Monday, October 9, 2023

Nawwabul Arba'ah (4 Duta) bagi Al-Mahdi Al-Muntazor.

Lantaran kerana Imam mahdi yang dipercayai di sisi Syiah adalah Muhammad bin Hasan Askari yang hilang dalam sirdab (lubang gua)  ketika kecilnya, maka kehilangan itu disebut sebagai Ghaibus Sughra. Untuk berhubungan dengan para pendokongnya, maka ada orang tengah yang disebut sebagai penjaga pintu. Itu Bawwab. Dalam tempoh yang dinamakan Ghabus Sughraa, ada 4 orang bawwab yang bersilih ganti. Ghaibus Sughra dengan 4 bawwab itu berlangsung selama 70 tahun iaitu daripada tahun 260H hingga 369H.

Nawwabul Arba'ah tersebut adalah:

1) Uthman bin Sa'id bin 'Amru Al-'Amari  Al-Asadi. KInayahnya Abu 'Amru As-Samman Al-'Askari. Beliau dikatakan pernah berkhidmat dengan Abul Hasan Ali bin Muhammad Al-Hadi (Imam ke-10 Syiah Imamiyyah) selama 11 tahun. Setelah dia bersama pula dengan Hasan Askari dan belajar daripadanya. Kemudian dia bersama dengan Muhammad bin Hasan (Al-mahdi dalam sisi ghaibus Sughranya). Beliau meninggal pada tahun 265H.

2) Anak kepada Naib pertama iaitu iaitu Muhammad bin Uthman bin Sa'id bin 'Amru Al-'Amari  Al-Asadi. Kinyahnya Abu Ja'afar Al-Askari. Beliau menjawat jawatan sebagai duta Imam Mahdi agak lama iaitu 40 tahun. Beliau meninggal pada tahun 304H/305H. Menurut cerita, dia tahu tarikh matinya kerana Imam Al-Mahdi beritahunya . Diapun siapkan kubur buatnya dan turun membaca Quran di dalamnya  dan dia mati dalam kubur itu.

3) Hussain bin Ruh An-Nubakhti. Kinayahnya Abul Qasim. Gelarannya Al-Baghdadi. Dia seorang ahli feqah dan mufti yang petah berbicara dan sangat dihormati kalangan Syiah. Beliau mula menjadi Naib Al-Mahdi setelah meninggalnya Naib kedua iaitu Abu Ja'far Al-Askari bermula tahun 304/305H hinggalah dia wafat pada bulan Sya'ban tahun 326H. Tempohnya lebih 20 tahun.

4) Ali bin Muhammad As-Samari. Kunyahnya Abul Hasan. Laqabnya Al-Baghdadi. Dia menjawat jawatanb duta Imam Mahdi dari kewafatan duta ketiga hinggalah dia wafat juga tahun 329H. Dengan meninggalnya dia, tamatlah tempoh Ghaibus Sughra dan berakhirlah dongeng wujudnya duta yang menjadi jambatan penghubung antara Imam Al-Mahdi dengan para pendokong agama Syiah.

Dengan meninggalnya duta ke-4 tersebut, berkahirlah Ghaibus Sughra Imam Al-Mahdi Syiah dan bermulalah fasa baru keghaiban Imam Al-Mahdi itu yang disebut sebagai Ghaibul Kubra. dalam tempoh Ghaibul Kubra itu , tiada lagi duta perantara. Antara Pengikut syiah dan Imam Al-Mahdi sudah tiada lagi kontek. Ia berlangsung daripada tahun 329H hinggalah satu hari akan datang di mana Imam Al-Mahdi akan muncul semula.

At-Tusi dalam kitabnya Al-Ghaibah menitipkan perkataan Imam Al-Mahdi dalam atu bingkisan surat yang diberikan kepada Ali bin MUhammad  As-Samari . Isi surat tersebut adalah berbunnyi:

بسم الله الرحمن الرحيم، يا عليّ بن محمّد السمري، أعظم الله أجر إخوانك فيك، فإنّك ميّت ما بينك وبين ستّة أيّام فاجمع أمرك ولا توصِ إلى أحدٍ فيقوم مقامك بعد وفاتك، فقد وقعت الغيبة التامّة فلا ظهور إلّا بإذن الله تعالى ذكره، وذلك بعد طول الأمد وقسوة القلب وامتلاء الأرض جوراً، وسيأتي لشيعتي من يدّعي المشاهدة ألا فمن ادّعى المشاهدة، قبل خروج السفيانيّ والصيحة فهو كذّاب مفترٍ، ولا حول ولا قوّة إلّا بالله العليّ العظيم

Menuurt isi surat tersebut, Al-Mahdi tidak lagi menzahirkan dirinya kepada sesiapapun sehinggalah panjang masa berlalu dan dunia penuh dengan kezaliman dan manusia berhati keras. Jika ada syiah yang mendakwa bahawa dia bertemu dengan Al-Mahdi sebelum keluarnya tentera As-Sufyani dan berlakunya gempa (soihah), maka orang itu adalah pendusta.

Keluarnya tentera yang disebut As-Sufyani dan terjadinya gempa adalah dua dali antara 5 dalil kemunculan Imam Al-Mahdi menurut apa yang disebutkan dalam sumber-sumber Syiah. Baca nota terdahulu: 5 Perkara Sebelum Munculnya Imam Mahdi


Sumber: Islam4u ( Web Syiah)

Tempoh selama 70 tahun dengan empat duta itu, orang awam Syiah percaya apa yang disampaikan kepada mereka itu adalah datang dari Imam Mahdi yang mereka tidak pernah dan tidak dapat bertemu. Segala harta khumus yang mereka kumpulkan diserahkan kepada nawwab itu dan tentulah para nawwab itu menjalani hidup senang lenang dengan doktrin dongeng tersebut.  

Ke mana perginya harta itu? Apakah Imam Mahdi yang menrimanya atau ia disimpan oleh para nawwab tersebut?

Agama tidak suruh kita percaya cerita yang tidak berasas sedemikian. Ia menjadi jalan para penunggang agama memperkudakan kebodohan masyarakat awam. Apabila ajaran nabi SAW tidak dipegang kukuh dan ketaksuban merajalela dalam seketul otak yang lemah, demikianlah jadinya.

Friday, October 6, 2023

GERAKAN ALAWIYYIN MEMBAWA KEPADA MUNCULNYA FIRQAH ALAWIYYAH

Pada tahun 61H, Hussain bin Ali mati terbunuh di Karbala. Ia adalah rentetan keberangkatannya ke Kufah untuk diba'ah sedangkan ketika itu di Damsyiq,  Bani Umayyah telah pun mengangkat Yazid bin Mua'awiyah sebagai khalifah. Kedatangan Hussain bin Ali itu dilihat oleh gabenor Bani Umayyah di Iraq (Ubaidillah bin Ziad) sebagai ancaman dan pemberontakan melawan kerajaan Bani Umayyah. 

Maka berlakulah tragedi yang tidak pernah terpadam nestapanya di dada sejarah!

Tragedi Karbala menimbulkan penyesalan di kalangan sekelompok penduduk Iraq. Lalu, mereka membentuk satu jemaah harakah yang dinamakan Harakatutttawwabin (Gerakan orang-orang yang bertaubat). Ia dipimpin oleh seorang sahabat nabi SAW yang bernama Sulaiman bin Sard Al-Khuza'i. Namun, gerakan ini dapat dipadamkan oleh Ubaidillah bin Ziyad.

Selepas itu, muncul pula Gerakan Al-Mukhtar yang bertujuan menuntut bela atas kematian Hussain. Para "culprit" yang turun tangan dalam peristiwa penganiayaan dan pembunuhan terhadap Hussain diburu sampai ke lubang cacing. Ubaidillah bin Ziyad mati dibunuh. Demikian juga Umar bin Saa'ad bin Abi Waqqas. Termasuk yang mati dibunuh juga adalah Syamr bin Zil Jausyin.


Namun, Mukhtar bin Abi Ubaid As-Tsaqafi kemudian dibunuh oleh pasukan tentera Mus'ab bin Zubair.

Alawiyyin adalah keturunan Ali bin Abi Talib. Mereka pada mulanya bersepakat dengan Bani Abbas menjadi penentang kerajaan Bani Umayyah. Namun, tewas dalam sayembara politik

Pada tahun 101H, Khalifah Umar bin Abdul Aziz meninggal dan daulah Bani Umayyah diteruskan oleh khalifah seterusnya. Pada tahun 121H, Zaid bin Ali Zainal Abidin bangkit menentang kerajaan Bani Umayyah yang ketika dipimpin oleh Hisyam bin Abdul malik bin Marwan. Namun, pemberontakan Zaid dapat dikalahkan oleh kerajaan Bani Umayyah.

Selepas itu, pemberontakan dari keluarga Alawiyyah berterusan di merata tempat. Pemberontakan pertama selepas  Zaid adalah pemberontakan yang dipimpin oleh Yahya bin Zaid pada tahun 125H di wilayah Parsi semasa khalifah berada di tangan Al-Walid bin Yazid bin Abdul Malik (125-126H). Catatan sejarawan menyebutkan sifat keji Al-Walid bin Zaid itu  seperti peminum arak , melanggar keharaman agama, termasuk perkataan-perkataan zindiqnya. Sebab itu yahya bin Zaid bangkit melawannya. Hanya dengan 70 pasukan berkuda, Yahya bin zaid berjaya melawan dan mengalahkan banyak pasukan kerajaan. Namun akhirnya dia terbunuh dna tubuhnya disalib. 

Yahya terbunuh pada tahun 125H. Ayahnya Zaid terbunuh tahun 121 H. Zaid juga disalib dan tubuhnya disalib sehingga tahun 125H. Dengan perintah Al-Walid bin Yazid, jasad Zaid  itu diturunkan dari salibnya lalu dibakar dan debunya dihamburkan ke sungai.

Sumber cerita: Al-merja- Web syiah.



Tahun 762 M, Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah bangkit memberontak melawan kerajaan bani Abbasiyyah di Madinah dan pada tahun berikat, adiknya Ibrahim melancarkan pemberontakan  di Basrah. Kebangkitan puak Alawiyyin ini adalah sebagai tindakbalas ke atas penidasan dan kezaliman kerajaan Abbasiyyah ke atas mereka.


Hari ini, di Syria, ada mazhab syiah yang dikenali dengan Alawiyyah. Kerana mazhab ini diasaskan oleh Muhammad bin Nusair Al-Basri An-Numairi (Meninggal tahun 270H) pada kurun ke-3H dan dia merupakan murid kepada Ali Alhadi, imam ke-10 dan juga Hasan Askari, imam ke11 Syiah Imamiyyah,  maka puak alawiyyah di Syria itu juga dikenali dengan puak Nusairiyyah.

Muhammad bin Nuisair adalah salah seorang Naib Imam Al-Mahdi yang dipercayai oleh Syiah Ja'fari sebagai hilang ghaib dalam sirdab di Kota Samaraa.

Berikut adalah pegangan dan iktikad firqah Nusairiyyah/Alawiyyah:

1) Menganggap bahaw aAli adalah Tuhan

2) Menganggap Abdurrahman bin Muljam yang membunuh Ali sebagai tokoh mulia dan disebut "radiallahu 'anhu. Ini kerana belia telah berjasa membebaskan unsur ketuhan dalam tubuh kemanusiaan Ali. Maka, mereka yang melaknat Abdurrahman bin Muljam adalah silap mernurut firqah ini.

3) Menganggap Ali bin Abi Talib, setelah bebas dari nasut dan mencapai lahut, dia menempati awan. Bila melihat awan, mereka akan mengucapkan "assalamu alaika ya Abal hasan" bagi mereka, guruh itu suaranya dan kilat itu adalah libasan cemetinya.

4) Mereka mengagungkan arak dan meminumnya.ereka juga memuliakan pokok anggur kerana itu.

5) Solat sehari semalam 5 waktu tetapi solat yang tidak sama dengan solat kaum muslimin kerana tiada sujud di dalamnya.

6) Bagi mereka ada tempat-tempat suci yang menyerupai tempat suci ornag Kristian.

7) Menolak kefardhuan haji dan menganggap ibadah haji dalah kafir dan penyembahan berhala.

8) Menolak kewajipan zakat dan apa yang perlu dikeluarkan adalah khumus yang diserahkan kepada Syeikh mereka.

9) Puasa Ramadhan adalah menahan diri daripada menggauli isteri sepanjang Ramadhan.

10) Mereka berpegang dengan tafsr batiniyyah bagi hukum hakam Islam. Kerana itu, mereka tidak memahami konsep syahadah, solat, puasa, zakat, haji, toharah dan janabah sebagaimana difahami oleh kaum muslimin. Mereka ada tafsiran batinnya bagi ketetapan syariat tersebut.

11)Akidah mereka rencam dan bercampur dengan akidah pelbagai agama dan keperayaan, seperti Nasrani, wasani penyembah bintang, falsafah majusi dan akidah hiduism serta syiah melampau.

12) Mereka adalah perayaan yang bermacam-macam sebagai manisfestasi akidah dan kepercayaan mereka sepeti:

a) Perayaan Nairuz
b) Perayaan Ghadir Khum
c) Aidil Adha pada tanggal 12 Zulhijjah
d) Turut merayakan perayaan kaum nasrani seperti Aidul Ghitosh, Merry Christmas dan Perayaan Salib.
e) Hari raya sempena terbunuhnya Umar Al-Khattab.



Maka , Puak Alawiyyah /Nusairiyah itu bukan sebahagian dari Islam. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyatakan dalam Al-mausu'ah Al-Muyassarah Fil Adyan bahawa Pak Nusairiyayh itu adalah lebih kafir daripada Yahudi dan nasrani. bahkan lebih teruk kafirnya daripada kebanyakan agama  penyembah berhala. Bahayanya melebihi bahaya paskan tartar, Prancis dan lain-lain penjajah. Mereka sentiasa bersama musuh Islam memerangi Islam. Ketika ornag Islam berjaya mengalahkan tartar, itulah bahana paling besar buat meraka. Tragedi kejatuhan Baghdad adalah angkara khianat daripada mereka!.

Rujuk: Islamqa

Kalau nak tahu, Asad dan anaknya Basyar adalah dari puak inilah. Kini, Alawiyyah di Syria mempunyai komposisi 1 peratus daripada keseluruhan penduduk Syrria.

Bagaimana yang 12% boleh berkuasa???



Baca: wiki

Firqah Al-Mughiriyyah

Ini adalah salah satu di antara sekian banyak firqah sesat yang pernah muncul dalam sejarah. Firqah ini dinisbahkan kepada Al-Mughirah bin Sa'id Al-'Ajli Al-Kufi. Beliu adalah seorang yang mengaku pencinta Ahlil Bait dan mendakwa Muhammad bin Abdullah bin Al-Hasan bin Al-Husain bin Al-Hasan bin Ali bin Abi Talib (yang dikenali sebagai An-Nafsu Az-Zakiyyah) sebagai Imam Al-Mahdi.

Ketika Muhammad An-Nafsu Az Zakiyyah itu bangkit memberontak melawan khalifah Abu Jaafar Al-Mansur Al-Abbasi dan mengusai Madinah, khalifah Abbasiyyah itu pun mengirimkan bala tentera yang ebsar dan mengalahkannya serta membunuhnya. Namun, puak Al-Mughiriyyah tidak percaya bahawa Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah terbunuh. Mereka percaya yang terbunuh di medan perang itu adalah Syaitan yang menyerupai Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah. Sementara Muhammad  An-Nafsu Az-Zakiyyah tetap hidup dna menghuni pergunungan Hajiz di sebelah Najad. Dia menunggu masa untuk kemunculan semula sebagai Imam Al-Mahdi yang ditungu-tunggu.

Al-Mughirah bin Sa'id , setelah terbunuhnya Muhammad An-Nafsu Az-Zakiyyah , mula mendakwa mendapat wahyu dan akhirnya mengaku sebagi nabi. Dia pun menghalalkan yang haram dalam agama dan mendakwa Ali sebagai Tuhan dan mengatakan Allah berjisim. 

Inilah orang yang banyak membuat jenayah ilmiah dan mengubah kitab-kitab rujukan Syiah. Hadis-hadis yang ghuluw dan tahqir ke atas sahabat-sahabat  nabi adalah angkara tangan najis Al-Mughirah bin Said.

Pengikutnya menyamar dalam majlis Ja'far Sodiq lalu meminjam kitab-kitab yang digunakan dan diberikan kepada Al-Mughirah dan Mughirah pun menanam di dalamnya hadis-hadis rekaannya.

Khalid bin Abdullah Al-Qasri yang menjadi gabenor di Kufah telah menangkapnya dan menyalibnya serta membakarnya bersama 5 pengikutnya.

Kalangan ulama Syiah yang mufakkir banyak mendedahkan peranan Al-Mugirah bin Said ini dalam memasukkan riwayat-riwayat rekaan dalam kitab-kitab Syiah. Sayangnya, kebanyakan orang Syiah mengikut para ulama mereka yang berpaut erat dengan kitab-kitab tersebut tanpa ada minda kritis. Walhasil, jadilah meeka mangsa pembohongan para penipu dalam sejarah seperti Al-Mughirah bin Sa'id tersebut.

Antara ulama Syiah yang mufakkir dan saya suka menadah telinga mendengar video penjalasan mereka adalah:

  1. Sayyid Kamal Haidari
  2. Syeikh Yasir Audah


Saturday, September 30, 2023

RINGKASAN SEJARAH LELUHUR NABI MUHAMAD SAW

  1. Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar adalah orang yang pertama menghuni kawasan wadi kontang yang yang tidak ada tanaman dan kemudiannya mncul telaga Zam Zam yang menjadi mata air yang menghidupkannya dan melayakkannya dihuni.
  2. Kemudian, dengan perintah Allah SWT di situ dibagunkan Kaabah oleh Nabi Allah Ibrahim dan dibantu oleh anaknya Ismail.
  3. Tempat itu kemudiannya dikenali dengan Makkah
  4. Kaum Jurhum telah datang dan tinggal bersama Hajar dan Ismail di penempatan baru itu.
  5. Datang juga dalah kaum Qaturaa yang memilih penempatan pintu masuk sebelah utara
  6. Ia muncul menjadi penempatan suci yang kemudiannya dinamakan Makkah.
  7. Kaum Jurhum membina penempatan di kawasan pintu masuk Utara  Makkah iaitu di Qaiqa'an dan sekitarnya
  8. Pemimpin kaum Jurhum Madhod bin Amru  bin Sa'ad bin Ar-Roqib in Hayyin bin Nabt bin Jurhum
  9. Pemimpin Kaum Qaturaa pula  bernama Sumaida' dan tempat tinggal mereka ada adalah pintu masuk Kota Makkah sebelah Selatan iaitu di Ajyad dan sekitarnya.
  10. Nabi Ismail menjadi dewasa dan berkahwin dengan perempuan dari Kaum Sumaida' tetapi atas perintah Ibrahim, kemudiannya dieraikan.
  11. Kemudian, nabi Ismail berkahwin pula dengan wanita dari kaum Jurhum ia Rala binti Madhod bin Amru, puteri pemimpin kaum Jurhum.
  12. Kaum Jurhum dan Kaum Sumaida' ada hubungan kerabat iaitu masing-masing adalah sepupu (anak pakcik) namun mereka bersaing satu sama lain.
  13. Persaingan itu jadi peperangan yang kemudiannya memaksa kaum Sumaida' meninggalkan Makkah dan menuju ke kawasan lain. 
  14. Nabi Ismail kemdiannya mendapat ramai anak.
  15. Syeikh Safiyyu Rahman Mubarakfuri dalam Ar-rahiqul makhtim menyebutkan 12 nama anak lelaki nabi Ismail iaitu:
    • 1) Nabit(atau Banayut)
    • 2) Qaidar
    • 3) Adbail
    • 4) Mubsyam
    • 5) Musyama'
    • 6) Dauma
    • 7) Miisya
    • 8) Hadad
    • 9) Yatma
    • 10) Yatur
    • 11) Nafis
    • 12) Qaidaman

16. Selepas kematian nabi Ismail (dikatakan pada usia 137 tahun), kepimpinan Makkah dipegang oleh anaknya yang bernama Nabit dan kemudiannya diteruskan oleh Qaidar adiknya.

17. Tampuk kepimpinan Makkah kemudiannya terlepas daripada keturunan Ismail dan diambil oleh oleh kaum Jurhum dan pemimpinnya iaitu Madhod menjadi pemimpin Makkah.

18. Selepas itu, berterusan dan bersilihganti kepimpinan Makkah berada di tangan kaum Jurhum untuk tempoh yang lama sehingga awal abad ke-3 Masihi.

19. Pemimpin-pemimpin kaum Jurhum yang menguasai Makkah kemudiannya mula menyimpang dan mengambil harta sedekah Kaabah untuk kepentingan diri dan banyak berlaku kezaliman.

20. Kehormatan Kaabah juga dicemarkan dengan kemerostan akhlak dan moral yang berlaku di kalangan kaum Jurhum

21. Kisah kecerobohan Isaf dan Nailah yang berzina dalam Kaabah dan kemudiannya dilaknat Allah dan menjadi batu, berlaku dalam fasa ini. Batu itu mulanya diletakkan di luar Kaabah untuk iktibar tetapi kemudiannya menjadi sembahan.

22.Ada satu kabilah yang dinamakan kabilah Khuzaah yang datang menjadi pemastautin di Makkah.

23. Kabilah Khuza'ah telah berpakat dengan satu cabang Bani Kinanah (keturunan Nabi Ismail) untuk menumpaskan kekuasaan kaum Jurhum ke atas Makkah.

24. Pemberontakan pun terjadi dan kaum Jurhum berjaya dikalahkan.

25. Sebelum lari meninggalkan Makkah, kaum Jurhum telah menimbus telaga zam-zam dengan harta Kaabah.

26. Kempimpinan Makkah kemudiannya dipegang oleh kabilah Khuza'ah

28. Mulanya mereka bagus dan menjaga kemuliaan Kaabah dan meneruskan agama bnabi Ibrahim.

29. Namun, ketika zaman pemimpin Kabilah Khuzaah yang bernama Amru Luhai, dia mengubah agama Ibrahim dengan memasukkan penyembahan berhala dan mencipta bid'ah Saibah, wasilah dan Ham.

30. Ketika kepimpinan Makkah berada di tangan pemimpin kabilah Khuza'ah bernama  Hulail bin Habasyiyyah Al-Khuza'i, Qusai bin Kilab datang ke Makkah dan dia berkahwin dengan anaknya yang bernama Hubba binti Hulail.

31. Qusai adalah datuk nabi Muhammad SAW yang ke-4

32. Nama dan Silsilah keturunannya adalah Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Nadhar bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan

33. Ayah Qusai yang bernama Kilab adalah pemimpin kaum Quraisy dan dia berkahwin dengan Fatimah binti Saad dan dapat anak namanya Zaid (nama sebenar Qusai)

Kilab juga ada anak lelaki bernama Zuhrah yang kemudiannya menurunkan zuriat hingga ke Aminah ibu nabi SAW(  Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab)


34. Kilab mati muda dan Fatimah kemudian berkahwin lagi dengan   Rabi'ah bin Haram dari bani Qudha'ah, satu kabilah yang tinggal di Syam.

35. Bersama ibunya, Zaid bin Kilab itu dibawa balik ke penempatan Bani Qudha'ah dan di sanalah Qusai tinggal dan membesar. Kerana itu dia dikenali dengan nama Qusai.

36. Qusai tidak dilayan dengan baik di kalangan Bani Qudha'ah, maka kerana itu dia mengambil keputusan untuk balik ke kota Makkah.

37. Setelah berkahwin dengan Hubba binti Hulail , Qusai mendapat kedudukan dalam kepimpinan Makkah berkat kepercayaan ayah mentuanya.

38. Bila Hulail bin Habasyiyyah meninggal, berlaku perebutan kuasa antara Qusai dengan anak-anak Bani Khuza'ah dan Qusai telah memenanginya.

39. Qusai ada 3 anak lelaki iaitu Abdu Dar, Abd Manaf dan Abdul Uzza.

40. Abdul Manaf itulah kemudiannya ada anak bernama Hasyim dan Hasyim pula ada anak bernama  Syaibah (Abdul Mutallib)











Friday, September 29, 2023

Mubasyyirat Kelahiran Nabi SAW

 Al-Baihaqi menitipkan di dalam kitabnya Dalailun Nubuwwah dengan sanadnya yang sampai kepada Abu Zur'ah bin Saif Yazan, bahawa apabila Saif Zi yazan telah berjaya mengalahkan penjajahan Habsyah atas Yaman dan dia menjadi raja di Yaman, maka berdatangan para rombongan pemuka Arab kepadanya. Mereka ingin mengucapkan tahni'ah kepadanya. Termasuk yang datang itu adalah para pemuka Quraisy yang diketuai oleh Abdul Mutallib. Peristiwa itu adalah 2 tahun selepas kelahiran nabi Muhammad SAW.

Abdul Mutalib dan rombongannya berada di Yaman sebagai tetamu raja Saif Zi Yazan selama sebulan. Dalam tempoh tersebutm berlaku dialog antara Saif Zi Yazan dengan Abdul Mutalib secara peribadi. Saif Zi yazan menceritakan apa yang di tahu bersumberkan kitab-kitab yang dibacanya bahawa seorang pemimpin manusia akan lahir dari keturunan Abdul Mutalib atau pun dia sudah dilahirkan. Lalu disebutkan namanya  dan sifatnya yang meyebabkan Abdul Mutalib tahu bahawa cucunya Muhammmad bin Abdullah, itulah yang dimaksudkan oleh Saif Zi Yazan.

Abdul Mutalib pulang dari Yaman membawa kesedaran itu. Kesedarran bahawa cucunya itu adalah pemimpin masa depan yang akan menyatukan Arab. Dia merahsiakan hal itu dari pemuka-pemuka Quraisy yang lain. 

Dalam kesempatannya, Abdul Mutalib pernah berkata kepada rakan-rakan serombongannya setelah balik ke makkah. Ketika itu Saif Zi Yazan telah meninggal.( Saif Zi Yazan meninggal sebelum cukup setahun daripada kepulangan Abdul Mutallib dna rombingannya yang melawat Saif Zi Yazan).

Kata Abdul Mutallib:

Hai sekalian Quraisy, janganlah kalian rasa cemburu dan dengki kerana banyaknya hadiah yang diberikan Saif Zi Yazan kepadaku, Ketahuilah semuanya itu akan habis juga nantinya. Tetapi,. cemburu dan dengkilah kepadaku apa yang kekal untukku dan keturunanku sebagai satu kebanggan  yang menjadi sebutan.

Ketika mereka bertanya: Apa maksudmu hai Abdul Mutallib?

Kata Abdul Mutalllib: Kelak nanti kalian akan tahu biarpun lama masanya yang kalian perlu tunggu!

Kisah Berita gembira daripada Saif Zi yazan tentang kelahiran nabi Muhammad SAW adalah satu amntara sekian banyak kisah-kisah seumpamanya. Kelahiran nabi SAW adalah peristiwa besar buat alam ini. Sebagaimana lazim satu peristiwa yang akana terjadi dalam dunia ditandai dengan satu-satu tanda, maka demikianlah peristiwa kelahiran Nabi SAW. Lihatlah, kalau nak berlaku hujan, ada tandanya. Kalau nak kemarau, ada tandanya. Kalau Tsunami akan terjadi, juga didahului tandanya. Kejadian-kejadian tersebut tidaklah lebih besar dari peristiwa kelahiran Nabi akhir zaman.

Ada banyak kisah yang menjadi dalil kebangkitan nabi akhir zaman.Antaranya yang lain  dan boleh disenaraikan di sini:

1) KIsah Salman Al-Farisi

2) Kisah Maisarah bersama Rahib An-Nastur di Syam

3) Kisah Tubba' raja Yaman yang hampir menyerang Yathrib tetapi dinasihati membatalkan hasratnya.

4) Kisah pendeta Yahudi dari Syam datang ke Yathrib bernama Ibn Alhaiban(Rujuk cerita: Islamqa)

5) Kisah Rahib bernama Aison yang berpesan kepada ornag-orang Makkah (Rujuk cerita: Islamqa)



Wednesday, September 27, 2023

Muzaffiruddin Kukuburi


Beliau adalah putera kepada pemerintah Kota Irbil, Zainuddin Ali bin Baktakin.  Beliau lahir pada 27 Muharram tahun 549H. Beliau membesar di bawah didikan ayahnya itu dan ayahnya melantik guru-guru yang berkebolehan untuk mendidik Muzaffiruddin Kukuburi. 

Gelaran Kukuburi pada namanya membawa maksud " Serigala Hijau" kerana keberanian dan keunggulannya.

Pada ketika kematian ayahnya, usianya baru 14 tahun. Dia menggantikan ayahnya sebagai pemerintah Irbil. Namun, kerana usianya masih muda, kendali pemerintahan dipegang oleh wasi ayahnya yang bernama Mujahiduddin Qaimaz. Bila menganjak dewasa , Muzaffiruddin Kukuburi menuntut agar dia diberi wewenang sepenuhnya, tetapi Mujahiduddin Qaimaz keberatan, malah, dia mengalihkan kuasa kepada adik Muzaffiruddin Kukuburi yang bernama Zainuddin Yusuf.

Maka, Muzaffiruddin Kukuburi pun lari ke Mosul dengan harapan mendapat bantuan mengambil semula kekuasaannya yang hilang. Raja Mosol, Saifuddin Ghazi II tidak mahu membantunya kembali berkuasa di Irbill, lalu ditawarkan kepada Muzaffiruddin wilayah Haran sebagai ganti. Maka, antara tahun 569H hingga 578H, Muzaffiruddin Kukuburi pun mentadbir Haran bagi pihak raja Mosul.

Dalam keadaan demikian, nama Salehuddin Al-Ayubi menjadi terkenal kerana penglibatan dan misi peperangannya melawan pasukan Salib. Dia mahu mengumpulkan sokongan raja-raja Islam di wilayah Syam untuk menyertainya menghalau pasukan Salib daripada Baitul Maqdis. Maka seruan Salehuddin disambut oleh Muzaffiruddin Kukuburi dan dia membawa Haran keluar dari Mosul dan pindah walak kepada Salehudiin. Demikian juga Zainuddin Yusuf, adiknya, membawa Irbil walak kepada Salehuddin.

Muzaffiruddin menyertai Salehuddin Al-Ayubi dan menjadi orang kuatnya. Salehuddin Al-Ayubi menyayanginya lalu dikahwinkan dengan adik perempuannya yang bernama Rabi'ah Khatun.

Muzaffiruddin Kukuburi menyertai Salehuddin dalam peperangan penting melawan Pasukan Salib. Peristiwa taktik membakar hasyish (Sejenis daun yang memabukkan) dan membiarkan asapnya ditiup angin kepada tentera Salib dan membuatkan kekalahan teruk Salib dalam peperangan, adalah dikatakan buah fikiran Muzaffiruddin Kukuburi

Muzaffiruddin Kukuburi sentiasa berada di samping Salehuddin Al-Ayubi dalam misi peperangan melawan pasukan Salib sehinggalah Salehuddin Al-Ayubi mencapai perjanjian damai dengan Richard The Lion Heart, raja Inggeris pada bulan Sya'ban 588H. Selepas itu Muzaffiruddin Kukuburi pulang ke negerinya dan kemudian mengambil alih kekuasaan ke atas Irbil bila adiknya meninggal pada tahun  586H. Di Irbil, Muzaffiruddin Kukuburi memperlihatkan kehebatannya pada sisi yang lain selain medan perang. Dia menjadi pentadbir yang cemerlang dan memasukan kegembiraan serta kepuasan di hati rakyat Irbil dengan pembinaan pelbagai kemudahan buat rakyat seperti hospital, memajukan lapangan pertanian dan perniagaan. Sementara dia sendiri mengambil jaklan hidup yang zuhud dan berpada.



Muzaffiruddin Kukuburi  memerintah Irbil agak lama iaitu lebih 50 tahun. Sehinggalah dia meninggal pada usia 82 tahun, iaitu hari Rabu 14 Ramadhan tahun 630H. 

Muzaffirudin Kukuburi mewasiatkan sebelum dia meninggal agar jasadnya dikebumikan di Makkah. Ketika dalam perjalanan membawa jenazahnya untuk dikebumikan di Makkah, rombongan pembawa jenazahnya mendpaat khabar bahawa di Makkah sedang mengalami masalah kekurangan air. Maka jenazahnya di bawa berpatah balik dan akhirnya menuju ke Kufah. Lalu dia dikebumikan berhampiran dengan maqam Saidina Ali bin Abi Talib.

Baca: Islamstory

Sumber: Islamonline

Sejarah Maulid Nabiy

Sempenan bulan Maulidur Rasul ini, mari kita mengenali beberapa hal yang bersangkutan dengan apa yang disebut sebagai sambutan Maulidun Nabi. Satu hal yang tidak dipungkiri oleh par apengakaji sejarah adalah bahawa sambutan Maulidun Nabiy itu buat pertama kalinya diangkat menajadi sambutan atau perayaan adalah di zaman kekhalifahan Fatimiyyah di Mesir. Ketika Al-Mu'iz Li Dinillah menjadi Khalifah Fatimiyyah, dia meangasaskan sambutan Maulid Nabiy untuk rakyat Mesir. Sempena Sambutan tersebut, kerajaan mengedarkan kuih-kuih dan manisan khusus secara leluasa kepada rakyat  dan tujuannya adalah untuk membuatkan rakyat suka kepada kerajaan Syiah itu. Dengan itu , mudahlah jalan ke arah mendoktrinkan mazhab Syiah Ismailiyyah ke dalam jantung hati rakyat.

Jika kita amati, ternyata dalam masyarakat Syiah, sepanjang tahun penuh dnegan sambutan dan perayaan. Maka tidak hairanlah mereka merintis perayaan Maulidun Nabiy. Dalam ajaran Syiah ada sambutan Maulid Hasan, Husain, Ali, Fatimah, Awal Tahun, Hariu 'Asyura, Awal Rejab, Pertengahan Rejab, Awal dan pertengahan Sya'ban, Hari Ghadir, Hari Nuruz, Hari Ghitasy dan macam-macam lagi.

Catatan: Penubuhan Kerajaan Fatimiyyah di Mesir adalah pada tahun 322H. Ia adalah kerajaan yang menentang kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dan diasaskan oleh Ubaidillah Al-Mahdi Al-Qaddah Al-Maimun yang mendakwa dirinya keturunan Ja'far Sodiq.

Jika diteliti kitab-kitab sirah, akan jelaslah bahawa tiada kesepakatan para ahlinya mengenai tarikh lahirnya nabi SAW. Apakah benar nabi lahir pada tanggal 12 Rabu'ul Awal?? Namun, yang dipastikan oleh para ahli sejarah Islam adalah kewafatan nabi SAW adalah bertepatan dengan tanggal 12 Rabi'ul Awal. Lahirnya Nabi SAW pada tanggal 12 Rabi'ul Awal adalah fakta yang meragukan , tetapi kewafatan nabi pada tarikh tersebut adalah fakta yang meyakinkan.

Justeru, memperingati tanggal 12 Rabi'ul Awal itu untuk hari lahir nabi SAW atau hari matinya?? Buruklah akhlak satu umat jika memperingati hari mati pemimpinnya dan mezahirkan kegembiraan sempena peristiwa matinya!

Ahli Falak yang bernama Syeikh Mahmud Basya dan juga Syeikh Mansur Fauzi menyatakan bahawa dari segi ilmu Falak, kelahiran nabi yang dimuktamadkan bahaw apada hari Isnin dan Bulan Rabi'ul Awal, jika dikaji, tidak bertepatan dengan tanggal 12 Rabi'ul Awal, tetapi lebih tepat 9 Rabi'ul Awal. Ia bersamaan dengan 22 April tahun 571 Masehi.

Sambutan Maulid Nabi yang dimulakan pada zaman Al-Muiz itu kemudiannya tidak lagi disambut semasa pemerintahan Khalifah Fatimiyyah yang bernama Al-Musta'li Billah.

Catatan: Al-Musta'li billah adalah putera kepada Khalifah Al-Mustansir Billah. Kemtian Khalifah Al-Mustansir Billah menimbulkan perselisihan kalangan Fatimiyyah. Ada yang mahu Nizar, anaknya Al-Mustansir yang seornag lagi sebagai peganti. Namun Nizar tewas dalam perebutan politik itu dan dia disenyapkan dalam penjara. Namun fikrah firqah tidak dapat dimatikan. Anaknya yang bernama Al-Hadi melarikan diri ke Asia Tengah dan  memimpin gerakan firqah Syiah Ismailiyyah Nizariyyah yang mendapat sokongan Hasan As-Sobah, pengasas pasukan Hasyasyin.

Bila kerajaan fatimiyyah ditumbangkan oleh Salehuddin Al-Ayubi, tiada lagi acara sambutan Maulid Nabi di Mesir. Politik Salehuddin adalah untuk mengajar rakyat berjihad melawan serangan pasukan Salibiyyah dan bukan masanya didodoi dengan kasidah-kasidah yang mengkhayalkan.

Bila tamat kerajaan Ayyubiyyah, naik kerajaan Mamalik, perayaan Maulid Nabi dihidupkan kembali. Para penguasa Mamalik mengambil jalan bermudahanah dengan rakyat yang menyambut acara itu sehingga menjadikan ia popular dan besar kembali.

Rujuk Almasryalyoum

Baca: Aliman

Pihak pemerintah, termasuk Abbasiyyah dan kemudiannya Othmaniyyah, melihat ada keuntungan politik daalam mengangkat sambutan Maulidun Nabi, maka mereka pun memberi galakan dan terlibat memeriahkannya. Inilah yang kemudiannya memarakkan lagi sambutan maulidun nabi ke dalam dunia Islam!




IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...