Nama sebenarnya adalah Abu Ali Al-Mansur bin Al-Aziz Billah bin Al-Mu'iz Lidinillah.
Lahir pada tahun 375H (985M) di Mesir. Beliau adalah khalifah kerajaan Fatimiyyah yang ke-6. Naik takhta pada usia 11 tahun setelah kematian ayahnya Al-Aziz Billah pada tahun 386H.
Beliau duduk bertahkta antara tahun 386H-411H bersamaan tahun 996M-1020M.
Pada ketika dia naik tahkta dalam usia 11 tahun, kakaknya Sitti Almalik sudah berusia 27 tahun.
Sewaktu dia naik takhta, urusan pemerintahan diletakkan di bawa pemegang amanah bernama Abu A'mir. Sitti Almalik tidak senang dengan situasi itu merencanakan siasat bersama adiknya yang masih kecil itu untuk menyingkirkan Abu 'Amir. Mereka berjaya dan kemudian dipilih Abu Futuh Barjuan sebagai wasi Al-Hakim yang ketika itu berusia 15 tahun.
Namun, kemudiannya dia telah mengusai kerajaan dan namanya disebut di atas membar2 di Mesir, Syam dan Afrika. Dia juga berpakat dengan Abu 'Amir yang menyokongnya untuk mengambil alih takhta pemerintahan kerajaan. Al-Hakim pun dengan sokongan kakaknya dan ibunya telah berjaya membunuh barjuan dan konco-konconya.
Walau bagaimanapun hubungan Al-Hakim dengan Sitti Almalik tidka berjalan mulus. Al-Hakim sentiasa dibayangi pengkhianatan orang-orang di sekelilingnya dan dia melihat tidak ada ornag yang paling bahaya melainkan kakaknya Sitti Al-Malik. Dia lalu membunuh ornag-ornag dalam istana yang dilihatnya berada dalam pasukan Sitti Al-Malik. Hatta di membunuh Qadhi Al-Malik bin Sa'id kerana hanya dia bertemu kakaknya di istana kakaknya itu.
Undang-undang pelik yang dikenakannya kepada rakyat:
1) Haram makan Mulukhiah (sejenis tumbuhan: Corchorus olitorius)
2) Rakyat hendaklah bekerja di malam hari dan berehat di siang hari.
3) Penumpah darah.
4) Meruntuhkan gereja
5) Orang Nasrani hendaklah masuk bilik mandi membawa lonceng (utk pengenalan)
6) Mendakwa diri sebagai Tuhan dan tahu hal ghaib.
7) Ubah waktu azan solat zohor ke Jam 7, dan solat asar ke jam 9.
8 ) Haramkan solat taraweh selama 10 tahun sebelum membenarkannya kembali.
Beliau membunuhnya wazirnya Burjuan. Beliau membunuh gurunya Abu Tamim Said Al-Faruqi.
Sejarawan Mesir bernama Sawir bin Al-Muqaffa' menganggarkan orang yang dibunuh oleh Al-Hakim menjangkau jumlah 18 ribu. Dia memulakan tabiat penumpah darahnya dengan membunuh menterinya yang mendidiknya sejak kecil bernama Barjuan. Puncanya kerana masa kecil menterinya itu pernah memanggilnya "cicak".
Ketika rombongan pendakwah mazhab Ismaili datang ke Mesir diketuai oleh Muhammad bin Ismail Ad-Druz dan Hamzah bin Ali Al-Farisi, mereka menyifatkan Al-Hakim sebagai Tuhan. Ini membuatkan Al-Hakim mempunyai anggapan bahawa Tuhan menjelma dalam dirinya.
Pada tahun 408 dia mula mendakwa ketuhanannya. Untuk itu satu markaz di Gunung Al-Muqattam diwujudkan dan di sana senarai nama orang yang beriman dengannya ditulis. Kira-kira 17 ribu warga Kaherah mendaftarkan diri sebagai mukmin dengannya. Pengikutnya itu, bila nampak dia akan menyeru:
يا واحدنا يا واحدنا، يا محيي ويا مميت
"Wahai yang Tunggal..wahai yang Tunggal! Wahai yang menghidupkan dan yang mematikan!"
Para ahli Sunnah telah menentang pemikiran Al-Hulul yang didakwakan oleh Al-Hakim. Pendakwah pemikiran itu, Muhammad bin Ismail Druz telah dibunuh dan Hamzah bin Ali Al-Farisi dapat melarikan diri dan bersembunyi. Kemudiannya dia telah memepengaruhi orang-orang Syam untuk mempercayainya. Al-Hakim pun membalas dendam ke atas orang Mesir yang membunuh pendakwahnya.
Peranan Siti Almalik dalam menyokong Alhakim
Alhakim bunuh Qadhi Malik bin Said atas tuduhan bermukah dengan kakaknya Siti Almalik.
Alhakim kemudiannya bergaduh dengan Siti Almalik dan menuduhnya mengandung anak haram pada usianya 50 tahun.
Siti Almalik benar-benar buat rancangan untuk bunuh Al-Hakim. Dia minta Amir Tulaib ibn Dawwas yang ketika itu bersembunyi kerana takut kekejaman Al-Hakim.
Tulaib suruh dua ornag hambanya lakukan kerja pembunuhan itu. Pada malam 27 Syawal tahun 411, Al-Hakim pun dibunuh ketika dia keluar rumah untuk melihat bintang dan buruj. Mayat Al-Hakim tidak ditemui walaupun orang mencarinya.
Lepas berjaya bunuh Al-Hakim, dilantiklah anaknya Az-Zohir sebagai peganti pada atahun 411H. ketika itu usianya adalah 16 tahun 3 bulan.
Sitti Almalik , selepas berjaya menyelesaikan masalah Al-Hakim dan melantik anaknya Az-Zohir sebagai khalifah, dia merancang siasat utk bunuh pula Tulaib Ibn Dawwas. Dia beritahu pembesar kerajaan bahawa yang bunuh Al-Hakim adalah Tulaib Ibn Dawwas. Maka Ibn Dawwas dan semua sekongkolnya ditangkap dan dibunuh.
Lalu, Siti almaliklah yang jadi pemerintah sebenar kerajaan Fatimiyyah sehingga dia meninggal tahun 414H pada usia 57 tahun.
Kumpulan Syiah Nusairiah dan Druz yang ada hari ini masih menganggap Al-Hakim sebagai jelmaan Tuhan. Druz amat memusuhi Islam lebih daripada Yahudi. Yahudi tidak menerima bangsa Arab Israil sebagai tentera mereka kecuali jika dia dari kelompok Druz, kerana kebencian mereka kepada Islam.
Siapakah Siti Almalik?
Beliau dilahirkan di istana Al-Mansuriah di utara Afrika (Tunisia sekarang) pada tahun 970M. Bapanya Al-Aziz Billah memerintah Daulah Fatimiyyah antara tahun 975M hingga 996M. Dikatakan ibunya seorang wanita yang menjadi tawanan berasal dari Yunani Bayzentine bernama Saiyyidah Aziziyyah. Kerana itu Al-Aziz Billah sangat toleran dengan orang Nasrani dan yahudi sehingga melantik mereka menjawat jawatan penting dlm kerajaan seperti Isa bin Nastur yang menjadi menteri dalam kerajaan Fatimiyyah. sejarawan berbeza apakah dia juga ibu kepada Al-Hhakim. Namun pendapat rajih mengatakan ibu mereka berlainan.
Siti Almalik mewarisi kepintaran ibunya.
Setahun sebelum siti almalik dilahirkan, tentera Fatimiyyah telah berjaya memasuki mesir dan menjadikan Qaherah sebagai ibu kota pemerintahan kerajaan.
Bacaan:
No comments:
Post a Comment