Tuesday, April 30, 2024

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi

Ahli Sejarah berbeza pendapat tentang tahun kelahirannya. Ada kata lahirnya pada tahun 16H. Ada yang mengatakan dia lahir tahun 20H, 31H , 21H. Al-Asomma;i mengatakan dia lahir tahun 17H.

Lahirnya di Kota Kufah dan tinggal di dalamnya

Beliau pernah jadi pelarian politik di Kota Madinah kerana lari daripada Mukhtar As-Tsaqafi.

Beliau ikut serta dalam peperangan Dir Al-Jamajim bersama pasukan Ibn Al-Asy'ath.

Selamat daripada pembalasan Hajjaj bin Yusuf As-Stsaqafi

Pernah menjawat jawatan sebagai penulis bagi Qutaibah bin Muslim Al-Bahili.

Pernah jadi utusan khas khalifah Abdul malik bin Marwan ke Baizentin

Beliau suka memetik kisah-kisah ajaib dan Israiliyyat bahkan melakukan pengembaraan untuk mencari kisah-kisah gharib itu

Beliau hidup mencapai umur 87 tahun.

Beliau meninggal secarara menjeut pada tahun 103H di Kufah.

Ketika dia mati, Hasan Al-Basri mengungkap kata-kata ratha' (Ucapan sedih dan memuji) buatnya.

إنا لله وإنا إليه راجعون، إن كان لقديم السن، كثير العلم، وأنه لمن الإسلام بمكان.


As-Sya'bi , menurut katanya, dia sempat bertemu dengan lebih 500 orang sahabat

Ibn Sirin mengatakan (menggambarkan kemasyhuran As-Sya'bi): Aku telah mendatangi Kufah dan aku mendapati As-Sya'bi mempunyai halaqah pengajian yang ramai sedangkan ketika itu para sahabat masih ramai

Ibn Hajar berkomentar tentangnya:

ثقة، مشهور، فقيه فاضل

Makhul berkata:

ما رأيت أفقه منه

Menurut Az-Zuhri:

العلماء أربعة: ابن المسيب بالمدينة، والشَّعْبِيُّ بالكوفة، والحسن البصري بالبصرة، ومكحول بالشام


Ibn Uyainah berkata: Ulama di kalangan orang ramai itu ada 3 iaitu Ibn Abbas pada zamannya, As-Sya'bi pada zamannya dan As-Tsauri pada zamannya.

Kata As-Sya'bi: Manusia terpecah kepada 4 golongan :

1) Golongan pencinta Ali pembenci Uthman

2) Pencinta Uthman Pembenci Ali

3) Pencinta kedua-duanya (Uthman dan Ali)

4) Pembenci kedua-duanya (Uthma dan Ali)

Lalu ditanya kepada As-Sya'bi: Dari golongan mana kamu?

Kata As-Sya'bi: Aku dari pencinta kedua-duanya dan memohon kemapunan buat kedua-duanya.


Ibnu Aisyah menceritakan : Abdul Malik bin Marwan mengutuskan As-Sya'bi kepada raja Rom di Baizentin Apabila As-Syaibi pulang membawa surat raja Rom itu, Abdul Malik bertanya As-Sya'bi, apakah dia tahu apa yang dikatakan raja Rom dalam suratnya. As-Sya'bi bertanya: Apa yang dituliskannya. Abdul malik memberitahu bahawa Raja Rom menulis: Aku hairan kenapa utusan itu tidak dipilih kaum muslimin jadi Khalifah. As-Sya'bi menyatakan pandangannya: Itu kerana raja Rom melihatnya dan belum melihat Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Namun, Khalifah Abdul Malik menyatakan sebab lain kenapa Raja Rom menulis demikian: Wahai Sya'bi, dia mahu buatkan aku rasa cemburu lalu membunuhmu.

Jawapan Khalifah Abdul Malik itu sampai kepada raja Rom dan dia berkata: Demi Tuhan Bapa, itulah yang menjadi tujuanku!

Bacaan : Islamway


Sunday, April 28, 2024

Imam Al-Auza'i

 Kata Imam An-Nawawi  mengenai Al-Auza'i: 

كان إمام أهل الشام في عصره بلا مدافعة ولا مخالفة


Nama penuhnya adalah Abu Amru Abdurrahman bin Amru bin Yuhmad Al-Auza'i.
Beliau seorang Faqih dan Muhaddis daripada generasi Tabi'u At Tabi'in.

Dilahirkan di Ba'labak, Lubnan, tahun 88H. Membesar sebagai anak Yatim di bawah asuhan ibu yang miskin.

Al-Auza'i hidu pada masa masa Khlaifah Al-Walid bin Abdul Malilk hinggalah mas apemerintahan Bani Abbasiyah iaitru zaman Abu Jaafar Al-Mansur.

Al-Auza'i hidup sezaman dengan Imam Abu Hanifah dan Imam Malik.

Al-Auza'i memiliki mazhab sendiri. Mulanya mazhab Auza'i popular di Syam dan Andalus. Namun, selepas tahun 200 H, Mazhab Maliki mengatasinya dan Mazhab Auza'i pun lenyap.

Imam Az-Zahabi menaqalkan tentang Mazhab Auza'i:

كان أهلُ الشامِ، ثمَّ أهلُ الأندلسِ على ‌مذهب ‌الأوزاعي مدةً مِن الدهرِ، ثمَّ فَنِيَ العارفون به، وبقي منه ما يُوجدُ في كتَبِ الخلافِ


Muhammad bin Syuaib berkata bahawa dioa dengar Auza'i menyebutkan:

من أخذ بنوادر العلماء خرج من الإسلام

أي: زلات العلماء، فمن اتبع زلة كل عالم اجتمع فيه الشر كله

Umum Ahlil Hadis mengatakan Al-Aiza'i adalah seorang tsiqah. Imam Bukhari dan Muslim menerima riwayatnya.

Al- Auza'i wafat pada tahun 157H di Beirut.

Tambahan: Kisah Ghailan Ad-Dimasyqi yang dibunuh atas tuduhan Zindiq pada zaman pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik melibatkan peranan Imam Al-Auza'i di dalamnya. Ghailan Ad-Dimasyqi dihukum bunuh dengan sadis oleh khalifah setelah dia berdebat dengan Al-Auza'i dan Al-Auza'i menetapkan kezindikan Ghailan. Bagi para pembela Ghailan , Imam Al-Auza'i dianggap bertanggungjawab dalam kes tersebut. 

GHAILAN AD-DIMASYQI

 Namanya adalah Ghailan bin Yunus. Ada khilaf tentang namanya ayahnya. Ada kata namanya MUslim dan ada kata namanya Marwan.

Dia adalah asal Mesir berketurunan Qibti.

Bapanya masuk Islam dan merupakan seorang hamba kepada Uthman bin Affan.

Ghailan lahir dan membesar di Damsyiq

Dia menuntut ilmu daripada Hasan bin Muhammad bin Al-Hanafiyah di Madinah. Beliau belajar Fewah daripada Hsan Albasri.

Para ahli sejarah menyenaraikan Ghailan sebagai seorang penulis robaqah pertama sebaris dengan Ibn Al-Muqaffa', Sahal bin Harun dan Abdul Hamid.

Kata Ibn Nadim, Ghailan menulis lebih 2000 lembaran tetapi hilang dalam sejarah.

Beliau wafat pada tahun 106H.

Beliau dibunuh oleh Khalifah Hisyam bin Abdul Malik atas dakwaan membawa kesesatan dalam perkara Qodha dan Qodar.

Maka Ghailan Ad-Dimasyqi digelar sebagai Al-Qadari merujuk kepada mazhab Qodariyyah.

Ghailan menolak bahawa kezaliman yang ditanggung rakyat atas olah para penguasa bukan takdir Allah. Sedangkan pihak kerajaan bani Umayyah menanamkan fahaman di kalangan rakyuat melaui para khatib dan wu'az bahawa apa yang dihadapi mereka adalah takdir Allah dan ia adalah hasil dosa yang rakyat lakukan.

Semasa pemerintahan khalifah Umar bin Abdul Aziz dia dipercayai untuk menjabat beberapa posisi yang berhubung dengan Haqqul Mazolim.( Hak rakyat yang tertindas).

Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi melantik para penceramah politiknya untuk mendoktrinkan rakyat dengan katanya:


انا قدرُ الله وحكمه وأمره، وقد ابتلاكم الله بي بذنوبكم، وإن أهل العراق قد بغوا وطغوا وأكثروا فيها الفساد، فصبّ عليهم ربك سوط عذاب، وأنا عذابه وانتقام


Ghailan menjunjung falsafah kebebasan berfikir pada zaman kekuasaan Bani Umayyah.

Pada zaman Khalifah Umar Abdul Aziz berlaku dailog antaranya dengan Khalifah berhubungan perkataan Ghailan tentang Qodar. Ghailan menafikan apa yang dikatakan orang mengenainya. Kata Ghailan: Semua yang ornag katakan tantangnya adalah dusta belaka". Maka Khalifah Umar bin Abdul Azizi berkata: "Aku akan bebaskan kamu, tetapi jika kamu berdusta, aku mendoakan agar kamu akan merasai panasnya pedang di tengkukmu".

Lalu, pada masa pemerintahan Hisyam bin Abdul Malik, berlaku debat antaranya dengan Imam Al-Auza'i dan di sinilah Ghailan menemui geruhnya. Dia dihukum bunuh oleh Khalifah.


Sesetengah Sarjana Islam membela Ghailan Ad-Dimasyqi. Umpamanya Dr. Adnan Ibrahim ketika membahaskan mengenai Ghailan , dia menyifatkan Ghailan sebagai pembela keadilan dan penentang kezaliman. Dia bukan Zindiq sebagaimana yang didakwakan.  Bani Umayyah telah menzalimi harta rakyat dan Ghailan menolak bahawa kezaliman itu takdir Allah. Bani Umayyah menanamkan fahaman Jabariyyah dalam fikiran rakyat. Al-Auza'i yang hidup pada masa masa Ghailan mati dna berpihak kepada Khalifah Hisyam bin Abdul Malik , ada kekotoran fahaman jabariyyah dalam dirinya. Kata Dr Adnan Ibrahgim. Sila tonton Youtube.

Terdapat satu filem yang mengisahkan Ghailan Ad-Dimasyqi.Lihat Youtube


Bahan Bacaan bebas: https://foudery.blogspot.com/2012/08/blog-post_26.html



Thursday, April 25, 2024

PERSAINGAN ALIRAN DAN PENUBUHAN KOMUNITI ULAMA

Komonuti yang menghimpunkan para ulama muslimin berpusat di Qatar. Ia dinamakan Ittihad Al-'Alami Li Ulamail Muslimin ( International Union Of Muslim Scholars). Ia ditubuhkan pada tahun 2004 di Qatar dan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi adalah ketuanya yang pertama. Selepas kewafatan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi pada 26 Sept 2022, pimpinan diteruskan oleh Dr. Ahmad Raisuni  sebelum diambil alih oleh Dr. Ali Al-Qurrahdaghi

Pertubuhan ini melibaturuskan ulama-ulama daripada pelbagai aliran. Sunni, Syiah dan Ibadhi. Sekitar 90 ribu ulama bernaung di bawahnya.

Isu: Sebahagian menaggapi bahawa Ittihad ini adalah jelamaan kepada Ikhwanul Muslimin. Ini kerana Dr. Yusuf Al-Qardhawi adalah Pemimpin  Kerohanian Bagi Ikhwanul Muslimin. Maka, pendirian Ittihad yang mempertahankan Ikhwanul Muslimin menambahkan lagi kuat sangkaan itu. Kenyataan Ittihad yang yang membantah kenyataan Perubuhan Ulama Arab Saudi yang melebelkan Ikhwna sebagai pengganas lalu melemparkan pula tuduhan Arab Saudi sebagai anteks Zionis dan memusuhi ummat Islam menambahkan lagi haba panas . 

Dr-Yusuf Al-Qardhawi yang kerap mendoakan kehancuran Israel menyebabkan Ittihad dilebelkan oleh media dunia sebagai "anti Semitik".

Pada 5 Jun 2017, Qatar telah berdepan dengan sekatan yang dilakukan oleh negara Arab Saudi, Bahrin, UAE , Mesir dan dikuti oleh Yaman, Maldives dan Republik Comoros. Ittihad dilebelkan sebagai pertubuhan Pengganas dan dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin.

Hubungan Diplomatik dengan Qatar diputuskan oleh negara tersebut namun pada tahun 2021 keadaan kembali normal Apabila Qatar dibenarkan hadir ke persidangan negara Teluk di Arab Saudi.

Pada tahun 2014, ditubuhkan pula satu pertubuhan lain yang diberi nama Majlis Hukama-ul Muslimin (Muslim Council Of Elders)  berpusat di Emeriyah Arab Bersatu. Pimpinan pertamanya adalah Ahmad Tayyibm Syeikhul Azhar dan juga bekas Mufti Mesir. Pertubuhan ini telah menarik minat dan dokongan ramai tokoh beraliran Sufi dan telah membuat rekod mengadakan Muktamar di Chechen, Rusia yang mana antara resolusi yang kontroversi adalah menolak Salafi-Wahabi dari kelompok Ahlu Sunnah Wal-Jamaah.

Ada perbandingan yang ironik.

Satu pertubuhan menjadikan Qatar sebagai negara pusat gerakan.

Satu lagi menjadikan UAE dan Dubai sebagai pusat gerakan.

Bandingkan antara dua negara itu. Qotar adalah negara yang banyak menyumbang kepada pembelaan ummat Islam.

Manakala UAE adalah negara yang maha kaya tetapi lunak kepada ISrael dan mendokong liberalisme agama. 


Tuesday, April 23, 2024

BANI ABDUS SYAMS DAN BANI NAUFAL

Bani Hasyim dan Bani Al-Mutallib dikira sebagai Ahlul Bait. Tetapi Bani Abdus Syams dan Bani Naufal tidak termasuk Ahlul Bait. Rumusan ini diambil daripada kefahaman atas hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari (N0 3140) dalam Sahehnya dari jalan Jubair bin Mut'im:

Kata Jubair bin Mut'im:

- مَشَيتُ أَنَا وعُثْمَانُ بنُ عَفَّانَ إلى رَسولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ، فَقُلْنَا: يا رَسولَ اللَّهِ، أَعْطَيْتَ بَنِي المُطَّلِبِ وتَرَكْتَنَا، ونَحْنُ وهُمْ مِنْكَ بمَنْزِلَةٍ واحِدَةٍ؟ فَقالَ رَسولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ: إنَّما بَنُو المُطَّلِبِ وبَنُو هَاشِمٍ شَيءٌ واحِدٌ. قالَ اللَّيْثُ: حدَّثَني يُونُسُ، وزَادَ، قالَ جُبَيْرٌ: ولَمْ يَقْسِمُ النَّبيُّ صَلَّى اللهُ عليه وسلَّمَ لِبَنِي عبْدِ شَمْسٍ، ولَا لِبَنِي نَوْفَلٍ.


Keterangan Nasab: Abdus Syams, Hashim dan Al-Mutallib adalah anak-anak Abdul Manaf dari satu ibu iaitu Atikah bt Murrah. Manakala Naufal pula adalah anak Abdul Manaf dari ibu yang lain iaitu Waqidah bt Amr Al-Maziniyyah.

Setelah kematian Abdul Manaf, urusan Siqayah dan Rifadah berada di tangan Hashim. Sementara Al-Mutallib pula diletakkan sebagai Zawil Qurba. Hubungan ini dibentuk pada zaman Jahiliyyah. Hubungan ini menjadikan Al-Mutallib adalah sekutu sumpah setia (Halif) buat Hashim. Keadaan ini membuatkan apabila Bani Hashim dikepung di Syiab dan diboikut, Bani Al-Mutallib masuk sekali. Bani Abdus Syams dan Bani Naufal tidak termasuk. Mereka malah bersama dengan kalangan yang memboikot Nabi Muhammad SAW kecuali yang masuk Islam dan beberapa di kalangan mereka. 

Seharusnya Bani Abdus Syams dan Bani Naufal bersama Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib menghadapi kepungan. Namun, hubungan adik beradik mereka tidak membawa ke arah itu. Mereka telah mengambil pihak yang salah dalam menindas sepupu sepapat mereka. Kerana itru Abu Talib pernah mengungkap rangkap Syairnya yang berbunyi:


 جزى الله عنا عبد شمس ونوفلا *** عقوبة شر عاجل غير آجل 

"Nanti Allah akan membalas dengan balasan yang buruk kepada Abd Syams dan Naufal lambat atau bangat"

Maka, atas keeratan hubungan dan kesetiaan masa Jahiliyyah dan kebersamaan setelah Islam, Bani Al-Mutallib dimasukkan sebagai Zawil Qurba dan mendapat darjat Ahlul Bait.


Satu hal yang perlu diambil perhatian, nasab dikira berdasarkan anak-anak lelaki. Adapun anak perempuan tidak diambil kira. Sebab itu anak Uthman bin Affan dengan puteri nabi ٌRuqayyah binti Rasulullah SAW iaitu Abdullah dan Zubair bin Al-Awwam tidak dainggap Bani Hashim miskipun ibu mereka adalah perempuan Bani Hashim. Itu kerana bapa mereka bukan Bani Hashim.

*Ibu Zubair bin Al-Awwam adalah Safiyyah bt Abdul Mutalib. Oleh itu Safiyyah adalah seorang Hasyimiyyah. Dia dan Hamzah bin Abdul Mutallib adalah saudara seibu dan sebapa. Ibu mereka bernama Halah bt Wuhaib ( Wuhaib/ Uhaib adalah saudara kepada Wahab, ayah Aminah ibu nabi). Mulanya dia berkahwin dengan Al-Harith bin Harbin bin Umayyah. Setelah itu dia berkahwin pula dengan Al-Awwam bin Khuwailid dan dapat anak namanya Zubair, Saib, Abdul Kaabah dan Ummu Habib.  Al-Awwam mati terbunuh dalam Perang Al-Fijar. Safiyyah sempat masuk Islam dan hijrah ke Madinah. Dia hidup sampai tahun ke 20H (zaman Khilafah Umar Al-Khattab ) . Kuburnya ada di Baqi'.



TOKOH QURAISY DALAM PEMBATALAN SAHIFAH PEMBOIKOTAN

Setelah 3 Tahun Nabi SAW bersama dengan Bani Hasyim dan Bani Al-Mutallib berdepan dengan masa-masa getir diboikot dan dikepung di Syiab, maka datanglah jalan keluar. Sahifah pemboikotan yang digantung di Kaabah telah dimakan anai-anai. lalu tampillah tokoh yang masihg kafir tapi simpati merintis jalan penamatan pemboikotan itu. Mereka ialah:

1) Hisyam bin Amru dari Bani Amir bin Lu'i-Dia adalah anak saudara kepada Nadhlah bin Hasyim bin Abdul Manaf.

* Ibunya bernama Zainab bin Abi Sarh bin Al-Harith iaitu ibu saudara kepada Abdullah bin Saad bin Abi Sarh yang pernah dihalalkan darahnya oleh Nabi di hari Fathu Makkah tetapi diselamatkan oleh Uthman bin Affan.

2) Zuhair bin Abi Umayyah bin Al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum ( Al-Makhzumi)

3) Abul Bahtari bin Hisyam bin Al-Harith bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai.

4) Mut'im bin 'Adi bin Naufal bin Abdul Manaf bin Qusai.

5) Zam'ah bin Al-Aswad

Zam'ah bin Al-Aswad bin al-Mutallib bin Al-Asad bin Abdul Uzza bin Qusai. Beliau digelar Abu Al-Hakimah, merupakan seorang tokoh Quraisy yang tergolong menentang Islam. Sungguhpun dia menolak dan menantang Islam, dia tercatat sebagai antara tokoh yang menyokong pembatalan Sahifah pemboikotan ke atas Bani Hashim dan Bani Al-Mutallib. Anaknya Al-Harith dan Yazid masuk Islam . Namun kerana tekanan Za'ah ayahnya, Al-Harith kembali murtad. Namun Yazid dapat menyelamatkan diri dan agamanaya dengan berhijrah ke Habsyah. Dalam Perang Badar, Zam'ah ikut serta bersama anaknya Harith, saudaranya Aqil, sahabatnya Abu Al-Bahtari dan Naufal bin Khuwailid bin Asad. Mereka terbunuh. Ada satu ayat yang diturunkan, kata para Mufassirin, ia memerihalkan kisah Harith bin Zam'ah iaitu Surah An-NIsa', ayat 97:

إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الْأَرْضِ قَالُوا أَلَمْ تَكُنْ أَرْضُ اللَّهِ وَاسِعَةً فَتُهَاجِرُوا فِيهَا فَأُولَئِكَ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَسَاءَتْ مَصِيرًا 




TOKOH SUFI JALALUDIN AR-RUMI

Nama lengkapnya adalah MUHAMMAD BIN MUHAMMAD BIN HUSSAIN BAHAUDDIN AL-BALKHI. Beliau lahir pada 6 Rabiul Awal tahun 604H =30 September 1207M di bandar Balkh yang pada hari ini berada dalam negara Afghanistan. Beliau lahir dalam keluarga yang mempunya hubungan perkahwinan dengan bangsawan kerajaan Khawarizmi. Ayahnya adalah seorang tokoh ulama Feqah Hanafi yang berani berkata benar walau di depan pemimpin yang zalim sehingga dikenali dengan gelaran SULTANUL ULAMA.

Nasabnya bersambung sehingag ke Abu Bakar As-Siddiq.

Jalaludin Ar-Rumi belajar dari beberapa tokoh ulama dan mengembara menuntut ulama. Beliau mendalami tasawwuf daripada Syeikh Muhyiddin Ibn Arabi dan muridnya Syeikh Sadruddin Al-Qanawi.

Jalauddin Ar-Rumi berubah menjadi seorang ahli tasawwuf yang mendalami hakikat dan batin setelah bertemu dan berguru dengan seorang guru berbangsa Parsi bernama Syamsuddin At-Tibrizi. Sementara sebelumnya, Jalauddin Ar-Rumi lebih kepada ilmu Syariah dan Akal yang mendominasi ketika itu.

Pada masa-masa berikutnya Jalaluddin Ar-Rumi dipanggil dengan sebutan Maulana dan dari situ terbentuklah tarikatnya yang dikenali sebagai Maulawiyyah yang mana cirinya adalah zikr dalam formasi bulatan 

Jalauddin Ar-Rumi meninggal pada tahun 672H di Qauniyyah yang terelatak di sebelah selatan Bandar Ankara, Turki.

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...