Saturday, June 15, 2024

PARA PEMERINTAH MESIR.

Pemerintahan Islam di Mesir bermula pada tahun 21H iaitu semasa Umar Al-Khattab menjadi Khalifah. Amru bin Al-'As adalah seorang sahabat Nabi SAW dan juga merupakan bangsawan Quraisy yang berjaya memimpin tentera jihad yang membawa Futuhat ke atas Mesir. Kemudian pada Zaman Uthman bin Affan Abdullah bin Abi Sarrah pernah diamanahkan sebagai gabenor. Dihujung pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan, berlaku fitnah dan kala itu Muhammad bin Abu Bakar jadi gabenor. Berlangsung era Ali dan terhjadi peperangan antara pasukan dan Muawiyah.

Tahun 38H Amru bin Al-As memimpin pasukan Syam menyerbu Mesir yang ketika itu di bawa Muhammad bin Abu Bakar dan berjayta menewaskannya . Mesir pun digabungkan dengan Syam di bawah Muawiyah.

Kemudian, bila Kerajan Bani Umayyah tumbang pada tahun 32H, Maka Mesir diperintah oleh kerajaan Abbasiyyah yang berpusat di Iraq (Banghdad). Mesir diperintah melalui gabenor-gabenor yang dilantik. Selalunya panglima tentera yang akan jadi gabenor. Kemduian ketika Abbasiyyah mengamalami masa penerunan dan pengaru Askar Turki menguasai kerajaan, di Mesir terbentuk kerajaan Tuluniyyah.Ia diasaskan oleh Ahmad bin Tulun yang mulunya diwakilkan oleh khalifah Abbasiyyah untuk mentadbir Mesir, kemduian dia merdekankan diri.

Kerajaan Tuluniyyah berlangsung hanya selama 35 tahun.

Keturunan Ahmad bin Tulun tidak mampu mempertahankan kerajaan. Khalifah Abbasiyyah di Baghdad pun tidak redha Mesir berwewenang sesuka hati meemerintah. Akhirnya berlaku serangan atas Mesir oleh tentera Abbasiyyah yang dipimpin oleh Muhammad bin Sulaiman. Bersama beliau dalam tentera itu ikut serta Tughuj bin Muhammad. Setelah menang, dan Muhamamd bin Sulaiman dapat mengambil alih Mesir dariapda Thuluniyyah, maka Tughuj bin Muhammad telah dilantik jadi gabenior di Kota Qansyarin, Syam. Tughuj bin Muhammad kemduiannya dilantik jadi pawai istana khalifah yang ketika itu adalah Al-Muktafi Billah. Dia bersama dua anaknya, Muhammad dan Ubaidillah berkhidmat kepada khalifah.

Namun, berlaku fitnah dan khalifah murka kepada mereka. Mereka pun dipenjara.sehingga Tughuj pun mati dalam penjara. Dua anaknya bebas dari penjara dan Ubaidilhha pergi berkhidmat dengan Amir Syizar di Parsi. Manakala Muhammad berkhidmat dengan Ahmad bin Bistom yang merupakan Amil Kharaj di Syam.

Dari Syam dia mengikut bosnya yang dilantik sebagai Amil Kharaj di Mesir. Hinggalah bosnya tamat khidmat, dia berkhidmat pula dengan Takin yang merupakan gabenor Mesir. Dia terlibat dalam ketenteraan dan mebantu dalam menghadapi serangan-serangan kerajaan Ubaidiyyah yang bernafsu untuk menawan Mesir. Muhamamd bin Tughuj ini lama-kelamaan dapat kepercayaan dan akhirnya Khalifah Abbasiyyah di Bangdad, Ar-radhi Billah memilihnya untuk jadi gabenor Mesir. Namun jalannya tidak mudah . Dia terpaksa berperang melawan para perebut kuasa di Mesir. Ntaranya adalah bekas gabenior Mesir Ahmad Kifalji dan juga bekas Amil Kharaj Muhammad Benali Al-Mazra-i

Pendek cerita, Muhamamd bin Tughuj dapat memacakkan kekuasaan di Mesir dan kerajaannya dinamakan Kerajaan Ikhsyidiyyah. Kerajaan ini  kemudian duteruskan kepada anaknya namun  kerana masih muda dan kurnag pengalaman, kendali kerajaan dipegang oleh hamba kulit hitamn kepada Muhammad bin Tughuj bernama Kafur Al-Ikhsuyidiyayh. Dia menjadi pemerintah sebenar kemudiannya sehingga dia wafat.

Kerajaan Ubaidiyyah sentiasa haloba untuk menawan Mesir. Namun, kekuatan pemerintahan Ikhsyidiyyah, khasnya Kafur membuatkan mereka tidak berani mencuba sepanjang masa pemerintahannya.

Sehingga tahun 362. apabila Kafur sudan meninggal , barulah Kerajaan Ubaidiyyah kembali mengatur serangan. di bawah pipmpinan tenteranya yang bernama Jauhar As-Soqli, rekod dicipta dan Mesir berjaya dikalahkan. Pegangan Abbasiyyah atasnya pun terlerai. Kerajaan Fatimiyyah pun ditegakkan di Mesir.

Pada mulanya dibentuk sebuah kerajaan yang dinamakan Kerajaan Ubaidiyyah. Ia ditegakkan di wilayah yang kini dikenali sebagai Tunisia pada tahun 297H. Ketika pemerintahan berada di tangan penerus Ubaidillah Al-Mahdi iaitu Muaz bin Mansur Al-Ubaidi yang digelar Al-Mu'iz Lidinillah, maka pada tahun 362H, kerajaan ini berpinda ke Mesir dan bangkit menjadi kerajaan yang kuat. Ketika inilah nama Kerajaan Fatimiyyah menjadi nama yang digunapakai secara rasmi.

Kerajaan Fatimiyyah di Mesir adalah sebuah kerajaan Syiah Mazhab Ismailiyyah. 

Kerajaan ini terus berkuasa di Mesir dan menawan wilayah Syam dan Semenanjung Arab sehingga tahun 567H. Tahun itu , ia tumbang iaitu semasa pemerintahan khalifahnya yang terakhir bernama Abdullah bin Yusuf dan  bergelar Al-Adhid Lidinillah.

Di atas runtuhan kerajaan Fatimiyyah itu, naiklah Kerajaan Ayyubiyyah. Pengasanya adalah Sultan Salehuddin Ayyub. Kerajaan Ayyubiyyah berlangsung tak lama. Hingga masa Sultan Soleh Ayyub, dia meninggal dunia digantikan dengan isterinya Syajaratuddur. Kerana dia perempuan, dia menikah pula dengan seorang hamba bernama Izzudin Aibak. Dia jadi pemerintah bayangan  kepada Izzuddin Aibak. Izzuddin Aibak mati dibunuh oleh Syajaratuddur apabila ada petanda dia mahu membebaskan diri dari bayangannya. Maka, kekacauan politik di Mesir itu membaw kepada tebunuhnya pula Sajaratuddur dan diangkat anak Izzuddin Aibak iaitu Nuruddin Ali ke atas tahta. Namun, kerana dia masih kecil, maka Saifuddin Qutuz jadi pemerintah bayangan.

Saifuddin Qutuz dilantik jadi Sultan dan Nuruddin Ali dimakzulkan ketika berita serangan Mogol sudah sampai ke Syam dan Mesir berada dalam ancaman.

Perang Ain Jalut menamatkan kemaraan tentera Mogol. Saifuddin Qutuz berjaya menewaskan tentera Mogol dengan bantuan ketua-ketua Mamalik yang lain seperti Zohi Ruknuddin Baibers. .Namun, Saufuddin Qutuiz kemudiannya mati terbunuh dalam perjalan balik ke Mesir seusai Perang Ain Jalut. Ruknuddin Baibers dan rakan-rakannya yang membunuhnya.

Ruknuddin Baibers menjadi pemerintah Mesir. Mesir setelah itu diperuntah oleh seseorang yang tergolong dalam kalangan hamba atau disebut Mamalik. ia berlangsung ratusan tahun sehinggalah Mesir diserang oleh Sultan Salim I dari kerajaan Khalifah  Othmaniyyah. Dalam Perang Ridaniyyah pada tahun 922H, kerajaan Mamalik tewas Thuman Bai pemerintah terakhirnya melarikan diri dan melkancarkan Perang Gerilya sebelum ditangkap dan dihukum bunuh. Mayatnya dighantung di Gerbang Zuwailah (Dinamakan juga Gerbang Mutawalli).

Maka , sejak itu Mesir berada di bawah Khalifah Othmaniyyah sehinggalah pada tahun 1924M=1342H, kerajaan Otmaniyyah tumbang dan daulah khilafah tamat. Turki bertukar jadi Republik dan diperintah oleh Mustafa Kamal At-Tarturk sebagai Presiden Turki yang pertama.

Serlepas hilangnya khilafah, Mesir dijajah oleh Barat. Perancis pernah menjajah Mesir sehingga ia kalah dalam perang dunia pertama

Mesir kemudianya diperintah oleh Dinast Muhammad Ali yang diasaskan oleh Muhammad Ali Pasya (1805-1848M). Dia adalah orang Albania yang dinatar untuk mentadbir Mesir oleh Khalifah Uthmaniyyah.Dinasti ini tamat apabila pada 18 Jun 1953 , sisitem beraja di Mesir ditamatkan dan naik sistem Republik.

Presiden Pertama Mesir adalah Muhammad Naquib (1953-1954). Presiden Kedua Mesir adalah Gamal; Abdul Naseer ( 1954-1970). Presiden Gamal Abdul Masir mati tiba-tiba dan diganti oleh Presiden Mesir ketiga iaitu Anwar Sadat (1970-1981). Anwar Sadat mati terbunuh dan yang membunuhnya adalah Islam Bouli.. Seterusnya Hosni Mubarak jadi Presiden Mesir (1981-2012) sehingga berlaku kebangkitan rakyat menuntut demokrasi. Pilihanraya diadakan dan tokoh Ikhwanul Muslimin naik jadi presiden. Beliau adalah Morsi (2012-2013). Presiden Morsi digulingkan melalui gerakan Tamarrud yang dibayangi anasir luar. Maka, naik pemimpin tentera menjadi Presiden Mesir iaitu Abdul Fattah As-Sisi (2013-sekarang[2024))

Demikianlah sejarah para pemerintah Mesir. Sebuah negara yang direbuti oleh parea pelumba kuasa. Tiadak pernah kekal dan kuasa bersiliuh ganti.











Sunday, June 9, 2024

SAID BIN AMIR AL-JAMHI

Hidayah Allah itu seni. Seorang yang kelmarin berada dalam kelompok musuh, hari ini berubah ke dalam kelompok Islam. Siapa yang boleh menghalang hidayah Allah.

Begitulah sebuah kisah yang berlaku ke atas seorang pemud Quraisy yang bernama Said bin Amir Al-Jamhi.

Dia menyaksikan pembunuhan sadis ke atas sahabat nabi yang bernama Khubaib bin Adiy. Ketika Khubaib bin Adiy disiksa dengan muslah yang kejam di Tan'im, Said bin Amir masih muda remaja dan dia  dalam diam mengkagumi keteguhan iman dan ketenangan jiwa yang diperlihatkan Khubaib bin Adiy.

Lalu hidayah Allah menerobos ke dalam relung hatinya.

Dia masuk Islam dan sempat menyertai perang Khaibar bersama Rasulullah SAW

Selepas wafat Rasulullah SAW dia menjadi soldadu mujahid yang pedangnya sentiasa terhunus demi membela Islam di medan jihad. Dia terjun ke medan jihad mengangkat kalimah Allah agar tinggi semasa khilafah Abu Bakar dan Umar Al-Khattab.

Semasa zaman Umar Al-Khattab sebagai Khalifah, dia diamanahkan menjadi gabenor Kota Homs.  Dari semasa Umar Al-Khattab mengirimkan bantuan harta kepadanya lantara mendapat laporan kefakiran hidupnya. Pada hal dia adalah seorang gabenor. Namun, setiap kali sampai kepadanya harta yang dikirimkan khalifah buat dirinya, harta itu habis dibahagi-bahagikan sehingga dia tidak mengambil sedikit pun untuk dirinya.

Kisah kezuhudannya sangatlah menakjubkan. Said bin Amir Al-Jamhi r.a adalah seorang pemimpin contoh yang sukar dineracakan dengan sesiapapun di zaman ini!

Baca: https://ar.islamway.net

Dengar: https://youtube . Semak teks:https://muhammad-pbuh

KHUBAIB BIN ADIY


Nama ini dikenang dalam sejarah Islam kerana keteguhan hatinya berpegang dengan Islam. Dia tidak goyah menanggung siksaan dan relah menderita dan hilang nyawa demi mempertahankan keimanannya.

Bagaimana kisah selengkapnya tokoh ini?

Namanya adalah Khubaib bin Adiy bin Malik Al-Ausi Al-Ansari dari Bani Jahjaba bin Kulfah bin Al-Aus. Beliau dikatakan seorang Badriy. Cuma namanya tiada dalam catatan yang dibuat oleh Ibn Ishak dan juga Al-Waqidi. Namun, semasa Perang Uhud, dia jelas ikut serta.

Pada bulan Safar tahun ke-4 H, ada dua kabilah Arab yang datang ke Madinah iaitu Kabilah 'Adhal dan Kabilah Al-Qarah. Mereka minta dikirimkan bersama mereka pendakwah yang boleh mengajarkan Al-Quran dan Islam buat anggota kabilah mereka yang ingin masuk Islam. Permintaan mereka disahut oleh nabi dengan mengirimkan 7 orang atau dikatakan 10 orang ke kabilah itu sebagai pendakwah. Mereka ialah :
  1. Khubaib bin Adiy, 
  2. Murthid bin Abi Murthid, 
  3. Khalid bin Abi Al-Bakir, 
  4. Mu'tad bin Ubaid, 
  5. 'Asim bin Tsabit, 
  6. Zaid bin Ad-Dathnah, 
  7. Abdullah bin At-Toriq
Tatkala mereka berada di satu tempat antara 'Asfan dan Makkah, mereka diserang oleh Bani Lihyan dari Kabilah Huzail. Kira-kira 100 orang anggota Bani Lihyan mengeroyok mereka dan mati terbunuhlah ramai daripada mereka. Peristiwa ini dikenal dalam sejarah sebagai Tragedi Telaga Ar-Raji'.

Khubaib bin Adi ditawan sebagai hamba oleh Zuhair bin Al-Aghar Al-Huzali. Lalu dia menjual Hubaib ke Kota Makkah dan dibeli oleh Abu Suru'ah Uqbah bin Al-Harith. Ayahnya Al-Harith adalah antara korban dalam perang Badar dan Khubaib adalah pembunuhnya. Maka, tujuan dia membeli Khubaib adalah buat melampiaskan dendamnya.

Khubaib dikurung di rumah keluarga Al-Harith.

Karamah Khubaib

Semasa dalam kurungan di rumah keluarga Al-Harith, satu hari masuklah seorang perempuan keluarga Al-Harith. Dia melihat Khubab sedang makan anggor yang ranum sedangkan ketika anggur tiada di Kota Makkah kerana bukan musimnya. Sementara Khubaib pula dalam keadaan dipasung tangan dan kakinya. Inilah Karamah seorang wali Allah yang sesungguhnya. Makan buah di luar musim. Buah pula datang kepadanya melalui jalan yang di luar nalar.


Khubaib di bawa ke Tan'im dan disana dia dibunuh dan disalib.

Sebelum dibunuh dia minta untuk solat 2 rakaat dan ia menjadi orang pertama yang membuat sunnah tersebut.

Dia menitipkan kata-kata syair indah yang ditulis dengan tinta emas:


وَلَسْتُ أُبَالِي حِينَ أُقْتَلُ مُسْلِماً          على أي شِقِّ كَانَ لله مَصْرَعِي


Ketika Khubaib dibunuh ada Abu Sufyan dan anaknya Muawiyah di sana menyaksikan. Khubaib berdoa dengan doa yang menggerunkan Aubu Sufyan:. Takala itu dia bawa nakanya Muawiyah bersama. Muawiyah kemudian meceritakan kejadian di Tan'im itu  dengan mengatakan bahawa ayahnya menolak dan menekanya ke tanah agar merebahkan diri sambil mengiring ke bumi. Tujuan agar tidak terkena doa Khubaib. Begitulah kepercayaan Jahilkiyyah bahawa jika seseorang  berbaring di tanah sambil mengiring, dia tidak akan terkena doa yang didoakan atasnya.

Doa Khubaib adalah berbunyi:

‏‏ اللهم أحصهم عددا ، واقتلهم بددا ، ولا تغادر منهم احدا
Ya Allah, hitunglah jumlah mereka, bunuhlah mereka secara boros, dan jangan tinggalkan seorangpun dari mereka

Mayat Khubaib dibiarkan terikat di kayu salib. Sehinggalah Rasulullah SAW mengutuskan seorang sahabatnya dari Kota Madinah untukj menurunkan mayatnya dari kaytu Salib. Maka dia pun masuk ke Tan'im di amalm hariu dan memotong talinya dan jatuhlah mayatnya. Lantaran bunyi yang ditimbulkan , dia bersembunyi seketika dan kemudian keluar mencari jenazah Khubaib tetapi tidak ditemui sehinggalah menjelang fajar. Lalu dia pulang menceritakan hal itu kepada Rasulullah SAW. Maka Rasulullah mengatakan bahawa jenazah Khubab telah dikebumikan oleh para malaikat. Maka digelarlah Khubaib bin 'Adiy sebagai "Dafinul Mala-ikah" (mayat yang dikebumikan malaikat)

Peristiwa siksaan, pembunuhan dan penyaliban Khubaib itu disaksikan oleh seorang yang bernama Said bin Amir yang di kemudian hari masuk Islam dan dia mendapat dorongan daripada apa yang dilihatnya dari Khubaib. Said bin Amir itu menjadi pahlaan Islam yang berjasa pada masa pengukuhan dan futuhat di zaman Abu Bakar As-siddiq dan Umar Al-Khattab. Sesungguhnya akhlak dan cara mati Khubaib menjadi permandangan yang membayangi Said bin Amir dan membakar semangat dan memberinya inspirasi takwa. Hani-an la ya Khubaib! Khubaib menyiramkan dadahnya untuk menyuburkan pohon takwa dalam hati-hati insan yang terpilih.





Saturday, June 8, 2024

Hatib bin Abi Balta'ah

Hatib bin Abi Balta'ah bin Amru bin 'Umair bin Salamah Al-Lakhmi merupakan halif kepada Bani Asad pada zaman Jahiliyyah. Beliau dikatakan merupakan seorang maula (bekas hamba) kepada Ubaidillah bin Humaid bin Zuhair bin Al-Harith bin Asad bin Abdul Uzza.

Beliau masuk Islam pada peringkat awal dan berhijrah ke Madinah. Beliau menyertai semua peperangan yang disertai Rasulullah SAW. Sebab itu beliau disebuta sebagai Badariyyun (ahli Badar) yang punya keutamaan khusus dalam Islam. Selepas perjanjian Hudaibiyyah, Rasulullah mengutuskan para sahabatnya menemui raja-raja dan penguasa sekitar. Hatib bin Abi Balta'ah telah dipilih mewakili Rasulullah SAW membawa surat baginda menemui raja Muqauqis Mesir yang membawa pulang pulang bersamanya hadiah raja Muqauqia Mesir kepada nabi SAW hamba perempuan bernama Mariah Al-Qibtiyyah dan saudara perempuannya yang bernama *Sirin.

(* Sirin adalah nama kepada saudara perempuan Mariah. Nama penuhnya adalah Sirin binti Syam'un. Kedua-dua mereka adalah hadiah Muqauqis kepada Rasulullah SAW. Mulanya mereka berdua beragama Nasrani, kemudian masuk Islam. Rasulullah mengambil Mariah dan Sirin dihadiahkan kepada Hasan bin Tsabit. Bersama Hasan, Sirin mendapat anak lelaki yang dinamakan Abdurrahman bin Hasan. Terdapat hadis yang diriwayatkan Abdurrahman melalui ibunya Sirin)

Malangnya, dalam peristiwa pembukaan Kota Mekah pada tahun ke-8H, Hatib bin Abi Balta'ah telah teruji perasaannya dan tersalah dalam pertimbangannya. Rancangan Rasulullah SAW untuk mengambil alih Makkah pada tahun tersebut berawal daripada pengkhianatan Quraisy terhadap perjanjian Hudaibiyyah telah cuba didedahkan rahsianya oleh Hatib bin Abi Balta'ah.

Langkah menyerang Kota Makkah yang hendak dilakukan oleh Rasulullah SAW itu direncanakan secara rahsia dan mengejut. Ia bertujuan mengurangkan efek kehilangan nyawa jika kaum Quraisy tahu dan membuat persediaan. Ini difahami daripada doa nabi SAW:

اللهمَّ عمِّ عَليهم خَبَرَنا حتى نأخُذَهم بغتةً

Bukanlah tujuannya mengkhianati Rasulullah SAW lalu memberitahu musuh rancangan Nabi SAW. Namun kerana dorongan kasih sayang dan ingin keluarganya di Makkah selamat, maka Hatib bin Balt'ah telah mengutuskan surat melalui seorang wanita untuk mewaspadai keluarganya di Makkah tentang kedatangan Rasulullah SAW.

Hal tersebut adalah menyalahi peraturan kenegaraan dan ia adalah satu perbuatan yang dilakukan oleh antek-antek musuh. Namun, Hatib bukan antek musuh. Diua muslim sejati. Hanya, pertimbangannya salah dan melanggar aturan Rasulullah SAW yang mahu pergerakan kaum muslimin ke makkah dirahsiakan.

Rasulullah SAW dapat tahu pengkhianatan Hatib tersebut melalui khabar dari langit. Lalu baginda mengurumkan Saidina Ali dan Zubair bin Al-Awwam untuk menyekat perempuan tersebut. Dia telah disekat di tegah perjalanan dan dipaksa tunjukkan surat yang dibawanya. Setelah diancam akan digeledah sekalipun terpaksa ditelanjangkan, maka perempuan tersebut mengeluarkan surat itu daribalik sanggulnya. 

Surat itu dibawa kepada Rasulullah SAW dan tenyata ia adalah surat Hatib bin Abi Bal'ta'ah.

Oleh Rasuluillah SAW ditanyakan kepada Hatib bin Abi Balta'ah:

يا حاطب ما حملك على هذا؟

" Wahai Hatib...apa yang membuatmu sampai tega melakukan perkara ini?"

Lalu dengan rasa bersalah, Hatib menyatakan:

يَا رَسُولَ اللهِ؛ لَا تَعْجَلْ عَلَيَّ، إِنِّي كُنْتُ امْرَأً ‏مُلْصَقًاي: لست من أنفسهم، غريبًا فيهم ‏فِي ‏قُرَيْشٍ، ‏‏وَلَمْ أَكُنْ مِنْ أَنْفُسِهَا، وَكَانَ مَنْ مَعَكَ مِنَ ‏ ‏المُهَاجِرِينَ ‏لَهُمْ قَرَابَاتٌ‏ ‏بِمَكَّةَ ‏يَحْمُونَ بِهَا أَهْلِيهِمْ وَأَمْوَالَهُمْ؛ فَأَحْبَبْتُ إِذْ فَاتَنِي ذَلِكَ مِنَ النَّسَبِ فِيهِمْ أَنْ أَتَّخِذَ عِنْدَهُمْ يَدًا يَحْمُونَ بِهَا قَرَابَتِي، وَمَا فَعَلْتُ كُفْرًا وَلَا ارْتِدَادًا وَلَا رِضًا بِالْكُفْرِ بَعْدَ الْإِسْلَامِ.

Rasulullah yang bijaksana, setelah mendengar alasan Hatib itu mengiyakan dan tidak meynyalahkannya. Kata Baginda kepada para sahabat disekilingnya:

لَقَدْ صَدَقَكُمْ



Para sahabat nabi yang hati mereka dipenuhi iman dan wala' yang teguh kepada Islam melihat perbuatan Hatib itu satu amat buruk dan tidak boleh dimaafkan. Umar Al-Khattab yang mendengar alasan Hatib itu juga rasa kemaafan tidak terus datang ke dalam hati sanubarinya. Baginya Hatib telah berbuat kesalahan besar yang merupakan pengkhianatan terhadap negara. Ia adalah perbuatan  mengintip rahsia ketenteraan untuk musuh. Ia adalah muwalatul kuffar.  Dia mengungkapkan katanya kepada Rasulullah SAW:

يَا رَسُولَ اللهِ؛ دَعْنِي أَضْرِبْ عُنُقَ هَذَا المُنَافِقِ
"Ya Rasulullah, biarkan daku memancung leher si munafiq ini!"

Namun, Rasulullah SAW yang merupakan insan contoh teladan dan memiliki kemaafan yang tinggi serta pertimbangan yang bijaksana telah memutuskan Hatib bin Abi Balta'ah wajar dimaafkan. Keputusan baginda adalah Faslal Khitab. Baginda memberitahu sekalian sahabatnya dengan sabdanya:

إِنَّهُ قَدْ شَهِدَ‏ بَدْرًا؛ ‏وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ اللهَ أَنْ يَكُونَ قَدِ اطَّلَعَ عَلَى أَهْلِ بَدْرٍ ‏ ‏فَقَالَ: اعْمَلُوا مَا شئتُمْ فَقَدْ غَفَرْتُ لَكُمْ

"Sesungguhnya dia telah menyertai Perang Badar. Tidakkah kalian sedar bahawa Allah SWT telah memberikan keitimewaan kepada ahli Badar dan berfirman untuk mereka: Buatlah apa pun yang kalian mahu, sesungguhnya aku telah ampunkan kalian!"

Behubung dengan peristiwa yang menimpa Hatib bin Balta'ah dan kisah suratnya itulah maka para Mufassirin menyebutkabn bahawa ia menjadi sebab nuzul bagi ayat Al-Quran surah Al-Mumtahanah , ayat 1:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا عَدُوِّي وَعَدُوَّكُمْ أَوْلِيَاءَ تُلْقُونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَقَدْ كَفَرُوا بِمَا جَاءَكُم مِّنَ الْحَقِّ يُخْرِجُونَ الرَّسُولَ وَإِيَّاكُمْ ۙ أَن تُؤْمِنُوا بِاللَّهِ رَبِّكُمْ إِن كُنتُمْ خَرَجْتُمْ جِهَادًا فِي سَبِيلِي وَابْتِغَاءَ مَرْضَاتِي ۚ تُسِرُّونَ إِلَيْهِم بِالْمَوَدَّةِ وَأَنَا أَعْلَمُ بِمَا أَخْفَيْتُمْ وَمَا أَعْلَنتُمْ ۚ وَمَن يَفْعَلْهُ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus.


Hatib bin Abi Balta'ah hidup sebagai sahabat dan menjalani fasa perjuangan era 3 khalifah terawal selepas kewafatan nabi SAW. Beliau wafat pada tahun 30H pada umur 65 tahun dan jenazahnya disolatkan oleh Khalifah Uthman bin Affan. Dia meninggalkan anak bernama Abdurrahman dan Yahya yang merupakan antara perawi hadisnya dari Rasulullah SAW. Dikatakan dia meninggal meninggalkan 4000 dinar /dirham dan sebuah rumah untuk warisnya.

Baca: Albalad

Sesungguhnya cara baginda Rasulullah SAW mengendalikan kes  Hatib ini mengajar kita bahawa ada beza antara keadilan dan rahmat. Jika ikut hukum keadilan, jenayah Hatib itu balasan selayaknya adalah hukum bunuh. Namun, keadilan bukanlah setinggi-tinggi matlamat dalam bernegara. Ada yang lebih tinggi dariapda keadilan iaitu rahmat. Rahmat itulah dijelmakan dalam kemaafan. Pesalah jenayah dilihat daripada pelbagai aspeknya. Jasanya, alasan perlakuannya dan faktor-faktor pelbagai yang lain. 

Inilah yang tersimpan  sebagai mesej agung daripada ayat Al-Quran yang berbunyi:


وَلَوْ يُؤَاخِذُ اللَّهُ النَّاسَ بِمَا كَسَبُوا مَا تَرَكَ عَلَىٰ ظَهْرِهَا مِنْ دَابَّةٍ وَلَٰكِنْ يُؤَخِّرُهُمْ إِلَىٰ أَجَلٍ مُسَمًّى ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِعِبَادِهِ بَصِيرًا

Dan kalau sekiranya Allah menyiksa manusia disebabkan usahanya, niscaya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu mahluk yang melatapun akan tetapi Allah menangguhkan (penyiksaan) mereka, sampai waktu yang tertentu; maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya

(Surah Fatir: Ayat 45)


Allah SWT juga berfirman dalam Surah As-Syura,  Ayat 30:


وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).


Sifat Allah SWT ini dipraktiskan oleh Rasulullah SAW dalam kisah Hatib bin Abi Balta'ah dan juga dalam banyak episod lain sepanjang hidupnya. Baginda seorang yang adil dalam menghukum dan memutuskan sesuatu. Namun, dalam kondisi tertentu, adalah yang lebih hebat daripada adil baginda amalkan.Baginda memilih jalan itu dan itulah keistimewaan seorang pemimpin yang menjadi Nabi utusan Allah. Dia pembawa rahmat dan menjadi contoh kerahmatan buat seluruh alam.

Maka seharusnya akhlak nabi SAW ini jadi pedoman kita. Jadi uswah buat kita. Khusus buat para ustaz, ulama, pendakwah dan sesiapa sahaja yang bergelut dengan dunia penfatwaan, konsep rahmat lebih tinggi dari keadilan ini hendaklah menajdi sesuatu ayng diperhatikan dalam penfatwaan. Sesuatu fatwa itu kelihatan adil apabila menepati hukum syarak. Namun , dalam situasi tertentu, ada yang lebih baik daripada keputusan asal. Itulah rahmat.

Pada hemat saya, dan sebagai satu misalan, menjatuhkan hukuman anak zina tidak boleh dibinkan kepada bapa biologinya adalah adil. Tetapi ia kurang rahmatnya. ia menjadi beban aib buat si anak sepanjang hayat. Lalu, lebih rahmat adalah memutuskan bahawa dia boleh dibinkan kepada bapa biologinya yang telah menikah dengan ibunya kemudiannya.

Ini satu kes ....

Kes lain, menerimapakai kosep Al-Muwatonah menggantikan konsep kafir Zimmi dan Harbi yang dibahaskan dalam feqah klasik Islam adalah lebih rahmat.


ISU MUWALAT

Para ulama membahaskan (berhubung kes Hatib bin Abi Balta'ah) apakah MUWALAT kafir  menjadikan pelakunya kafir atau ada hukum-hukum lain?

Ini kerana dalam Surah Al-Maidah, ayat 51, Allah menegaskan :

وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ

Sekelompok mengatakan MUWALAT orang kafir adalah masalah akidah dan pelakunya jadi kafir.
Namun, ada kalangan yang memperinciukan MUWALAT kepada jenis-jenisnya.
a) Muwalat Kubra/Mukaffirah
b) Muwalat Sughra/ Ghairu Mukaffirah

Perbahasan ulama tentang hukum MUWALAT itu membawa kepada pertanyaan: ADAKAH HATIB BIN ABI BALTA'AH  JADI KAFIR ATAS TINDAKANNYA?

Sebelum dilanjutkan status Hatib dalam masalah ini baiki kita renungkan jawapannya sebagaimana disebutkan dalam riwayat-iwayat:

ولم أفعَلْه ارتدادًا عن ديني ولا رضًا بالكُفرِ بعد الإسلامِ، وما غَيَّرْتُ ولا بَدَّلْتُ -أي: ديني- أمَا إني لم أفعله غشًّا يا رسول الله ولا نفاقًا

Khulasah: 
  • Pandangan Pertama yang mengatakan semua Muwalatul kuffar membawa kepada kufur, maka Hatib dianggap tidak menjadi kafir kerana :
    1. Khususiyah Ahli Badar
    2. Kesilapan dalam mentakwil dikecualikan, namun mengetahui niat/takwilan ii adalah dengan wahyu dan berlaku hanya buat Hatib. Sesiapa yang muwalatul kuffar  selain Hatib tidak disokong dengan hujjah tersilap takwil kerana tiada lagi wahyu yang menjelaskannya seperti nabi SAW.
(Pandangan di atas akan memancingkan kepada takfir kaum Muslimin atas tuduhan muwalatul kuffar. Ini sangat merbahaya. Oleh kerana semua muwalatul kuffar dihukum kafir dan kes hatib diangkat sebagai khususiyat buatnya sahaja, maka kaum muslimin lain yang melakukan hal yang sama tidak dianggap terkecuali. Mereka dijatuhgkan hukum kafir semata-mata kerana Muwalatul Kuffar)

  • Bagi pandangan kedua iaitu pandangan Jumhur Ulama dan kalangan Imam-imam Mazhab termasuk kalangan tokoh dalam mazhab Syafie, Muwalatul kuffar itu ada  yang menjatuhkan pelakunya ke dalam kukufuran dan yang tidak, maka Hatib diletakkan dalam muwalat yang tidak menjadikannya kafir. Muwalat yang menjadikan seseorang itu kafir disebut sebagai Muwalat dalam urusan agama seperti redha dengan agama mereka atau mazhab-mazhab mereka. Demikian gembira kemenangan mereka atas kaum muslimin serta tolong memenangkan mereka.
  • Jika muwalat dalam hal keduniaan seperti nak dapat faedah dunia atau menjauhkan mudarat keduaniaan dan dalam masa yang sama dipelihara akidah Islam, maka muwalat sedemikian adalah dosa besar. (Mungkin boleh dijadikan contoh: Enggan boikut barangan Yahudi, Perbuatan Nutaralisasi sebahagian Negara Arab kepada Israil(?) dll) 

Adapun dakwaan bahawa ia khusisiyyat dalam kes Hatib, tiada dalil tentangnya.Hatib tidak jadi kafir berdasarkan pengakuannya sendiri depan Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW telah memaafkannya berdasarkan alasan yang diberikannya.














Tuesday, June 4, 2024

Pembunuhan Said bin Jubair

Said bin Jubair adalah seorang ulama Tabi'in yang terkenal dengan takwanya dan ilmunya. Nama penuhnya adalah Said bin Jubair bin Hisyam Al-Asadi. Gelaran Al-Asadi bukanlah bererti dia daripada Bani Asad, sebaliknya asalnya adalah keturunan Habsyah. Cuma dia adalah seorang maula (hamba yang dibebaskan) kepada Bani Asad. Kedua ibu bapanya adalah kalangan hamba. Bapa Jubair adalah hamba yang dimiliki oleh Bani Walibah, manakala ibunya adalah seorang hamba perempuan bernama Ummu Ad-Dahmaa'.

Maka, dilihat dari asal keturunan, Said bin Jubair adalah berketurunan Habsyah dengan fizikal sebagaimana lazimnya bangsa Habsyah. Namun ilmu dan takwanya telah mengangkat darjatnya melebih bangsa Arab. 

Ingat baik-baik wahai orang yang mencari kemuliaan keturunan dari leluhurnya! Bahawa kemuliaan sejati adalah pancaran ilmu dan iman takwa. Biarlah marga rendah dan hina, asal ilmu dan takwanya tinggi, maka akan terangkatlah martabatnya di sisi manusia.

Tidak jelas mengenai maklumat tahun kelahiran Said bin Jubair. Namun, beliau pernah berkata kepada anaknya :

ما بقاء أبيك بعد سبعة وخمسين

Bapamu tidak hidup lebih daripada 57 tahun

Jika dikira tahun kematiannya iaitu 95H, maka tahun kelahirannya ialah 38H. Ia merupakan tahun kekhalifahan Hasan bin Ali. Ada pendapat menyatakan bahawa umur Said saat dia mati adalah 49 tahun , maka jika demikian tahun kelahirannya adalah tahin 46H, iaitu semasa kekhalifahan Muawiyah bin Abi Sufyan.

Ada juga pandangan menyebutkan bahawa Said lahir pada era kekhalifahan Ali bin Abi Talib di Kota Kufah.

Said bin Jubair menempul awal kehirupannya di Kufah Dia mengambil ilmu daripada para sahabat nabi yang menghuni Kufah sebelum berpindah ke Makkah dan bertalaqqi ilmu dengan Ibn Abbas. Pada masa hayat Ibn Abbas lagi, dia diberi kepercayaan untuk menyampaikan ilmunya dengan disaksikan oleh Ibn Abbas.

Beliau menuntut ilmu dari sahabat nabi SAW seperti Ibn Abbas, Ibn Umar  dan Aisyah Ummul Mukminin. Beliau  lahir pada tahun 38H dan mendiami Kufah serta menyebarkan ilmu di sana. 

Ketika meletus pemberontakan melawan kekuasaan Bani Umaiyyah yang dipimpin oleh Abdurrahman bin Al-Asy'asth, Said bin Jubair telah terlibat ikut serta dalam barisannnya. Pemberontakan itu awalnya adalah cetusan kemarahan atas kezaliman Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi, gabenor Bani Umayyah di Iraq. Apabila Pemberontakan yang dipimpin Abdurrahman bin Al-Asy'asth itu dapat ditumpaskan dalam Perang Dir Al-Jamajim pada tahun 83H, maka Said bin Jubair adalah antara yang tangkap.

Bukan Said bin Jubair sahaja yang ikut serta di bawah panji Abdurrahman bin Al-Asy'ath. Ramai tokoh  ulama semasa yang lain yang ikut serta sehingga pemberontakan itu diberi nama PEMBERONTAKAN AL-QURRA'. Kata Khalifah bin Khayyat jumlah ulama yang ikut serta sama ada secara langsung atau tidak langsung mencapai jumlah 500 orang. 

Antara ulama yang ikut serta adalah Anas bin Malik, Dia menggalakkan orang ramai ikut barisan Abdurrahman bin Al-Asy'asth dan dia sendiri tidak ikut secara fizikal kerana faktor umur yang sudah tua. Antara lain ialah Abu As-Sya'sa' Salim bin Aswad Al-Muharibi, Abdurrahman bin Abi Laila, As-Sya'bi. Mereka terbunuh dalam perang.

Said bin Jubair adalah antara yang selamat. Dia lari bersembunyi di Makkah, namun gabenor Makkah , Khalid bin Abdullah Al-Qasri, telah menangkapnya dan menyerahkannya kepada Hajjaj dan Hajjaj membunuhnya pada tahun 94H.


Hajjaj bin Yusuf , apabila dibawa kepadanya wanted person, dia akan bertanya:

Apakah kau mengaku telah menjadi kafir kerana memberontak atasku?

Jika jawapannya YA, maka orang itu akan dilepaskan.

Adapun Said bin Jubair, tatkala ditanya dengan soalan itu dia menjawab TIDAK.

Maka , oleh Hajjaj disuruhnya Said bin Jubair pilih cara matinya.

Namun, kata Said bin Jubair dengan tegas dan berani:

" Kamu yang pilih, demi Allah bagaimana kamu membunuhku, kamu akan dibunuh seumpamanya di akhirat".

Buku-buku sejarah merekodkan diolog panas antara Hajjaj dengan Said bin Jubair yang mana akhirnya Hajjal melantunkan kemarahannya dengan berkata mengancam keras. Katanya:

أما والله لأقتلنك قتلة لم أقتلها أحداً قبلك ولا أقتلها أحداً بعدك

Maka, berdepan dengan sikap Hajjaj tersebut, Said menjawab dengan tegas dan yakin:

اللهم لا تحل له دمي ولا تمهله من بعدي

Seterusnya Said bin Jubair merafakan doa sakral yang membuatkan Hajjaj membayar mahal atas tragedi pembunuhannya atas Said bin Jubair. Doa Said bin Jubair:

اللهم لا تسلطه على أحد يقتله بعدي


Maka, doa Said mustajab. Sang Hajjaj itu, tidka hidup selpas terbunuhnya Said bin Jubair lebih daripada 3 hari. Selama 3 hari selelas matinya Said bin Jubair dibunuh atas arahan Hajjaj itu, Hajjaj sentiasa ketakuitan dan terganggu tidurnya. Dia diganggu igauan  melihat Said bin Jubair. Maka Ucapan Hajjaj yang meniti dibibirnya sebelum dia mati ialah:

مالي ولسعيد بن جبير، مالي ولسعيد،


Imam Ibn Kathir menaqalkan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah riwayat daripada Yahya bin Isa Ar-Ramli daripada A'masy bahawa telah berlaku khilaf kalangan oang pada masanya tentang Hajjaj bin Yusuf. Lalu diangkat pertanyaan mengenainya kepada Mujahid. Lalu Mujahid telah berkata:

تسألون عن الشيخ الكافر،

Ibn Kathir juga meriwayatkan kata Imam As-Sya'bi dengan sanda daripada Ibn Asakir :

الحجاج مؤمن بالجبت والطاغوت كافر بالله العظيم كذا قال والله أعلم



Walaupun ada riwayat-riwayat yang pelbagai menyebutkan hatta menjatuhkan hukum atas kekufurannya seperti penghinaannya atas nabi Allah Sulaiman , maka dibimbangi ia adalah madsus daripada musuh. Sememangnya Hajjaj itu adalah seorang nasibi tegar dan banyak kezalimannya. Pun begitu, catatan Ibn Kathir sendiri dalam Al-Bidayah merakamkan beberapa manaqibnya seperti banyaknya jihad dan fituhat yang dilakukan disamping sikap ambil beratnya terhadap Al-Quran. Jasa-jasanya berhubung penulisan Al-Quran tidak dapat dinafikan.

Allah SWT akan mengadilinya dan Dia maha bijaksana menimbang antara kezalimannya dengan kebaikannya.


Bacaan:  Islamweb,  Islamonline,  arabicpost


Monday, June 3, 2024

AD-DHOHAK BIN MAZAHIM

Ad-Dhohak bin Mazahim Al-Hilali-Sighar tabi'in. (tabi'in kecil)

Dia diberi kunyah sebagai Abu Muhammad dan juga Abu Al-Qasim.

Tidak jelas tahun kelahirannya.

Meninggal tahun 102H

Asalnya Balakh, sebuah pekan kecil di Afghanistan.

Ada kisah di sebalik namanya Ad-Dhohak 

Masyhur bahawa ibunya mengandungkannya 2 tahun

Masa dilahirkan, dia sudah ada gigi.

Gurunya: Ibn Abbas, Abu Sa'id Al-Khudri, Ibn Umar, Anas bin Malik, Said bin Jubair, Aswad bin Yazid An-nakhae, Ato' bin Abi Rabah, Tawus bin Kaisan dan lain-lain.

Beliau mengambil ilmu Tasfir daripada Ibn Abbas dan juga Said bin Jubair

Kata Sufyan As-Tsauri:Ambillah ilmu tafsir daripada 4 orang iaitu: Said bin Jubair, Mujahid, Ikrimah dan Ad-Dhohak.

Di antara tafsirnya ialah ayat 

هُوَ مَعَهُمْ أَيْنَ مَا كَانُوا

Maka ditasfirkanya dengan katanya:

هو فوق العرش وعلمه معهم

Masyhur bahawa ibunya mengandungkannya 2 tahun

Dari sudut pandangan ilmu hadis, Imam Az-Zahabi membuat komentar mengenainya:

ليس بالمجود لحديثه، وهو صدوق في نفسه

Masa dilahirkan, dia sudah ada gigi.

Perhatian:

Ada satu lagi yang namanya juga Ad-dhohak iaitu Ad-dhohak bin Mukhlid.
Ada juga yang namanya Ad-dhohak ibn Qais Al-Fihri Al-Qurasyi

Sunday, June 2, 2024

Sufyan As-Tsauri

Namanya adalah Abu Abdullah Sufyan bin Said bin Masruq bin Habbib As-Tsauri.

Beliau lahir pada tahun 97H di Kufah dalam keluarga yang soleh dan beragama. Ketika itu daulah Islam di bawah pemerintahan Khalifah Umawiyyah bernama Sulaiman bin Abdul Malik. 

Gelaran As-Tsauri merujuk kepada moyangnya yang bernama Tsaur bin Abd Manat bin Adbin Thobikhah bin Ilyas bin Mudhor bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan. Ini bermakna silsilahnya sampai kepada nabi Allah Ismail A.S bin Ibrahim A.S

 Ayahnya Said As-Tsauri dalah seorang ulama hadis yang Tsiqah tergolong kalangan Tabi'in Kecil. Ayahnya itu adalah murid kepada Amir As-Sya'bi dan Khaisumah bin Abdurrahman. Sementara ibunya adalah seroang wanita solehah yang sentiasa mendokong perjuangan suami dalam dunia ilmu. Datuknya Masruq adalah salah seorang sahabay Saidna Ali dan bersama dalam Perang Al-Jamal.

 Di kala kecil ibunya berkata kepadanya:

اذهب فاطلب العلم حتى أعولك بمغزلي،

Pergilah tuntut ilmu dan aku akan menyokongmu dengan mi'zalku (alat yang digunakan untuk mengurai kapas atau .bulu dalam pemperosesannya)

Demikian tekad seorang ibu yang ingin melihat anaknya menjadi ornag berilmu. Ini kerana Ayah Sufyan As-Tsauri tergolong orang orang faqir yang tenggelam pula dalam kecintaan kepada ilmu hadis.

Maka Sufyan telah berkelana mencari ilmu dan belajar dari tokoh-tokogh pada zamannya sehingga namanya masyhurlah sebagai seorang penuntut ilmu yang cemerlang. Dia mencicipi ilmu lebih daripada 600 guru. Pada usia belum mencecah 20 tahun, namanya sudah disebut-sebut orang. Dia seorang yang amat kuat hafalannya dan tidak ada sebandingnya pada masanya.

Pada diri Sufyan, bukan sahaja terhimpun ilmu, malah terhimpun juga sifat warak, abid dan takwa yang tinggi. Sementara itu dia tidak tertarik dengan jawatan dalam kerajaan , malah menjauhinya kala ditawarkan. Kerana itu dia menjadi mutiara zaman yang tepancar. Ia adalah anugerah Allah buat ummat Muhammad SAW.

Basyar Al-Hafi mengatakan bahawa perumpamaan Sufyan pada zamannya adalah seperti Abu Bakar As-Siddiq pada zamannya.

Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur dan kemudian anakya Al-Mahdi meminta kepadanya untuk menjadi Qadhi. Namun Sufyan enggan dan dia melarikan diri. Lalu dia jadi buruan dan Sufyan lari dan  bersembunyi dari satu tempat yang lain sehinggalah dia mati persembunyiannya di Kota Basrah pada tahun 161H.

Menurut cerita, dia lari dari Kufah ke Basrah dan menyamar bekerja di sebah dusun tamar  di sana. Satu hari ada orang mahu membeli kurma datang dan mereka bertanya kepada Sufyan yang menjaga kebun kurma itu. 

Kata Mereka: Ya Syeikh, dari mana kamu?>

Kata Sufyan: Aku dari Kufah.

Kata Mereka lagi: Ceritakankepada kami, kurma Kufah atau Basrah yang lebih enak

Kata Sufyan: Kurma Kufah rasanya manis. Kurma Basrah aku belum rasa

Lalu mereka menempelak sambi berkata: Ya Syeikh, anjing, orang baik dan jahat semuanya akan makan kalau jaga kebun kurma!

Hal itu menakjubkan mereka. Mereka balik bertemu gabenor Basrah menceritakan apa yang mereka dengar dari penjaga kebun tamar itu. Gabenor pun tahu bahawa orang itu adalah Sufyan dan dia bertekad untuk menangkapnya agar dia dapat hadiah daripada khalifah. Namun, ketika dia dan orang-ornagnya datang, Sufyan sudah tiada. Dia sudah lari keluar Basrah.



Lalu orang tahu dan sampai kepada khalifah. Dia pun lari ke Yaman tetapi di sana dia difitnah mencuri dan diserahkan kepada gabenor Yaman yang bernama Ma'ad bin Zaidah. Lalu disoal siasat dan gabenor pun kenal dia. Dia diberi pilihan nak tinggal di Yaman atau keluar. Dia pilih keluar menuju Makkah untuk tunaikan haji pada tahun 158H. Sampai pula ke pendengarannya bahawa Khalifah Abu Jaafar akan datang ke Makkah buat haji pada tahun itu. Khalifah pula dapat tahu Sufyan ada di Makkah , lalu surah gabenor Makkah cari dan tangkap Sufyan. Sufyan datang ke Kaabah dan bergantung di kelambu Kaabah seraya berdoa agar Abu Jaafar tidak boleh masuk Makkah. Dengan kuasa Allah, Khalifah Abu Jaafar jatuh sakit dan wafat sebelum sempat pergi haji tahun itu. Maka, anaknya Al-Mahdi dilantik menggantikannya. Al-Mahdi pun sama macam ayahnya. Mencari dan memburu As-Tsauri untuk dilantik jadi Qadhi. Sufyan pun lari ke Basrah semula. Di sana dia berlindung di dalam jagaan Yahya bin Qattan. Namun, akhirnya diketahui orang 

Sumber: Alukah.net

Baca: IslamwebIslamweb

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...