Saturday, June 8, 2024

Hatib bin Abi Balta'ah

Hatib bin Abi Balta'ah bin Amru bin 'Umair bin Salamah Al-Lakhmi merupakan halif kepada Bani Asad pada zaman Jahiliyyah. Beliau dikatakan merupakan seorang maula (bekas hamba) kepada Ubaidillah bin Humaid bin Zuhair bin Al-Harith bin Asad bin Abdul Uzza.

Beliau masuk Islam pada peringkat awal dan berhijrah ke Madinah. Beliau menyertai semua peperangan yang disertai Rasulullah SAW. Sebab itu beliau disebuta sebagai Badariyyun (ahli Badar) yang punya keutamaan khusus dalam Islam. Selepas perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah mengutuskan para sahabatnya menemui raja-raja dan penguasa sekitar. Hatib bin Abi Balta'ah telah dipilih mewakili Rasulullah SAW membawa surat baginda menemui raja Muqauqis Mesir yang membawa pulang pulang bersamanya hadiah raja Muqauqia Mesir kepada nabi SAW hamba perempuan bernama Mariah Al-Qibtiyyah dan saudara perempuannya yang bernama *Sirin.

(* Sirin adalah nama kepada saudara perempuan Mariah. Nama penuhnya adalah Sirin binti Syam'un. Kedua-dua mereka adalah hadiah Muqauqis kepada Rasulullah SAW. Mulanya mereka berdua beragama Nasrani, kemudian masuk Islam. Rasulullah mengambil Mariah dan Sirin dihadiahkan kepada Hasan bin Tsabit. Bersama Hasan, Sirin mendapat anak lelaki yang dinamakan Abdurrahman bin Hasan. Terdapat hadis yang diriwayatkan Abdurrahman melalui ibunya Sirin)

Malangnya, dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah pada tahun ke-8H, Hatib bin Abi Balta'ah telah teruji perasaannya dan tersalah dalam pertimbangannya. Rancangan Rasulullah SAW untuk mengambil alih Makkah pada tahun tersebut berawal daripada pengkhianatan Quraisy terhadap perjanjian Hudaibiyyah telah cuba didedahkan rahsianya oleh Hatib bin Abi Balta'ah.

Langkah menyerang Kota Makkah yang hendak dilakukan oleh Rasulullah SAW itu direncanakan secara rahsia dan mengejut. Ia bertujuan mengurangkan efek kehilangan nyawa jika kaum Quraisy tahu dan membuat persediaan. Ini difahami daripada doa nabi SAW:

اللهمَّ عمِّ عَليهم خَبَرَنا حتى نأخُذَهم بغتةً

Bukanlah tujuannya mengkhianati Rasulullah SAW lalu memberitahu musuh rancangan Nabi SAW. Namun kerana dorongan kasih sayang dan ingin keluarganya di Makkah selamat, maka Hatib bin Balt'ah telah mengutuskan surat melalui seorang wanita untuk mewaspadai keluarganya di Makkah tentang kedatangan Rasulullah SAW.

Hal tersebut adalah menyalahi peraturan kenegaraan dan ia adalah satu perbuatan yang dilakukan oleh antek-antek musuh. Namun, Hatib bukan antek musuh. Diua muslim sejati. Hanya, pertimbangannya salah dan melanggar aturan Rasulullah SAW yang mahu pergerakan kaum muslimin ke makkah dirahsiakan.

Rasulullah SAW dapat tahu pengkhianatan Hatib tersebut melalui khabar dari langit. Lalu baginda mengurumkan Saidina Ali dan Zubair bin Al-Awwam untuk menyekat perempuan tersebut. Dia telah disekat di tegah perjalanan dan dipaksa tunjukkan surat yang dibawanya. Setelah diancam akan digeledah sekalipun terpaksa ditelanjangkan, maka perempuan tersebut mengeluarkan surat itu daribalik sanggulnya. 

Surat itu dibawa kepada Rasulullah SAW dan tenyata ia adalah surat Hatib bin Abi Bal'ta'ah.

Oleh Rasuluillah SAW ditanyakan kepada Hatib bin Abi Balta'ah:

يا حاطب ما حملك على هذا؟

" Wahai Hatib...apa yang membuatmu sampai tega melakukan perkara ini?"

Lalu dengan rasa bersalah, Hatib menyatakan:

يَا رَسُولَ اللهِ؛ لَا تَعْجَلْ عَلَيَّ، إِنِّي كُنْتُ امْرَأً ‏مُلْصَقًاي: لست من أنفسهم، غريبًا فيهم ‏فِي ‏قُرَيْشٍ، ‏‏وَلَمْ أَكُنْ مِنْ أَنْفُسِهَا، وَكَانَ مَنْ مَعَكَ مِنَ ‏ ‏المُهَاجِرِينَ ‏لَهُمْ قَرَابَاتٌ‏ ‏بِمَكَّةَ ‏يَحْمُونَ بِهَا أَهْلِيهِمْ وَأَمْوَالَهُمْ؛ فَأَحْبَبْتُ إِذْ فَاتَنِي ذَلِكَ مِنَ النَّسَبِ فِيهِمْ أَنْ أَتَّخِذَ عِنْدَهُمْ يَدًا يَحْمُونَ بِهَا قَرَابَتِي، وَمَا فَعَلْتُ كُفْرًا وَلَا ارْتِدَادًا وَلَا رِضًا بِالْكُفْرِ بَعْدَ الْإِسْلَامِ.

Rasulullah yang bijaksana, setelah mendengar alasan Hatib itu mengiyakan dan tidak meynyalahkannya. Kata Baginda kepada para sahabat disekilingnya:

لَقَدْ صَدَقَكُمْ



Para sahabat nabi yang hati mereka dipenuhi iman dan wala' yang teguh kepada Islam melihat perbuatan Hatib itu satu amat buruk dan tidak boleh dimaafkan. Umar Al-Khattab yang mendengar alasan Hatib itu juga rasa kemaafan tidak terus datang ke dalam hati sanubarinya. Baginya Hatib telah berbuat kesalahan besar yang merupakan pengkhianatan terhadap negara. Ia adalah perbuatan  mengintip rahsia ketenteraan untuk musuh. Ia adalah muwalatul kuffar.  Dia mengungkapkan katanya kepada Rasulullah SAW:

يَا رَسُولَ اللهِ؛ دَعْنِي أَضْرِبْ عُنُقَ هَذَا المُنَافِقِ
"Ya Rasulullah, biarkan daku memancung leher si munafiq ini!"

Namun, Rasulullah SAW yang merupakan insan contoh teladan dan memiliki kemaafan yang tinggi serta pertimbangan yang bijaksana telah memutuskan Hatib bin Abi Balta'ah wajar dimaafkan. Keputusan baginda adalah Faslal Khitab. Baginda memberitahu sekalian sahabatnya dengan sabdanya:

إِنَّهُ قَدْ شَهِدَ‏ بَدْرًا؛ ‏وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ اللهَ أَنْ يَكُونَ قَدِ اطَّلَعَ عَلَى أَهْلِ بَدْرٍ ‏ ‏فَقَالَ: اعْمَلُوا مَا شئتُمْ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ

"Sesungguhnya dia telah menyertai Perang Badar. Tidakkah kalian sedar bahawa Allah SWT telah memberikan keitimewaan kepada ahli Badar dan berfirman untuk mereka: Buatlah apa pun yang kalian mahu, sesungguhnya aku telah ampunkan kalian!"

Behubung dengan peristiwa yang menimpa Hatib bin Balta'ah dan kisah suratnya itulah maka para Mufassirin menyebutkabn bahawa ia menjadi sebab nuzul bagi ayat Al-Quran surah Al-Mumtahanah , ayat 1:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنتُمْ ۚ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.


Hatib bin Abi Balta'ah hidup sebagai sahabat dan menjalani fasa perjuangan era 3 khalifah terawal selepas kewafatan nabi SAW. Beliau wafat pada tahun 30H pada umur 65 tahun dan jenazahnya disolatkan oleh Khalifah Uthman bin Affan. Dia meninggalkan anak bernama Abdurrahman dan Yahya yang merupakan antara perawi hadisnya dari Rasulullah SAW. Dikatakan dia meninggal meninggalkan 4000 dinar /dirham dan sebuah rumah untuk warisnya.

Baca: Albalad

Sesungguhnya cara baginda Rasulullah SAW mengendalikan kes  Hatib ini mengajar kita bahawa ada beza antara keadilan dan rahmat. Jika ikut hukum keadilan, jenayah Hatib itu balasan selayaknya adalah hukum bunuh. Namun, keadilan bukanlah setinggi-tinggi matlamat dalam bernegara. Ada yang lebih tinggi dariapda keadilan iaitu rahmat. Rahmat itulah dijelmakan dalam kemaafan. Pesalah jenayah dilihat daripada pelbagai aspeknya. Jasanya, alasan perlakuannya dan faktor-faktor pelbagai yang lain. 

Inilah yang tersimpan  sebagai mesej agung daripada ayat Al-Quran yang berbunyi:


وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِنْ دَابَّةٍ وَلَٰكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا

Dan kalau sekiranya Allah menyiksa manusia disebabkan usahanya, niscaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu mahluk yang melatapun akan tetapi Allah menangguhkan (penyiksaan) mereka, sampai waktu yang tertentu; maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya

(Surah Fatir: Ayat 45)


Allah SWT juga berfirman dalam Surah As-Syura,  Ayat 30:


وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).


Sifat Allah SWT ini dipraktiskan oleh Rasulullah SAW dalam kisah Hatib bin Abi Balta'ah dan juga dalam banyak episod lain sepanjang hidupnya. Baginda seorang yang adil dalam menghukum dan memutuskan sesuatu. Namun, dalam kondisi tertentu, adalah yang lebih hebat daripada adil baginda amalkan.Baginda memilih jalan itu dan itulah keistimewaan seorang pemimpin yang menjadi Nabi utusan Allah. Dia pembawa rahmat dan menjadi contoh kerahmatan buat seluruh alam.

Maka seharusnya akhlak nabi SAW ini jadi pedoman kita. Jadi uswah buat kita. Khusus buat para ustaz, ulama, pendakwah dan sesiapa sahaja yang bergelut dengan dunia penfatwaan, konsep rahmat lebih tinggi dari keadilan ini hendaklah menajdi sesuatu ayng diperhatikan dalam penfatwaan. Sesuatu fatwa itu kelihatan adil apabila menepati hukum syarak. Namun , dalam situasi tertentu, ada yang lebih baik daripada keputusan asal. Itulah rahmat.

Pada hemat saya, dan sebagai satu misalan, menjatuhkan hukuman anak zina tidak boleh dibinkan kepada bapa biologinya adalah adil. Tetapi ia kurang rahmatnya. ia menjadi beban aib buat si anak sepanjang hayat. Lalu, lebih rahmat adalah memutuskan bahawa dia boleh dibinkan kepada bapa biologinya yang telah menikah dengan ibunya kemudiannya.

Ini satu kes ....

Kes lain, menerimapakai kosep Al-Muwatonah menggantikan konsep kafir Zimmi dan Harbi yang dibahaskan dalam feqah klasik Islam adalah lebih rahmat.


ISU MUWALAT

Para ulama membahaskan (berhubung kes Hatib bin Abi Balta'ah) apakah MUWALAT kafir  menjadikan pelakunya kafir atau ada hukum-hukum lain?

Ini kerana dalam Surah Al-Maidah, ayat 51, Allah menegaskan :

وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ

Sekelompok mengatakan MUWALAT orang kafir adalah masalah akidah dan pelakunya jadi kafir.
Namun, ada kalangan yang memperinciukan MUWALAT kepada jenis-jenisnya.
a) Muwalat Kubra/Mukaffirah
b) Muwalat Sughra/ Ghairu Mukaffirah

Perbahasan ulama tentang hukum MUWALAT itu membawa kepada pertanyaan: ADAKAH HATIB BIN ABI BALTA'AH  JADI KAFIR ATAS TINDAKANNYA?

Sebelum dilanjutkan status Hatib dalam masalah ini baiki kita renungkan jawapannya sebagaimana disebutkan dalam riwayat-iwayat:

ولم أفعَلْه ارتدادًا عن ديني ولا رضًا بالكُفرِ بعد الإسلامِ، وما غَيَّرْتُ ولا بَدَّلْتُ -أي: ديني- أمَا إني لم أفعله غشًّا يا رسول الله ولا نفاقًا

Khulasah: 
  • Pandangan Pertama yang mengatakan semua Muwalatul kuffar membawa kepada kufur, maka Hatib dianggap tidak menjadi kafir kerana :
    1. Khususiyah Ahli Badar
    2. Kesilapan dalam mentakwil dikecualikan, namun mengetahui niat/takwilan ii adalah dengan wahyu dan berlaku hanya buat Hatib. Sesiapa yang muwalatul kuffar  selain Hatib tidak disokong dengan hujjah tersilap takwil kerana tiada lagi wahyu yang menjelaskannya seperti nabi SAW.
(Pandangan di atas akan memancingkan kepada takfir kaum Muslimin atas tuduhan muwalatul kuffar. Ini sangat merbahaya. Oleh kerana semua muwalatul kuffar dihukum kafir dan kes hatib diangkat sebagai khususiyat buatnya sahaja, maka kaum muslimin lain yang melakukan hal yang sama tidak dianggap terkecuali. Mereka dijatuhgkan hukum kafir semata-mata kerana Muwalatul Kuffar)

  • Bagi pandangan kedua iaitu pandangan Jumhur Ulama dan kalangan Imam-imam Mazhab termasuk kalangan tokoh dalam mazhab Syafie, Muwalatul kuffar itu ada  yang menjatuhkan pelakunya ke dalam kukufuran dan yang tidak, maka Hatib diletakkan dalam muwalat yang tidak menjadikannya kafir. Muwalat yang menjadikan seseorang itu kafir disebut sebagai Muwalat dalam urusan agama seperti redha dengan agama mereka atau mazhab-mazhab mereka. Demikian gembira kemenangan mereka atas kaum muslimin serta tolong memenangkan mereka.
  • Jika muwalat dalam hal keduniaan seperti nak dapat faedah dunia atau menjauhkan mudarat keduaniaan dan dalam masa yang sama dipelihara akidah Islam, maka muwalat sedemikian adalah dosa besar. (Mungkin boleh dijadikan contoh: Enggan boikut barangan Yahudi, Perbuatan Nutaralisasi sebahagian Negara Arab kepada Israil(?) dll) 

Adapun dakwaan bahawa ia khusisiyyat dalam kes Hatib, tiada dalil tentangnya.Hatib tidak jadi kafir berdasarkan pengakuannya sendiri depan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW telah memaafkannya berdasarkan alasan yang diberikannya.














No comments:

Post a Comment

Dia dari kalangan Mukhbitin

Ar-Rabi' bin Khusaim adalah seorang tabiin yang saleh . Dia mengambil ilmu daripada Abdullah bin Mas'ud  Ibn Mas'ud berkata kepa...