Sunday, June 9, 2024

SAID BIN AMIR AL-JAMHI

Hidayah Allah itu seni. Seorang yang kelmarin berada dalam kelompok musuh, hari ini berubah ke dalam kelompok Islam. Siapa yang boleh menghalang hidayah Allah.

Begitulah sebuah kisah yang berlaku ke atas seorang pemud Quraisy yang bernama Said bin Amir Al-Jamhi.

Dia menyaksikan pembunuhan sadis ke atas sahabat nabi yang bernama Khubaib bin Adiy. Ketika Khubaib bin Adiy disiksa dengan muslah yang kejam di Tan'im, Said bin Amir masih muda remaja dan dia  dalam diam mengkagumi keteguhan iman dan ketenangan jiwa yang diperlihatkan Khubaib bin Adiy.

Lalu hidayah Allah menerobos ke dalam relung hatinya.

Dia masuk Islam dan sempat menyertai perang Khaibar bersama Rasulullah SAW

Selepas wafat Rasulullah SAW dia menjadi soldadu mujahid yang pedangnya sentiasa terhunus demi membela Islam di medan jihad. Dia terjun ke medan jihad mengangkat kalimah Allah agar tinggi semasa khilafah Abu Bakar dan Umar Al-Khattab.

Semasa zaman Umar Al-Khattab sebagai Khalifah, dia diamanahkan menjadi gabenor Kota Homs.  Dari semasa Umar Al-Khattab mengirimkan bantuan harta kepadanya lantara mendapat laporan kefakiran hidupnya. Pada hal dia adalah seorang gabenor. Namun, setiap kali sampai kepadanya harta yang dikirimkan khalifah buat dirinya, harta itu habis dibahagi-bahagikan sehingga dia tidak mengambil sedikit pun untuk dirinya.

Kisah kezuhudannya sangatlah menakjubkan. Said bin Amir Al-Jamhi r.a adalah seorang pemimpin contoh yang sukar dineracakan dengan sesiapapun di zaman ini!

Baca: https://ar.islamway.net

Dengar: https://youtube . Semak teks:https://muhammad-pbuh

No comments:

Post a Comment

ZAMAKHSYARI

Nama penuhnya adalah Abu Al-Qasim Mahmud bin Umar bin Muhammad bin Umar Al-Khawarizmi Az-Zamakhsyari Beliau lahir pada tahun 467H di Turkm...