Saturday, September 26, 2026

IMAM AL-UTBI

Imam Al-Utbi, nama penuhnya adalah Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abdul Aziz bin Utbah bin Abi Sufyan bin Harbin

Namun, salsilah dipertikaikan oleh sebahagian. Mereka mengatakan utbi yang menjaid kunyahnya itu bukan merujuk kepada Utbah bin Abi Sufyan tetapi datuknya yang bernama utbah.  Ada yang mengatakan bahawa Al-Utbi itu bukan keturunan langsung Utbah bin Abi Sufyan tetapi statusnya adalah maula kepada keluarga Utbah bin Abi Sufyan.

Beliau lahir di Andalus dan wafat pada tahun 255H.

Beliau mengambil ilmu dari ulama Andalus seperti Yahya bin Yahya Al-Laithi dan Said bin Hasan.

Beliau mengembara ke timur dan belajar dengan tooh seperti Imam Sahnun. Pulang ke Andalus, dia menjadi rujukan ramai dan terkenal sebagai faqih dalam Mazhab Maliki.

Nama Al-Utbi selalu disebut terutama kalangan yang menggalakkan tawassul dengan kubur para nabi dan para wali. Ini kerana ada kisah yang disandarkan kepada Al-Utbi mengenai seorang Badwi yang datang ke masjid Nabawi dan berdoa di kubur nabi. Al-Utbi yang ketika itu ada di sana , dalam tidurnya bermimpi ketemui nabi SAW. Dia diberitahu nabi bahawa lelaki badwi itu telah diampunkan dosanya dengan sebab doanya secara tawassul tersebut.

Al-Utbi dalam riwayat kisah ini mengatakan Nabi SAW telah bersabda kepadanya:


يَا عُتْبي إلْحَقْ الأَعْرَابِيَّ وَبَشّرْهُ بِأن الله تَعَالَى قَدْ غَفَرَ لَه

"Wahai Utbi...susulilah Badwi itu dan berilah khabar gembira kepadanya bahawa Allah SWT telah mengampunkannya".




No comments:

Post a Comment

IMAM AL-QARAFI

Saya jadi mahu tahu tentang Imam yang bernama Al-Qarafi apabila saya buat caan tentang kaedah An-nadir La hukma lah . Beliau telah membawa b...