindi dan berlaku pernag dengan pasukan Muhammad bin Abu Bakar. Muhammad bin Abu Bakar telah terbunuh dalam peperangan itu dan dibakar mayatnya. Dikatakan yang membunuhnya adalah Amru bin Al-As dan ada yang menyebutkan namanya sebagai Amru bin Uthman.

Usia Muhammad bin Abu Bakar ketika matinya baru 25 tahun. Kuburnya ada di Kaherah dan menjadi tempat ziarah.

Muhammad bin Abu Bakar telah bernikah dengan salah satu anak perempuan Kisra. Kisahnya, anak-anak perempuan Kisra Parsi yang bernama Yazdajerd bin Syahriyar telah di bawa ke Madinah sebagai tawanan dan Umar Al-Khattab berhasrat untuk menjualnya sebagai hamba. Namun, nasihat Ali bin Abi Talib mengatakan bahawa anak-anak raja tidak patut dijual sebaliknya ditetapkan harga dan diberikan nilainya. Lalu anak-anak Kisra itu dinikahkan dengan Hussain bin Ali , Abdullah bin Umar dan Muhammad bin Abu Bakar. Mereka mendapat anak-anak dengan anak-anak Kisra itu.

Catatan fakta Mengenai Muhammad bin Abu Bakar.

  1. Muhammad bin Abu Bakar lahir pada tahun ke-10H iaitu dalam perjalanan HajiWidak dan peristiwa itu  diriwayatkan dalam Saheh Muslim (No. 1218)
  2. Kota Madain dibuka pada zaman Umar Al-Khattab jadi khalifah iaitu tahun 16H dan ikut perkiraan umur Muhammad bin Abu Bakar ketika itu baru 6 tahun.
  3. Ketika Umar wafat pada tahun 23H, Muhammad bin Abu Bakar ketika itu usianya belum melewati 13 tahun.
  4. Pada masa khilafah Umar Al-Khattab, Kisra Yazdajerd sentiasa berpindah dari kota ke Kota di Parsi setelah kalah di Madain dan dia lari barsama kelaurganya, hambanya dan termasuk juga api sembahannya.
  5. Kekalahan total Kisra hanya berlaku pada zaman Khalifah Othman bin Affan.
  6. Justeru, ada persoalan tentang kisah perkahwinan Hussain bin Ali, Abdullah bin Umar dan Muhammad bin Abu Bakar dengan puteri-peteri Kisra.
  7. Anak Muhamamd bin Abu Bakar yang bernama Al-Qasim , diriwayatkan oleh Ibn Saad dalam Tobaqat (Jil 5, Ms 187) , bahawa ibunya adalah seorang hamba (ummu walad) yang disebut namanya sebagai Saudah.
  8. Dalam Tobaqat Ibn Saad (Jil 5, Ms 195) juga dinyatakan bahawa Abdullah bin Umar punya anak namanya Salim dan ibunya adalah seorang hamba (UmmuWalad)

Bacaan: Islamqa




Tuesday, July 2, 2024

PERANG AS-SIFFIN

Perang ini terjadi antara dua pasukan yang dipimpin oleh dua sahabat Nabi SAW. Ia terjadi pada tahun 37H. Kkedua-dua pasukan tentera adalah dari kalangan kaum muslimin. Satu pasukan di bawah pimpinan Saidina Ali binAbi Talib. Tenteranya adalah dari kalangan penduduk Iraq dan lain-lain. Jumlahnya dianggarkan 25 ribu orang. Di dalamnya ada 26 orang veteran Perang Badar Al-Kubra.

Sementara itu, satu pasukan lagi adalah di bawah pimpinan Saidina Muawiyah bin Abi Sufyan. Bersamanya adalah Amru bin Al-As. Tentera mereka dianggarkan 45 ribu orang.

Inilah peperangan yang sangat menyedihkan. Dua kelompok yang sama akidah dan sama-sama mengaku sebagai ummat Nabi Muhammad SAW berbentur dan menumpahkan darah. 

Kalaulah Nabi SAW dapat bangkit dan beryaqazoh, di sinilah keperluannya mendesak. Daripada bangkit bertemu sang Habib, Ahli Sufi itu dan ini, wali Allah sana dan sini yang didakwakan, maka kenapa tidak baginda Nabi SAW muncul dalam jaga kepada Muawiyah ataupun Ali melontarkan jalan keluar. Jika itu berlaku, tiadalah fitnah berpanjangan membaluti tubuh ummat Islam hingga hari ini. Namun, yaqazoh tak berlaku!


Saya merasa culas untuk menulis mengenai peperangan ini. Pun begitu, ia adalah sejarah penting yang tidak mungkin dihapuskan. Tidak dapat dipejamkan mata tentangnya. Saya akan sambung membuat catatan di sini bila ada kesempatan dan motivasi.

 Ammar bin Yasir,pada hari Siffin , berperang dalam barisan tentera Ali. Usia tatkala itu sudah lebih 90 tahun. Lembing di tangannya dan tangannya sudah bergegar. Dia berkata:

"Lembing ini, aku berperang bersama Rasulullah 3 kali dan ini kali ke-4.."

Lalu dia minta air untuk minum dan seorang perempuan bawakan susu. Dia minum dan kemudian berkata:" Benarlah apa yang disabdakan rasulullah SAW".

Ammar bin Yasir mai terbunuh dalam peperangan itu dan susu yang diminumnya itu adalah makanan terakhirnya sebagaimana disabdakan Nabi SAW. Pihak yang membunuhnya disifatkan sebagai "Al-Fiatul Baghiah"

Ada dua orang yang mengaku di depan Mua'wiyah dan Amru bin Al-As sebagai pembunuh Ammar bin Yasir. Amru berkata"

" Kamu berdua akan masuk neraka"

Muawiyah bertanya Amru tentang perkataannya yang menempelak pendokong sendiri . Amru binAl-As berkata: 

"Demikianlah yang aku dengar, Demi Allah, aku berharap kalau aku mati sebelum peristiwa ini 20 tahun!".

Baca: Kitab Tarikh Ibn Al-Wardi

Friday, June 28, 2024

API FITNAH YANG MARAK DI ZAMAN ALI BIN ABI TALIB

Ketika Ali di Bai'ah menjadi khalifah kaum Muslimin, tiada kesepakatan di kalangan kaum Muslimin. 

Ibn Hazmin menyebutkan bahawa jumlah yang tidak mahu bai'at dengan yang berbaiat dalam kadar yang sama iaitu 100 ribu.

Ibn Taimiyyah menyebutkan bahawa di zaman Saidina Ali, umat Islam berpecah kepada 3 kelompok:

a) Kelompok yang berperang bersama Ali

b) Kelompok yang memerangi Ali.

c) Kelompok yang tidak berperang bersama Ali dan tidak pula memeranginya (Non Partisan)-kata Muhamamd Amin dalam Fajrul Islam , ini bibit mula watak murjiah iaitu dalam dimensi politik.

Ada kalangan sahabat Nabi SAW yang mengambil pendekatan beri'tizal/berkecuali dan menganggapnya sebagai fitnah yang perlu dijauhi. Antara mereka ialah Abu Musa Al-Asy'ari, Saad bin Abi Waqqas,  Abdullah bin Umar dan Usamah bin Zaid.

Masalah pembelaan atas darah Uthman bin Affan adalah isu yang menghambat kesatuan para sahabat Nabi. Ali naik menjadi khalifah , dia berhadapan dengan tuntutan supaya para pembunuh Uthman ditangkap dan dihukum. Tindakan Ali ke atas mereka merupakan syarat untuk mereka bai'ah kekhalifahannya. Sementara Ali berpandangan, tindakan pembelaan atas darah Uthman itu tidak akan dapat dilaksanakan jika umat Islam tidak bersatu di bawahnya.

Inilah masalah perselisihan pandangan yang menjengkelkan di kala itu.

Antara yang berfikiran pembelaan darah Uthman didahulukan sebelum bai'ah khilafah termasuklah Saidatina  Aisyah ummul Mukminin ra, Talhah bin Ubaidillah ra dan Zubair bin Al-Awwam ra.

Di kala Ali bersiap menuju ke Syam untuk buat penyelesaian dengan Mu'wiyah bin Abu Sufyan, sampai kepadanya berita rombongan Aisyah Ummul Mukmin yang menuju Basrah. Maka, bagnda Ali mengrinkan Qo'qa' bin Amru untuk berbincang dengan Talhah bin Ubaidillah dan Az-Zubair bin Al-Awwam sebagai wakil pasukan Aisyah. Perbincangan mencapai kesepakatan untuk kekal dalam kesatuan.

Maka misi Ali ke Syam hendak diteruskan.

Namun, dalam pasukan Ali adalah walijah( penyusup) yang menanggung beban darah Uthman. Mereka bimbang dengan perkembangan itu. Antara Mereka adalah Al-Asytar An-Nakhai. Mereka ini disebut sebagai As-Sabaiyyah kerana telah termakan fikrah Abdullah bin Saba', si mal'un yang menyebarkan fitnah. Lalu, dia mengatakan bahawa perpaduan Ali dan Aisyah adalah bererti pedang ke atas leher mereka. 

Maka, para cacing yang merayap dalam tentera Ali ini membentuk pasukan kecil menyerang pasukan Aisyah ra. Maka timbullah sangkaan bahawa Ali telah menyerang mereka. Maka Talhah dan Az-Zubair pun , dengan sangkaan itu menyerang balas. Ali pun sangka kumplan Aisyah telah menyerang. Maka meletuslah Perang Al-Jamal. Itulah latar belakangnya.

Perang Jamal dapat dihentikan sebelum makan korban yang lebih banyak. Namun, peperangan Al-Jamal itu, Az-Zubair bin  Al-Awwam telah dibunuh oleh seorang yang bernama Amru bin Jurmuz Al-Mujasyi'i. Dikatakan turut sama dalam pembunuhan itu ialah dua individu lain bernama  Fadhalah bin Habis dan juga Nafi'. Ketika itu Az-Zubair telah menjauhkan diri dari medan perang dan tiba di satu tempat bernama Wadi As-Siba'. Sewaktu dia mendatangi Ali bin Abi Talib dengan membawa kepalanya, maka Ali bin Abi Talib r.a berkata kepadanya"

" Wahai A'rabi...siaplah tempatmu dalam neraka. Sesungguhnya aku dengar Rasulullah SAW besabda: Pembunuh Az-Zubair akan masuk neraka!".

Rujuk Kitab Tarikh Ibn Al-Wardi: Shemela.ws

 

Thursday, June 27, 2024

Ali dan Zubair membai'ah Abu Bakar As-Siddiq!

Ibn Kathir dalam Al-Bidayah Wan Nihayah menyebutkan bahawa Saidina Ali bin Abi Talib mentajdidkan bai'ahnya ke atas Abu Bakar As-Siddiq sebagai khalifah selepas 6 bulan kewafatan Rasulullah SAW. Demikian itu adalah sesudah wafatnya Fatimah binti Rasulullah SAW. 

Golongan Syiah mengarang cerita bahawa Ali bin Abi Talib dan juga Az-Zubair bin Al-Awwam adalah kalangan yang enggan membai'ah Abu Bakar As-Siddiq. Kerana ada plot cerita Ali bin Abi talib dan Az-Zubair bin Al-Awwam disibukkan tentang pengurusan jenazah Rasulullah SAW pada hari perrtama Abu Bakar dibai'ah di Saqifah Bani Sa'adah, maka disusupkan cerita enggannya Ali dan Zubair berbai'ah. 

Padahal, menurut riwayat yang saheh daripada Abu Said Al-Khudri, dalam Saheh Muslim bahawa pada keesokan hari setelah peristiwa di Saqifah Bani Saadah, tatkala Abu Bakar As-Siddiq naik ke atas membar, maka dia mencari Ali dan Az-Zubair. Kedua-duanya ada dalam majlis itu dan mereka menyatakan bai'ah mereka untuk Abu Bakar As-Siddiq.

Nabi wafat hari Isnin. Hari selasa adalah hari pembai'atan awam. Ali dan Az-Zubair hadir dan mereka menyatakan Bai;ah kepada Abu Bakar. Cerita ini diriwayatkan dalam Saheh Muslim!

Tetapi kaum Syiah yang hati mereka bergelumang ketamakan kepada kekuasaan menyamakan Ali sebagai tamak kuasa seperti mereka. Mereka tidak redha kekuasaan di tangan Abu Bakar. Lalu diandaikan oleh mereka bahawa hati Ali bin Abi talib adalagh sama macam mereka.

Ma'azallah!

Manakan sama permata dengan batu.

Manakan sama langit dan jurang tebiar di bumi!


Ali bin Abi Talib sahabat mulia yang membesar di bawah didikan Rasulullah SAW. Dia tidak punya hati berpenyakit seperti kaum Syiah yang suka mengarang cerita kebencian Ali kepada Abu Bakar As-Siddiq. Midar kebencian mereka adalah perlumbaan kekuasaan. Itulah otak kaum Syiah.

Khilafah hak pusaka warisan kerabat Nabi!

Ali adalah pewaris tunggal khilafah!

Semua ummat Islam selepas Rasulullah SAW wafat wajib taat kepada Ali dan siapa enggan dia kafir! 


Inilah fikrah Syiah!

Nak tanya soalan buat puak syiah....

Masa Rasulullah wafat....berapa usia Ali dan berapa usia Abu Bakar, Umar dan lain-lainya?

Bukankah Ali letika wafatnya Nabi SAW , umurnya baru mencecah 34 tahun. Pada ketika itu, umur Abu Bakar As-Siddiq pula ialah 60 tahun. Ini kerana kelahiran Abu Bakar As=Siddiq diriwayatkan ialah tiga tahun selepas peristiwa gajah menyerang Makkah. Wajarkah didahulukan Ali yang muda belia di atas veteran seusia Abu Bakar As-Siddiq? 

Catatan: Pada tahun hijrah Nabi SAW, usia Ali adalah 23 tahun.

Ali meninggal tahun 40H pada usia 63 tahun.

Sementara Umar Al-Khattab, saat wafatnya juga pada usia 63 tahun.Maka, pada hari di mana wafatnya Rasululah SAW, umur Umar Al-Khattab adalah 51 tahun lebih. Beliau wafat pada hari Rabu terakhir bulan Zulhijjah tahun 23H.  Dia dilahirkan 13 tahun selpas peristiwa Gajah Abrahah itu. Masa Hijrah Nabi ke Madinah, umurnya 40 tahun.

Umur Saidina Uthman bin Affan pula, ketika wafatnya Rasulullah SAW ialah 

Walaupun usia bukan  ukuran  keutamaan jadi khalifah, namun fitrah salimah manusia melihat bahawa orang yang berumur selalunya didepankan dalam urusan penting.

Masakan seorang pemuda didepankan saat ada para tua yang utama!






Wednesday, June 26, 2024

Mus'ab bin Az-zubair

 Beliau adalah anak kepada sahabat Nabi SAW , Zubair bin Al-Awwam.  Nama penuh beliau adalah Mus'ab bin Az-Zubair.

Beliau seornag yang berperawakan menarik dengan wajah yang kacak. 

As-Sya'bi pernah berkata: "Aku tidak pernah melihat seorang ketua yang berkhutbah atas membar yang lebih kacak daripadanya".

Malah, Hasan Al-Basri diriwayatkan pernah mengomentari: " Mus'ab bin Az-Zubair adalah secantik-cantik lelaki Basrah".



Ketka Al-Mukhtar dikepung di Kota pemerintahan ,di Basrah, bersama sekitar 7 ribu askarnya. Mus'ab dan askarnya mengepung mereka selama 4 bulan. Al-Mukhtar mengharapkan bantuan tentera dari Ibrahim Al-Asytar akan sampai, namun tidak sampai juga. bahkan sebahagian tenteranya melarikan diri meninggalkannya. Apabila Mus'ab bin Az-Zubair dapat mengalahkan Al-Mukhtar, kepalanya dikirimkan kepada Abdullah bin Az-Zubair. Manakala sekita 6 ribu askar yang bersama Al-Mukhtar dijatuhkan hukuman bunuhnya semuanya oleh Mus'ab bin Az-Zubair.

Dieritakan bahawa apabila Al-Mukhtar telah dibunuh dan tenteranya telah ditawan, maka mereka mohon dimaafkan . Mus'ab merasa lembut hati dan mahu memaafkan mereka. Ketika itu bangkit para pemimpin puak dalam pasukan Mus'ab, antaranya Abdurrahman bin Muhammad bin Al-Asytar menegaskan bahawa mereka patut dibunuh. Menurutnya,  tentera Al-Mukhtar telah melakukan jenayah membunuh dan melukakan ramai dari kalangan kaum keluarga mereka. Perkataan Abdurrahman itu senada dengan ramai ketua kabilah dalam pasukan Mus'ab. Maka Mus'ab pun perintahkan mereka dibunuh semuanya.6 ribu personal tentera dibunuh. Mereka bukan orang kafir. bahkan mereka adalah muslim juga!. 

Masya Allah!
La Haula Wala Quwwata Ulla billah!

Diceritakan juga, para tentera yang dijatuhkan hukuman bunuh itu merayu agar mereka dibenarkan hidup dan biarkan mereka diletakkan pada barisan depan melawan pasukan Abdul malik bin marwan. Kalau mereka menang,maka kemenangan itu buat pasukan Mus'ab. Kalau mereka terbunuh, mereka tidak akan mati sebelum mereka membunuh tentera-tentera Abdul Malik bin Marwan.

Namun, pilihan yang ditawarkan itu enggan diterima oleh Mus'ab. Mereka tetap diputuskan dihukum bunuh!

Begitulah cerita di medan perang. Nyawa bukanlah seperti di waktu aman!

Diceritakan juga bahawa sekali Mus'ab datang ke Makkah  dan dia mendatangi Ibn Umar dan bertanya:


" Wahai Pakcik, aku ingin bertanyamu tentang satu kaum yang derhaka kemudian dikalahkan dan mereka pun minta diberikan kemananan. Lalu diberikan keamanan. Namun setelah itu mereka dibunuh".


Ibn Umar bertanya:" Berapakah ramai kaum itu?"

Kata Mus'ab: "Lima ribu orang".


Maka Ibn Umar bertasbih dan bersitija' lalu dia bertanya Mus'ab

" Jika ada seorang lelaki datang kepada kambing-kambing peliharaan Az-Zubair lalu menyembelihnya pada satu pagi sahaja 5 ribu kambing, apakah kau menganggapnya sebagai musrif(Penumpah Darah)?

Kata Mus'ab: "Ya".

Maka Kata Ibn Umar: "Apakah kalau kambing kau anggap musrif dan tidak pada manusia yang diharapkan taubatnya? Wahai anak saudaraku, hendaklah kau berikan orang minum air sejuk seramai mungkin sedaya kamu dalam dunia ini!", 

Dalam diri Mus'ab, ada sifat mulia dalam hal memberi bantuan dan harta kepada orang. Dia digelar "Aniatun nahli" ( Sarang Lebah)  kerana mulianya dan pemurahnya. Sifat ini bertentengan dengan sifat abangnya Abdullah bin Az-Zubair yang kedekut dan tidak suka memberi. 

Namun dia boros dalam membunuh lawannya. 

Ketika Mus'ab telah menewaskan pasukan Al-Mukhtar dan Menguasai Kufah dan Basrah, maka sampai kepadanya berita Abdul malik bin Marwan menggerakkan tenteranya untuk mengambil alih Irak. Orang Basrah dan Kufah tidak mahu bersamanya. Malah mereka telah disogok oleh Abdul Malik dengan tawaran harta dan jawatan menyebabkan orang yang setia dengan Mus'ab menjadi sedikit. Hatta penyandang gabenor Khurasan , Bakir bin Wasyah untuk menyokongnya dan mencabut ketaatan kepada Ibn Zubair.Dia ditawarkan kekuasaan atas Marw dan dia menerimanya serta mengajak penduduk Marw bersamanya. 

Mus'ab adalah seorang yang lurus dalam politik dan tidak menggunakan helah dan muslihat. Sebaliknya Abdul Malik menggunakan muslihat politik yang licik.

Dibaca dari artikal: https://www.hindawi.org

Pada tahun 72H, Mus'ab mati terbunuh dan usianya ketika itu adalah 40 tahun. Dia terbunuh dalam perang melawan pasukan Abdul Malik bin Marwan dalam keadaan tenteranya telah pecah dan pendokongnya tidka ramai.  Selepas terbunuh, kepalanya di bawa kepada Abdul Malik bin Marwan. Menurut cerita, Abdul Malik bin Marwan menangis melihat kepalanya. Dia sangat sayangkan Mus'ab kerana dulu sebelum dia jadi penguasa bani Umayyah, dia bersahabat dengan dengan Mus'ab. Abdul Malik berkata:


والله ما كنت أقدر أن أصبر عليه ساعة واحدة من حبي له حتى دخل السيف بيننا ، ولكن الملك عقيم

Demi Tuhan, saya tidak dapat bersabar dengannya walau sejam pun kerana cinta saya kepadanya sehingga pedang mencelah antara kami, tetapi kekuasan itu mandul.

Dalam pertarungan demi maruah dan harga diri itu, Mus'ab tidak kewalahan sehinggalah naywanya melayang. Turut mati bersamanya adalah anak-anaknya, Isa Al-Akbar, Ukasyah, Jaafar, Hamzah, Saad dan lain-lain. (Rujuk Al-Bidayah Wan Nihayah)



Sunday, June 23, 2024

Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi

Al-Mukhtar bin Abi Ubaid bin Mas'ud bin Amru bin Umair bin Auf  bin 'Afrah bin 'Umairah bin Auf bin Tsaqif dilahirkan di Taif pada tahun 1H.Pada masa Kekhalifahan Umar Al-Khattab, dia brsama ayahnya Abu Ubaid berhijrah dan tinggal di Madinah. Khalifah Umar Al-Khattab , setelah menjawat jawatan khalifah menggantikan Abu Bakar As-Siddiq melancarkan kempen memerangi kerajaan Parsi.  Abu Ubaid  As-Tsaqafi, ayahAl-Mukhtar adalah kalangan teraawal yang menyahut kempen jihad tersebut. Llau Umar Al-Khattab memilihnya memimpin pasukan tentera penyerangan. Beberapa siri peperangan melawan Parsi yang dipimpin Abu Ubaid menempa kemenangan gilang gemilang. Namun , dalam peperangan yang dinamakan Peperangan Al-Jisr (Perang Jambatan), Abu Ubaid telahdikalahkan oleh tentera parsi dan dia gugur syahid.

Pada tahun 60 H, Yazid bin Mu'awiyah dilantik sebagai Khalifah dari keluarga bani Umayyah.  Di Kufah, gabenor semasa itu adalah Nui'man bin Basyir yang merupakan ayah mentua Al-Mukhtar. Krisis politik terjadi

Al-Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi  dikenali dalam sejarah Islam sebagai seorang Kazzab (penipu) yang mengaku nabi. Dia adalah anak seorang pahlawan dan mujahid Islam yang berperang melawan tentera Parsi di zaman Khalifah Umar Al-Khattab dan gugur syahid dalam peristiwa Perang Al-Jisr. Ayahnya iaitu Abu Ubaid telah memeluk Islam di zaman Rasululah SAW dan dia tidak sempat bertemu dengan Rasulullah SAW. Kerana itu dia tidak dibilangkan sebagai sahabat Nabi SAW. Tidak sama seperti ayahnya yang soleh dan pejuang jihad kebenaran, Al-Mukhtar adalah sebaliknya. Dia muncul di dada sejarah sebagai kepala kebatilan. Dia juga tidak serupa dengan saudara perempuannya yang bernama Sufiyyah binti Abu Ubaid yang berkahwin dengan Abdullah bin Umar Al-Khattab.

Para ulama menyebutkan bahawa dialah orang Tsaqif yang disebutkan nabi SAW sebagai Kazzab sementara Mubir pula merujuk kepada Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi.

Hadisnya berbunyi:



يَخْرُجُ مِنْ ثَقِيفٍ كَذَّابٌ وَمُبِيرٌ

Namun, Al-Mukhtar ini seorang yang opurtunis. Pada mulanya dia seorang Nasibi (pentaksub Bani Umayyah). Namun kemudian dia berada dalam barisan Abdullah bin Az-Zubair melawan pasukan Bani Umayyah. Kemudian dia bersekutu dengan Muhammad Al-Hanafiah. Dia pun membela darah Hissain yang terbunuh di Karbala. Di tangannya pembelaan dibuat dan dibunuh balas ramai yang terlibat dalam pembantaian Hussain di Karbala.  Kemudan melawan Abdulah bin Az-Zubair. Ibn Az-Zubair hantar saudaranya Mus'ab dan di tangan Mus'ab , Al-Mukhtar mati terbunuh.

Walaupun Al-Mukhtar As-Tsaqafi berjasa dalam membela darah Hussain r.a yang terbunuh tragis di Karbala, golongan Syiah tidak menyanjungnya. 

Tatkala Hasan. r.a , setelah terbunuhnya ayahnya Ali bin Abi Talib masuk ke negeri Irak, Al-Mukhtar telah meluahkan kepapada pakciknya yang merupakan gabenor di Kufah ketika itu.

Katanya: "Kalaulah aku tangkap Hasan dan serahkan kepaa Mu'awiyah, tentu aku akan mendapat keberuntungan selamanya".

Pakciknya berang dan berkata kepadanya: "Alangkah buruknya apa yang kau rancangkan itu walai anak saudaraku!"

Maka, Hasan yang dapat melihat tanda-tanda pengkhianatan orang Kufah itu, beredar dengan sebahagian kecil pasukannya ke  Kota Mada'in.

Namun, tatkala Hussain hantarkan Muslim bin Aqil bin abu Talib ke Kufah untuk meninjau keadaan, pendirian Al-Mukhtar pula ialah bersedia untuk membelanya. Hingga, Ubaidillah bin Ziyad yang dilantik jadi gabenor di Iraq oleh Yazid bin Mu'awiyah, menangkapnya dan memenjarakannya serta mencambuknya 100 kali. Dengan bantuan iparnya Abdullah bin Umar (suami kepada saudara perempuannya Sufiah bt Abu Ubaid) yang membuat rayuan kepaa Yazid bin Muawiyah untuk pembebasannya, maka Al-Mukhtar dilepaskan oleh Ibn Ziyad. Al-Mukhtar pun pergi ke Makkah dan bergabung dengan Abdullah bin Az-Zubair. Dia berjuang bersama Abdullah bin Az-Zubair melawan tentera bani Umayyah.

Namun, kemudian dia mufaraqah dan pergi ke Iraq. Dia menzahirkan pujian kepada Ibn Zubair tetapi diam-diam mencelanya. Di Iraq dia mengajak orang ramai menyokong Muhammad Al-Hanafiyyah dan mengajak pembelaan atas darah Hussain. Dia berjaya mengeluarkan wakil Ibn Zubair di Iraq dan mempengaruhi orang Iraq bersamanya berjuang melawan Bani Umayyah.

Maka, bahwahannya yang bernama Ibrahim bin Al-Asytar memimpin gerakan pembelaan Hussain itu dan telah berjaya membunuh kepala-kepala yang bertanggungjawab membunuh Husain di Karbala seperti Umar bin Saad bin Abi Waqqas, Syamr bin Zuljausyin, Sinan bin Abi Anas, Khauli binj Abi Yazid Al-Asbahi. Seterusnya, berlaku peperangan antara pasukan tentera Al-Mukhtar yang dipimpin oleh Ibrahim bin Al-Asytar dengan tentera Ubaidillah bin Ziyad. Walaupun jumlahtentera Ubaidillah bin Ziyad lebih ramai, peperangan itu dimenangi oleh tentera Ibrahim bin Al-Asytar. Ubaidillah bin Ziyad telah berjaya dibunuh dan kepala diserahkan kepada Al-Mukhtar. Kemudian Al-Mukhtar kirimkan kepala itu kepada Ibn Zubair di Makkah. Kepala itu dipacakkan atas kayu untuk disaksikan ornag ramai.

Namun, kemudiannya  Ibn Zubair melihat Al-Mukhtar menunjukkan perlawanan kepadanya. Maka dihantarnya Mus'ab bin Az-Zubair, adiknya memimpin pasukan menundukkan Al-Mukhtar. Dalam peperangan antara dua pasuakn tentera, maka tentera Mus'ab menang. Al-Mukhtar telah dibunuh dan kepalanya pula dikirim kepada Ibn Zubair. Kepala itu pula dipacak atas kayu dan disaksikan orang ramai.

Maka tamatlah riwayat Al-Mukhtar.  Seorang petualang yang tidak disukai oleh kalangan Ahli Sunnah maupun syiah. Malang nasibnya....



Al-Baihaqi menyebutkan dalam Dalailun Nubuwwah:


وقد ذكر العلماء أن الكذاب هو المختار بن أبى عبيد، وكان يظهر التشيع ويبطن الكهانة، وأسرّ إلى أخصائه أنه يوحى إليه، ولكن ما أدرى هل كان يدّعى النبوة أم لا؟

"Dan sesungguhnya para ulama menyebutkan bahawa yang dimaksudkan dengan Al-kazzab itu adalah Al-Mukhtar bin Abi Ubaid. Dia menunjukkan bahawa dia seorang pencinta Ali dan menyembunyikan watak sebagai kahin. Dia sering mendakwa kepada kawan rapatnya bahawa dia mendapat wahyu. Akan tetapi aku tidak pasti apakah dia mengaku secara langsung sebagai nabi atau tidak".

Al-Mukhtar pada mulanya menunjukkan wala'nya kepada Ibn Zubair. Apabila Mus'ab dihantar ke Irak, maka Al-Mukhtar mula berbelah bagi. Antara taat dan derhaka. Maka, oleh Mus'ab diperanginya Al-Mukhtar. Bersama Mukhtar ada sekitar 20 ribu askar. Namun, boleh berdepan dengan Mus'ab, sebahagian besar tenetranya lari meninggalkan dia dan bergabung dengan Mus'ab atas alasan tidak mahu bersama pendusta yang mengaku terima wahyi Allah. Maka, Al-Mukhtar lari berkubu dalam istana pemerintahan di Kufah. Mus'ab mengepungnya selama 4 bulan . Pada 14 Ramadhan tahun 67H, Al-Mukhtar pun dibunuh dan usianya kala itu dikatakan 67 tahun.

Catatan: 

1) Apabila Kazzab dibunuh, muncul Mubir. Mubir mengalahkan Mus'ab bin Zubair lalu bermaharajalela sehingga sang Mubir tekena doa Said bin Jubair.

IMAM SAHNUN

 Nama penuhnya adalah Abu Said Abdus Salam Sahnun bun Said bin Habib bin Hassan bin Hilal bin Bakkar bin Abdullah nbin Rabi'ah At-Tanukh...