Monday, September 26, 2022

NURUDDIN ZINKI (511H-569H)

Satu hal yang tidak dapat dinafikan, Islam tidak pernah ketandusan tokoh-tokoh hebat yang mencapai tahap "rijal". Rijal bukan shaja dikenali dalam bidang ilmu seumpama ilmu hadis, fekah, tauhid dan selainnya. Rijal juga terbit mempersempahkan ketangkasannya dalam lapangan politik. Salah satu rijal yang dikenang sejarah Islam adalah Sultan Nuruddin Mahmud Zinki.

Nuruddin Mahmud Zinki lahir pada 17 Syawal tahun 511H dan berketurunan Turki. Ayahnya Imaduddin Zinki adalah anak kepada Aq Sunqur QASIMUDDAULAH.

Nama beliau adalah Al-Malikul 'Adil Abu Al-Qasim Nuruddin Mahmud bin Imaduddin Zinki.  Beliau adalah anak kedua Imaduddin Zinki bin Aqsunqur selepas Saifuddin Ghazi. Kedua-dua anak lelaki Imaduddin Zinki ini mewarisi semangat dan kepahlawanan ayah mereka dalam jihad.

Selepas ayahnya mati dibunuh oleh Puak Hasyasyin, dia mewarisi kerajaan ayahnya tanah Syam dengan Halab (Aleppo) sebagai ibu kotanya sedangkan abangnya Saifuddin Ghazi memerintah Mosul.

Siasah Nuruddin telah memulihkan keadaan tanah Syam dan membangkitkan semula keyakinan rakyat terutama dalam menghadapi pasukan Salib. Terdapat percubaan Juslin II untuk merampas semula Arraha (Raqqa) yang dulunya pada zaman Imaduddin Zinki telah berjaya diambil dari tangan Salibi. Cubaan itu dapat ditumpaskan oleh Nuruddin Zinki dan Juslin II kalah lari menyelamatkan diri.




Perang Salib II meletus apabila raja Prancis menyerang tanah Syam . Damsyik dikepung. Nuruddin bersama abangnya Saifudidn Ghazi turun tangan untuk membantu. Mereka menggerakkan tentera menuju Damsyik dan ketika mereka berada di Homs, pasukan damsyik sudah dapat membebaskan dari kepungan tersebut. Pasukan Salib lelah dan berundur kerana mereka mengalami kekurangan bekalan air kerana disekat oleh pasukan Zinki.

Pasukan Salib yang merasakan sukar untuk menguasai tanah Syam mengalihkan perhatian mereka ke Mesir. Mereka melihat bahawa menakluki Mesir akan membuka jalan menguasai Syam. Ketika itu Daulah Fatimiyyah di Mesir dalam keadaan lemah kerana persengketaan dalaman antara wazir Syawir bin Mujir As-Sa'di dengan Abu Al-Asybal Dhorgham. Syawir yang kalah kepada Dhorgham lari ke Syam dan minta tolong kepada Sultan Nuruddin Zinki. Menyahut "istinjad" dari Syawir itu, Sultan  Nuruddin Zinki pun hantar Asaduudin Syirkuh dan ditemani anak saudaranya Salehuddin Ayyub untuk memimpin pasukan bantuan ke Mesir. Berlaku peperangan antara pasukan kiriman Sultan Nuruddin Zinki itu dengan pasukan wazir Dorgham di Kaherah yang berakhir dengan kekalahan Dorghom dan terbunuhnya dia. Syawir kembali jadi wazir tetapi dia khianat kepada Asaduddin Syirku , malah minta tolong pasukan Prancis  untuk mengalahkan Asaduddin Syirkuh. Pada akhirnya dia dibunuh oleh Asaduddin Syirkuh atas arahan Khalifah fFtimiyyah Al-Mu'tadhid.

Misi berjaya dan Asaduddin Syirkuh dapat menacapkan pengaruh Sultan Nuruddin di Mesir. Dia dilantik menjadi wazir kepada khalifah Fatimiyyah iaitu Al-Mu'tadhid billah. Bila Asaduudin Syirkuh meninggal, dia digantikan dengan Salhuddin Ayyub dan di tangan Salehuddin Ayyublah hayat Daulah fatimiyyah pun ditamatkan di Mesir. Maka bangkitlah dinasti baru memerintah Mesir iaitu Dinasti Ayyubiyyah.


CATATAN USANG:


Raja Nuruddin Zinki mengutuskan Asaduddin Syirkuh dengan pasukan 1000 orang untuk mengalahkan Menteri Dhorgham dan menolong Menteri Syawir mendapatkan Kembali posisinya dalam kerajaan Fatimiyyah.

Syarat yang diminta oleh Nuruddin untuk bantu Syawir ialah 1/3 cukai Mesir hendaklah diserahkan kepadanya.

Pasukan Asaduddin berkhemah di luar kaherah menunggu janji dilaksanakan. Namun Syawir khianat. Dia minta tolong pasukan Salib. Pasukan Asaduddin balik Bilbis dan di sana tentera Salib mengepungnya selama 3 bulan.

Saat itu Nuruddin membuat serangan atas pemerintahan Salib di Baitul maqdis dan menawan Tal Harim. Maka pasukan Salib yang mengepung pasukan Asaduddin pun merisaukan kerajaan mereka, ajak berdamai dan balik.

Asaduddin balik jumpa Nuruddin dan yakinkannya keperluan mengalahkan Mesir.

Baginda kirimkan 200 tentera di bawah pimpinan Asadudin.

Menteri Syawir takut lalu minta bantuan Salibi menyebabkan Salibi hantar ribuan tentera ke Mesir.

Dalam siri peperangan dengan psukan Asaduddin dan dibantu Salehuddin, pasukan Salibi kalah.

Perbuatan Syawir yang bersekutu dengan Salibi menyusahkan rakyat. Khalifah Al-Adidh sendiri turun tangan dna minta campurtangan Nurudin. Pasukan Asaduddin dengan 2 ribu askar dikirim. Dan pasukan bantuan lain besiap sedia di Syam seramai 6 ribu. Askatr salibi pun takut dan tinggalkan Mesir.

Maka masuklah pasukan Asaduddin dan Syawir yang khianat itu akhirnya dapat ditangkap dan dihukum bunuh pada tahun 1169M.

Salasilah keturunan Syawir ini sampai kepada Abu Zuaib Abdullah, iaityu ayah kepada halimatun Sa’diyyah, ibu susu nabi Muhamamd SAW.
 
هو أبو شجاع شاور بن مجير بن نزار بن عشائر بن شأس بن مغيث بن حبيب بن الحارث بن ربيعة بن يخنس بن أبى ذؤيب بن عبد الله  بن الحارث

Asaduddin menjawat kedudukan sebagai Menteri kerajaan di Mesir tetapi hanya sempat 2 bulan . Dia sudah sakit setelah bererang sebanyak 150 perang. Panggantinya adalah anak saudaranya.




No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...