Friday, October 13, 2023

Al-Amir Bi Ahkamillah

Al-Musta'li menjadi Khalifah Fatimiyyah selama 7 tahun mulai dari tahun 487H. Dia meninggal pada tahun 495H. Selepasnya, naik anaknya yang bernama Abu Ali Al-Mansur dan bergelar Al-Amir Bi Ahkamillah menjadi khalifah Fatimiyyah dan Imam Syiah Ismailiyyah Musta'lawiyyah yang ke -20.

Sewaktu dia diangkat sebagai penganti, dia masih sangat kecil iaitu 5 tahun 1 bulan 4 hari. Ayahnya dulu pun diangkat ketika masih kecil tetapi tidak sekecil Al-Amir bi Ahkamillah ini. Oleh kerana itu, dia diwakili oleh Al-Afdhal Syahansyah yang dulu masa ayahnya, merupakan wakil dan wazir ayahnya. Dialah yang telah berjuang mengangkat ayahnya dan mengenepikan Nizar, anak sulung Al-Mustansir dari menjadi Khalifah Fatimiyyah selepas meninggal Khalifah Al-Mustansir.

Menjelang umurnya 21 tahun, dia memecat Al-Afdhal Syahansyah dan mengambil alih kekuasaan sepenuhnya.. Al-Afdhal Syahansyah dihukum bunuh dan tempatnya digantikan dengan Al-Ma'mun Al-batoihi.

Pada zamannya, serangan pasukan Salib menjadi gencar di bumi Syam. Perancis berjaya mengambil Acre (sebuah bandar pelabuhan yang kini berada di utara negeri haram Israil), kemudian Tebnine (kini dalam negara Lubnan) dan disusuli dengan  banyak kota lain sepanjang laut Mediterinean.


Pada tahun 524H, sewaktu Al-Amir Bi Ahkamillah sedang dalam sekedup di atas unta tunggangannya. dia diserang oleh sekumpulan bersenjata dan dia mati kerana itu. Dikatakan bahawa mereka adalah pembunuh upahan dari Hasya-syin, Sayap  daripada Syiah Ismailiyyah Nizariyyah. Tempoh kekuasaannya adalah 29 tahun 9 bulan. Dia tidak mewasiatkan penggantinya. maka berlaku khilaf antara pengikutnya antara dua ornag anaknya iaitu At-Toyyib Abu Qasim dan Al-Hafiz Lidinillah. 

Di sini berpecah lagi Syiah Ismailiyyah Musta'lawiyyah kepada fraksi baru iaitu At-Toyyibiyyah dan Al-hafiziyyah.


Catatan: Al-Afdhal Syahansyah itu adalah anak ekpada Wazir kerajaan Fatimiyyah yang bernama Badruddin Al-Jamali. Al-Afdal Syahansyah menggantikan ayahnya menajdi wazir pada zaman Khalifah Al-Mustansir. Namun, tak lama selepas dia menjawat sebagai wazir, Al-Mustansir meninggal. Walaupun Al-Mustansir dikatakan telah mentapkan Nizar anak sulungnya sebagai pengantinya, Al-Afdhal Syahansyah menukarkannya dengan anak Al-Mustansir yang lain iaitu Al-Musta'li. Al-Musta'li masih kanak-kanak sewaktu dia diangkat sebagai pengganti. Maka Al-Afdhal Syahanyahlah yang betidnak sebagai wakilnya. Mizar tidak setuju dan lar serta berlindung di Iskandariah serta disokong oleh Nasruddaulah bin Aftakin serta Al-Qadhi Abu Abdullah Al-'Ammar, dia memimpin pasukan memerangi mereka. Nizar ditangkap dan dipenjara lalu mati dalam penjara. Dua orang yang menyokongnya dihukum bunuh.


Bacaan tambahan:Hawzah.net ( Web Syiah)


No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....