Lantaran kerana Imam mahdi yang dipercayai di sisi Syiah adalah Muhammad bin Hasan Askari yang hilang dalam sirdab (lubang gua) ketika kecilnya, maka kehilangan itu disebut sebagai Ghaibus Sughra. Untuk berhubungan dengan para pendokongnya, maka ada orang tengah yang disebut sebagai penjaga pintu. Itu Bawwab. Dalam tempoh yang dinamakan Ghabus Sughraa, ada 4 orang bawwab yang bersilih ganti. Ghaibus Sughra dengan 4 bawwab itu berlangsung selama 70 tahun iaitu daripada tahun 260H hingga 369H.
Nawwabul Arba'ah tersebut adalah:
1) Uthman bin Sa'id bin 'Amru Al-'Amari Al-Asadi. KInayahnya Abu 'Amru As-Samman Al-'Askari. Beliau dikatakan pernah berkhidmat dengan Abul Hasan Ali bin Muhammad Al-Hadi (Imam ke-10 Syiah Imamiyyah) selama 11 tahun. Setelah dia bersama pula dengan Hasan Askari dan belajar daripadanya. Kemudian dia bersama dengan Muhammad bin Hasan (Al-mahdi dalam sisi ghaibus Sughranya). Beliau meninggal pada tahun 265H.
2) Anak kepada Naib pertama iaitu iaitu Muhammad bin Uthman bin Sa'id bin 'Amru Al-'Amari Al-Asadi. Kinyahnya Abu Ja'afar Al-Askari. Beliau menjawat jawatan sebagai duta Imam Mahdi agak lama iaitu 40 tahun. Beliau meninggal pada tahun 304H/305H. Menurut cerita, dia tahu tarikh matinya kerana Imam Al-Mahdi beritahunya . Diapun siapkan kubur buatnya dan turun membaca Quran di dalamnya dan dia mati dalam kubur itu.
3) Hussain bin Ruh An-Nubakhti. Kinayahnya Abul Qasim. Gelarannya Al-Baghdadi. Dia seorang ahli feqah dan mufti yang petah berbicara dan sangat dihormati kalangan Syiah. Beliau mula menjadi Naib Al-Mahdi setelah meninggalnya Naib kedua iaitu Abu Ja'far Al-Askari bermula tahun 304/305H hinggalah dia wafat pada bulan Sya'ban tahun 326H. Tempohnya lebih 20 tahun.
4) Ali bin Muhammad As-Samari. Kunyahnya Abul Hasan. Laqabnya Al-Baghdadi. Dia menjawat jawatanb duta Imam Mahdi dari kewafatan duta ketiga hinggalah dia wafat juga tahun 329H. Dengan meninggalnya dia, tamatlah tempoh Ghaibus Sughra dan berakhirlah dongeng wujudnya duta yang menjadi jambatan penghubung antara Imam Al-Mahdi dengan para pendokong agama Syiah.
Tempoh selama 70 tahun dengan empat duta itu, orang awam Syiah percaya apa yang disampaikan kepada mereka itu adalah datang dari Imam Mahdi yang mereka tidak pernah dan tidak dapat bertemu. Segala harta khumus yang mereka kumpulkan diserahkan kepada nawwab itu dan tentulah para nawwab itu menjalani hidup senang lenang dengan doktrin dongeng tersebut.
Ke mana perginya harta itu? Apakah Imam Mahdi yang menrimanya atau ia disimpan oleh para nawwab tersebut?
Agama tidak suruh kita percaya cerita yang tidak berasas sedemikian. Ia menjadi jalan para penunggang agama memperkudakan kebodohan masyarakat awam. Apabila ajaran nabi SAW tidak dipegang kukuh dan ketaksuban merajalela dalam seketul otak yang lemah, demikianlah jadinya.
No comments:
Post a Comment