Wednesday, September 21, 2022

HAJIB AL-MANSUR

Beliau adalah Muhammad bin Abdullah bin 'Amir dan terkenal dengan nama Muhammad bin Abi 'Amir atau Hajib Al-Mansur. Beliau adalah keturunan Abdul Malik Al-Mu'afiri yang merupakan antara tokoh pembuka Andalus yang bersama-sama dengan Tariq bin Ziyad. Pakcik-pakciknya adalah daripada kabilah Bani tamim. Datk neneknya menghuni Jazirah Al-Khadhraa' yang terletak di Selatan Andalus.

Sejak usia kanak-kanak, dia telah menunjukkan ciri-ciri pencinta ilmu. Dia berpindah ke cardova dan mendalami ilmu di masjid-masjid di sana.

Pada zaman pemerintahan Al-Hakam Al-Mustansir Billah, beliau menjawat jawatan ketua pasukan keselamatan merangkap penjaga harta kerajaan.

Pada zaman Hisyam bin Al-Hakam dia menakah naik ke tangga kekuasaan menjadi pemegang amanah kekuasaan Amir Al-Hisyam bin Al-Hakam dan kemudiannya menjadi Hajib yang menguruskan segala urusan pemerintahan atas nama Amir. Beliau mendirikan daulah Al-'Amiriyyah di Andalus.

Beliau meninggal pada tahun 392H dan posisinya digantikan oleh anaknya yang bernama Abdul Malik bin Muhammad Al-'Amiri yang digelar Al-Muzaffar. Kemudiannya matilah Al-Muzaffar itu dan diganti pula saudara bukan sekandungnya yang buruk perangai dan buruk pula siasat politiknya , iaitu Abdurrahman Syanjul. Setelah itu keadaan politik hilang kawalan yang membawa kepada rebahnya zaman Daulah Bani Umayyah di Andalus dan bermulalah pula zaman Kerajaan kecil yang dikenal sebagai Muluk Tawaif.

Bermulanya zaman Muluk Tawaif adalah pada tahun 422H.

No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...