Kunyahnya Abu Said.
Namanya Muhallab bin Zalim bin Sariq.
Daripada qabilah Al-Azdi yang berasal daripada kawasan pantai Oman.
Nama tempat tinggal mereka disebut sebagai Bandar Daba. Daba adalah pasar terbesar di zaman Arab Jahiliyyah, menjadi tumpuan pedagang Arab, Sind, Hindi dan juga China.
Beliau lahir tahun 8H
Jadi kelahirannya adalah pada tahun Fathu Makkah.
Dia ada sembilan beradik dan dia yang paling bongsu.
Kerana Qabilah Al-Azdi telah terfitnah dengan gerakan menolak zakat yang diketuai laqit bin malik, kabilah itu telah mendapat hukuman setelah Laqit ditewaskan. Anggota kabilah Al-Azdi telah ditawan dan dibawa ke Madinah sebagai tawanan, termasuklah Muhallab dan ayahnya Zalim. Sampai di Madinah, mereka dibebaskan setelah Omar Al-Khattab menjelaskan ketidakterlibatan mereka dengan gerakan Laqit.
Kerana Qabilah Al-Azdi telah terfitnah dengan gerakan menolak zakat yang diketuai laqit bin malik, kabilah itu telah mendapat hukuman setelah Laqit ditewaskan. Anggota kabilah Al-Azdi telah ditawan dan dibawa ke Madinah sebagai tawanan, termasuklah Muhallab dan ayahnya Zalim. Sampai di Madinah, mereka dibebaskan setelah Omar Al-Khattab menjelaskan ketidakterlibatan mereka dengan gerakan Laqit.
Dalam Perang Al-Qadisiyah, dia sertai dibawah pimpinan Saad bin Abi Waqas.
Dalam Perang Al-Janal , Ali berikannya tugas memimpin satu sayap pasukan Ali.
Beliau dilantik Hajjaj bin Yusuf menjadi gabenor di Khurasan pada tahun 77H setelah beliau memecat gabenor di sana Umayyah bin Abdullah. Muhallab meninggal di Khurasan pada tahun 82H. Anaknya Yazid kemudiannya menggantikannya.
Dalam Tabaqat Ibn Saad, Muhallab dibilangkan kalangan Tabi'in.
Diriwayatkan bahawa Muhallab pernah bersama Abdullah bin Zubair pada masa pemerintahan Abdullah bin Zubair ke atas Hijaz dan Iraq. Ketika itu masuk kepada mereka Abdullah bin Safwan bin Umayyah bin Khalaf bin Wahab Al-Qursyi Al-Jamhi. Abdullah bin safwan bertanya Abdullah bin Zubair .
" Siapa yang kau asyik berbual dengannya wahai amirul mukminin?
Ibn Zubair berkata
"Apakah kau tidak kenal dia? Dia Muhallab bin Safrah. Pemimpin Ahli Iraq".
"Siapa orang ini?" , Muhallab pula bertanya kepada Ibn Zubair
"Dia penghulu Quraisy", jawab Ibn Zubair.
" Dia Abdullah bin Safwan", teka Muhallab.
" Ya!", jawab Ibn Zubair
Muhallab dan ayahnya mengikuti misi pimpinan Abdurrahman bin Samrah ke Sijistan pada tahun 42H
Muhallab meninggal pada masa pemerintahan Abd Malik bin Marwan.
Catatan:
- Muhallab terkenal dengan kejayaannya membanteras gerakan Khawarij.
- Kabilah Al-Azdi pernah mendapat bala dituduh murtad kerana angkara Laqit bin Malik Al-Azdi yang membuat kempen menolak zakat diserahkan kepada khalifah Abu Bakar.
- Laqit digelar Zu Taj( Yang memiliki mahkota)
- Pada masa Jahiliyyah, Laqit digelar Al-Julandi.
- Jaifar dan Ubad sebagai wakil khalifah dihalau oleh Laqit
- Laqit mendakwa sebagai nabi
- Abu bakar mengirim pasukan yang dipimpin oleh Huzaifah bin Mihson Al-Bariqi untuk mengamankan Oman dan 'Arfajah bin Harsamah untuk mengamankan Qabilah Mahrah.-kemudian Ikrimah bin Abu jahal menyusul setelah selesai tugasnya di Yamamah.
No comments:
Post a Comment