Sunday, September 25, 2022

SAIFU DAULAH AL-HAMDANI

Saifuddaulah Al-Hamdani terkenal dengan panggilan Saifuddaulah Al-Abbasiyyah (303-356H). Nama penuhnya adalah Ali bin Abi Al-Haija' bin Hamdan bin Al-Harith Saifuddaulah At-Taghallubi. Waktu lahirnya Saifuddaulah, bapanya Abul Haija' telah dilantik menjadi gabenor di Mosul. Tika itu khalifah Abbasiyyah di Baghdad adalah Al-Muqtadir. Oleh itu, sejak kecil lagi Saifuddaulah dibesarkan dengan didikan ketentreraan dan dia banyak menyertai peperangan mengikut ayahnya dan abangnya.

Keturunan kabilah Hamdan ini sampai kepada Taghlib bin Wa'il bin Qasit, seorang pemimpin Bani Taghlib yang terkena dan mereka bersambung nasab hingga ke Bani Rabi'ah bin Nizar. Taghlib adalah puak yang paling berpengaruh di kalangan Bani Rabi'ah sebelum Islam. Ketika banyak kabila berduyun-duyun masuk Islam, kabilah Taghlib tidak masuk Islam. Mereka menunjukkankebencian dan permusuhan terhadap Islam. Pada waktu nabi palsu perempuan bernama Sajjah muncul, mereka menjadi penyokongnya dan membantuinya melawan pasukan ISlam di zaman khalifah Abu Bakar As-Siddiq. Hatta, setelah fitnah Sajjah dapat dipadamkan, kabila ini tidak dapat menyerah kepada Islam. Mereka membawa kebencian mereka dengan berskutu dan membantu pihak Romawi melawan Islam.

Inilah kabilah yang punya sejarah hitam yang menjadi asal kepada keluarga Hamdan yang daripadanya lahirnya Saifuddaulah.

Tatkala wilayah kekuasaan Islam makin meluas pada zaman khalifah Umar Al-Khattab, Bani Taghlib tidak menyerah kepada Islam. Hanya sedikit kalangan mereka yang masuk Islam. Umar memberi layanan khusus buat bani taghlib dengan mewajibkan atas mereka zakat dan bukan Jizyah. Namun zakat yang meeka perlu jelaskan adalah 2 kali ganda berbanding zakat ke atas ornag-orang Islam.

Saifuddaulah terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Ikhsyiddiyyah di Mesir kerana bertembung merebut beberapa bandar di Syam.  Dia pernah mengalahkan Iksyidiyyah sehingga diadakan perdamaian pada tahun 335H.

Saifuddaulah meninggal pada 5 Safar tahun 356H dan dikebumikan di Mayafariqain (Silvan), Satu awasan di Turki. Dia mewasiatkan agar debu-debu peperangan yang diikutinya dijadikan seketul bata dan dijadikan bantal waktu dikebumikannya.






No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...