Friday, September 23, 2022

Bersatunya para Alawiyyin dengan Abbasiyyin

Menelusuri sejarah kebangkitan kerajaan Bani Abbasiyyah, kita perlu mengamati peristiwa seawal peralihan kuasa daripada Saidina Mu'awiyah ke tangan anaknya Yazid. Di situ bermula diaspora ketidakpuasan hati beberapa kalangan ummat Islam. Ia menjadi benih yang memarakkan api penentangan. Bila Hussin terbunuh di Karbala ia menjadi baja yang menyuburkan semangat penentangan terhadap bani Umayyah. 

Atas nama keluar Muhamamd SAW, kepimpinan untuk menyalurkan penentangan itu berpusat kepada seorang anak Saidina Ali bernama Muhammad Al-Hanafiyyah ( Kerana ibunya berasal dari bani Hanifah). Setelah wafatnya Muhammad bin Al-Hanafiyyah, kepimpinan keluarga nabi Muhammad berpindah kepada anaknya yang bernama Abu Hashim Abdullah bin Muhammad Al-Hanafiyyah. Dia menjadi simbol keluarga Nabi dan para pendokongnya pun jadi ramai. Mereka meyakini bahawa kekhalifahan adalah lebih patut berada pada tangan anggota keluarga nabi SAW berbanding Bani Umayyah. 

Pendirian-pendirian politik ini menjadi bualan rakyat. Ia merayap menjadi barah dalam wilayah kekuasaan Daulah Bani Umayyah.

Politik menjadi makanan lazat sejak dulu hingga kini. Sembang politik di kedai-kedai kopi adalah topik menarik berbanding sembang pasal agama, kerjaya, dan selainnya. Bualan politik adalah permulaan kepada sebuah gerakan ekstrim dalam politik. Ingat itu wahai para politikus semua!

Seorang Khalifah Bani Umayyah yang bernama Sulaiman bin Abdul Malik melihat permasalahan ini dan mahu membina hubungan harmoni dengan Abu Hasyim Abdullah. Dijemputnya Abu Hasyim ke Damsyiq dan dia melayan dengan baik serta memberikannya hadiah-hadiah. Selepas itu Abu Hasyim pulang menuju Hijaz dan dalam perjalanan dia jatuh sakit. Ada dakwaan cerita mengatakan sakitnya Abu Muslim itu adalah kerana Khalifah Sulaiman memberikannya racun semasa jamuan dan makan-makan di istananya. Namun, dakwaan ini tidak dapat dibuktikan dan ia kekal hanya sebagai prasangka. 

Politik adalah satu bidang seribu kemungkinan.!

Abu Hasyim mengubah arah perjalanannya menuju Humaimah yang ketika itu pusat kegiatan keluarga Bani Abbas. Di sana sakitnya memburuk. Abu Hasyim tidak punya anak untuk menggantikan posisinya sebagai pemimpin keluarga Nabi Muhammad SAW. Sementara pimpipinan Bani Abbas ketika itu ialah Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutalib (boleh dibilang sepupu kepada Abu Hasyim), 

Maka Abu Hasyim Abdullah bin Muhammad Al-Hanafiyyah pun menyerahkan pimpinan keluarganya kepada Muhammad bin Ali. Dia wasiatkan Muhammad sebagai imam yang wajib ditaati oleh para pendokongnya. Lalu wafatlah Abu Hasyim Abdullah pada tahun 125H. Maka sejak itu, Bani Abbas yang menjadi pengendali kepada gerakan menentang kerajaan Bani Abbasiyyah dan Bani Alawiyyin menyokong. 

Ketua pembangkang dalam daerah kerajaan Bani Umayyah pun berada di tangan keluarga Bani Abbas.  Pemimpinnya adalah Muhammad bin Ali. Beliau merupakan seorang alim lagi zuhud.


No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...