Thursday, April 30, 2026

ٍSahabat Nabi An-Nu'man bin Qauqal

 Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW. Namanya An-Nu'man bin Tsa'labah. Tsa'labah itu dinamakan juga Qauqal. 

Beliau ikut serta dalam perang Badar.

Ibn Al-Kali meneyebutkan nasabnya sebagai An-Nu'man bin Malik bin Tsa'labah bin Asram bin Fahar bin Tsa'labah bin Asram bin Fahar bin Tsa'labah bin Qauqal. 

Beliau adalah dari kalangan Ansor dan dikatakan dia ikut serta dalam peristiwa perjanjian Aqabah.

Dari segi fizikal, beliau adalah tempang.

Beliaulah sahabat nabi yang berkata: 


اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ أَلَّا تَغِيبَ الشَّمْسُ حَتَّى أَطَأَ بِعَرْجَتِي هَذِهِ خُضْرَ الْجَنَّةِ

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar matahari ini tidak terbenam sehingga aku menjejak dengan tempangku ini hamparan hijau syurga.”


Akhirnya dia mendapatkan apa yang diimpikannya iaitu gugur syahuid dalam perang Uhud. Nabi bersabda:

ظن بالله ظناً فوجده عند ظنه، لقد رأيته يطأ في خضرها، ما به عرج‏ . ‏

Dia menyimpan sangka baik kepada Allah lalu dia mendapati apa yang disangkanya. Sesungguhnya aku melihatnya sedang memijak dataran hijau syurga dan dia tiada lagi tempang!

Sahabat Jabir bin Abdullah meriwayatkan sebuah hadis ( disebutkan dalam Al-Arba'in) bahawa seorang lelaki datang bertanya nabi SAW: 

 يا رسول الله أرأيت إذا صليت المكتوبة وحرمت الحرام وأحللت الحلال - أدخل الجنة؟ قال: " نعم " 

Ya Rasulullah! Apa katamu kalau aku solat fardhu sahaja , aku haramkan yang haram dan halalkan yang halal..adakah aku dapat masuk syurga? Nabi SAW menjawab: Ya!



Sahabat Nabi tersbut adalah AN-Nu'man bin Qauqal!

Ada riwayat yang kurang masyhur menyebutkan An-Nu'manlah sahabat nabi yang datang masuk masjid satu hari dan nabi sedang berkhutbah Jumaat lalu duduk. Maka Nabi suruh dia bangun dan solat dua rakaat tahiyyatul masjid secara ringkas. Riwayat masyhur menyebutkan nama sahabat itu sebagai Sulaik Al-Ghatafani, bukan An-Nu'man. Wallhu A'lam.







No comments:

Post a Comment

ٍSahabat Nabi An-Nu'man bin Qauqal

 Beliau adalah sahabat Nabi Muhammad SAW. Namanya An-Nu'man bin Tsa'labah. Tsa'labah itu dinamakan juga Qauqal.  Beliau ikut ser...