Namanya Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib. Beliau adalah cucu kepada Ibn Abbas, sahabat nabi yang terkenal sebagai ahli tafsir yang hebat. Beliau adalah seorang yang alim lagi zuhud. Beliau menjadikan Humaimahm sebuah kota di Jordan sebagai tempat tinggalnya. Dikatakan bahawa di sana beliau ada lima ratus batang pokok yang dia beribadat di bawahnya secara berganti-ganti. Saking banyak ibadatnya, dahinya pun menghitam dan dia dijuluki dengan panggilan As-Sajjad (Bukan As-Sajjad Zainul Abidin bin Hussain yang menajdi imam ke-3 golongan Syiah Imamiyyah). Muhammad bin Ali sentiasa mengajarkan anak-anaknya agar menambah ilmu dna ibadah.
Beliau diwasiatkan oleh Abu Hashim Abdullah bin Muhammad Al-Hanafiyyah untuk meneruskan perjuangannya dan menjadi pemimpin keluarga nabi Muhammad sebelum wafatnya. Maka selepas wafat Abu Hasyim, Muhammad bin Ali menjadi pusat gerakan penentangan golongan Alawiyyin dan Abbasiyyin ke atas bani Umayyah.
Muhammad bin Ali ini lebih muda daripada bapanya hanya 14 tahun setengah. Sebab itu orang sukar membezakan keduanya. Lalu dia menginaikan janggutnya sementara bapanya menghitamkan janggut. lalu, dengan cara itu, dapatlah orang membezakan siapa bapa dan siapa anak!
Muhammad bin Ali meninggal tahun 125H pada usia 70 tahun dan kepimpinannya diteruskan oleh anaknya Ibrahim Al-Imam.
Selain Ibrahim Al-Imam, anak Muhamamd bin Ali adalah ramai lagi dan yang terkenal dua orang:
- Abu Al-Abbas As-Saffah
- Abu Ja'far Al-Mansur
Abu Al-Abbas As-Saffah dari isterinya yang bernama raithoh binti Ubaidullah Al-Harithiyyah, seorang wanita meredeka dari keturunan Arab sementara Ibu kepada Abu Ja'far Al-Mansur adalah hamba wanita berbangsa Barbar yang dikatakan namanya adalah Salamah.
Kedua-dua anak Muhamamd bin Ali ini kemudiannya menjadi khalifah Bani Abbas yang pertama dan kedua setelah tumbangnya daulah Bani Umayyah.
Catatan tambahan: Saudara lelaki Muhamamd bin Ali bernama Abdullah bin Ali. Beliau adalah antara tokoh penting dalam membangunkan gerakan Abbasiyyah. Namun, setelah tumbang kerajaan bani Umayyah, dia menjadi mangsa revolusi itu. Seperti kata-kata yang masyhur:
الثورة تأكل أبناءها
"Revolusi itu akhirnya makan tuan"
Abdullah bin Ali adalah pemimpin revolusi. Penumpah darah dan kejam. Catatan dalm sirah menyebutkan bahawa pada hari dia masuk ke Kota Damsyiq bila kalahnya bani Umayyah, dia membunuh 30 ribu jiwa! Dia yang mengangkat Bani Abbasiyyah dan menumpaskan bani Umayyah. Dialah pemimpin Abbasiyyah dalam poerang Az-Zab Al-Kubra yang menjadi garis penamat pertahanan bani Umayyah. Namun akhirnya, revolusi itu menelannya sendiri. Anak saudaranya , Abu Jaa'far Al-Mansur kemudiannya bertindak menyingkirkannya dari persada kuasa dan memenjarakannya.
No comments:
Post a Comment