Namanya adalah Abu Abdullah Sufyan bin Said bin Masruq bin Habbib As-Tsauri.
Beliau lahir pada tahun 97H di Kufah dalam keluarga yang soleh dan beragama. Ketika itu daulah Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umawiyyah bernama Sulaiman bin Abdul Malik.
Gelaran As-Tsauri merujuk kepada moyangnya yang bernama Tsaur bin Abd Manat bin Adbin Thobikhah bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan. Ini bermakna silsilahnya sampai kepada nabi Allah Ismail A.S bin Ibrahim A.S
Ayahnya Said As-Tsauri dalah seorang ulama hadis yang Tsiqah tergolong kalangan Tabi'in Kecil. Ayahnya itu adalah murid kepada Amir As-Sya'bi dan Khaisumah bin Abdurrahman. Sementara ibunya adalah seroang wanita solehah yang sentiasa mendokong perjuangan suami dalam dunia ilmu. Datuknya Masruq adalah salah seorang sahabay Saidna Ali dan bersama dalam Perang Al-Jamal.
Di kala kecil ibunya berkata kepadanya:
اذهب فاطلب العلم حتى أعولك بمغزلي،
Pergilah tuntut ilmu dan aku akan menyokongmu dengan mi'zalku (alat yang digunakan untuk mengurai kapas atau .bulu dalam pemperosesannya)
Demikian tekad seorang ibu yang ingin melihat anaknya menjadi ornag berilmu. Ini kerana Ayah Sufyan As-Tsauri tergolong orang orang faqir yang tenggelam pula dalam kecintaan kepada ilmu hadis.
Maka Sufyan telah berkelana mencari ilmu dan belajar dari tokoh-tokogh pada zamannya sehingga namanya masyhurlah sebagai seorang penuntut ilmu yang cemerlang. Dia mencicipi ilmu lebih daripada 600 guru. Pada usia belum mencecah 20 tahun, namanya sudah disebut-sebut orang. Dia seorang yang amat kuat hafalannya dan tidak ada sebandingnya pada masanya.
Pada diri Sufyan, bukan sahaja terhimpun ilmu, malah terhimpun juga sifat warak, abid dan takwa yang tinggi. Sementara itu dia tidak tertarik dengan jawatan dalam kerajaan , malah menjauhinya kala ditawarkan. Kerana itu dia menjadi mutiara zaman yang tepancar. Ia adalah anugerah Allah buat ummat Muhammad SAW.
Basyar Al-Hafi mengatakan bahawa perumpamaan Sufyan pada zamannya adalah seperti Abu Bakar As-Siddiq pada zamannya.
Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur dan kemudian anakya Al-Mahdi meminta kepadanya untuk menjadi Qadhi. Namun Sufyan enggan dan dia melarikan diri. Lalu dia jadi buruan dan Sufyan lari dan bersembunyi dari satu tempat yang lain sehinggalah dia mati persembunyiannya di Kota Basrah pada tahun 161H.
Menurut cerita, dia lari dari Kufah ke Basrah dan menyamar bekerja di sebah dusun tamar di sana. Satu hari ada orang mahu membeli kurma datang dan mereka bertanya kepada Sufyan yang menjaga kebun kurma itu.
Kata Mereka: Ya Syeikh, dari mana kamu?>
Kata Sufyan: Aku dari Kufah.
Kata Mereka lagi: Ceritakankepada kami, kurma Kufah atau Basrah yang lebih enak
Kata Sufyan: Kurma Kufah rasanya manis. Kurma Basrah aku belum rasa
Lalu mereka menempelak sambi berkata: Ya Syeikh, anjing, orang baik dan jahat semuanya akan makan kalau jaga kebun kurma!
Hal itu menakjubkan mereka. Mereka balik bertemu gabenor Basrah menceritakan apa yang mereka dengar dari penjaga kebun tamar itu. Gabenor pun tahu bahawa orang itu adalah Sufyan dan dia bertekad untuk menangkapnya agar dia dapat hadiah daripada khalifah. Namun, ketika dia dan orang-ornagnya datang, Sufyan sudah tiada. Dia sudah lari keluar Basrah.
Lalu orang tahu dan sampai kepada khalifah. Dia pun lari ke Yaman tetapi di sana dia difitnah mencuri dan diserahkan kepada gabenor Yaman yang bernama Ma'ad bin Zaidah. Lalu disoal siasat dan gabenor pun kenal dia. Dia diberi pilihan nak tinggal di Yaman atau keluar. Dia pilih keluar menuju Makkah untuk tunaikan haji pada tahun 158H. Sampai pula ke pendengarannya bahawa Khalifah Abu Jaafar akan datang ke Makkah buat haji pada tahun itu. Khalifah pula dapat tahu Sufyan ada di Makkah , lalu surah gabenor Makkah cari dan tangkap Sufyan. Sufyan datang ke Kaabah dan bergantung di kelambu Kaabah seraya berdoa agar Abu Jaafar tidak boleh masuk Makkah. Dengan kuasa Allah, Khalifah Abu Jaafar jatuh sakit dan wafat sebelum sempat pergi haji tahun itu. Maka, anaknya Al-Mahdi dilantik menggantikannya. Al-Mahdi pun sama macam ayahnya. Mencari dan memburu As-Tsauri untuk dilantik jadi Qadhi. Sufyan pun lari ke Basrah semula. Di sana dia berlindung di dalam jagaan Yahya bin Qattan. Namun, akhirnya diketahui orang
Sumber: Alukah.net
Baca: IslamwebIslamweb
No comments:
Post a Comment