Nama ini terpahat dengan tinta emas. Dialah seorang pemimpin yang berjaya mengalahkan serbuan tentera Mongol dalam perang Ain Jalut. Siapakah Saifuddin Qutus ini?
Beliaulah putera di antara putera kerajaan Khawarizmi. Namanya adalah Mahmud bin Mamdud Al-Khawarizmi. Ayahnya Mamdud Al-Khawarizmi adalah sepupu kepada Sultan Jalaluddin Al-Khawarizmi. bahkan ayahnya itu telah berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Jalaluddin Al-Khawarzmi yang melahirkan Qutuz dengan dengan nama Mahmud. Qutuz itu adalah panggilan yang diberikan oleh pasukan Miogol ke atasnya yang membawa maksud "Anjing Garang".
Bila kerajaan Khawarizmi jatuh ke tangan Mongol, Mahmud bin Mamdud adalah antara tawanan yang digiring dan dijual kepada pedagang hamba di Kota Damsyiq. Sorang hartawan di sana telah membelinya dan dibelanya dengan baik. Dia belajar bahasa Arab.Hafaz Al-Quran dan belajar hadis. Bila orang kaya itu mati, dia dimiliki seterusnya oleh anak orang kaya itu. Dia tidak mendapat layanan yang baik dan dia kemduiannya dijual kepada sang kaya yang lain. Orang kaya ini adalah anak kepada slah seorang pembantu ulama besar bernama Izzuddin bin Abdus Salam. Ini menjadikan jalan terang buat Saifuddin Qutuz untuk mendalami agama dan masuk ke arena politik.
Kala itu Sultan Damsyiq As-Soleh Ismail tidak mahu berperang dengan tentera Salib dab mengambil jalan bersekutu dengan mereka. Cara ini ditentang oleh Sultan Mesir As-Soleh Ayyub dan baginda melancarkan seerang melawan tentera Salib. Di sinilah Saifuddin Qutuz terjun melibatkan dirinya sebagai Jundi.
Saifuddin Qutuz minta supaya tuannya jualkan dia kepada Sultan As-Soleh Najmuddin Ayyub agar dia dapat berada dalam barisan tentera mamalik Sultan. Tuannya pun bersetuju.Ini menjadikan dia dekat dengan Orang keparcayaan Sultan As-Soleh Najmuddin Ayyu iaitu ketua mamalik yang bernama Izzuddin Aibak.
Inilah jalan-jalan yang disediakan Tuhan bagaimana seorang putera kerajaan akhirnya menjadi raja juga walau mehnah perhambaan membelitnya.
No comments:
Post a Comment