Tuesday, July 18, 2023

Kabilah Kindah-Disayangkan kerana lewat mencicipi Islam.

 Kabilah Kindah adalah Kabilah Arab yang besar dan pernah mencipta rekod membina kerajaan di tanah Arab. Pemimpin mereka menjadi raja-raja Arab yang berkuasa untuk satu tempok masa yang agak panjang iaitu sekitar 8 kurun (200 BC-633 AD)memiliki wilayah yang luas. Kerana itu Kabilah Kindah juga disebut Kindah Al-Muluk.

Baca: Sejarah Kindah

Wilayah kekuasaan Kerajaan Kindah

Seorang penyair Arab Jahiliyyah yang terkenal , namanya Umuru-ul Qais adalah keturunan raja-raja Kindah. 


Pada tahun ke 11H, Nabi SAW di Kota Makkah gencar mencuba nasib berdakwah kepada para kafilah haji yang berdatangan ke Makkah, Baginda menemui kabilah-kabilah yang datang untuk ibadah haji itu dan menawarkan kepada mereka untuk menjadi pembelanya. Pembela seorang utusan Allah yang tentunya patut menjadi rebutan kabilah-kabilah Arab. Namun, ia tidak sebagaimana sepatutnya. Tawaran nabi ditolak oleh pemimpin kabilah yang memimpin rombongan kabilahnya datang ke Makkah buat melaksanakan haji.

Antara kabilah yang didatangi nabi untuk dakwah dan menawarkan NUSRAH ialah Kabilah Kindah. Sayangnya, pemimpin Kabilah tersebut yang bernama Mulaiha tidak tertarik dan enggan menghulurkan bantuan kepada nabi Muhammad SAW.  Penolakan itu dibuatnya dengan baik dan itu adalah watak kabilah Kindah yang merupakan golongan yang elit dan punya latar tatakerama pemerintahan. Namun, kerugian tetap menimpa Kabilah Kindah akibat daripada penolakan tersebut. Khasnya Mulaiha yang namanya tidak tercatat dalam senarai sahabat nabi SAW kerana penolakannya di kala pertama ditawarkan. 

Peluang dalam hidup selalunya tidak berulang dan hanya sekali. Jika yang sekali itu disia-siakan, dan peluang itu tidak datang lagi, alangkah ruginya. Kabilah Kindah akhirnya masuk Islam pada tahun ke-9 namun ia sudah terlewat untuk meraih kemuliaan hebat seperti yang diraih oleh Kabilah Aus dan Khazraj dari kota kecil bernama Madinah.

Bayangkan, kalau Kindah yang mendokong Islam, apa yang Kindah dapat? Kindah akan meneruskan bahkan mengangkat harkat kerajaan Kindah yang pernah dilakar oleh leluluhur mereka di bumi Arab!

Akan tetapi, silap langkah selalu membuntuti manusia. Tindakan hari ini, membuahkan hasilnya di hari esok. Itulah hal menuntut kebijakan.


Saturday, July 8, 2023

SENARAI KHALIFAH ABBASIYYAH

1) ابو العباس السفاح 749-754.
2 ) ابو جعفر المنصور 754- 775.
3 ) محمد المهدي 775-786.
4 ) موسى الهادي 786-787.
5 ) هارون الرشيد 787-809.
6 ) محمد الأمين 809-814.
7 ) عبد الله المأمون 814-833.
8) محمد المعتصم بالله 833-842.
9 )هارون الواثق بالله 842-847.
10) جعفر المتوكل على الله 847-862.
11 ) محمد المنتصر بالله 862
12 ) احمد المستعين بالله 862-866.
13 ) زبير المعتز بالله 866-869.
14 ) محمد المهتدي بالله 869-870.
15 ) احمد المعتمد على الله 870-892.
16 ) احمد المعتضد بالله 892-902.
17 ) علي المكتفي بالله 902-908.
18 ) جعفر المقتدر بالله 908-932.
19 ) محمد القاهر بالله 932-934.
20 ) محمد الراضي بالله 934-940.
21 ) ابراهيم المتقي لله 940-944.
22 ) عبد الله المستكفي بالله 944-946.
23 ) فضل المطيع لله 946-974.
24 ) عبد الكريم الطائع بالله 974-991.
25 ) احمد القادر بالله 991-1031.
26) عبد الله القائم بأمر الله 1031-1075.
27 ) عبد الله المقتدي بأمر الله 1075-1094.
28 ) احمد المستظهر بالله 1094-1118.
29 ) فضل المسترشد بالله 1118-1135.
30 ) منصور الراشد بالله 1135-1138.
31 ) محمد المقتفي لأمر الله 1138-1160.
32 ) يوسف المستنجد بالله 1160-1170.
33 ) حسن المستضئ بأمر الله 1170-1180.
34 ) احمد الناصر لدين الله 1180-1225.
35 ) محمد الظاهر بأمر الله 1225-1226.
36 ) منصور المستنصر بالله 1226-1242.
37 ) عبد الله المستعصم بالله 1242-1258.

Pengaruh Bangsa Turki dalam Pemerintahan Abbasiyyah


Pemerintahan Khilafah Abbasiyyah  bermula dari zaman Al-Makmun memperlihatkan pengaruh Parsi mula mendominasi kerajaan. Ini kerana  Al-Makmun sendiri adalah anak kepada hamba Parsi kepunyaan Khalifah Harun Ar-Rasyid yang bernama Marajil. Al-Makmun dijadikan gabenor di Khurasan semasa ayahnya masih hidup. Apabila perlaku perang  saudara antara Al-Makmun derngan Al-Amin, maka Al-Makmun telah memenangi sengketa itu dan wazirnya bernama Al-Fadhl bin Sahal.

Di sini, pengaruh Parsi sudah mula menguasai istana khalifah dan ia berlangsung sehingga zaman.

Namun, pada zaman Khalifah Al-Mu'tasim, dalam rangka mengurangkan pengaruh Parsi, beliau mula mengambil khidmat orang-ornag Turki dalam ketenteraan. 

Fasa Kedua Khilafah Abbasiyyah adalah di mana pengaruh Turki mula meresap dan mengusai pemerintahan Daulah Khilafah. Ia bermula daripada masa naiknya Khalifah Al-Mutawakkil bin Al-Muktasim menjadi Khalifah hingga ke zaman pemerintahan Khalifah Al-Mustakfi Billah.

Zaman ini ditandai dengan kerapnya pertukaran khalifah dan khalifah tiada kuasa kerana kekuasaan sebenar ada pada para menteri dan jenderal tentera yang dipegang oleh orang-ornag Turki. Khlifah hanyalah lambang yang digunakan namanya dalam khutbah dan doa-doa. 

Hinggalah orang Turki mula menguasai sektor penting dalam ketenteraan. Hal ini telah menimbulkan ancaman kepada kebebasan khalifah. Hatta, pada zaman Al-Mutawakkil, dia mati dibunuh oleh pegawai-pegawai tentera daripada bangsa Turki. Selepas naiknya anak Al-Mutawakkil iaitu Al-Mustansir, pengaruh Turki dalam pemerintahan sudah mengental.

Ketua-ketua tentera dikuasai oleh ornag Turki sehinggalah kemudiannya ornag Turkilah memegang urus tadbir di wilayah-wilayah dalam negara Islam. 

Tuesday, July 4, 2023

SIBAWAIH

Nama sebenar Sibawaih ialah Abu Bisy Amru bin Uthman bin Qambar Al-Harithi. Sibawaih itu merupakan laqabnya yang masyhur. Mengenai tahun kelahirannya, yang masyhur adalah tahun 148H. Maklumat asal usul keluarganya tidak tercatat dengan pasti. Apa yang jelas, dia adalah keturunan Parsi. Beliau dilahirkan di Qoryah Al-Baidha' di Parsi dan beliau membesark di Basrah apabila keluarganya berpindah dan tinggal di sana. Gelaran Sibawaih itu adalah panggilan manja ibunya yang bermaksud 'Bau  Epal".


Antara guru Sibawaih adalah Hamad bin Salamah. Dia belajar hadis daripadanya. Berlaku satu kejadian yang mengubah arah pembelajarannya di satu hari. Ketika dia menulis hadis nabi yang dibacakan gurunya. Hadis itu berbunyi:

“ليس من أصحابي أحد إلا ولو شئت لأخذت عليه، ليس أبا الدرداء”

Apabila mengimlakkan hadis itu, Sibawaih telah menulis :

ليس من أصحابي أحد إلا ولو شئت لأخذت عليه، ليس أبو الدرداء 

Maka gurunya memarahinya dan berkata:

لحنت يا سيبويه، إنما هذا استثناء

Peristiwa itu membuatkan Sibawai bersumpah untuk belajar bahasa Arab sehingga tiada siapa yang boleh mengatakannya silap lagi. Lantas dia belajar dengan Khalil bin Ahmad Al-Farahidi. Beliau juga mendalami ilmu bahasa Arab daripada Yunus bin Habib dan Isa bin Umar. Sibawaih pernah ke Baghdad dan berlaku debat antaranya dengan Al-Kasa-i dan dia dikalahkan oleh Al-Kasa-i. Setelah meninggalkan Baghdad, dia tidak pernah lagi kembali Baghdad.


Sibawaih tidak panjang umur. Sebab itu muridnya tidak berapa ramai. Antara muridnya yang terkenal adalah Al-Akhfas dan Qutrab


Sibawaih meninggal tahun 180H di kampungnya , Qoryah Al-Baidha' di Syiraz. Sebab kematiannya dikatakan berkaitan penyakit perut yang dikenali dalam dunia perubatan sebagai penyakit Seliak (Celliac)

Thursday, June 29, 2023

AL-BARBAHARI

Al-Barbahari ialah laqab( gelaran) untuk seorang  ulama yang bernama Hasan bin Ali bin Khalaf dan Kunyahnya ialah Abu Muhammad. Beliau seorang ulama Mazhab Hambali yang tinggal di Kota Baghdad. Beliau hidup antara tahun 233H-329H.

Gelaran Al-Barbahari merujuk kepada kumpulan rempah ratus yang pelbagai dan digunakan sebagai perencah dalam makanan. Dalam bahasa Arab, rempah ratus disebutkan sebagai Albaharat. Maka orang yang mendapatkannya (mengumpulkannya atau menjualnya) dinamakan Al-Barbahari.

Imam Al-Barbahari adalah seornag ulama Hanabilah yang sangat keras menentang ahli bid'ah khasnya golongan Syi'ah. Dia menghadapi cobaan-cobaan yang menyebabkan dia dibuang negeri, diburu dan bersembunyi. Ini kerana golongan ahli Bid'ah menghasut khalifah agar menangkap Imam Al-Barbahari. 

Khalifah Abbasiayyah ketika itu ialah Khalifah Ar-Radhi. Kerana hasutan para Ahli Bid'ah, Khalifah mengeluarkan arahan bahawa para murid Al-Barbaharai tidak dibernar bertemu sesama mereka. Jika dilihat ada dua ornag berjumpa, mereka akan ditangkap. Kerana itu Al-Barbahari berada dalam persembunyiannya sehinggalah dia meninggal dalam persembunyiannya itu pada tahun 329H.

Kita akan melihat pendirian Al-Barbahari terhadap khalifah adalah taat sedaya mungkin. Dia pernah berkata:

وإذا رأيت الرجل يدعو على السلطان فاعلم أنه صاحب هوى، وإذا رأيت الرجل يدعو للسلطان بالصلاح فاعلم أنه صاحب سنة إن شاء الله

"Bila kau lihat ada orang berdoa buruk atas Sultan, maka ketahuilah bahawa dia adalah Ahli Hawa Nafsu. Dan bila ku lihat ada ornag berdoa yang buat buat Sultan, ketahuilah bahawa orang itu adalah pejuang Sunnah".


Kitabnya yang masyhur dan ada hingga hari ini ialah Syarh Kitab Sunnah.

Ibn Battoh pernah berkata: "Jika kamu melihat ada ornag yang mencintai Abu Al-Hasan bin Basyyar dan Abu Muhammad Al-Barbahari, maka ketahuilah bahawa dia adalah seorang pencinta Sunnah!".

Baca: Dorar.net

Tuesday, June 27, 2023

AL-ASY'ATH BIN QAIS

Dalam tulisan terdahulu di laman Khawatir Qomarullah, di bawah tajuk Qutailah binti Al-Asy'ath Bukan Isteri Rasulullah, disebutkan bahawa perkahwinannya dengan Rasulullah SAW adalah atas usul saudara lelakinya yang bernama Al-Asy'ath bin Qais. Beliau sebenarnya bernama Ma'diyakrab. Al-Asy'ath itu adalah sebuah gelaran buatnya dan akhirnya lebih terkenal dengan panggilan gelaran itu. Ia digelar al-Asy'ath kerana rambutnya selalu serabut serabai dan berdebu ( tak terurus).

Bapanya adalah seorang raja Kindah tetapi Kabilah Kindah tidak menyatu di bawahnya. Demikian bila Al-Asy'ath mewarisi bapanya, tidaklah kabilah Kindah mengakui kepimpinannya secara bulat. Ada perpecahan. Tidak seperti zaman Umru-ul Qais bin Hajar menjadi raja Kindah (yang juga penyair hebat Jahiliyyah), kabilah Kindah bersatu dibawahnya.

Kabilah Kindah adalah cabang daripada Arab Qohtan dan Kindah sering disebut dengan nama Kindah Al-Muluk (Raja-raja Kindah)

Kabilah Kindah ini disandarkan salasilahnya kepada Tsaur bin 'Afir bin 'Adi bin Al-Harith bin Murrah bin Udud bin Yasyjab bin Zaid bin 'Uraib bin  Zaid bin Kahlan bin Saba' bin Yasyjab bin Ya'rab bin Qohtan bin 'Abir bin Syalikh  bin  Arfakhsyad bin Sam bin Nuh A.S.

Namun, ada khilaf kalangan Ahli Sejarah Nasab Arab. Apakah Asal Kindah itu sememangnya Qohtan atau Adnan. Ini kerana, selepas pecahnya empangan Ma'arib, sesetangah kabilah Kindah itu berhijrah meninggalkan Saba'. Ada yang ke Hadramaut dan Bani Mu'awiyah menuju Bahrain dan menghuni di sana. Sebahagian kabilah Kindah itu menuju ke Utara dan mendoami satu kawasan yang di kemudian hari dikenal dengan nama Ghamar Zi Kindah iaitu negeri Bani Junadah bin Ma'ad di daerah Najd.

Baca: Sejarah Kindah

Al-Asy'ath lahir pada masa 23 tahun sebelum Hijrah nabi Ke Madinah.

Ketika hayat Rasulullah SAW , Al-Asy'ath datang bersama kabilahnya ke Madinah dan berbai'ah masuk Islam iaitu tahun ke 10H. Ketika itu usianya 33 tahun. Dia datang bersama sekita 60 hingga 80 penunggang. Jumlah rombongan-rombingan kabilah Arab yang datang ke Madinah bertemu Nabi SAW tidah pernah seramai rombongan Kindah tersebut. Ditambah pula dengan gaya dan pemakaian mereka yang menunjukkan kebesaran raja-raja Kindah. Al-Asy'ath sendiri memakai pakaian dan selendang kain suteri dan hal itu ditegur oleh Rasulullah SAW. Lalu, Al-Asy'ath mengoyak dan membuangnya. 

Kemudian Al-Asy'ath berkata kepada Rasulullah SAW: Bukankan tuan dari kalangan kami ? (yakni Kabilah Kindah)

Dalam Hadis riwayat Ibn Majah disebutkan:

عن الأشعث بن قيس قال: أتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم في وفد كندة، ولا يروني إلا أفضلهم، فقلت: يا رسول الله، ألستم منا؟ فقال: نحن بنو النضر بن كنانة، لا نقفو أمنا، ولا ننتفي من أبينا. قال: فكان الأشعث بن قيس يقول: لا أوتي برجل نفى رجلا من قريش من النضر بن كنانة إلا جلدته الحد

Maksud nabi dengan perkataannya itu ialah bahawa baginda dan keturunan An-Nadhar tidak menjdikan ibu sebagai nasab lalu menafikan perana bapa sebagai penyambung nasab. Ini kerana nasab Nabi SAW dengan kabilah Kindah berhubung pada ibu Kilab bin Murrah.

Dikatakan juga maksudnya adalah sesiapa yang menjadikan nasab kepada ibu dan tidak kepada bapa, maka, itu adalah perbuatan menuduh zina ke atas ibu (qazaf) dan Rasulullah menafikan dia dari jenis orang yang seperti itu.

Berkata Ibn Al-Kalbi: Ibu Kilab bin Murrah adalah 'Alyaa bt Al-Harith Al-Harab bin Amru Al-Kindi.

Bacaan Tambahan: Rosoulullah.net

Namun, apabila Rasulullah wafat, mereka berpaling murtad. Dikatakan awalnya adalah penolakan terhadap[ kewajipan zakat.Ikut sama murtad adalah Bani Mua'wiyah, satu di antara cabang Kabilah Kindah)

(SALASILAH: Ma'diyakrab bin Qais bin Ma'diyakrab bin Muawiyah bin Jibillah bin Adi bin Rabi'ah bin Mu'awiyah Al-Akramin bin Al-Harith Al-Asghar bin Mu'awiyah bin Al-Harith Al-Akbar bin Tasur bin Murta' bin Mu'awiyah bin Kindah)

Al-Asy'th bin Qais berkahwin dengan Ummu Farwah binti Abi Quhafah ( Saudara perempuan Abu Bakar As-Siddiq) dan melahirkan anak iaitu: Muhammad , Ishak, Ismail, Habbanah, Ummu Qaribah dan Ja'dah.

Sementara isterinya yang lain bernama Bintu Jamadil Kindi melahirkan anak iaitu: Nu'man dan Al-Harith.

Al-Asy'ath terlibat menyertai Perang Yarmuk dan mendapat musibah pada matanya dalam perang itu. Dia terjun dalam Perang Al-Qadisiyyah dan Perang di Asfahan bersama Nu'man bin Muqrin. Semasa Khalifah Uthman bin Affan, dia dihantar ke Azerbaijan menjadi gabenor di sana.Dia menjadi pemimpin utama kalangan pasukan Ali dalam Perang As-Siffin.

Al-Asy'ath bin Qais meninggal tahun 40/41H. Dikatakan juga dia meninggal selepas 40 malam Khalifah Ali bin Abu Talib terbunuh. Hasan bin Ali menguruskan jenazah dan mensolati jenazahnya. Ketika itu Hasan adalah menantunya kerana telah mengahwini anak perempuannya yang bernama Ja'dah atau disebutkan juga Ju'aidah.

PERANAN KETURUNANNYA

Muhammad bin Al-Asy'ath , anaknya itu, pada masa Ziyad bin Abihi menjadi gabenor Bani Ummayyah di Iraq, telah dihantar menjadi gabenor di Tibristan. Apabila Abdullah bin Az-Zubair dilantik sebagai khalifah oleh penduduk Hijaz(selepas wafatnya Mua'wiyah) dan Mus'ab bin Az-Zubair adiknya dikirim sebagai gabenor di Iraq, Muhammad bin Al-As'Ath itu bergabung menyokong Mus'ab dan berlaku perang dengan Al-Mukhtar As-Tsaqafi. Dalam Perang yang dinamakan Perang Al-Mizar, terbunuh Al-Mukhtar As-Tsaqafi dan terbunuh juga Muhammad bin Al-Asy'ath. 

Kaum Syiah mencela Muhammad bin Al-Asy'ath kerana keterlibatannya dalam Peristiwa Karbala yang menyaksikan Saidina Hussain bin Ali dibunuh dan juga sebagai pembunuh Muslim bin Aqil (wakil Hussain ke Iraq ). Kerana onar anaknya itu, Syiah juga memutarbelitkan cerita tentang Al-Asy'ath dan melaknati juga ayahnya itu.

Kemudian Muhammad bin Al-Asy'ath itu ada anak bernama Abdurrahman bin Muhammad bin Al-Asy'ath yang juga ada catatan penting mengenainya dalam sejarah di mana dia berperanan sebagai general perang Bani Umayyah di bawah gabenor Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Dia membuka banyak wilayah seperti Sijistan dan wilayah sebelah Turki. Namun, kemduiannya dia berpaling menentang Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi dan seterunya mencabar Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Dia merasakan dirinya sebagai keturunan raja Kindah yang hebnat dalam sejarah Arab lebih berhak menjadi khalifah. Perangnya melawan Hajjaj mendapat sokongan ramai ulama termasuk Tabi'in hebat seperti Said bin Jubair dan Muhammad bin Sa'ad bin Abi Waqqas. Akan tetapi dalam satu peperangan yang dinamakan Perang Al-Jamajim, Abdurrahman akhirnya ditewaskan dan lari menjadi buruan ke wialayah Turki , kemudiannya mati dibunuh (ada riwayat mengatakan bunuh diri) pada tahun 85H.

Bacaan : Wiki


Monday, June 26, 2023

MIQYAS BIN SOBABAH

Miqyas bin Sobabah adalah seorang penyair Jahiliyyah yang tinggal di Kota Makkah. 

Antara rangkap Syair yang dibikinnya ialah:

لا -والله- أشربها حياتي ** طوال الدهر مــــا طلع النجوم

"Tidak -demi Allah-aku akan meminumnya (arak) sepanjang hidupku, sepanjang masa selama mana terbitnya bintang"

Sewaktu Perang Badar, dia menyerai tentera Kafir Quraisy memerangi nabi Muhammad dan kaum Muslimin. Dia ada saudara lelaki bernama Hisham bin Sobabah  dan dia masuk Islam. Namun, dalam perang Bani Mustaliq yang berlaku pada tahun 6H, Hisham bin Sobabah telah dibunuih oleh seorang lelaki dari kalangan Ansor tanpa sengaja. 

Maka, Miqyas bin Sobabah telah datang ke Madinah dab berpura-pura masuk Islam. Dia menuntut agar kematian saudaranya itu dibayar diat. Nabi SAW pun perintahkan agar diat dibayar.Miqyas bin Sobabah pun duduklah di Madinah beberapa waktu sehingga dia mendapat peluang dan membunuh si pembunuh saudaranya itu. Kemudian, dia pun lari meninggalkan Madinah dan balik ke Makkah serta murtad daripada Islam.

Turun Surah An-Nisa, ayat 93  menyebutkan kejadian tersebut:


وَمَن يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُّتَعَمِّدًا فَجَزَآؤُهُ جَهَنَّمُ خَالِدًا فِيهَا وَغَضِبَ اللّهُ عَلَيْهِ وَلَعَنَهُ وَأَعَدَّ لَهُ عَذَابًا عَظِيمًا



Membunuh oang mukmin dengan sengaja menjemput 4 akibat iaitu:
  1. Mati masuk neraka jahannam
  2. Allah marah kepadanya
  3. Allah melaknatinya
  4. Azab pedih menantinya
Lalu, apabila Rasulullah SAW dapat menawan Kota Makkah pada tahun yang ke-8 H, nabi menghalalkan darah 4 orang di Kota Makkah iaitu:

1) Ikrimah bin Abi Jahal
2) Abdullah bin Khattal
3) Miqyas bin Sobabah
4) Abdullah bin Saad bin Abi Sarrah

dan salah satunya adalah Miqyas bin Sobabah. Maka, dia pun lari bersembunyi. Seorang sahabat nabi bernama Numailah bin Abdullah Al-Kannani telah menemuinya dan membunuhnya. Ada juga riwayat menyebutkan bahawa dia telah dibunuh di salah satu pasar di Kota Makkah. Ada juga menyebutkan matinya dibunuh ketika di antara Safa dan Marwah.

IMAM SARAKHSI ULAMA YANG DIPENJARA DALAM PERIGI BUTA

Kisah Imam Sarakhsi, seorang fakih mazahab Hanafi dipenjarakan adalah satu kisah yang membawa kita kagum dengan kuasa ilmu. Ia juga beri kit...