Beliau adalah seorang Arab Quraisy yang beriman dengan agama nabi Ibrahim sebelum kebangkitan nabi Muhammad sebagai Rasul. Beliau banyak mengembara ke luar negeri dan bertemu dengan rahib Nasrani maupun Yahudi. Dari mereka dia mendengar khabar-khabar tentang dekatnya kemunculan nabi akhir zaman. Walaupun dia pernah bertemu dengan nabi Muhammad SAW, ketika itu baginda belum lagi jadi nabi. Zaid ini seorang yang menjaga dirinya daripada terlibat dengan kepincangan orang Quraisy yang menyembah berhala. Beliau tidak makan sembelihan mereka yang dibuat untuk berhala.
Anaknya bernama Said bin Zaid adalah sahabat nabi Muhammad SAW yang dekat. Bahkan dia antara 10 sahabat yang diberi khabar gembira masuk syurga.
Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Asakir yang disahehkan oleh Albani, Rasulullah SAW telah bersabda: Aku telah masuk ke Syurga dan aku mendapati bagi Zaid bin Amru bin Nufail ada dua darjat.
Beliau meninggal pada tahun 605M terbunuh oleh gerombolan daripada kaum Lakham . Dikatakan semasa dia sakarat, dia mengungkapkan:
(اللهم إن كنت حرمتني صحبة نبيك فلا تحرم منها إبني سعيداً)
" Ya Allah, jika kau haramkan aku bersahabat dengan nabiMU, janganlah haramkan ia daripada anakku".
Ternyata Allah makbulkan doanya. Anaknya masuk Islam sebagai Assabiqunal Awwalun dan berjuang berngan kalangan awal yang lain bersama nabi SAW.
Rahmatullah 'ala Zaid bin Amru.
PERKAITAN NASAB DAN KERABAT DENGAN RASULULLAH SAW
- Bapanya adalam Amru bin Nufail bin Abdul Uzza bin Rabah bin Abdullah bin Qurat bin Razah bin 'Adi bin Ka'ab bin Lu'i bin Ghalib bin Fahar bin Malik bin Nadhar (Quraisy) bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Madhar bin Nazar bin Ma'ad bin 'Adnan
- Ibunya bernama Umayyah binti Abdul Mutallib.
- Zainab binti Jahsyin, salah seorang isteri Rasulullah dan ummul Mukminin adalah saudara perempuannya.
- Zaid berkahwin dengan Fatimah binti Ba'jah lalu dapat anaknya Said bin Zaid (Sahabat nabi) dan berkahwin dengan Ummu Kurz binti Ammar lalu dapat anak bernama Atikah ( Sahabiah yang berkahwin dengan para Abdullah bin Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Zubair bin Al-Awwam)
HADIS NABI SAW YANG MENYEBUTKAN TENTANG ZAID BIN NUFAIL:
Hadis riwayat Ibn 'Asakir yang dihasankan oleh Albani:
Rasulullah SAW bersabda:دخلت الجنة فرأيت لزيد بن عمرو بن نفيل درجتين.
No comments:
Post a Comment