Wednesday, September 21, 2022

SUBUH AL-BASYTAKIYYAH (AURORA)

Beliau adalah hamba kepada hamba kepada Khalifah Al-Hakam Al-Mustansir billah dan ibu kepada dua putera Al-Hakam yang bernama Abdurrahman dan Hisyam. Hisyam itu adalah pengganti kepada Al-hakam kemudiannya.

Nama Subuh Al-Basytakiyyah disebutkan dalam sejarah kerana penglibatannya dan peranannya dalam pemerintahan kerajaan Bani Umayyah Andalus pada saat kejatuhannya.

Khalifah Al-Hakam Al-Mustansir sangat menyayanginya dan mendengar pendapat-pendapatnya dalam pemerintahan. Naiknya Hajib Al-Mansur ke posisi Hajib bagi kerajaan adalah dengan usulan Subuh Al-Basytakiyyah.

Sewaktu Khalifah Al-Hakam meninggal, anaknya yang bernama Hisyam baru berusia 12 tahun. Maka Subuh Al-Basytakiyyahlah menjadi pemegang wasiat anaknya dengan dibantu oleh Hajib Jaaffar bin Uthman Al-Mashafi dan juga sekutunya dalam politik yang bernama Muhammad bin Abi Amir (Waktu itu belum jadi Hajib). Terdapat desas desus dan syair-syair yang dilantunkan oleh rakyat menyifatkan hubungan antara Subuh Al-Basytakiyyah dengan Muhammad bin Abi Amir. Dengan kepintaran politiknya, Muhammad bin Amir dapat menyingkirkan semua pesaingya sehingga dia menjawat jawatan Hajib. Khalifah Hisyam yang masih mentah itu hanya djadikan simbol dan disembunyikan daripada bercampur dengan rakyat jelata. Hatta, dialah yang menjadi individu ang dikenali orang ramai di sebalik semua kebijakan pemerintahan.

Setelah melihat keadaan kuasa Hajib Al-Mansur itu kian kuat, Subuh Al-Basytakiyyah mencuba untuk menyingkirkan Hajib Al-Mansur. Namun siasat politik tidak dapat mengatasi siasat Hajib Al-Mansur. Subuh Al-Basytakiyyah pun tak berdaya lagi memikirkan nasib anaknya  dan dia mengundurkan diri dari memikirkan soal politik. Dia akhirnya meninggal pada tahun 390H sebelum meninggalnya Hajib Al-Mansur.


No comments:

Post a Comment

Duriiyaah alʻyṭh-Ulama Wanita Penulis Kitab Fekah

 Aku jarang jumpa kitab yang dikarang oleh seorang tokoh ilmuan perempuan. Banyak kitab rujukanku adalah hasil karya tokoh ulama lelaki sama...