Wednesday, October 11, 2023

SEBAB-SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN SALJUQ

Kemunculan dan kebangkitan kerajaan Saljuq memberi dampak panjangnya umur kerajaan Abbasiyyah yang sedang berdepan saat getir persainbgan dengan pengaruh kerajaan Syiah Fatimiyyah. Amat mungkin sekali, kalau tidak munculnya kuasa seperti kerajaan Saljuq, Syiah telah mengambil alih Baghdad dan lenyaplah kerajaan Sunni yang diwakili oleh Abbasiyyah di Kota Baghdad.

Namun, sebagaimana halnya kerajaan yang pernah membina nama di persada sejarah, akhirnya kerajaan Saljuq juga tumbang: Ada beberapa faktor tumbangnya kerajaan Saljuq:

1) Persengketaan dalaman dan perang saudara sesama keluarga Saljuq.

2) Campurtangan perempuan dalam pemerintahan

3) Ketidakpekaam para penguasa Saljuq terhadap api fitnah dan menganggap remeh kepadanya sehingga ia menjadi besar dan marak , sudah terlambat untuk ditangani.

4) Kelemahan khalifah Abbasiyyah di bawah pengaruh ketenteraan Saljuq dan tidak menghargai Sultan yang memerentah lalu mendorong khalifah mengintai peluang untuk membuat aliansi dengan kuasa lain.

5) Kegagalan kerajaan Saljuq untuk menyatukan Syam, mesir dan Iraq di bawah khilafah Abbasiyyah.

6) Perpecahan dalaman sesama elit Saljuq yang membawa kepada konflik ketenteraan sehingga membawa kepada retak dan terbelahnya kekuasaan mereka di kawasan Iraq.

7) Gerakan-gerakan puak Batiniyyah yang merencana pembunuhan ke atas Sultan-sultan dan para pembesar kerajaan Saljuq. Umpamanya Gerakan Hasyasyin.

8 Serangan-serangan Salibi yang tidak pernah putus dari arah lautan dan kemaraan ketumbukan Eropah.


No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....