Thursday, September 29, 2022

PENYINGKIRAN BANI NADHIR DARI MADINAH

TRAGEDI TELAGA MA'UNAH

Kita mulakan kisah ini dengan peristiwa  menyebut satu peristiwa tragis yang dinamakan Peristiwa  "Telaga Ma'unah". Peristiwa ini merupakan peristiwa pembunuhan beramai-ramai(massacre) ke atas 70 sahabat nabi yang dutuskan untuk berdakwah kepada kabilah Arab kawasan Najad. Tindakan itu adalah atas permintaan Abu Barra' 'Amir bin Malik bin Jaafar yang menjanjikan pembelaan darinya atas para sahabat nabi yang bakal diutuskan sana (sekalipun dia sendiri tidak mahu masuk Islam ketika itu).  Nabi mengutuskan 70 sahabat baginda yang disebut sebagai para Qurra' dengan diketuai oleh Al-Munzir bin Amru. dalam rombongan itu ada Haram bin Milhan, Amir bin Fuhairah (Hamba Abu Bakar) dan lain-lain. 

Rombongan ini lalu di kawasan Telaga Ma'unah yang terletak antara penempatan Bani 'Amir dan Bani Sulaim. Haram bin Milham diutus untuk bertemu Amir bin Tufail. Dia  tidak pun membaca surat utusan nabi , bahkan telah membunuh Haram bin Milhan. Kemudian dia mengajak kaumnya agar membantai baki yang lain. Namun mereka menolak ajakannya kerana memikirkan jaminan yang telah diberikan oleh Abu Barra' Amir bin Malik kepada Nabi Muhammad SAW sebelumnya. Maka Amir bin Tufail mengajak Bani Sulaim melakukan kerja keji itu. Lalu dari Bani Sulaim, tampillah Bani 'Usayyah, Ra'lin dan Zakwan menyokong Amir bin Malik. Mereka telah mengepung para sahabat nabi di Telaga Ma'unah itu dan membunuh mereka semua. Tiada yang selamat kecuali seorang sahabat nabi bernama Ka'ab bin Zaid bin An-Najjar yang tergelatak di antara mayat dan disangka mati oleh mereka. Dia hidup  sehingga mati dalam perang Khandak.

Ada dua orang sahabat nabi yang tiada di tempat kejadian semasa pembantaian tersebut. Mereka adalah Amru bin Umayyah Ad-Dhamri dan Al-Munzir bin Uqbah bin 'Amir. Mereka berdua sedang menjaga tunggangan rombongan itu di tempat yang lain. Bila mereka lihat di angkasa , burung-burung berterbangan dan mereka menyedari ada petanda buruk di sebaliknya. Mereka segera pulang ke tempat berkumpul dan ketika mereka pun turut sama berjuang bersama yang lain. Al-Munzir mati terbunuh tetapi Amru bin Umayyah Ad-Dhamri tertawan. Namun kemudiannya dia dimerdekakan oleh Amir bin Tufail atas kehendak ibunya.

Amru bin Umayyah Ad-Dhamri, dalam perjalanan balik ke Madinah, bertemu dengan 2 orang yang mengaku dari Bani 'Amir. Ketika mereka berehat di baah sepohon kayu bersama Amru bin Umayyah Ad-Dhamri, dia membunuh mereka berdua sebagai pembalasan dendamnya kepada Bani 'Amir. Rupanya mereka berdua adalah orang yang telah mendapat jaminan keselamatan dari nabi Muhammad SAW. Bila sampai di Madinah dan diceritakan kepada nabi SAW mengenai peristiwa berdarah yang menimpanya serta sahabat dan tindakan membunuh dua orang dari Bani 'Amir itu, maka Rasulullah mengambil tanggungjawab untuk membayar diat (pampasan) bagi pihak Amru bin Umayyah Ad-Dhamri.

Untuk Bani Usayyah, Ra'lin dan Zakwan yang bersekongkol dengan 'Amir Tufail, Rasulullah SAW mendoakan ke atas mereka dalam qunut solat 5 waktu selama sebulan. Qunut yang dinamakan Qunut Nazilah.


KOMITMEN PALSU YAHUDI BANI NADHIR

Maka dimintalah Yahudi Bani Nadhir untuk membayar diat pembunuhan tidak sengaja itu atas dasar persetujuan yang dimeterai dalam Sahifah Madinah dulu. Pihak Yahudi Bani Nadhir bersetuju dan Nabi SAW berangkat ke perkampungan mereka untuk perbincangan lanjut. Namun, puak Yahudi itu merancang untuk menghapuskan nabi Muhammad dengan cara menjatuhkan batu dari satu tembok yang akan dilalui oleh nabi SAW. rancangan jahat  itu telah pecah  dan sampai kepada nabi SAW dan nabi SAW membatalkan keberangkatannya ke sana. 

Tindakannya adalah tindakan buat para pengkhianat.


Nabi Muhammad SAW menghantar Muhammad bin Maslamah Al-Ausi  ke perkampungan Bani Nadhir dan mengatakan kepada mereka satu kata dua . Katanya:

إن رسول الله أرسلني إليكم أن اخرجوا من بلادي؛ لقد نقضتم العهد الذي جعلت لكم بما هممتم به من الغدر بي، لقد أجَّلتكم عشرًا؛ فمن رؤي بعد ذلك ضربت عنقه

Sesungguhnya Rasulullah SAW mengutuskandaku kepada kamu semua untuk memberitahu kamu supaya keluar dari negeriku. Kamu telah membatalkan perjanjian denganku lantaran rancangan khianat kamu. Aku berikan kalian tempo 10 hari. Sesiapa yang masih kelihatan di Madinah selepas tempoh itu, akan dipancung kepalanya!

Mendengar kata dua itu, mereka pun mencemuh Nabi Muhamamd sambil berkata kepada Muhammad bin Maslamah Al-Ausi:

" Kami tidak menduga kata-kata ini datang daripada seorang Ausi!" 

Mereka berkata demikian kerana Puak Aus adalah sekutu kepada Yahudi Bani Nadhir di Madinah pada zaman jahiliyyah dan sebelum datangnya Nabi ke Madinah.

" Hati kami telah berubah!", Muhammad bin Maslamah membalas ocehan mereka dengan selamba.

Khabar itu telah sampai kepada Abdullah bin Ubai, ketua golongan Munafiq di Madinah. Dia segera pergi kepada Kaum Yahudi Bani Nadhir dan mendesak mereka agar jangan takut ancaman Nabi Muhammad. Dia sanggup membela mereka. Demikianlah janjinya. Namun Yahudi Bani Nadhir tahu kebohongan Abdullah bin Ubai. Mereka ada pengalaman dia khianat dalam janjinya dengan kaum Yahudi Bani Qainuqaa' sebelumnya. Dia janji nak tolong tapi kemudiannya dia sendiri paksa mereka menyingkir dari Madinah!

Yahudi Bani Nadhir mengikut nasihat ketua mereka Huyai bin Akhtab agar masuk ke dalam kota dan berlindung. Setelah tamat tempoh amaran, kaum muslimin pun datang ke perkampungan mereka dan mereka sedang bersembunyi dalam kota. Lantas  kaum muslimin memusnahkan tanah pertanian mereka dengan menebang serta membakar pokok-pokok kurma. Hal itu menimbulkan keresahan dan rasa tertekan kaum yahudi itu dan mereka mengejek kaum muslimin. Kata mereka:

"Kalian dakwa kalian kaum yang sukakan Islah (pembaikan). Islah apa kalau sudah bakar pokok-pokok kurma"

Herdikan itu menimbulkan khilaf kalangan mujahidin Muslimin. Sebahagian merasakan tidak patut bakar pepohonan kurma itu. Namun sebahagian lain mengatakan bahawa tindakan itu wajar demi menakutkan kaum Yahudi yang berlindung bak tikus dalam kota-kota mereka. Peritiwa penebangan pokok-pokok kurma di perkampungan Bani Nadhir itulah yang menyebabkan Allah SWT turunkan ayat 5 Surah Al-Hasyar.

مَا قَطَعْتُم مِّن لِّينَةٍ أَوْ تَرَكْتُمُوهَا قَائِمَةً عَلَىٰ أُصُولِهَا فَبِإِذْنِ اللَّهِ وَلِيُخْزِيَ الْفَاسِقِينَ (5)

Apa saja yang kamu tebang dari pohon kurma (milik orang-orang kafir) atau yang kamu biarkan (tumbuh) berdiri di atas pokoknya, maka (semua itu) adalah dengan izin Allah; dan karena Dia hendak memberikan kehinaan kepada orang-orang fasik.

Abdullah bin Ubai hanya cakap kosong. Dia tidak pun tampil menolong Yahudi Bani Nadhir itu. Kaum yang derhaka itu akhirnya mengangkat bendera putih dan sanggup itu "al-jala'" yakni pindah meninggalkan Kota Madinah. Mereka hanya dibenarkan bawa apa yang boleh atas tunggangan mereka dan segala yang mereka tinggalkan jadi "al-fai'" buat kaum Muslimin.

No comments:

Post a Comment

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentang...