Tuesday, September 13, 2022

QUTAIBAH BIN MUSLIM AL-BAHILI

Nama lengkapnya ialah Qutaibah bin Muslim bin Amru bin Husain bin Rabi'ah Al-Bahili. Beliau lahir pada tahun 48 H di Iraq. Bapanya, Muslim bin Amru adalah pendokong kuat Mus'ab bin Zubair yang merupakan gabenor Irak bagi pemerintahan Abdullah bin Zubair. Dalam peperangan menentang kerajaan Bani Umayyah yang ketika itu dipimpin oleh Abdul Malik bin Marwan, Muslim bin Amru terbunuh bersama dengan Mus'ab bin Zubair.


Qutaibah membesar dengan kebiasan sebagai pahlawan. Pandai menunggang kuda dan bermain senjata. Sementelahan , Irak pada zaman itu adalah wilayah yang penuh dengan pemberontakan dan penduduknya banyak terlibat dengan jihad. Kecemerlangan Qutaibah dapat dicungkil oleh panglima terkenal kerajaan Bani Umaiyyah ketika itu, Muhlab bin Abi Safrah. Beliaulah yang mengangkat Qutaibah setakah demi setakah hingga menduduki jabatan yang tinggi dalam pasukan.


Pada tahun 86H, Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi melantiknya untuk memimpin pasukan menyerang wilayah Khurasan. Wilayah ini semasa Muhlab bin Abi Safrah menjadi gabenor di sana antara tahun 78-86H, belum dapat dikuasai sepenuh nya. Dengan pilihan Hajjaj bin Yusuf yang mahu tenaga muda dalam menggerakkan jihad, dilantiklah Qutaibah bin Muslim.


Qutaibah telah membuka banyak wilayah sebelah Asia Kecil, termasuk wilayah kekuasaan bangsa Turki. Pengaruh Qutaibah sebagai pahlawan terbilang telah memikat bangsa Turki memeluk Islam dan kelak, merekalah membawa semboyan Islam hingga terbentuklah kerajaan Islam bangsa Turki seperti kerajaan Saljuk, Osmaniyah, Ghaznawi, Ghuri, Uzbek, Mamalik dan Kaukas.


Orang yang menabur benih pertama bagi semua perluasan Islam ini adalah Qutaibah bin Muslim. Tentu sekali tidak lupa juga jasa Muhlab bin Abi Safrah dan sekalipun Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi. Kata orang, begitu kejam Hajjaj bin Yusuf, ada jasanya yang besar tersimpan untuk dinilai Allah pada hari kemudian.
Image result for qutaibah bin muslim
KISAH QUTAIBAH BIN MUSLIM  DENGAN MAHARAJA CHINA

Disebutkan dalam Al-Bidayah Wan Nihayah, pada tahun 96H, Qutaibah bin Muslim telah berjaya membuka Kasyghar, satu wilayah dalam negara China. Qutaibah bin Muslim kemudiannya mengutuskan surat kepada maharaja China menperingatkannya bahawa dia tidak akan balik selagi belum menjejaki kaki ke bumi China dan menamatkan kerajaan  dan kemuliaan mereka. Kecuali jika mereka masuk Islam atau sanggup membayar jizyah.


TERBUNUHNYA QUTAIBAH

Apabila Sulaiman bin Abdul Malik dilantik jadi khalifah Bani Ummayyah tahun 96H, Qutaibah bin Muslim tidak menyukainya. Dia mahu memberontak melawannya lalu mengajak pemimpin-pemimpin pasukan yang bersamanya melaksanakan agendanya. Pada ketika itu Puak bani Tamim adalah kumpulan besar dan berpengaruh dalam pasukannya. Pemimpin mereka Waki' bin Hasan bin Qais bin Abi Suud At-Tamimi. Dia tidak menyokong hasrat Qutaibah bin Muslim. Dialah memimpin misi menyingkirkan Qutaibah bin Muslim dan membunuhnya. Dia jugalah yang dicatat dalam sejarah orang yang menangkap Yazid bin Mahlab bin Abi Safrah yang melawan kerajaan Bani Umayyah dan menyerahkan untuk dipenjarakan pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz.


No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...