Friday, September 29, 2023

Mubasyyirat Kelahiran Nabi SAW

 Al-Baihaqi menitipkan di dalam kitabnya Dalailun Nubuwwah dengan sanadnya yang sampai kepada Abu Zur'ah bin Saif Yazan, bahawa apabila Saif Zi yazan telah berjaya mengalahkan penjajahan Habsyah atas Yaman dan dia menjadi raja di Yaman, maka berdatangan para rombongan pemuka Arab kepadanya. Mereka ingin mengucapkan tahni'ah kepadanya. Termasuk yang datang itu adalah para pemuka Quraisy yang diketuai oleh Abdul Mutallib. Peristiwa itu adalah 2 tahun selepas kelahiran nabi Muhammad SAW.

Abdul Mutalib dan rombongannya berada di Yaman sebagai tetamu raja Saif Zi Yazan selama sebulan. Dalam tempoh tersebutm berlaku dialog antara Saif Zi Yazan dengan Abdul Mutalib secara peribadi. Saif Zi yazan menceritakan apa yang di tahu bersumberkan kitab-kitab yang dibacanya bahawa seorang pemimpin manusia akan lahir dari keturunan Abdul Mutalib atau pun dia sudah dilahirkan. Lalu disebutkan namanya  dan sifatnya yang meyebabkan Abdul Mutalib tahu bahawa cucunya Muhammmad bin Abdullah, itulah yang dimaksudkan oleh Saif Zi Yazan.

Abdul Mutalib pulang dari Yaman membawa kesedaran itu. Kesedarran bahawa cucunya itu adalah pemimpin masa depan yang akan menyatukan Arab. Dia merahsiakan hal itu dari pemuka-pemuka Quraisy yang lain. 

Dalam kesempatannya, Abdul Mutalib pernah berkata kepada rakan-rakan serombongannya setelah balik ke makkah. Ketika itu Saif Zi Yazan telah meninggal.( Saif Zi Yazan meninggal sebelum cukup setahun daripada kepulangan Abdul Mutallib dna rombingannya yang melawat Saif Zi Yazan).

Kata Abdul Mutallib:

Hai sekalian Quraisy, janganlah kalian rasa cemburu dan dengki kerana banyaknya hadiah yang diberikan Saif Zi Yazan kepadaku, Ketahuilah semuanya itu akan habis juga nantinya. Tetapi,. cemburu dan dengkilah kepadaku apa yang kekal untukku dan keturunanku sebagai satu kebanggan  yang menjadi sebutan.

Ketika mereka bertanya: Apa maksudmu hai Abdul Mutallib?

Kata Abdul Mutalllib: Kelak nanti kalian akan tahu biarpun lama masanya yang kalian perlu tunggu!

Kisah Berita gembira daripada Saif Zi yazan tentang kelahiran nabi Muhammad SAW adalah satu amntara sekian banyak kisah-kisah seumpamanya. Kelahiran nabi SAW adalah peristiwa besar buat alam ini. Sebagaimana lazim satu peristiwa yang akana terjadi dalam dunia ditandai dengan satu-satu tanda, maka demikianlah peristiwa kelahiran Nabi SAW. Lihatlah, kalau nak berlaku hujan, ada tandanya. Kalau nak kemarau, ada tandanya. Kalau Tsunami akan terjadi, juga didahului tandanya. Kejadian-kejadian tersebut tidaklah lebih besar dari peristiwa kelahiran Nabi akhir zaman.

Ada banyak kisah yang menjadi dalil kebangkitan nabi akhir zaman.Antaranya yang lain  dan boleh disenaraikan di sini:

1) KIsah Salman Al-Farisi

2) Kisah Maisarah bersama Rahib An-Nastur di Syam

3) Kisah Tubba' raja Yaman yang hampir menyerang Yathrib tetapi dinasihati membatalkan hasratnya.

4) Kisah pendeta Yahudi dari Syam datang ke Yathrib bernama Ibn Alhaiban(Rujuk cerita: Islamqa)

5) Kisah Rahib bernama Aison yang berpesan kepada ornag-orang Makkah (Rujuk cerita: Islamqa)



Wednesday, September 27, 2023

Muzaffiruddin Kukuburi


Beliau adalah putera kepada pemerintah Kota Irbil, Zainuddin Ali bin Baktakin.  Beliau lahir pada 27 Muharram tahun 549H. Beliau membesar di bawah didikan ayahnya itu dan ayahnya melantik guru-guru yang berkebolehan untuk mendidik Muzaffiruddin Kukuburi. 

Gelaran Kukuburi pada namanya membawa maksud " Serigala Hijau" kerana keberanian dan keunggulannya.

Pada ketika kematian ayahnya, usianya baru 14 tahun. Dia menggantikan ayahnya sebagai pemerintah Irbil. Namun, kerana usianya masih muda, kendali pemerintahan dipegang oleh wasi ayahnya yang bernama Mujahiduddin Qaimaz. Bila menganjak dewasa , Muzaffiruddin Kukuburi menuntut agar dia diberi wewenang sepenuhnya, tetapi Mujahiduddin Qaimaz keberatan, malah, dia mengalihkan kuasa kepada adik Muzaffiruddin Kukuburi yang bernama Zainuddin Yusuf.

Maka, Muzaffiruddin Kukuburi pun lari ke Mosul dengan harapan mendapat bantuan mengambil semula kekuasaannya yang hilang. Raja Mosol, Saifuddin Ghazi II tidak mahu membantunya kembali berkuasa di Irbill, lalu ditawarkan kepada Muzaffiruddin wilayah Haran sebagai ganti. Maka, antara tahun 569H hingga 578H, Muzaffiruddin Kukuburi pun mentadbir Haran bagi pihak raja Mosul.

Dalam keadaan demikian, nama Salehuddin Al-Ayubi menjadi terkenal kerana penglibatan dan misi peperangannya melawan pasukan Salib. Dia mahu mengumpulkan sokongan raja-raja Islam di wilayah Syam untuk menyertainya menghalau pasukan Salib daripada Baitul Maqdis. Maka seruan Salehuddin disambut oleh Muzaffiruddin Kukuburi dan dia membawa Haran keluar dari Mosul dan pindah walak kepada Salehudiin. Demikian juga Zainuddin Yusuf, adiknya, membawa Irbil walak kepada Salehuddin.

Muzaffiruddin menyertai Salehuddin Al-Ayubi dan menjadi orang kuatnya. Salehuddin Al-Ayubi menyayanginya lalu dikahwinkan dengan adik perempuannya yang bernama Rabi'ah Khatun.

Muzaffiruddin Kukuburi menyertai Salehuddin dalam peperangan penting melawan Pasukan Salib. Peristiwa taktik membakar hasyish (Sejenis daun yang memabukkan) dan membiarkan asapnya ditiup angin kepada tentera Salib dan membuatkan kekalahan teruk Salib dalam peperangan, adalah dikatakan buah fikiran Muzaffiruddin Kukuburi

Muzaffiruddin Kukuburi sentiasa berada di samping Salehuddin Al-Ayubi dalam misi peperangan melawan pasukan Salib sehinggalah Salehuddin Al-Ayubi mencapai perjanjian damai dengan Richard The Lion Heart, raja Inggeris pada bulan Sya'ban 588H. Selepas itu Muzaffiruddin Kukuburi pulang ke negerinya dan kemudian mengambil alih kekuasaan ke atas Irbil bila adiknya meninggal pada tahun  586H. Di Irbil, Muzaffiruddin Kukuburi memperlihatkan kehebatannya pada sisi yang lain selain medan perang. Dia menjadi pentadbir yang cemerlang dan memasukan kegembiraan serta kepuasan di hati rakyat Irbil dengan pembinaan pelbagai kemudahan buat rakyat seperti hospital, memajukan lapangan pertanian dan perniagaan. Sementara dia sendiri mengambil jaklan hidup yang zuhud dan berpada.



Muzaffiruddin Kukuburi  memerintah Irbil agak lama iaitu lebih 50 tahun. Sehinggalah dia meninggal pada usia 82 tahun, iaitu hari Rabu 14 Ramadhan tahun 630H. 

Muzaffirudin Kukuburi mewasiatkan sebelum dia meninggal agar jasadnya dikebumikan di Makkah. Ketika dalam perjalanan membawa jenazahnya untuk dikebumikan di Makkah, rombongan pembawa jenazahnya mendpaat khabar bahawa di Makkah sedang mengalami masalah kekurangan air. Maka jenazahnya di bawa berpatah balik dan akhirnya menuju ke Kufah. Lalu dia dikebumikan berhampiran dengan maqam Saidina Ali bin Abi Talib.

Baca: Islamstory

Sumber: Islamonline

Sejarah Maulid Nabiy

Sempenan bulan Maulidur Rasul ini, mari kita mengenali beberapa hal yang bersangkutan dengan apa yang disebut sebagai sambutan Maulidun Nabi. Satu hal yang tidak dipungkiri oleh par apengakaji sejarah adalah bahawa sambutan Maulidun Nabiy itu buat pertama kalinya diangkat menajadi sambutan atau perayaan adalah di zaman kekhalifahan Fatimiyyah di Mesir. Ketika Al-Mu'iz Li Dinillah menjadi Khalifah Fatimiyyah, dia meangasaskan sambutan Maulid Nabiy untuk rakyat Mesir. Sempena Sambutan tersebut, kerajaan mengedarkan kuih-kuih dan manisan khusus secara leluasa kepada rakyat  dan tujuannya adalah untuk membuatkan rakyat suka kepada kerajaan Syiah itu. Dengan itu , mudahlah jalan ke arah mendoktrinkan mazhab Syiah Ismailiyyah ke dalam jantung hati rakyat.

Jika kita amati, ternyata dalam masyarakat Syiah, sepanjang tahun penuh dnegan sambutan dan perayaan. Maka tidak hairanlah mereka merintis perayaan Maulidun Nabiy. Dalam ajaran Syiah ada sambutan Maulid Hasan, Husain, Ali, Fatimah, Awal Tahun, Hariu 'Asyura, Awal Rejab, Pertengahan Rejab, Awal dan pertengahan Sya'ban, Hari Ghadir, Hari Nuruz, Hari Ghitasy dan macam-macam lagi.

Catatan: Penubuhan Kerajaan Fatimiyyah di Mesir adalah pada tahun 322H. Ia adalah kerajaan yang menentang kerajaan Abbasiyyah di Baghdad dan diasaskan oleh Ubaidillah Al-Mahdi Al-Qaddah Al-Maimun yang mendakwa dirinya keturunan Ja'far Sodiq.

Jika diteliti kitab-kitab sirah, akan jelaslah bahawa tiada kesepakatan para ahlinya mengenai tarikh lahirnya nabi SAW. Apakah benar nabi lahir pada tanggal 12 Rabu'ul Awal?? Namun, yang dipastikan oleh para ahli sejarah Islam adalah kewafatan nabi SAW adalah bertepatan dengan tanggal 12 Rabi'ul Awal. Lahirnya Nabi SAW pada tanggal 12 Rabi'ul Awal adalah fakta yang meragukan , tetapi kewafatan nabi pada tarikh tersebut adalah fakta yang meyakinkan.

Justeru, memperingati tanggal 12 Rabi'ul Awal itu untuk hari lahir nabi SAW atau hari matinya?? Buruklah akhlak satu umat jika memperingati hari mati pemimpinnya dan mezahirkan kegembiraan sempena peristiwa matinya!

Ahli Falak yang bernama Syeikh Mahmud Basya dan juga Syeikh Mansur Fauzi menyatakan bahawa dari segi ilmu Falak, kelahiran nabi yang dimuktamadkan bahaw apada hari Isnin dan Bulan Rabi'ul Awal, jika dikaji, tidak bertepatan dengan tanggal 12 Rabi'ul Awal, tetapi lebih tepat 9 Rabi'ul Awal. Ia bersamaan dengan 22 April tahun 571 Masehi.

Sambutan Maulid Nabi yang dimulakan pada zaman Al-Muiz itu kemudiannya tidak lagi disambut semasa pemerintahan Khalifah Fatimiyyah yang bernama Al-Musta'li Billah.

Catatan: Al-Musta'li billah adalah putera kepada Khalifah Al-Mustansir Billah. Kemtian Khalifah Al-Mustansir Billah menimbulkan perselisihan kalangan Fatimiyyah. Ada yang mahu Nizar, anaknya Al-Mustansir yang seornag lagi sebagai peganti. Namun Nizar tewas dalam perebutan politik itu dan dia disenyapkan dalam penjara. Namun fikrah firqah tidak dapat dimatikan. Anaknya yang bernama Al-Hadi melarikan diri ke Asia Tengah dan  memimpin gerakan firqah Syiah Ismailiyyah Nizariyyah yang mendapat sokongan Hasan As-Sobah, pengasas pasukan Hasyasyin.

Bila kerajaan fatimiyyah ditumbangkan oleh Salehuddin Al-Ayubi, tiada lagi acara sambutan Maulid Nabi di Mesir. Politik Salehuddin adalah untuk mengajar rakyat berjihad melawan serangan pasukan Salibiyyah dan bukan masanya didodoi dengan kasidah-kasidah yang mengkhayalkan.

Bila tamat kerajaan Ayyubiyyah, naik kerajaan Mamalik, perayaan Maulid Nabi dihidupkan kembali. Para penguasa Mamalik mengambil jalan bermudahanah dengan rakyat yang menyambut acara itu sehingga menjadikan ia popular dan besar kembali.

Rujuk Almasryalyoum

Baca: Aliman

Pihak pemerintah, termasuk Abbasiyyah dan kemudiannya Othmaniyyah, melihat ada keuntungan politik daalam mengangkat sambutan Maulidun Nabi, maka mereka pun memberi galakan dan terlibat memeriahkannya. Inilah yang kemudiannya memarakkan lagi sambutan maulidun nabi ke dalam dunia Islam!




Monday, September 11, 2023

KERAJAAN IDRISIYYAH

Kerajaan ini ditubuhkan di Maghribi pada tahun 172H dan berlangsung hingga tahun 375H. Pengasasnya bernama Idris bin Abdullah Al-Kamil bin Al-Hasan Al-Musanna bin Hasan Al-Sabt bin Ali bin Abu Talib. Idris bin Abdullah Al-Kamil atau disebutkan sebagai Idris I telah lari menyelamatkan dirinya daripada buruan kerajaan Abbasiyyah sehingga ke Maghrib dan di sana dia mendapat sokongan dan menubuhkan kerajaan Ahlul Bait lalu diberi nama Kerajaan Idrisiyyah. 

Tahun 145H berlaku perang antara pendokong Alwiyyin dengan Abbasiyyin yang ketika itu diketua Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur.  Puak Alawiyyin diketuai oleh Muhamamd bin Abdullah bin Al-Hasan (dikenali dengan gelaran An-Nafsu Azzakiyyah)

Idris I adalah saudara kepada Muhammad  An-Nafsu Azzakiyyah. Oleh itu dia adalah pakcik kepada Al-Hussain bin Ali Al-Khair yang namanya akan kita temui dalam satu peperangan yang meletus 24 tahun seelpas pemberontakan An-Nafsu Az-Zakiyyah yang dikenali dengan nama Perang Al-Fakh.

Idris I yang berperang bersama Al-Hussain bin Ali Al-Khair bin Al-Hasan III bin Al-Hasan II bin Al-Hasan As-Sabt bin Ali dalam perang yang dinamakan Perang Al-Fakh pada tahun 169H melawan kerajaan Abbasiyyah telah menyaksikan kekalahan golongan Alawiyyin/Talibin. Ramai keturunan Ali bin Abi Talib yang mati terbunuh . Namun , Idris I bersama saudaranya yang bernama Yahya dapat menyelamatkan diri dan lari walaupun diburu. Yahya mengambil jalan ke sebelah Timur, menuju Ad-Dailam. Manakala Idris I pula menuju ke Maghribi. Ada seorang pemimpin puak Amazigh bernama Rasyid Al-Aurubi yang memainkan peranan penting menyelamatkan Idris sehingga boleh keluar dari Hijaz dan lepas daripada mata-mata kerajaan Abbasiyyah yang memburu keturunan Ali bin Abi Talib.

Maghrib sesuai jadi tempat pelarian kerana jauh daripada pusat pemerintahan Abbasiyyah. Di sana juga banyak golongan pembangkang kerajaan Abbasiyyah. Puak Khawarij pernah mendirikan pemerintahan di Tihert dan Sijilmassa.

Setelah dapat mendirikan kerajaan di Kota Fas, Idris I mengalami pengkhianatan orangnya sendiri dan dia mati dibunuh dengan cara diracun. Dikatakan Rasyid Al-Aurubi yang terlibat atas dorongan daripada Ibrahim bin Al-Aghlab (pengasas kerajaan Aghlabiyyah).Idris I meninggalkan seorang anaknya yang masih dalam kandungan ibunya ketika matinya yang kemudiannya menjadi penerusnya dan dinamakan Idris II. Dari Idris II inilah lahirnya keturnan yang tersebar di seluruh Maghribiز

Dalam mempersiapkan Idris II sebagai penggantikan Idris I, Rasyid Al-Aurdubi adalah pemain utamanuya. Dialah yang menyediakan latihan-latihan yang melayakkan Idris II menajadi pemimpin masa depan. Keturunan Rasulullah sahaja belum mencukupi jika tidak dibekali dengan ilmu pengetahuan yang cukup, terlebih lagi ilmu-ilmu berkaitan agama. Sementara Idris II belum cukup umur, Rasyid Al-Aurubi yang memegang tali pemerintahan sehingga Rasyid mati terbunuh pada tahun 188H. 

Posisi Rasyid sebagai Wasi kerajaan dipegang pula oleh Abu Khalid Yazid bin Ilyas Al-Abdi. Tanpa melengahkan masa, Abu Khalid pun memaklumkan bahawa kekuasaan akan diserahkan kepada Idris dan dia mengumpulkan bai'ah (sumpah setia) dari puak Amazigh. Usia Idris II ketika itu baru 11 tahun 5 bulan. 

Atas nasihat daripada para pemimpin kabilah Amazigh, Idris membuat kepustusan memindahkan ibui kota pemerintahan dari Walaila ke kota Fas.

Idris berkahwin dengan anak pakciknya pada usia 16 tahun dan dia dikurniakan anak lebih 9 orang.

Pada Jamadil Akhir tahun 213H, Idris II mati selepas makan anggur.pada usia 36 tahun. Dikatakan anggur itu diletak racun. Dia dikebumikan di Kota Fas. Tiga hari selepas matinya Idris II, maka anaknya yang sulung bernama Muhammad diangkat menggantikannya buat meneruskan kendali kerajaan Idrisiyyah.

Selepas matinya Muhammad bin Idris II, anaknya pula menggantikannya , iaitu Ali Haidar.

Pada tahun 363H, kerajaan Idrisiyyah ditamatkan. Khalifah Hisyam Al-Mu'ayyad dari Andalus dan melalui Hajibnya Al-mansur bin Abi 'Amir menguasai kawasan utara Afrika.


Baca: Wiki


Sunday, September 10, 2023

UBADAH BIN SOMIT

Beliau adalah sahabat nabi yang agung dari kalangan Ansor. Beliau masuk Islam 3 tahun sebelum hijrah iaitu pada tahun ke10H. Beliau terlibat dalam Bai'ah Aqabah 1. Belia tidak ketinggalan dalam mana-mana-peperangan bersama nabi SAW.

Muda daripada rasulllah SAW 15 tahun

Lahir di Madinah 38 tahun sebelum H.

Ayahnya Somit meninggal sebelum Islam

Ibunya Qurratul Ain binti Ubadah bin Nadhlah bin Malik Al-Khazrajiyyah  masuk Islam dan berbai'ah dengan rasulullah SAW.

Lahir sebelum Hijrah 38 tahun

Orang yang tinggi. Lebih daripada 2 meter. Kuat jasmani.

Baca : Islamstory


Saudaranya bernama Aus bin Somit ada kisah bersama isterinya yang bernama Khaulah bt Tsa'labah  yang menajdi sebab turunnya surah Al-Mujadilah.

Saturday, August 19, 2023

SA'AD BIN MU'AZ SAHABAT YANG ARSY BEGEGAR KERANA KEMATIANNYA

Sa'ad bin Mu'az, nama penuhnya adalah Saad bin Muaz bin An-Nu'man bin Umruul Qais Al-Ansari Al-Asyhali dan kunyahnya adalah Abu Amru.

Ibunya bernama Kabsyah binti Rafi' bin Ubaiod bin Tsa'labah.

Sa'ad bin Muaz adalah seorang pemimpin kaum yang membawa keberkatan besar kepada kaumnya iaitu Bani Al-Asyhal, satu cabang puak Aus. Ketika dia memeluk Islam di tangan Mus'ab bin Umair, dia balik kepada kaumnya dan berkata:

يا بني عبد الأشهل كيف تعلمون أمري فيكم قالوا سيدنا فضلاً وأيمننا نقيبة، 
قال: فإن كلامكم علي حرام رجالكم ونساؤكم حتى تؤمنوا بالله ورسوله، 

Ibn Ishak mencatatkan bahawa tiada lelaki dan perempuan dari Bani Asyhal melainkan semuanya masuk Islam selepas mendengar perkataan Sa'ad bin Mu'az itu.


Baca : Qisassy

Saad bi Muaz meninggal akibat luka yang diperolehi dalam perang Khandak. Dia meninggal pada umur 37 tahun dan dikebumikan di Al-Baqi'

Pada hari meninggalnya Saad bibn Muaz, Rasulullh SAW telah bersabda:

" Arasy Allah bergegar dengan kematian Saad bin Mua'az"


Baca: Mqall

Sunday, August 13, 2023

PERANG AL-JISR (PERANG JAMBATAN)

 Perang ini berlaku pada 23 Syaaban 13 H. Ianya adalah peperangan antara pasukan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Abu Ubaid Mas'ud As-Tsaqafi melawan pasukan tentera Parsi yang dipimpin oleh Bahman Jazawiyyah.

Abu Ubaid As-Tsaqafi telah tiba memimpin  pasukan Muslimin menyerbu wilayah-wilayah Parsi pada 3 Sya'ban 13H. Beliau memimpin pasukan muslimin dalam siri-siri peperangan yang mencatatkan kemenangan iaitu Perang Namariq pada 8 Sya'ban , Perang Saqatiyyah pada 12 Sya'ban dan Perang Baqsiyatha pada 17 Sya'ban. Namun, apabila dia memimpin pasukan muslimin dalam Perang Al-Jisr pada 23 Sya'ban, beliau telah tersilap strategi yang mengundang kecelakaan serta kekalahan teruk kepada pasukan muslimin.

Perang ini dinamakan Perang Jisr (Perang Jambatan) kerana pasukan Muslimin telah membina jambatan untuk menyemberang bagi berdepan dengan tentera Parsi. Tindakan menyemberang sungai tersebut telah dilarang oleh beberapa kalangan pemimpin tentera di bawah Abu Ubaid. Antaranya adalah Muthanna bin Harithah yang mengatakan taktik menyemberang sungai adalah salah kerana ia akan membuat pasukan tentera Muslimin terkurung di kawasan yang sempit. 

Namun, Abu Ubaid tidak mempedulikan nasihat-nasihat orang kanannya. Dia menegaskan bahawa pasukan Muslimin buklanlah golongan yang takut untuk menyerbu. 

Akibatnya fatal. Ketika berdepan dengan tentera Parsi di semberang sungai yang dinamakan Qis An-Natif, tentera Parsi telah mempersiapkan 10 gajah yang membuatkan takut kuda-kuda perang pasukan Muslimin. 

Separuh tentera kaum muslimin yang berjumlah 9 ribu itu mati terbunuh samada dibunuh atau lemas. Termasuk yang mati adalah Abu Ubaid sendiri.

Pun begitu, yang terbunuh di pihak tentera Parsi juga bukan sedikit iaitu sekitar 6 ribu tentera. hanya, kerana jumlah mereka ramai, ia tidaklah ketara.

Bahaman Jazawaih mengirimkan utusan yang bernama Mirdan Syah bertemu dengan Abu Ubaid. Beliau seorang yang ahli dalam peperangan dan pandai membakar semangat Abu Ubaid. Katanya:

"Sama ada kamu yang menyemberang kepada kami atau kami yang menyemberang kepada kamu..."

Abu Ubaid bermesyuarat dengan kepala-kepala tenteranya. Antara mereka sahabat mulia ahli Badar bernama Sulait bin Qais. Dia mengemukakan pandangannya kepada Ubaid agar menunggu tentera Parsi menyembernag kepada mereka. 

Akan tetapi keputusan panglima mengejutkan semua. Bahawa pasukan Islam akan menyemberang. Sebenarnya Abu Ubaid didorong oleh semangat dan keberaniannya yang tidak strategik. Ini dimarakkan oleh mainan psikologi yang diucapkan oleh Mirdan Syah yang mengatakn bahawa pasukan Parsi mengatakan bahawa pasukan Muslimin pengecut.

Pantang dihina, Abu Ubaid meloncat  dan buat keputusan menyemberang dan itu satu keputusan yang amat silap dan membayar mahal.

Ketika perang berkecamuk dan tentera Islam telah tersepit, Muthanna bin Al-harith memimpin pasukannya memperbaiki jambatan. Usaha itu cuba dicegah oleh seorang bernama Abdullah bin Murthid As-Tsaqafi yang melihat perbuatan itu sebagai sebuah cubaan lari dari medan perang. Dia cuba merosakan kembali jambatan yang sedang dibaiki.  Namun, Muthanna pun menangkapnya dan mengikatnya . Kumpulan Muthanna akhirnya berjaya memperbaiki jambatan dan Muthanna menyeru pasukan tentera Muslimin untuk menyembernag kembali . Dia membentengi serangan tentera Parsi sementara memberi ruang kepada pasukan Islam menyemberang. Dalam usaha ini Muthanna mendapat banyak kecederaan yang membawanya meninggal 2 bulan selepas peperangan tragis itu.

Baca: Shamela

Baca:Islamstory

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...