Perang Mu'tah terjadi kerana utusan pembawa surat dakwah Nabi SAW yang bernama Al-Harith bin Umair Al-Azdi dibunuh oleh penguasa kerajaan Ghasasinah yang bernama Syurahbil bin Amru Al-Ghassani. Inilah sebab segera yang membawa kepada peperangan tersebut sebagaimana yang direkodkan oleh Al-Waqidi
Perang Mu'tah terjadi pada Jamadil Awal tahun ke-8H. Ini adalah perang pertama tentera Islam di luar semenanjng Arab melawan pasukan kuasa besar Rom yang ketika jumlah personel tenteranya mencapai 200 ribu sedangkan tentera islam hanya 300 orang sahaja.
Dalam perang ini, Rasulullah tidak ikut serta kerana alasan belas kasihan kepada kaum muslimn. Ini kerana ramai orang Islam yang tiddak punya kelengkapan tunggangan untuk ke medan perang. Jika Nabi SAW ikut serta dan mereka tidak dapat pergi, ia akan menjadi beban emosi buat mereka kerana Takahlluf dari perang. Takhalluf maksudnya tak ikut Rasululah pergi berperang. Ia merupakan tindakan yang dicela sebagaimana terjadi dalam peristiwa Perang Tabuk.
Rujuk: Islamweb
Baginda mengirmkan pasukan dengan diamanahkan 3 sahabat baginda memimpin pasukan seara bergantian. Jika seorang gugur digantikan yang lain. Mereka ialah :
- Zaid bin Harithah
- Jaafar bin Abi Talib
- Abdullah bin Rawahah
No comments:
Post a Comment