Tuesday, September 27, 2022

MENGENALI TOKOH BERNAMA NAJMUDDIN AL-KHABUSYANI

Sejarah mencatatkan Yusuf bin Ayyub yang terkenal dengan panggilah Salehuudin Ayub adalah orang bertanggungjawab menamatkan pemerintahan Daulah Fatimiyyah di Mesir. Namun, tidak harus dilupakan juga bahawa terdapat tangan-tangan lain yang memainkan peranan dalam menamatkan Daulah Fatimiyyah tertsebut seperti Sultan Nuruddin Mahmud Zinki dan juga seorang ulama bernama Najmuddin Al-Khabusyani. Mungkin ramai orang tak kenal ulama tersebut dan tertanya-tanya apakah peranannya.

Menurut Imam Az-Zahabi dalam kitabnya "Siyar", menyebutkan bahawa beliau ialah Abul Barakat Muhammad bin Muwaffiq bin Said Al-Khabusyani, seorang yang bermazhab Syafie dan seorang Sufi. Nisbah nama kepada tempat lahirnya iaitu Khabusyan , sebuah penempatan kecil yang terletak di Nisabur dalam wilayah Parsi.

Beliau belajar fekah dari Muhammad bin Yahya, seorang faqih Nasabur sekaligus seorang tokoh hadis. Disebutkan bahawa Al-Khabusyani mempunyai kemampuan hafalan yang luar biasa sejak dia kecil lagi. Beliau boleh mengingati kitab Al-Muhit (Karya As-Sohib Ismail bin 'Ubbad-Meninggal tahun 385H) yang terdiri 16 Jilid dengan sempurna.

Telah menjadi azam Al-Khabusyani untuk menghapuskan kekuasaan Syiah Ismailiyyah di Mesir dan dia pernah menyatakan azamnya itu kepada Najmuddin Ayyub, bapa Salehuddin Ayyub. sebelum masuknya Salehuddin Ayyub ke Mesir.

Al-Khabusyani masuk ke Mesir tahun 565H dan tinggal Mesir selama 22 tahun sehingga dia meninggal tahun 587H. Cita-cita masuk Mesir adalah untuk menjatuhkan kerajaan Fatimiyyah. Hanya 2 tahun selepas masuknya ke Mesir, iaitu tahun 567H, kerajaan Fatimiyyah Mesir tumbang.

Hubungan Al-Khabusyani dengan ulama-ulama Hanabilah di Mesir tgidak berjalan mulus. Ini kerana dia sangat ta'assub dengan mazhab Asya'irahnya dan dengan pengaruhnya dia memerintahkan agar kubur seorang ulama bernama Al-Muqri' Abu Abdullah Al-Kizani As-Syafie (meninggal tahun 562H) yang berada di sebelah kubur Imam Syafie dibongkar dan dipindahkan mayatnya ke tempat lain. Dia mengatakan Al-Kizani itu seornag Hasyawiyyah atau disebutkan juga seorang Zindiq dan tidak layah dikuburkan di sebelah pusara seorang Siddiq seperti imam Syafie. Kerana sifat ekstrimnya itu, berlaku persengketaan yang membawa kepada perang satu sama lain yang berakhir dengan kemenangan Al-Khabusyani. 

Al-Khabusyani meninggal tahun 587 H.


KISAH MIMPI AL-'ADHID LIDINILLAH, KHALIFAH TERAKHIR FATIMIYYAH MESIR.


Ibn Khalikan meriwayatkan bahawa seorang ulama Mesir telah meceritakan kepadanya kisah mimpi Al-'Adhid lidinillah . Beliau telah bermimpi melihat seekor kala keluar dari sebuah masjid di Mesir yang dia kenal lalu kala itu menggigitnya. Al-'Adhid pun panggil ahli ta'bir mimpi dan mereka mengatakan ia membawa maksud ada sesuatu yang menyakitkan akan menimpanya berpunca dari masjid itu. Bila diselidiki, di masjid itu tinggal seornag Syeikh Sufi dan dia pun dipanggil oleh Al-'Adhid. Setelah disiasat, Al-'adhid melihat lelaki sufi itu tidak menampakkan sebarang bahawa ke atasnya kerana lemahnya dan tidak ada apa-apa yang memuingkinkan dia menimbulkan kemudaratan kepada al-'Adhid. Apakala Salehuddin Ayyub menguasai kerajaan dan mahu menghapuskan khilafah Fatimiyyah, dia menghimpunkan para fuqaha dan bertanya mereka tentang hal itu. Para fuqaha menyatakan keharusannya. Najmuddin Al-Khabusyani yang merupakan fuqaha sufi menyatakan pendapat kerasnya. Bahawa Fatimiyyah bukan kalangan orang beriman dan dia menyebutkan keburukan Bani Ubaidillah tersebut. Dialah syeikh yang menghuni masjid yang dimimpikan oleh Al-Adhid. Maka mimpi Al-Adhid pun jadi nyata!


No comments:

Post a Comment

Imam Makhul

Nama penuhnya adalah Makhul bin Abdullah . Dikenali juga Makhul bin Abi Muslim Al-Huzali. Disebutkan juga namanya ialah Syahrab bin Syazil b...