Pada tahun 465H, Empayar Saljuk di bawah seorang raja bernama Maliksyah. Beliau seorang pemerintah Dinasti Saljuq yang hebat, adil dan soleh. Untuk mengenali peribadinya, cukuplah untuk tahu bahawa di masa pemerintahannyalah berkhidmat seorang wazir yang hebat bernama Nizamul Muluk At-Tusi. Wilayah kekuasaannya sangat luas. Di sebelah Timur bersempadan dengan China. Sebelah Barat sampai ke persisiran laut Mediteranean. Sebelah utara sampai Teluk Marmara yang menghadap Costantinapel (Istambul). Maka untuk mentadbir kerajaan yang begini luas, dia dibantu oleh anggota keluarganya seperti saudara lelakinya yang bernama Tutus bin Alp Arsalan yang mentadbir kawasan Syam Selatan. Sepupunya, Sulaiman bin Qotalmus pula mentadbir Anatolia ( Pengasas kerajaan Saljuq Rom). Demikianlah beberapa anggota keluarganya mentadbiran negeri di sana sini.
Kaum keluarga pemerintah Saljuk dibantu oleh panglima-panglima tentera berasal daripada bangsa Turki dan Turkman. Antara tokoh penting yang membantu Maliksyah adalah wazirnya sendiri iaitu Nizamul Muluk At-Tusi dan Hajibnya iaitu Abu Sa'id Qasimuddaulah Aqsanqar. Beliau sangat dekat dengan Sultan Maliksyah dan kepercayaannya sehingga diberi gelaran Qasimuddaulah yang membawa maksud orang yang berkongsi dengannya dalam mentadbir kerajaan.
Berlaku perang saudara dalam kerajaan Saljuk antara Sulaiman bin Qotalmus dengan Tutus bin Alp Arsalan (adik kepada Sultan Maliksyah). Perang saudara ini adalah kerana merebutkan Aleppo (Halab). Di kala itu Aleppo berada di bawah kekuasaan bangsa Arab iaitu Muslim bin Quraisy dari Dinasti Uqaili yang bermazhab Syiah. Sulaiman bin Qotalmus berjaya mengalahkan Dinasti Uqaili dan membunuh Muslim bin Uqaili. Namun penduduk Hala enggan menerima Sulaiman bin Qotalmus dan mereka menghantar utusan menjemput Sultan Maliksyah untuk diserahkan Halab kepadanya. Sultan Maliksyah pun datang dengan tenteranya. Tutus yang menaruh minat kepada Halab. Berlaku peperangan antaranya dengan Sulaiman bin Qotalmus dan Sulaiman bin Qotalmus kalah. Dia dapat menawan Halab. Sulaiman tidak boleh terima kekalahannya, dan catatan sejarah menyebutkan dia membunuh diri pada tahun 497H.
Ketibaan tentera Sultan Maliksyah tidak sanggup dihadapi oleh Tutus, lalu dia mengundurkan diri meninggalkan Halab.
Halab telah banyak musnah. Sultan Maliksyah merasakan ia perlu diserahkan kepada seornag yang mampu memulihnya. Tidak ada ornag lain yang dia lebih yakin untuk tujuan tersebut melainkan Hajibnya sendiri iaitu Aqsunqur Qasimuddaulah. Aqsanqar telah mentadbir Aleppo dengan baik dan cemerlang bagi pihak Sultan Maliksyah.
Kecemerlangan pentadbiran Aqsunqur itu direkodkan dengan pujian oleh Ibn Al-Athir di dalam "al-Kamil". Katanya:
كان قسيم الدولة أحسن الأمراء سياسةً لرعيته، وحفظًا لهم، وكانت بلاده بين رخص عام وعدل شامل وأمن واسع
Tutus tidak boleh terima kehilangannya atas Aleppo. Dia menggunakan siasat politik liciknya iaitu dengan mnguasai kota-kota yang ada di Syam kecuali Aleppo. Dia minta agar Sultan Saljuk, Maliksyah menyokongnya dan memerintah para gabenor Saljuk di Syam membantunya termasuk Aqsunqur. Alasannya adalah untuk menyingkirkan pengaruh Kerajaan Ubaidiyyah Syiah Isimailiyyah dari bumi Syam. Aqsunqur mengerti muslihat Tutus dan ke arah mana dia nak bawa kerajaannya. Dia ingin merdekakan diri dari kerajaan Saljuq pada masa nanti. Namun Aqsunqur tidak membantah arahan Sultan Maliksyah. Dia tetap membantu Tutus dalam misinya, namun tidak bersungguh-sungguh.
Hal ini disedari oleh Tutus dan dia mengadu kepada Sultan Maliksyah. Satu persidangan di ibu kota kerajaan Saljuk diadakan pada Ramadhan 484H. Hasrat Tutus adalah menyingkirkan Aqsunqur daripada jawatannya di Halab. Namun Sultan Maliksyah enggan dan mengekalkan Aqsunqur pada posisinya.
Tiba-tiba pada Syawal tahun berikutnya (484H) Sultan Malisyah meninggal. Anak Sultan maliksyah, Berkyaruq naik tahta menggantikan ayahnya. Tutus mendakwa dia lebih berhak atas tahta itu. Aqsanqar dalam situasi sukar ini mengambil sisi menyokong Tutus bersama putera-putera Saljuk dari wilayah selatan Anatolia.Tutus nekad untuk memerangi Berkyaruq dan memimpin pasukannya ke Ar-Rayy. Namun, Aqsanqar dan Buzan (raja Arraha) yang mulanya menyatakan komitmen menyokong Tutus. telah berpaling dari menyokongnya dan menyatakan sokongan kepada Berkyaruq. Ini menyebabkan Tutus kalah dan balik ke Damsyiq dengan dendam terhadap Aqsanqar.
Baca: Islamstory
Kemudiannya Tutus memimpin 20 ribu pasukan tentera memerangi Aqsanqar. Dia berjaya mengalahkan Aqsanqar dan membunuhnya . Itu terjadi pada 9 Jamadil Awal tahun 487H. Maka seluruh Syam berada dalam kekuasaan Tutus. Apabila tutus meninggal, dia mewariskan kerajaannya kepada dua orang anak lelakinya bernama Ridhwan dan Daqqaq. Ridhwan diberi kekasaan atas Aleppo dan Daqqaq pula atas Damsyiq.
Pada ketika, tentera Salib telah masuk ke tanah Syam dan menguasasi beberapa bandar utama seperti Arriha, Antakia, Tarabulus, Bairut, Saida, Yafa dan Baitul Maqdis.
Aqsanqar mati meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Imaduddin Zinki yang baru berusia 10 tahun. rakan-rakan ayahnya serta Sultan Berkyaruq mendidiknya agar bangkit menjadi pahlawan yang mewarisi nama besar ayahnya.Di Mosul, dia dididik oleh para Atabik di sana. Apabila Aqsanqar Bursuqi didatangkan ke Mosul untuk mentadbirnya, pada tahun 507H, dia banyak terjun dalam perang menghalau tentera Salib. Dalam misi ini Imaduddin banyak menyertainya. Para pengusa kerajaan Saljuq melihat peranannya dan mereka mengangkat kedudukannya. Dia diberi gelaran Atabik oleh Sultan Mahmud bin Muhammad Saljuk. Pada tahun 521, dia diberikan wilayah Mosul dan Semenanjung Furat (Mesopotamia Utara) serta mana-mana wilayah yang dapat dibukanya di Syam.
Pada ketika ini aa krisis dalaman antara Khalifah Abbasiyyah dengan Para penguasa kerajaan Saljuq. Bila naik Khalifah Al-Mustarsyid, dia cuba membebaskan dirinya dari pengarus kerajaan Saljuq. Pengarus Saljuq dikeluarkan dari kawasan Iraq. Imadudin Zinki terpaksa mengimbangkan antara Abbasiyyah dan Saljuq. Kerana masalah ini, Imaduddin mengalami keadaan yang memaksakan dia lari berlindung di Tikrit pada tahun 525H. Di sana dia mendapat perlindungan daripada Najmuddin Ayyub, pemerintah Tikrit. Kerana itu , Najmudin Ayyub disungkirkan dari Tikrit dan bergabung dengan Zinki di Mosul. Bermula kerjasama antara keluarga Zinki dengan keluarga Ayyubi.
Baca:
No comments:
Post a Comment