Abu Hayyan Al-Andalusi, pada satu ketika merakamkan pujiannya terhadap Ibn Taimiyyah dalam Syairnya:
قام ابن تيمية في نصر شرعتنا
مقام سيد تيمٍ إذ عصت مضرُ
فاظهر الحق إذ آثاره درست
وأخمد الشرَّ إذا طارت به الشررُ
Namun, berikutan konflik antaranya dengan Ibn Taimiyyah dalam bab Nahu, maka Abu Hayyan Al-Andalusi bertukar membenci Ibn Taimiyyah.
Apakah isu nahu tersebut?
Perkataan Ibn Timiyyah tentang Sibawaih:
قال ابن تيمية : يفشر سيبويه أسيبويه نبي النحو أرسله الله به حتى يكون معصوما سيبويه أخطأ في القرآن في ثمانين موضعا لا تفهمها أنت ولا هو
" Apakah Sibawaih itu nabi Nahu yang diutuskan untuknya? Sesungguhnya dia telah buat kesilapan Nahu dalam Quran pada 80 tempat yang dia dan kamu tak faham!", kata-kata ini ditujukan kepada Abu Hayyan Al-Andalusi.
Sedangkan Abu Hayyan adalah ulama Nahu dan banyak merujuk kepada Sibawaih. Kata-kata ini mencabar kemuliaan Sibawaih pada matanya. Kerana itu kekagumannya kepada Ibn Taimiyyah bertukar menjadi permusuhan.
No comments:
Post a Comment