Asal usunya Ghumudh ( غموض )...kata orang Arab.
Itulah hakikat Abu Muslim Al-Khurasani. Mulanya dia mendakwa dirinya berasal dari keturunan Yazdajird, Kisra Parsi. Namun, ketika Gerakan Abbasiyyah sudah menang, dia mendakwa dari keturunan Arab iaitu salsilah Sulait bin Abdullah bin Abbas.
Dia juga cuba memperkuatkan asosiasinya dengan keluarga Abbas dengan meminang seornag makcik Abu Jaafar Al-Mansur iaitu Aminah binti Ali.
Kebanyakan Ahli Sejarah menyebutkan bahawa dia adalah anak hamba perempuan seornag lelaki Parsi yang beragama Islam Kerana kesempitan kewangan, bapanya menjual ibunya itu kepada seorang yang bernama Isa Al-'Ajli yang memiliki banyak tanah di sekitar Asfahan. Ketika itu ibunya mengandungkanya. Bila dia lahir dia dinamakan Ibrahim. Dia menjadi hamba kepada Isa Al-'Ajli dan menjalankan kerja-kerja yang diperintahkan tuannya.
Ketika menghuni Kufah, Abu Muslim rapat dengan seorang yang bernama Abu Musa As-Sarraj yang memperkenalkan dengan idea-idea kepimpinan Ahli Bait.dari situ dia mula kenal Bakir bin Mahan, pemimpin utama gerakan Abbasiyyah di Iraq.
Inilah jejak-jejak yang membawa beliau kemudiannya memimpin gerakan Abbasiyyah di Khurasan..
No comments:
Post a Comment