Saturday, September 26, 2026

IMAM AL-QARAFI

Saya jadi mahu tahu tentang Imam yang bernama Al-Qarafi apabila saya buat caan tentang kaedah An-nadir La hukma lah. Beliau telah membawa beberapa contoh pengencualian terhadap kaedah ini dalam kitabnya Al-Furuq sehingga ia membuka nuana baru dalam pemikiran saya.

Namanya adalah SHIHABUDIN ABU AL-ABBAS AHMAD BIN ABI AL-'ALA' IDRIS BIN ABDURRAHMAN BIN ABDULLAH BIN YALIN AS-SONHAJI AL-MISRI

Beliau lahir pada tahun 626H dan wafat pada tahun 684H di Mesir. Tepatnya di satu perkampungan yang namanya Behfashim.

Asal usulnya kembali kepada kabilah Sonhaji yang merupakan cabang daripada bangsa Berber.

Beliau adalah seorang ulama tokoh dalam Mazhab Maliki.Beliau jaguh dalam bidang tafsir, usul dan fekah.

Dunia pencarian ilmu beliau di Mesir dan tiada riwayat menyebut bahawa dia ke luar negeri menuntut ilmu.

Pada masa kelahirannya, Mesir berada di bawah pemerintahan kerajaan Ayyubiyah dan kemudiannya berganti dengan kerajaan Mamluk. Mesir jadi pusat ilmu dan ramai ulama bertumpu di sana.

Al-Imam Al-Izz bin Abdus Salam merupakan salah seorang gurunya.

Al-Qorafi menonjol dalam soal aqliyyat dan beliah hidup sezaman dengan Imam Al-Qurtubi.

Al-Qurtubi adalah imam dalam naqliyyat.

Beliau digelar Al-Qarafi merujuk kepada satu kawasan bernama Al-Qarafah yang letaknya bersebelahan dengan kawasan perkuburan di mana Imam As-Syafie di maqamkan. Di situ dia banyak menghabiskan masanya menuntut ilmu. 

Karyanya yang masyhur antaranya ialah Az-Zakhirah, Syarh At-Tahzib dan Al-Furuq.




No comments:

Post a Comment

Sehzade Mustafa, putera Sultan yang teraniaya.

Khilafah Othmaniah sunyi dari sisi gelap. Sebenarnya dalam politik memang demikian. Politik penuh dengan bayang-bayang hitam dan bau hanyir ...