Tuesday, October 10, 2023

TUGHRUL BEK PENYELAMAT DAULAH ABBASIYYAH

Tughrul Bek, nama sebenarnya adalah Abu Talib Tughrul Muhammad bin Mikail bin Saljuk. Beliau lahir pada tahun 385H dan meninggal pada tahun 455H. Beliau digelar Malikul Muluk yang memerintah kerajaan Saljuk. Beliaulah yang mengasaskan Kerajaan Saljuk. 

Nama Saljuk itu merujuk kepada Saljuq bin Daqaq yang merupakan seorang jeneral tentera Turki yang terkenal. Daqqaq ayahnya juga merupakan seorang yang berkhidmat untuk raja Turki yang bernama Bighu. Saljuk kemudian menggantikan ayahny. Prestasi cemerlangnya dalam ketenteraan menajdikan raja Turki mengangkatnya di atas pegawai-pegawai tenteranya lain. Namun, kemudiannya, raja Turki rasa terancam dan merancang untuk membunuhnya. Maka Saljuk dan keluarganya telah meninggalkan negara Turki dam mengambil tempat dalam wilayah yang dikuasai Islam. Beliau dan keluarganya masuk Islam dan berazam untuk berjihad melawan negara Turki yang kafir ketika itu.

Petikan Kitab Daulah As-Salajiqah oleh dr. Muhammad As-Solabi.


Saljuq mempunyai tiga anak lelaki iaitu Mika'il, Arsalan dan Musa. Mikail telah gugur syahid ketika berperang belawan kagir Turki. Dia mneinggalkan tiga anak lelaki iaitu Tughrul Bek Muhammad, Ibrahim Enal dan Jaafar Bek Daud. Anak-anaknya itu sangat dihormati di kalangan keluarga Saljuq.  Tughrul Bek Muhamamd adalah anak sulung dan dia menjadi pusat penyatuan keluarga Saljuq. 

Keluarga Saljuk bercadang untuk berhijrah dan tinggal di Bukhara. Raja Bukhara , Bughra Khan rasa terancam dan dia telah menangkap Tughrul Bek dan dipenjarakan. Saudaranya, Jaafar Bek Daud memimpin pasukan Saljuk dan membebaskan Tughrul Bek. Setelah itu Bani Saljuk pun menuju ke Khurasan sebagai tempat untuk tinggal. Ketika itu Kerajaan Ghaznawi sedang berkuasa di sana dengan Kota Ar-ray sebagai pusat. Lama kelamaan, bentrokan terjadi antara Keluarga Saljuk dengan kerajaan Ghaznawi. Dalam persaingan inilah para Bani Saljuk mendapat kemenangan dan dapat mengalahkan Ghaznawi.

Tahun 429H, Tughrul Bek  berjaya menguasai Kota Marw. Tahun 432H, kekuasaan Tughrul Bek dilebarkan ke Nisabur, jarjan,Tibristan, Karman dan negeri Dailam. Perluasan kekuasaan Saljuk khirnya bentrok dengan kerajaan Buwaihiyyah yang mengasai Daulah Abbasiyyah. Pada tahun 434H, Saljuq menguasai Khawarizm dan menandatangani perjanjian damai dengan Buwaihiyyah.

Tahun 441H berlaku konflik antara Saljuk dengan negeri Rom. Ini mengangkat tinggui nama Tughrul Bek. Raja Rom terpaksa mengambil jalan mengadakan perjanjian damai dengan Tughrul Bek dan ia diterima olehnya dengan syarat Masjid lama yang ada di Qastantiniyyah dikembalikan kepada iorang Islam dan dia boleh berkhuitbah jumaat di sana. Kejayaan ini mengharumkan nama Tughrul Bek dan para khatib di seluruh negeri Islam menceritakan kemenangannya dalam khutbah-khutbah mereka.

Tahun 447H, Khalifah Abbasiyyah di Baghdad, Al-Qaim billah menjemputnya datang ke Baghdad untuk membantunya membersihkan pengaruh syiah Buwaihiyyah di sana serta mengembalikan marwah khalifah. Tentera Saljuk pun bergerak ke Kota Bagdad. Namun, kala itu ada pemberontakan Al-Basasiri yang ketaatannya adalah kepada khalifah Fatimiyyah di Mesir. Tughrul Bek mengirimkan adiknya Ibrahim Enal untuk berdepan dengan pemberintakan Al-Basasiri tersebut.

Ibrahim Enal tidak punya jiwa yang teguh, Al Basisiri menghasutnya dengan kekuasaan menggantikan abangnya jika dia mahu bergabung. Ibrahim Enal tertarik dan dia berpihak kepada Al- Basasiri. Ini membawa kepada perang saudara yang makan masa bertahun. Al-Basasiri dapat menangguk di air keruh dan dapat menyingkir khalifah Abbasiyyah di Baghdad pada tahun 450H. Khalifah terpaksa lari berlindung di Mosul. Tughrul Bek berjaya mengalahkan pemberontakan adiknya Ibrahim Enal dan menjatuhkan hukuman bunuh atasnya atas dakwaan khianat kepada agama, negara dan khilafah. Manakala pemberontakan Al-Basasiri kemudiannya dapat di padamkan serta dikembalikan semula kedudukan khalifah Abbasiyyah pada tahun 451H.

Baca : Islamstory

Kejayaannya menewaskan tentera Rom Timur dan memacakkan benderanya tidak jauh dari Qastaniiyyah mengangkat namanya menjadi terkenal. Khalifah Abbasiyyah di Baghdad ketika itu, Al-Qaim Billah serta wazirnya yang bernama Ibn Maslamah menjemputnya untuk melupuskan pengaruh Kerajaan Buwaihiyyah Syiah yang menguasai Baghdad .

Tughrul Bek menyahut seruan itu dan beliau berjaya melenyapkan pengaruh Daulah Buwaihiyyah di Baghdad. Apabila masuknya Tughrul Bek ke Baghdad, Sultan Buwaihiyyah yang bernama Al-Maliku Ar-Rahim (440-447H) tiada kemammpuan melawannya. Dia cuba berbaik dengan Tughrul Bek , namun Tughrul Bek tidak mahu menyimpan duri dalam daging. Al-Malikur Rahim ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara. Ini adalah susulan daripada bantahan awam terhadap kemasukan tentera Saljuq ke Iraq yang dipertanggungjawabkan sebagai rancangan yang diatur oleh Al-malikurrahim itu. 

Kedatangan Tugrul Bek untuk membantu khalifah ketika itu terpaksa membayar harga mahal apabila tenteranya terpaksa berdepan dengan pemberontakan Basasiri yang menjadi antek-antek kepada kerajaan Fatimiyyah syiah di Mesir.

Saudara Tughrul Bek yang bernama Ibrahim telah dipengaruhi oleh Al-Basasiri untuk menentang abangnya. Maka berlakulah perang saudara yang lama dan khalifah Al-Qaim telah ditewaskan dan lari ke Mosul. Namun, Tughrul Bek telah datang ke Bangdad dan berjaya mengalahkan saudaranya itu. Dia dihukum bunuh atas pengkhianatan terhadap Islam, sunnah dan khilafah.  Kemudian Al-Basasiri juga dapat dikalahkan serta dihukum bunuh. Khalifah Abbasiyyah, Al-Qaim pun diangkat kembali ke singgahsananya di kota Baghdad setelah hampirlah kerajaan Fatimiyyah mengambil alihnya melalui Al-basasiri.

Tughrul Bek  kemudian berkahwin dengan puteri khalifah untuk pengukuhan kerjasama politik pada tahun 453H. Pada dasarnya khalifah tidak menyetujuinya. namun, kerana pengaruh Saljuk telah menguasai pengaruh khalifah, maka beliau menerima perkahwinan itu. Demikian, untuk merapatkan lagi aliansi politik, keluarga Abbasiiayyah berkahwin dengan puteri-puteri dari Saljuk. Khalifah Al-Qaim sendiri berkahwin dengan anak saudara Sultan Tughrul Bek.


Rujuk: youm7


Nihayatul Mataf

Apabila Sultan Sanjar wafat pada tahun 552H, kewujudan kerajaan Saljuq di walayah Parsi pun mula menuju kehancuran. Sultan Sanjar adalah sultan yang kuat dan  dan dikasihi rakyatnya. dia memerintah lebih 60 tahun.Selepas kematian Sanjar, kerajaan Saljuq menjadi lemah dan ketika kerajaan Khawarizmi pula bangkit menguasai. Dari puing-puing kerajaan Saljuq yang kian lemah, hatta berlakunya perang antara sisa Saljuq di bawah pimpinan Tughrul (the last ) dengan kerajaan Khawarizmi Syah. Khalifah An-Nasir Lidinillah meminta bantuan  Kerajaan Khawarizmi untuk menlenyapkan pengaruh kerajaan Saljuk ketika itu.


No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....