Sunday, June 9, 2024

KHUBAIB BIN ADIY


Nama ini dikenang dalam sejarah Islam kerana keteguhan hatinya berpegang dengan Islam. Dia tidak goyah menanggung siksaan dan relah menderita dan hilang nyawa demi mempertahankan keimanannya.

Bagaimana kisah selengkapnya tokoh ini?

Namanya adalah Khubaib bin Adiy bin Malik Al-Ausi Al-Ansari dari Bani Jahjaba bin Kulfah bin Al-Aus. Beliau dikatakan seorang Badriy. Cuma namanya tiada dalam catatan yang dibuat oleh Ibn Ishak dan juga Al-Waqidi. Namun, semasa Perang Uhud, dia jelas ikut serta.

Pada bulan Safar tahun ke-4 H, ada dua kabilah Arab yang datang ke Madinah iaitu Kabilah 'Adhal dan Kabilah Al-Qarah. Mereka minta dikirimkan bersama mereka pendakwah yang boleh mengajarkan Al-Quran dan Islam buat anggota kabilah mereka yang ingin masuk Islam. Permintaan mereka disahut oleh nabi dengan mengirimkan 7 orang atau dikatakan 10 orang ke kabilah itu sebagai pendakwah. Mereka ialah :
  1. Khubaib bin Adiy, 
  2. Murthid bin Abi Murthid, 
  3. Khalid bin Abi Al-Bakir, 
  4. Mu'tad bin Ubaid, 
  5. 'Asim bin Tsabit, 
  6. Zaid bin Ad-Dathnah, 
  7. Abdullah bin At-Toriq
Tatkala mereka berada di satu tempat antara 'Asfan dan Makkah, mereka diserang oleh Bani Lihyan dari Kabilah Huzail. Kira-kira 100 orang anggota Bani Lihyan mengeroyok mereka dan mati terbunuhlah ramai daripada mereka. Peristiwa ini dikenal dalam sejarah sebagai Tragedi Telaga Ar-Raji'.

Khubaib bin Adi ditawan sebagai hamba oleh Zuhair bin Al-Aghar Al-Huzali. Lalu dia menjual Hubaib ke Kota Makkah dan dibeli oleh Abu Suru'ah Uqbah bin Al-Harith. Ayahnya Al-Harith adalah antara korban dalam perang Badar dan Khubaib adalah pembunuhnya. Maka, tujuan dia membeli Khubaib adalah buat melampiaskan dendamnya.

Khubaib dikurung di rumah keluarga Al-Harith.

Karamah Khubaib

Semasa dalam kurungan di rumah keluarga Al-Harith, satu hari masuklah seorang perempuan keluarga Al-Harith. Dia melihat Khubab sedang makan anggor yang ranum sedangkan ketika anggur tiada di Kota Makkah kerana bukan musimnya. Sementara Khubaib pula dalam keadaan dipasung tangan dan kakinya. Inilah Karamah seorang wali Allah yang sesungguhnya. Makan buah di luar musim. Buah pula datang kepadanya melalui jalan yang di luar nalar.


Khubaib di bawa ke Tan'im dan disana dia dibunuh dan disalib.

Sebelum dibunuh dia minta untuk solat 2 rakaat dan ia menjadi orang pertama yang membuat sunnah tersebut.

Dia menitipkan kata-kata syair indah yang ditulis dengan tinta emas:


وَلَسْتُ أُبَالِي حِينَ أُقْتَلُ مُسْلِماً          على أي شِقِّ كَانَ لله مَصْرَعِي


Ketika Khubaib dibunuh ada Abu Sufyan dan anaknya Muawiyah di sana menyaksikan. Khubaib berdoa dengan doa yang menggerunkan Aubu Sufyan:. Takala itu dia bawa nakanya Muawiyah bersama. Muawiyah kemudian meceritakan kejadian di Tan'im itu  dengan mengatakan bahawa ayahnya menolak dan menekanya ke tanah agar merebahkan diri sambil mengiring ke bumi. Tujuan agar tidak terkena doa Khubaib. Begitulah kepercayaan Jahilkiyyah bahawa jika seseorang  berbaring di tanah sambil mengiring, dia tidak akan terkena doa yang didoakan atasnya.

Doa Khubaib adalah berbunyi:

‏‏ اللهم أحصهم عددا ، واقتلهم بددا ، ولا تغادر منهم احدا
Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka secara boros, dan jangan tinggalkan seorangpun dari mereka

Mayat Khubaib dibiarkan terikat di kayu salib. Sehinggalah Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabatnya dari Kota Madinah untukj menurunkan mayatnya dari kaytu Salib. Maka dia pun masuk ke Tan'im di amalm hariu dan memotong talinya dan jatuhlah mayatnya. Lantaran bunyi yang ditimbulkan , dia bersembunyi seketika dan kemudian keluar mencari jenazah Khubaib tetapi tidak ditemui sehinggalah menjelang fajar. Lalu dia pulang menceritakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Maka Rasulullah mengatakan bahawa jenazah Khubab telah dikebumikan oleh para malaikat. Maka digelarlah Khubaib bin 'Adiy sebagai "Dafinul Mala-ikah" (mayat yang dikebumikan malaikat)

Peristiwa siksaan, pembunuhan dan penyaliban Khubaib itu disaksikan oleh seorang yang bernama Said bin Amir yang di kemudian hari masuk Islam dan dia mendapat dorongan daripada apa yang dilihatnya dari Khubaib. Said bin Amir itu menjadi pahlaan Islam yang berjasa pada masa pengukuhan dan futuhat di zaman Abu Bakar As-siddiq dan Umar Al-Khattab. Sesungguhnya akhlak dan cara mati Khubaib menjadi permandangan yang membayangi Said bin Amir dan membakar semangat dan memberinya inspirasi takwa. Hani-an la ya Khubaib! Khubaib menyiramkan dadahnya untuk menyuburkan pohon takwa dalam hati-hati insan yang terpilih.





No comments:

Post a Comment

Dia dari kalangan Mukhbitin

Ar-Rabi' bin Khusaim adalah seorang tabiin yang saleh . Dia mengambil ilmu daripada Abdullah bin Mas'ud  Ibn Mas'ud berkata kepa...