Friday, October 30, 2026

Sehzade Mustafa, putera Sultan yang teraniaya.

Khilafah Othmaniah sunyi dari sisi gelap. Sebenarnya dalam politik memang demikian. Politik penuh dengan bayang-bayang hitam dan bau hanyir yang kekadang sampai ke tahap meloyakan. Politik tidak mengenal batas agama maupun moral. Kehadiran agama hanya boleh mengurangkan impak politik yang ananiyyah dan lahap duniawi. Namun dalam banyak hal, yang berlaku adalah politik dan kekuasaan itu menunggang agama untuk selera dan bukan meletari politik dalam rahim agama.

Politik telah menelan ramai orang dalam api fitnahnya. Ramai orang yang sayangkan agamanya menjauhi dunia politik. Namun, kita tidak menyalahkan para ulama yang menekuni dunia politik. Itu adalah minatnya, Namun, perlulah diketahui, sesiapa yang menekuni dunia politik, hendaklah bersiap untuk gagah berenang dalam arusnya yang berpusar deras.

Bukan Khillafah Othmaniyah sahaja yang boleh kita selidiki wajah durjanya. Khilafah Abbasiah dan Umayyah juga  demikian. Mungkin Khilfah Ar-Rasyidin lebih terpelihara kerana ada payung nubuwwah di sana.

Kita mahu melihat satu sisi yang kita tak suka dalam khilafah Othmaniah. Ia adalah sebuah kisah trajis yang menimpa seorang putera Sultan yang bernama Sehzade Mustafa. Dia adalah putera kepada Sultan sulaiman Al-Qanuni yang dikenali sebagai Sulaiman The Magnificient.

Baca: The Patriots

Beliau adalah putera Sultan Sulaiman dari gundik (hamba)nya  yang  bernama Mahidevran



No comments:

Post a Comment

Sehzade Mustafa, putera Sultan yang teraniaya.

Khilafah Othmaniah sunyi dari sisi gelap. Sebenarnya dalam politik memang demikian. Politik penuh dengan bayang-bayang hitam dan bau hanyir ...