Monday, May 27, 2024

SENGKETA SAUDARA DEMI KEKUASAAN.

Khalifah Abdullah Al-'Adil  adalah anak kepada Abu Yusuf  Yaakob Al-Mansur Al-Muwahhidi, pemerintah kerajaan Al-Muwahhidun.

Tahun 621H=1224M keluarga pemerintah Muwahhidun mengangkat Abdullah Al-'Adil menjadi Khalifah dalam kerajaan Muwahhidun.

Beliau adalah satu daripada 16 anak lelaki yang ditinggalkan oleh Khalifah Abu Yusuf Yaakob Al-Mansur.

Ketika saudaranya Muhammad An-Nasir naik tahta, Abdullah Al-Adil telah dilantik menjadi 

Antara semua anaknya itu, 3 orang dapat menapak naik tahta kekuasaan iaitu:

  1. Muhammad An-Nasir (1199-1213M)
  2. Abdullah Al-'Adil (1224-1227M)
  3. Abu Al-'Ala' Idris Al-Ma'mun (1227-1232M)
Sampai khabar kepada Abdullah Al-'Adil bahawa pakciknya yang bernama Abdul Wahid yang memegang tampuk kekuasaan di Murakesh telah digulingkan dan dia dicalonkan sebagai pengganti. Ketika itu dia menajdi gabenor mewakili kerajaan Muwahhidun di sebelah timur Andalusia. Maka, beliau pun balik ke Murakesh dan kekuasaan di Andalusia itu diserahkan kepada adiknya Abu Al-'Ala' Idris Al-makmun. Namun, Abdullah Al-'Adil tidak dapat bertahta dengan tenang. Berlaku banyak ujian dan fitnah yang membawa kepada tuntutan dia berundur. Namun, dia enggan. Dalam masa yang sama, saudaranya di Andalus bertambah kuat dan pengaruhnya meneguh. Ketika ini, kerajaan Muwahhidun pada realitinya telah menjadi 2 blok. Blok Afrika Utara berpusat di Murakesh dan Blok Andalusia berpusat din Seville. Dalam keadaan demikian Abdullah Al-Adil dibunuh dan diangkat Yahya bin Muhammad An-Nasir sebagai khalifah Muwahhidun. Abu Al-'Ala' tidak duduk diam dan dia bernagkat ke Murakesh dengan pasukannya dan dibantu prajurit Nasrani.

Catatan: Tahun 620H, Abu Yaakob Yusuf Al-Mustansir (khalifah ke-5 Muwahhidin) wafat tanpa meninggalkan pewaris. Beliau juga dikenali sebagai Abu Yusuf Ke-2.Dia menjadi khalifah selepas ayahnya An-Nasir pada tahun 1213M hingga 1224M. Maka Dewan Senior Muwahhidun memilih Abu Muhammad Abdul Wahid bin Yusuf  bin Abdul Mukmin sebagai pengganti. Namun, di Andalusia , gabenor di Murcia, iaitu Abdullah Al-'Adil tidka mnyetujuinya dan menuntut jawatan khaliufah untuk dirinya.Dia dan saudara-saudaranya ketika itu memegang kendili pimpinan di kota-kota Andalusia seperti di Cardoba, Granada dan Seville.

Para Syeikh Muwahhidun pun memecat Abdul Wahid dan mengatur rancangan hingga membunuhnya. Ia berlaku pada tahun 621H. Maka ketika itu Abdullah Al-'Adil pun menyemberang menuju Muerakesh untuk dibai'ah sebagai khalifah seterusnya. Abdullah Al-Adil tidak tenteram atas kerusi kekuasaan. Adiknya Abu Al-'Ala' di Andalusia memberontak dna menuntut kekhilafahn buat dirinya. Dalam suasana sedemikian, para Syeikh Muwahhidun merencanakan pembunuhan atas Abdullah Al-Adil. Mereka selanjutnya mengangkat Yahya Al-Muktasim  bin Muhammad An-Nasir (anak saudara Abdullah Al-'Adil) sebagai khalifah. Saat itu dia masih kanak-kanak. Maka , Abu Al-'Ala' Idris Al-Makmun dengan pasukannya menyemberang ke Murakesh. Dia bantu oleh raja Ferdinand III. Yahya Al-Muktasim lari dan berjuang secara gerilya dari gunung ganang di Maghribi dan bergerak di bawah nama Mazhab Ibn Tumart.

Abu Al-Ala' Idris Al-Makmun merupakan gabenor di Seville pada masa Abdullah Al-Adil dingkat sebagai Khalifah Muwahhidun di Murakesh. Tidak lama, saudaranya Abdullah Al-Adil mati dibunuh di Marakesh. Maka dilantik anak saudaranya yang bernama Yahya bin An-Nasir yang bergelar  Al-Mu'tasim sebagai penerus. Di Andalus, penduduknya menyokong Idris Al-Makmun. Ini membuatkan berlaku pecahan dalam kerajaan Muwahhidun. Di Maghribi , Khalifahnya adalah Al-Mu'tasim dan di Andalus  khalifahnya adalah Al-Makmun. Maka Idris Al-Makmun pun membawa pasukanya ke Murakesh dan dibantu oleh askar tambahan dari raja Kristian yang bernama Ferdinand III. Al-Muktasim berjaya digulingkan dan dia melarikan diri. Lalu duduklah Idris Al-Ma'mun sebagai atas singgahsana sebagai Khalifah.di Murakesh. Tujuan penyerangan ini  juga buat menuntut bela atas kematian saudaranya Abdullah Al-'Adil.

Orang yang dipanggil Abu Al-'Ala' Idris Al-Makmun  ini, sangat menyimpan dendam kepada Dewan Senior Muwahhidin. Disebut Para Syeikh Muwahhidin. Apabila dia berkuasa, dia membuat tangkapan dan membunuh mereka Disebutkan dalam catatan sejarah bahawa dia membunuh lebih seratus syeikh dalam rangka menamatkan pengaruh syeikh dalam kerajaan Muwahhidin ini. Pengaruh Syeikh tersebutlah yang membuat pergolakan politik dalam kerajaan Muwahhidin.


Beliau yang telah menelan jasa Ferdinand III raja Castella itu telah membuat beberapa kesepakatan antaranya dibenarkan pembinaan sebuah gereja besar di Murakesh , pembenaan baret tenteranya serta hak keluar masuk orang Nasrani ke bumi Maghribi. Diletakkan juga syarat, jika tenteranya masuk ISlam, keislaman mereka tidak boleh diterima.Persetujuan juga dibuat untuk menyerahkan 10 Kota yang ada di Seville.
Sumber: Wiki

Namun, untuk berlaku adil, perlu disebutkan juga sifat-sifat mulianya. Beliau seorang yang mencintai ilmu dan banyak sumbangannya dalam memperkembangkan pengajian hadis Bukhari dan Muslim serta Mazhab Maliki dalam kerajaan. Beliau juga dengan rasminya telah mengistiharkan babas daripada akidah Ibn Tumart. Dia membuang beberapa bid'ah yang dibuat sejak zaman Ibn Tumart , antaranya menyebutkan dalam azan Subuh ": Asbaha Lillahi Wal Hamd". Khutbah-khutbah juga dihentikan daripada menyebut nama Al-Mahdi Ibn Tumart. Nama Al-Mahdi Ibn Tumart juga dihapuskan daripada cetakan matawang. 

 Ini adalah isi dekri yang ditulis olehnya untuk diberikan ke seluruh wilayah kekuasaannya:
«من عبد الله إدريس أمير المؤمنين ابن أمير المؤمنين ابن أمير المؤمنين ،
إلى الطلبة والأشراف والأعيان والكافة، ومن معهم من المؤمنين والمسلمين أوزعهم شُكر أنعمه، ولا أعدمهم طلاقة أوجهِ الأيام الِوسام. وإنا كتبناه إليكم ـ كتب الله لكم عملا مُنقادا، وسعدا وقَّادا، وخاطرا سليما، لا يزال على الطاعة مُقيما، من حضرة مراكش ـ كلأها الله تعالى ـ وللحق لسان ساطع، وحسام قاطع، وقضاء لا يرد، وباب لا يسد، وظِلالٌ على الآفاق تمحو النفاق وبعد: فالذي نوصيكم به تقوى الله العظيم، والاستعانة به، والتوكل عليه. ولتعلموا أنا نبذنا الباطل وأظهرنا الحق، 

وأن لا مهدي إلا عيسى بن مريم، روح الله، وما سمي: مهديا إلا لأنه تكلم في المهد. فتلك بدعة قد أزلناها، والله يعيننا على هذه القلادة التي تقلَّدناها. وقد أزلنا لفظ العصمة عمن لا تثبت له عصمة، فلذلك أزلنا عنه رسمه، فيمحى ويسقط ولا يثبت. وقد كان سيدنا المنصور ـ رضي الله عنه ـ هم أن يصدع بما به الآن صدعنا، وأن يرقع للأمة الخرق الذي رقعنا، فلم يُساعده لذلك أملُه، ولا أجَّله إليه أجلُه، فقدم على رأيه بصدق نية وخالص طِوَّية. وإذا كانت العصمة لا تثبت عند العلماء للصحابة، فما الظنُّ بمن لم يدِر بأي يدٍ يأخذ كتابَه. أُفٍّ لهم قد ضَلوا وأَضَلُّوا، ولذلك َولُّوا وذُلُّوا، ما تكون لهم الحجة على تلك المَحَجَّة؟!.

اللهم اشهد أنا قد تبرأنا منهم تبرؤ أهل الجنة من أهل النار، ونعوذ بك ياجبارُ من فِعْلِهم الّرَّثِيثِ، ولأَمِرهم الخبيث.

إنهم في المعتقد من الكفار، وإنا نقول فيهم كما قال نبيك عليه السلام ( رب لا تذر على الأرض من الكافرين ديارا). والسلام على من اتبع الهدى واستقام


Dari Abdullah Idris, Amirul Mukminin, anak Amirul Mukminin, anak Amirul Mukminin, Kepada murid-murid, orang-orang yang mulia, orang-orang ternama, dan semua orang, serta orang-orang yang bersama mereka dari kalangan orang-orang yang beriman dan orang-orang Islam, saya panjatkan kesyukuran atas kurniaan-Nya, dan saya tidak menghalang mereka daripada kefasihan hari-hari kehormatan. Dan kami telah menulisnya kepada anda - Tuhan telah menulis untuk anda tindakan yang tunduk, fikiran yang gembira dan teguh, fikiran yang sihat, seseorang yang terus kekal dalam ketaatan, dari kehadiran Marrakesh - semoga Tuhan Yang Maha Kuasa memberkatinya - dan kebenaran mempunyai lidah yang terang, ketetapan yang tegas, penghakiman yang tidak ditolak, pintu yang tidak terhalang, dan bayang-bayang di kaki langit yang menghapuskan kemunafikan dan kemudian: Apa yang kami anjurkan kepada kamu ialah takut kepada Tuhan Yang Maha Esa, minta pertolongan-Nya, dan bertawakkal kepada-Nya. Supaya kamu mengetahui bahawa kami telah mendustakan yang batil dan telah mendedahkan kebenaran.
Dan bahawa tidak ada Mahdi selain Isa putera Maryam, Ruh Allah, dan dia tidak dipanggil Mahdi melainkan kerana dia bercakap dalam buaian. Ini adalah satu inovasi yang telah kita hapuskan, dan Tuhan akan membantu kita dengan rantai yang telah kita tiru ini. Kami telah menghilangkan perkataan maksum daripada orang yang tidak terbukti maksumnya, maka Kami cabut sebutannya daripadanya, maka ia terhapus, digugurkan, dan tidak terbukti. Tuan kami Al-Mansour - semoga Tuhan meridhainya - berniat untuk membuka keretakan kami dengan apa yang berlaku sekarang, dan menambal bangsa itu pelanggaran yang kami lakukan terhadapnya, tetapi harapannya tidak membantunya, dan tidak masanya menangguhkannya kepadanya, maka dia mengemukakan pendapatnya dengan niat yang tulus dan ikhlas. Jika maksum para sahabat tidak dibuktikan oleh para ulama, maka bagaimana pula pendapat seseorang yang tidak tahu di tangan mana hendak mengambil kitabnya? Apakah masalah mereka sehingga mereka telah sesat dan telah disesatkan, dan kerana itu mereka telah berpaling dan dihinakan?
Ya Allah, aku bersaksi bahwa kami telah mengingkari mereka sebagaimana ahli Syurga mengingkari ahli neraka, dan kami berlindung kepada-Mu, wahai Yang Maha Kuasa, dari perbuatan keji dan kejelekan mereka. Dalam keimanan, mereka adalah orang-orang kafir, dan kami katakan tentang mereka sebagaimana Nabimu saw bersabda (Ya Tuhanku, janganlah Engkau biarkan di bumi ini rumah orang-orang kafir). Salam sejahtera bagi orang yang mengikuti petunjuk dan lurus

( Rujuk Kitab Al-Bayanul Maghrib Fi Akhbaril Andalus  Wal-Maghrib , Ibn Al-'Uzari Al-Murakeshi, ms 286, Cetakan 1985 Darul Maghribi Al-Islami, Beirut)


Idris Al-Makmun mengatur pemerintahan dari Murakesh. Namun, di Sabtah, bangkit pula saduaranya sendiri, Abu Musa Imran bin Yaakob melawannya. Lalu Al-Makmun memimpin pasukannya buat memadamkan pemberontakan saudaranya itu. Malangnya di Kota Murakesh, Yahya bin Nasir kembali dengan para penyokongnya untuk kembali mengambil alih kekuasaan. Al-Makmun , setelah memadamkan pemberontakan saudaranya di Sabtah, patah balik ke Murakesh. Ajal Allah datang menjemputnya. Dalam perjalanan balik dia meninggal iaituy tahun 630H. Anaknya Abdul Wahid Ar-Rasyid menggantikannya dengan segala beban yang perlu ditanggung.

Mampukah dia?

Tak akan mampu. Khalifah Abu Al-'Ala' Idris adalah khalifah terakhir bagi kerajaan Muwahhidin. Ini kerana ketika itu, (tahun 667H-1269M) telah bengkit satu kerajaan lain dan menumbangkan kerajaan Muwahhidin Ia adalah Kerajaan Bani Marin dan pemimpinnya disebutkan nama Abu Yusuf Yaakob Al-Mansur Al-Mariniyyah. 9 Muharram 668H, beliau masuk dan menguasai Murakesh.

Cerita keadaan pemerintahan Al-Muwahhidin ini memberi gambaran kepada kita bagaimana berlakunya kebobrokan dalam keluarga pemerintahan. Di sini, kelemahan bertambah akibat perebutan kuasa. Dalam memanjat tangga kekuasaan , bantuan Nasrani diambil dan ia tidak percuma. Budi yang ditanam ada harganya. Raja Kristian makin bijak dalam politik sedangkan raja Muslim sibuk berebut kuasa. Padahal kuasa sudah di hujung tanduk. Tanah Andalusi sudah menjadi seperti ladang lalang kering yang menunggu masa untuk disambar api marak di sekitarnya.

La haula Wala Quwwata Illah Billah!

Rupanya, kejatuhan Andalus adalah serangkaian cerita yang bercampur gelut politik yang tidak berkesudahan. Ummat yang rugi. Khazanah Islam yang siirna. Sirna keluarga pemerintahan boleh digalang ganti. Namun , sirna khazanah, tamadun dan maruah ummat, tiada galang gantinya.

Sunday, May 26, 2024

MUHAMMAD BIN YUSUF BIN HUD AL-JUZAMI

 Pada 29 Julai 1236, Ibu Kota Pemerintahan Islam di Andalus ketika Daulah Bani Umayyah Andalusia berkuasa,  Cardoba, jatuh ke tangan Raja Ferdinand III, raja Castella.

Dalam kisah kejatuhan Kota Cardona ini, ada satu nama yang penuh perjuangan yang perlu kita kenang iaitu Muhammad bin Hud Al-Juzami. Beliau digelar Helang Andalus Ke-2 setelah sebelumnya seorang yang bernama Abdurrahman Ad-Dakhili Al-Umawi digelar Helang Pertama.

Beliau adalah seorang yang berketurunan Bani Hud, iaitu sebuah keluaga elit pemerintah di Andalusia yang bersambung salasilahnya sampai kepada Juzam bin Qahtan. Keluarga ini, pada masa kekuasaan raja-raja Tawa'if (Raja-raja puak) , memegang kekuasaan di Zaragoza, Lleda dan juga bahagian Timur Laut  Andalusia yang dikenali sebagai Kawasan Benteng Utara.

Pada saat kekuasaan Al-Muwahhidin  di Murakeash sudah melemah, perang saudara belaku di kota Valencia akibat perebutan kekuasaan antara keluarga kerajaan Muwahhidun, maka Muhammad bin Hud bangkit dengan cara tersendiri. Dia memberontak dan ia bermula di Sukhairat, sebuah kawasan di Morocco dan beredekatan dengan Murcia.

Dari Sukhairat, dia maju dan menawan Murcia. Di sana , Sayyid Abu Al-Abbas bin Abi Imran Musa bin Yusuf bin Abdul Mukmin dikalahkan dan ditawan Lalu, Muhammad bin Hud telah menyampaikan khitbah di Murcia bahawa dia berwala' kepada Khalifah Al-Mustansir di Baghdad. Dengan kata lain, dia punya misi agar Andalus disatuykan di bawah satu Khalifah Umat Islam yang berpusat di Kota Baghdad.

Berikutan itu, Abu Zaid bin Muhammad bin Abi Hafsin yang menjadi gabenor di Syatibah (Xativa) bin Abdul Mukmin menggerakkan pasukan tenteranya untuk melawan Muhammad bin Hud, namun dia kalah dan balik ke Syatibah dengan kekecewaan. Dia minta tolong kepada gabenor Seville, Idris Al-Ma'mun Al-Muwahhidi. Pun, dia kalah berdepan dengan Muhammad bin Hud.

Namun, pada tahun 635 H, Muhammad bin Hud meninggal di Almeria yang terletak di Selatan Andalus. Muhamamd bin Hud, ketika berdepan dengan siri-siri kegagalan menghadapi lawannya, dia berundur sampai ke Almeria yang mana ketika itu berkuasa selaku gabenor di sana ialah Wazir Abu Muhammad bin Abdullah bin Muhammad bin Abdul Malik Al-Umawi Ar-Ramimi. Muhammad bin Hud didapati mati dalam bilik mandi dan dikatakan dia dibunuh oleh WazirAbu Muhammad Ar-Ramimi itu.


Bacaan: Youm7

Thursday, May 23, 2024

JATUHNYA CARDOBA

 Cardoba adalah salah satu kota dalam pemerintahan Islam di Andalus. Ia adalah ibu Kota Pemerintahan untuyk zaman-zaman kegemilangan Islam di sana.

Perkisahan mengenai kejatuhannya elok dimulakan dengan menyebut mengenai kekalahan pasukan tentera kerajaan Muwahhidin pada tahun 609H dalam Perang Al-Iqab. Itulah taufan pertama yang membadai menjadi awal kepada hilangnya tanah Andalus dari tangan kaum Muslimin.

Maka, pada 23 Syawal 633H, jatuhlah Cardoba ke tangan tentera Kristian di bawah kerajaan Castella.

Ia menjadi tragedi luka buat umat Islam sepanjang zaman.

Masjid besar di Cardoba hari ini sudah bertukar menjadi gereja.

Pada masa-masa menuju kejatuhan Cardoba, banyak pemberontakan dan peperangan terjadi. ianya termasuk peramng saudara. Perang melepas diri dari kekuasaan Muwahhidin dan juga perang berlawan Kerajaan Castella. Aragun dan Leon

Kemunculan Muhammad bin Hud Al-Juzami yang menarik banyak sokongan dan membawa asobiyyah menjadi rencah yang merumitkan lagi keadaan.

Dia membuat kempen perang melawan Muwahhidin dan mengembalikan wala' kepada Abbasiyyah di Baghdad. Dia berjaya menumpaskan kekuasaan Muwahhidin di Valencia (Balansiyyah) pada tahun 1228M

Setahun lepas itu, penduduk Seville (Isybaliyyah) pula buat hal. Mereka bangkit menentang kekuasaan Muwahhidin.dan menumpahkan wala' kepada Ibn Hud. Semua ini terjadi di tengah kebimbangan kota-kota ISlam terhadap ancaman pihak Kristian.

Perkembangan ini memang dinanti dan diharapkan oleh raja-raja Kristian di Spanyol.

Ada 3 raja mereka waktu itu:

1) Fernando III (Raja Castella)

2) James II( Raja Aragon)

3) Alfonso IX ( Raja Leon)



Gabenor kerajaan Muwahhidin di Cardoba yang bernama Abu Ar-Rabi' telah dibunuh dan selepas itu Kepimpinan di Cardoba bolak balik antara hendak menyong Ibn Hud atau Ibn Ahmar. Penduduk cardoba terbelah dua. Dengan kata lain ketika ada dua parti yang bertentangan. Merreka berkhilaf sama aa nak sokong Ibn Hud atau Ibn Ahmar. Puak yang nak sokong Ibn Hud lebih ramai.  Dalam keadaan begini, masing-masing caro dokongan untuk kuatkan kecenderungan. Tak kiralah siapa. Raja Castellah yang Kristian itu pun jadi tempat minta dokongan.


Dalam keadan demikiansegerombolan pasukan Castellah telah menyerang salah satu antara lima kota dalam Cardoba serta mengambil alihnya.



Bacaan sokongan: Arabicpost.net

Wednesday, May 22, 2024

IMAM SYU'BAH BIN AL-HAJJAJ

Beliau adalah Abu Bistom Syu'bah bin Al-Hajjaj bin Al-Wardi Al-'Ataki

Lahir di Kota Wasit , Irah pada tahun 82H , iaitu padsa zaman kekhalifahan Abdul Malik bin Marwan.

Beliau kemudiannya berpindah dan tinggal di Basrah sehingga wafat di sana pada tahun 160H

Syu'bah mendalami hadis sejak kecil. Ditambah pula ayahnya sendiri adalah seorang ulama yang mendalami ilmu hadis. Ibunya selalu mendorongnya untuk belajar hadis. Dua saudaranya mendokongnya dengan mendorongnya sepenuh amsa dalam mempelajari ilmu hadis , lalu memberinya belanja dan menjauhkannya dari beban kerja menyara hidup.

Maka , Syu'bah banyak mendengar hadis dari sahabat-sahabat nabi SAW seperti Anas bin Malik dan Amru bin Salamah Al-Jurmi. Belia memetik ilmu hadis dari lebih 400 orang Tabi'in seperti Ibn Sirin, Qotadah bin Di'amah, Amru bin Dinar, Yahya bin Abi Kathir, Ayub Sakhtiyani dan Hasan Al-Basri.

Menurut Sufyan As-Tsauri, Syu'bah adalah Amirul Mukminin dalam ilmu hadis.




Imam Al-Qa'nabi

Namanya Abdullah bin Maslamah bin Qa'nab Al-Harithi

Asal Madinah tapi tinggal di Basrah

Lahir selepas tahun 130H

Dibilang sebagai murid Imam Malik

Imam Muslim mengambil hadis daripadanya.

Kata Imam Az-Zahabi beliau adalah antara murid Imam Malik yang paling terperaya dalam meriwayatkan Muwatto' Imam Malik.

Ulama Basrah

Minum nabiz

Kisah Taubat Qa'nabi

Masa muda, Qa'nabi tenggelam dalam kelalaian dan mabk-mabuk Nabiz. Ada kisah taubatnya. Satu hari dia nampak ada kumpulan ramai lalu. Sangkanya khalifah lalu. Bila ditanya siapa yang lalu, kata orang di situ Syu'bah.

"Siapa Syu'bah?", tanya lantaran tidak kenal Syu'bah.

"Muhaddith"!" suara menjawab.

( Namanya Syu'bah bin Al-Hajjaj, seorang Tabi'in yang yang terkenal dalam meriwayatkan hadis)


Qa'nabi mencari peluang bertemnu Syu'bah dan akhirnya dia dapat peluang.

"bacakan hadis untukku!"katanya selamba

Syu'bah melihatnya dan dengan penampilannya itu Syu'bah tidak mudah-muda bacakan hadis nabi untuknya.

"Kamu bukan ahlinya!

Qa'nabi mengeluar pisau dan mengancam.

"Bacakan hadis atau aku lukakan kamu!"


Syu'bah menatapnya . Seorang seperti Syu'bah, punya firasat yang tajam.


lalu dia bacakan hadis nabi untuk Qa'nabi.

Katanya: telah menceritakan kepadaku Mansur bin Rib'i daripada Abu Mas'ud Al-Badri bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

إنَّ مما أدرَكَ الناسُ من كلام النبوة الأولى إذا لم تستحي فاصنعْ ما شِئْتَ

Qa'nabi, tersentak dengar hadis itu. Pisau di tangannya jatuh. Dia insaf dan berazam untuk tinggalkan segala maksiat yang dia buat.


Dia balik rumah, tuang segala arak, hancurkan alat muzik, tinggalkan teman-teman jahatnya dan merantau ke Madinah lalu berguru dengan Imam Malik dan melaziminya 30 tahun. Dia bersungguh-sungguh dan ikhlas sehingga dia dianggap perawi paling saheh bagi Muwatta' Malik mengatasi tokoh besar lain termasuk tokoh Mazhab Hanafi Muhammad bin Al-Hasan Asy-Syaibani dalam periwayatan Muwatta'.


Hadis yang dibacakan Syu'bah telah menjadi titik mula perubahan Qa'nabi. Mungkin Syu'bah pun tidak menduga ia akan memberi kesan besar buat Qa'nabi. Dia hanya baca ikut kesesuaian ornag yang meminta. Tapi, siapa tahu? Bukan kita yang mengatur hati manusia. Hidayah datang dari Allah. Sentuhan kita yanh tidak seberapa kekadang memberi kesan yang amat besar. Malah, di kala kita bersungguh-sungguh menyemai jail, jail tidka menjadi bagaikan menuang air padang pasir. Padi yang kita tanam lalang yang tumbuh.


Setelah lama di madinah, Qa'nabi balik ke basrah dan dia mendapat tahu bahawa Syu'bah telah meninggal. Maka, dia tidak mendengar hadis lain dari Syu'bah kecuali hadis yang satu itu.

Tonton : Video

Perhatian: Kisah mengenai taubat Qa'nabi di atas, diengkari kesahihannya oleh  Imam Az-Zahabi.

Namun, kisah sebagaimana dalam plot di atas diriwayatkan oleh Ibn Qudamah dalam Kitab At-Tawwabin

Qa'nabi meninggal tahun 221H


IMAM AL-QURTUBI

Nama penuhnya adalah ABU ABDULLAH MUHAMMAD bin AHMAD bin ABU BAKAR bin FARH AL-ANSARI AL-KHAZRAJI Al-ANDALUSI , seorang mufassir yang ulung.

Tiada catatan jelas tentang tahun kelahirannya. Kitab Mausu'ah Al-Arabiyyah mencatat bahawa beliau lahir pada tahun 600H.

Beliau lahir dan membesar di Cardoba dan pada masa itu ia berada di bawah kekuasaan Kerajaan Muwahhidin. Kekuasaan Muwahhidin berlangsung sehingga tahun 633H . Selepas itu Cardoba dikuasai Perancis dan Al-Qutubi berhijrah dan tinggal di Mesir.

Pada masa ddia membesar di Cardoba, kota itu merupakan kota ilmu. Banyak ulama di sana dan kitab-kitab ulama mudah didapati di sana. Dalam suasana sebeginilah Al-Qurtubi membesar dan mencanai mindanya sebagai ilmuan Islam yang ulung.

Imam Az-Zahabi menyebutkan tentangnya:

إمام متقن، متبحِّرٌ في العلم، له تصانيف مفيدة، تدل على إمامته، وكثرة اطلاعه، ووفور فضله


Guru-guru AL-Qurtubi:

Guru-gurunya di Andalus:

1) Ibn Abi Hujjah

2) Ibn Ubay Rabi' bin Ahmad bin Rabi' Al-Asyawiy

3) Qadhi Abu hasan Ali bin Qatral (Ibn Qatiral) Faqih Maliki.

Guru-gurunya di Mesir

1) Abu Abbas Al-Qurtubi-Tuan punya Kitab Al-Mufhim Lima Asykala Min Talkhis Kitab Muslim

2) Abu Muhammad Abdul Wahab bin Rawwaj

3) Ibn Al-Jamizi

4) Al-Hasan Al-Bakri


Di  Mesir, dia  tinggal di Munyah Al-Khasib

Ketika Cardoba jatuh, dia masih di sana dan dia meninggalkannya 

Beliau meninggal di Munyah Al-Khasib pada 9 Syawal 671H


Kitab-kitab Imam Al-Qurtubi:

1) Bidang tafsir-Al-Jami' Li Ahkamil Quran ( Tafsir Qurtubi)

2) Tazkirah Bi Ahwalil Mauta Wal Akhirah.

3) At-Tizkar Fi Ahwalil Azkar

4) Al-Asna Fi Syarhi Asmail Husna



Baca: Alukah.net

Sumber: IslamwayIslamway

Ummu Jamil

Ummu Jamil adalah isteri kepada Abu Lahab atau nama sebanarnya Abdul Uzza.

Nama sebenarnya adalah Arwa bt Harbin bin Umayyah bin Abdus Syams bin Abdul Manaf.

dengan Abu Lahab Ummu Jamil dapat anak bernama Utbah dan Utaibah

Dialah wanita Hammalatal Hatab yang disebutkan dalam Surah Al-Masad

Ayat Quran dari Surah Al-Israk, ayat 45 ditafsirkan oleh Mufassirin, antaranya Imam Ibn Kathir, bahawa ia berkaitan pristiwa Ummu Jamil menari-cari nabi Muhammad di kawasan kaabah tetapi tidak melihatnya. 

Ayatnya berbunyi:


وَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ بِالْآخِرَةِ حِجَابًا مَّسْتُورًا


(Rujuk tafsir

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...