Tuesday, September 13, 2022

MENGENALI TOKOH BERNAMA AS-SUDDI

 Ada dua orang yang dinamakan As-Suddi.

Satunya ialah Ismail bin Abdurrahman bin Abi Karimah As-Suddi Abu Muhammad Al-Qursyi Al-Kufi Al-A'war.Beliau dipanggil dengan pangguilan As-Suddi Al-Kabir. Beliau adalah Maula kepada Zainab binti Qais bin Mukhrimah. Asalnya adalah Hijaz tetapi tinggal di Kufah. Beliau selalu duduk di depan pintu Masjid Jamik Kufah. Kerana itu beliau dinamakan Suddi.

Satunya ialah As- Suddi As-Soghir dan beliah ialah Muhammad bin Marwan bib Abdullah bin Ismail bin Abdurrahman (cicit kepada As-Suddi Al-kabir), seorang Rafidhah lagi pendusta.

Ibn Hajar berkata sanad As-Suddi daripada Al-Kalbi daripada Abi Soleh daripada Ibn Abbas adalah Silsilah Al-Kazib (rantaian sanad dusta) dan bukan Silsilah Az-Zahab (rantaian sanad emas) sebagaimana dakwa sesetengan orang (Syiah).

No comments:

Post a Comment

IMAM 'AMIR AS-SYA'BI

Nama sebenarnya ialah Amir bin Syarahil bin Abd bin Zi Kibar Abu Amru Al-Hamdani As-Sya'bi Al-Kufi Ahli Sejarah berbeza pendapat tentang...