Friday, October 6, 2023

GERAKAN ALAWIYYIN MEMBAWA KEPADA MUNCULNYA FIRQAH ALAWIYYAH

Pada tahun 61H, Hussain bin Ali mati terbunuh di Karbala. Ia adalah rentetan keberangkatannya ke Kufah untuk diba'ah sedangkan ketika itu di Damsyiq,  Bani Umayyah telah pun mengangkat Yazid bin Mua'awiyah sebagai khalifah. Kedatangan Hussain bin Ali itu dilihat oleh gabenor Bani Umayyah di Iraq (Ubaidillah bin Ziad) sebagai ancaman dan pemberontakan melawan kerajaan Bani Umayyah. 

Maka berlakulah tragedi yang tidak pernah terpadam nestapanya di dada sejarah!

Tragedi Karbala menimbulkan penyesalan di kalangan sekelompok penduduk Iraq. Lalu, mereka membentuk satu jemaah harakah yang dinamakan Harakatutttawwabin (Gerakan orang-orang yang bertaubat). Ia dipimpin oleh seorang sahabat nabi SAW yang bernama Sulaiman bin Sard Al-Khuza'i. Namun, gerakan ini dapat dipadamkan oleh Ubaidillah bin Ziyad.

Selepas itu, muncul pula Gerakan Al-Mukhtar yang bertujuan menuntut bela atas kematian Hussain. Para "culprit" yang turun tangan dalam peristiwa penganiayaan dan pembunuhan terhadap Hussain diburu sampai ke lubang cacing. Ubaidillah bin Ziyad mati dibunuh. Demikian juga Umar bin Saa'ad bin Abi Waqqas. Termasuk yang mati dibunuh juga adalah Syamr bin Zil Jausyin.


Namun, Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi kemudian dibunuh oleh pasukan tentera Mus'ab bin Zubair.

Alawiyyin adalah keturunan Ali bin Abi Talib. Mereka pada mulanya bersepakat dengan Bani Abbas menjadi penentang kerajaan Bani Umayyah. Namun, tewas dalam sayembara politik

Pada tahun 101H, Khalifah Umar bin Abdul Aziz meninggal dan daulah Bani Umayyah diteruskan oleh khalifah seterusnya. Pada tahun 121H, Zaid bin Ali Zainal Abidin bangkit menentang kerajaan Bani Umayyah yang ketika dipimpin oleh Hisyam bin Abdul malik bin Marwan. Namun, pemberontakan Zaid dapat dikalahkan oleh kerajaan Bani Umayyah.

Selepas itu, pemberontakan dari keluarga Alawiyyah berterusan di merata tempat. Pemberontakan pertama selepas  Zaid adalah pemberontakan yang dipimpin oleh Yahya bin Zaid pada tahun 125H di wilayah Parsi semasa khalifah berada di tangan Al-Walid bin Yazid bin Abdul Malik (125-126H). Catatan sejarawan menyebutkan sifat keji Al-Walid bin Zaid itu  seperti peminum arak , melanggar keharaman agama, termasuk perkataan-perkataan zindiqnya. Sebab itu yahya bin Zaid bangkit melawannya. Hanya dengan 70 pasukan berkuda, Yahya bin zaid berjaya melawan dan mengalahkan banyak pasukan kerajaan. Namun akhirnya dia terbunuh dna tubuhnya disalib. 

Yahya terbunuh pada tahun 125H. Ayahnya Zaid terbunuh tahun 121 H. Zaid juga disalib dan tubuhnya disalib sehingga tahun 125H. Dengan perintah Al-Walid bin Yazid, jasad Zaid  itu diturunkan dari salibnya lalu dibakar dan debunya dihamburkan ke sungai.

Sumber cerita: Al-merja- Web syiah.



Tahun 762 M, Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah bangkit memberontak melawan kerajaan bani Abbasiyyah di Madinah dan pada tahun berikat, adiknya Ibrahim melancarkan pemberontakan  di Basrah. Kebangkitan puak Alawiyyin ini adalah sebagai tindakbalas ke atas penidasan dan kezaliman kerajaan Abbasiyyah ke atas mereka.


Hari ini, di Syria, ada mazhab syiah yang dikenali dengan Alawiyyah. Kerana mazhab ini diasaskan oleh Muhammad bin Nusair Al-Basri An-Numairi (Meninggal tahun 270H) pada kurun ke-3H dan dia merupakan murid kepada Ali Alhadi, imam ke-10 dan juga Hasan Askari, imam ke11 Syiah Imamiyyah,  maka puak alawiyyah di Syria itu juga dikenali dengan puak Nusairiyyah.

Muhammad bin Nuisair adalah salah seorang Naib Imam Al-Mahdi yang dipercayai oleh Syiah Ja'fari sebagai hilang ghaib dalam sirdab di Kota Samaraa.

Berikut adalah pegangan dan iktikad firqah Nusairiyyah/Alawiyyah:

1) Menganggap bahaw aAli adalah Tuhan

2) Menganggap Abdurrahman bin Muljam yang membunuh Ali sebagai tokoh mulia dan disebut "radiallahu 'anhu. Ini kerana belia telah berjasa membebaskan unsur ketuhan dalam tubuh kemanusiaan Ali. Maka, mereka yang melaknat Abdurrahman bin Muljam adalah silap mernurut firqah ini.

3) Menganggap Ali bin Abi Talib, setelah bebas dari nasut dan mencapai lahut, dia menempati awan. Bila melihat awan, mereka akan mengucapkan "assalamu alaika ya Abal hasan" bagi mereka, guruh itu suaranya dan kilat itu adalah libasan cemetinya.

4) Mereka mengagungkan arak dan meminumnya.ereka juga memuliakan pokok anggur kerana itu.

5) Solat sehari semalam 5 waktu tetapi solat yang tidak sama dengan solat kaum muslimin kerana tiada sujud di dalamnya.

6) Bagi mereka ada tempat-tempat suci yang menyerupai tempat suci ornag Kristian.

7) Menolak kefardhuan haji dan menganggap ibadah haji dalah kafir dan penyembahan berhala.

8) Menolak kewajipan zakat dan apa yang perlu dikeluarkan adalah khumus yang diserahkan kepada Syeikh mereka.

9) Puasa Ramadhan adalah menahan diri daripada menggauli isteri sepanjang Ramadhan.

10) Mereka berpegang dengan tafsr batiniyyah bagi hukum hakam Islam. Kerana itu, mereka tidak memahami konsep syahadah, solat, puasa, zakat, haji, toharah dan janabah sebagaimana difahami oleh kaum muslimin. Mereka ada tafsiran batinnya bagi ketetapan syariat tersebut.

11)Akidah mereka rencam dan bercampur dengan akidah pelbagai agama dan keperayaan, seperti Nasrani, wasani penyembah bintang, falsafah majusi dan akidah hiduism serta syiah melampau.

12) Mereka adalah perayaan yang bermacam-macam sebagai manisfestasi akidah dan kepercayaan mereka sepeti:

a) Perayaan Nairuz
b) Perayaan Ghadir Khum
c) Aidil Adha pada tanggal 12 Zulhijjah
d) Turut merayakan perayaan kaum nasrani seperti Aidul Ghitosh, Merry Christmas dan Perayaan Salib.
e) Hari raya sempena terbunuhnya Umar Al-Khattab.



Maka , Puak Alawiyyah /Nusairiyah itu bukan sebahagian dari Islam. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyatakan dalam Al-mausu'ah Al-Muyassarah Fil Adyan bahawa Pak Nusairiyayh itu adalah lebih kafir daripada Yahudi dan nasrani. bahkan lebih teruk kafirnya daripada kebanyakan agama  penyembah berhala. Bahayanya melebihi bahaya paskan tartar, Prancis dan lain-lain penjajah. Mereka sentiasa bersama musuh Islam memerangi Islam. Ketika ornag Islam berjaya mengalahkan tartar, itulah bahana paling besar buat meraka. Tragedi kejatuhan Baghdad adalah angkara khianat daripada mereka!.

Rujuk: Islamqa

Kalau nak tahu, Asad dan anaknya Basyar adalah dari puak inilah. Kini, Alawiyyah di Syria mempunyai komposisi 1 peratus daripada keseluruhan penduduk Syrria.

Bagaimana yang 12% boleh berkuasa???



Baca: wiki

No comments:

Post a Comment

A'sya bin Qais , penyair yang hampir masuk Islam .

A'sya adalah gelaran kerana matanya yang rabun. Kalimah A'sya dalam bahasa Arab bermaksud seorang yang tidak nampak di malam hari ....