Umar bin Hafsin Al-Mahlabi adalah salah seornag Jenderal angkatan tentera Daulah Abbasiyyah yang hebat dan berjasa. Beliau adalah dari keluarga Mahlab bin Abi Safrah yang mana bintang keluarga ini telah bersinar sejak zaman awal terbinanya Daulah Umayyah lagi. Ketika berlaku pemberontahan Jahwar bin Mirar Al-'Ajli di wilayah sebelah Timur, beliau diperintahkan oleh Khalifah Abu Jaafar untuk turun tangan memadamkan apinya. Dia berjaya menyelesaikannya bersama pasukan yang dipimpin oleh Muhammad bin Al-Asy'ast Al-Khuza'i. Setelah itu dia diberi amanah untuk memimpin pasukan tentera Abbasiyyah ke sebelah Barat, iaitu wilayah-wilayah sebelah Utara Afrika. Kala itu puak Khawarij sedang menginjak kehormatan daulah di sana.
Pemimpin puak Khawarij di sana adalah Abu Hatim Al-Khariji. Dia dan pasukannya selalu menimbulkan gejolak dan negeri. Sebuah bandar yang dibina oleh Umar bin Hafsin di sana diserang dan dibakar ranap. Kemudian, Umar bin Hafsin membina bandar Tangiers (Kekal hingga kini) dan Puak Khawarij mengepungnya. Namun Umar bin Hafsin dapat mengalahkan mereka dan menghancurkan kekuatan mereka.
Abu Hatim Al-Khariji tidak berhenti menyusun rancangan untuk mengalahkan Umar bin Hafsin dan pada satu tahap, dia berjaya mengepung Umar bin Hafsin di Qairawan. Setelah berperang dengan gagah berani akhirnya Umar bin Hafsin gugur syahid di sana.
Khalifah Abu Jaafar Al-Mansur kemudiannya mengirimkan pasukan lain yang lebih besar ke Utara Afrika, juga daripada keluarga Mahlab bin Abi Safrah bernama Yazid bin Hatim Al-Mahlabi (Beliau adalah gabenor Azerbaijan ketika pemberontakan Jahwar bin Mirar Al-'Ajli). Berlaku perang hebat di Pergunungan Nufusah yang menyaksikan Abu Hatim Al-Khariji terbunuh.
No comments:
Post a Comment