Thursday, September 22, 2022

IBRAHIM AL-IMAM, PEMIMPIN GERAKAN BAWAH TANAH ABBASIYYAH

Namanya Ibrahim bin Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abdul Mutallib. Beliau lahir tahun 82H di Hamimah(sebuah kota di Jordan) dan meninggal tahun 131H. Beliau dikenali sebagai Ibrahim Al-Imam dan merupakan pemimpin gerakan Bawah tanah Abbasiah pada masa-pasa akhir zaman Daulah Bani Umayyah. Beliau telah berkahwin dengan anak perempuan Ali bin Husain bin Ali bin Abi Talib yang bernama Ummu Jaafar.

Selepas ayahnya Muhammad meninggal, dia ditunjukkan sebagai pemimpin gerakan rahsia Abbasiyyah. Khalifah Marwan II (Dikenali juga Marwan Al-Himar) mendapat tahu tentangnyua lalu dia ditangkap dan dipenjarakan. Setelah itu puak Abbasiyyah pun melantik saudaranya Abdullah As-Saffah sebagai pengganti memimpin gerakan tersebut.

Kewujudan Ibrahim Al-Imam sebagai pemimpin memang dirahsiakan. Sesuai sebagai sebuah gerakan politik bawah tanah, maka pemimpinnya hendaklah disirkan. Sokongan politik untuk gerakan Abbasiyyah marak di kawasan Khurasan. Wakil gerakan bernama Abu Muslim menjadi tokoh penting di sana. Hubungan para pejuang mereka di Khurasan dengan Ibrahim Al-Imam hanya melalui surat menyurat yang mana figura pemimpin mereka itu tidaklah mereka kenali. Hanya tahun nama sahaja.

Diriwayatkan bahawa pada satu ketika Abu Muslim telah menghantar seorang utusan untuk melaporkan gerakan mereka di Khurasan kepada Ibrahim Al-Imam. Akan tetapi utusan itu seorang berbangsa Arab dan fasih bahasa Arab. Ini tidak disukai oleh Ibrahim Al-Imam kerana amat berbahaya buat gerakan mereka. Lalu dia menulis surat untuk dibawa utusan itu kepada Abu Muslim Al-Khurasani yang mengandungi perintah agar bunuh utusan itu bila sampai. Namun, utusan itu membuka surat itu dan dia pun berpaling mengadab Khalifah Marwan II dan menceritakan mengenai Ibrahim Al-Imam. Maka pecahlah rahsia dan Khalifah Marwan II pun memerintahkan gabenornya di Damsyik agar menagkap Ibrahim Al-Imam. Ibrahim Al-Imam dipenjarakan di Najran sehingga beliau meninggal dan usianya ketika itu 48 tahun.

No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...