Khalifah Al-Hakam Al-Mustansir bin Abdurrahman An-Nasir adalah penguasa terakhir dinasti Bani Umayyah Andalus secara hakikat. Walaupun ada penguasa lain selepasnya, mereka itu sangat lemah dan tidak berfungsi.
Al-Hakam memerintah antara tahun 350H hingga 366H. Al-Hakam ada 2 orang anak lelaki iaitu Abdurrahman yang mati masa kecil dan Hisyam yang menggantikannya naik tahta pada usdia 12 tahun. Kerana Al-Hakam sakit semenjak tahun 364H lagi, beliau terpaksa menentukan Hisyam sebagai penggantinya walau masih kecil dan untuk itu ditentukanlah ibu kepada anaknya itu yang merupakan hambanya, Subuh Al-Basytakiyyah sebagai wasi. Di samping itu, kedudukan Hisyam sebagai penggantinya itu dikawal oleh dua orang penting dalam kerajaan iaitu Hajib Jaafar bin Uthman Al-Mashafi dan Muhamamd bin 'Amir selaku ketua pasukan keselamatan.
Al-Hakam Al-Mustansir meninggal pada tahun 366H pada usia 64 tahun dan meninggalkan pemerintahan dalam keadaan lemah di tangan anaknya Hisyam Al-Muayyad yang menjadi bidak catur ibunya Subuh Al-Basytakiyyah dan Hajib Al-Mansur bin Abi Amir. Keterlibatan Hajib Mansur bin Abi Amir menjadikan wujudkan keadaan kerajaan di dalam kerajaan.
Pada namanya, Hisyam Muayyad adalah khalifah. Namun, kekuasaan sebenar di tangan Hajib Mansur. Keadaan itu berlanjut sehngga tahun 399H. Sepupunya yang bernama Muhamamd bin Hisyam bin Abdul Jabbar bin Abdurrahman An-Nasir Lidinillah dan dikenali dengan panggilan Muhammad Al-Mahdi billah bangkit memberontak dan menggulingkannya pada tahun tersebut. Namun, kemudiannya Muhammad Al-Mahdi billah berjaya dikalahkan pada tahun 400H dan Hisyam Muayyad diangkat kembali. Tetapi, pada tahun 403H, Hisyam Muayyad mati terbunuh.
No comments:
Post a Comment