Kumpulan Khawarij terbahagi kepada 7 puak yang utama iaitu:
1) Al-Muhakkamah al-Ula
2) Al-Azariqah
3) An-Najdat
4) As-Sofariyyah
5) Al-'Ijaridah
6) Al-Ibadhiah
7) As-Tsa'alibah
Daripada 7 puak ini berpecahlah kepada puka-puak kecil yang berbagai-bagai. Semuanya sepakat "MENGKAFIRKAN SAIDINA ALI BIN ABI TALIB DAN SAIDINA UTHMAN BIN AFFAN". Merka juga kafirkan mereka yang terlibat dalam perang Jamal, Majlis Tahkim, dan yang merestuinya serta yang menganggap benar salah satu antara dua pihak yang terlibat dalam Tahkim. Mereka juga mewajibkan "khuruj" atas pemimpin yang zalim.
Imam An-Nawawi dalah Syarah Saheh Muslim menyatakan pendirian mazhab Syafie mengenai kedudukan golongan Khawarij:
- Iman tidak bertambah maupun berkurang.
- Meninggalkan kewajipan membawa kepada kekufuran.
- Tabarru' (berlepas diri daripada khalifah Uthman bin Affan dan Ali bin Abu Talib)
- Buat dosa besar, jadi kafir!
- Tidak melihat keperluan berbangsa Quraisy untuk jadi Imam, bahkan sesiapa sahaja layak sebagai imam jika dia adil.Bahkan bagi Khawarij An-najdat, imam tidak perlu dan manusia boleh hidup sebagaimana adanya dan jika rasa perlu ketua, bolehlah pilih seorang imam buat mereka.
- Mengangkat senjata melawan sesiapa yang menyesihi mereka sekalipun kalangan muslimin.
- Mengingkari kisah Yusuf dengan alasan kisah ini membawa unsur cinta asyik dan tidak layak ada dalam Quran-Sikap ini ada dalam kumpulan Khawarij Al-'Ijaridah.
- Mengatakan wanita berhaid wajib Qodha solat.
- Menggugurkan hukum hudud rejam bagi penzina lelaki dan hukum qazaf bagi lelaki dan kekalkan hukum pesalah Qozaf perempuan.
No comments:
Post a Comment